
Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang dikasihi sekalian. Apa khabar pembaca semua? sihat? Semoga di awal muharam ini, kita semua berhijrah kepada yang lebih baik seperti penghijarahan Nabi Muhammand S.A.W dari kota Makkah ke Madinah. Maksud hijarh itu sangat luas. Semoga perjalanan penghijrahan diri kita dipermudahkan. Mari kita teruskan dengan topik utama webinar affiliate bahasa melayu percuma menerangkan rahsia pemasaran affiliate oleh Gobala Krishnan.
Bagi pembaca yang jana pendapatan internet melalui affiliate sangat rugi tidak kenal Gobala Krishnan. Saya tidak tahu sangat sejauh mana kehebatannya di bandingkan dengan usahawan internet yang lain. Rasanya gambar di bawah dapat memberi jawapan.
Abang Ensem top 10 tu. Dari top 10 affiliate ni, cuma tahu Gobala Krishnan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari, Tuan Bri, Shuth atau Suhaimy, dengan Abang Ensem. Mereka ni saya kenal hanya melalui produk dan blog mereka.
Siapa Gobala Krishnan?
Pada mulanya saya kenal Gobala melalui produk beliau Robot Facebook. Cuba pembaca tengok laman Robot Facebook, tonton video dalam laman tu. Rasa tertarik tak? Lepas tengok video tu, saya betul-betul tertarik nak beli produk beliau. Penyampainya dapat di rasa keikhlasannya.
Lepas tu, terjumpa produk beliau yang lain, LinkTrackr. Ini software link cloaking dan tracking. Dari laman linktrackr tu, terbaca ebook percuma dari beliau 7 kesalahan pemasaran affiliate. Memang terbaik isi dia. Hampir ketujuh-tujuh kesalahan tu kena batang hidung sendiri. Bagi yang belum baca ebook tu atau nak baca ebook tu, boleh download melalui gambar di bawah kemudian pergi bahagian “Free Report”
Selepas tu barulah cuba cari blog beliau, tengok update terakhir dah lama sangat. Oleh kerana saya pun sangat sibuk juga sekarang ni, jadi tak baca dulu entri-entri beliau. Baca laman tentang, beliau ni dulu kerja makan gaji juga dengan Telekom tapi rasa tak bersesuaian dengan diri beliau kemudian beliau cari jalan lain. Boleh baca cerita selanjutnya melalui blog beliau di Gobala Krishnan.
Yang penting, pembaca tak tersalah antara usahawan internet, Gobala Krishnan dengan ahli parti politik, N Gobalakrishnan. Nama hampir sama tapi orang berlainan.
Webinar Affiliate Bahasa Melayu
Webinar macam seminar bezanya webinar online tiada kos tambahan seperti perjalanan, tempat tinggal dan sebagainya. Hanya perlu ada laptop atau komputer, perlu ada speaker atau earphone atau headphone untuk mendengar. Itu yang menariknya webinar. Ini kali pertama juga menyertai webinar itupun tak tahu dapat atau tidak ikut sebab internet sekarang sangat lambat.
Dalam webinar affiliate ini, beliau akan mengajar langkah demi langkah jana pendapatan online terutama di Jom Niaga. Webinar ini terhad kepada 100 orang sahaja, saya dah daftar tak tahu lah dapat ka tak. Harap dapat. Kalau dapat ikut webinar affiliate ni harap internet tiada masalah, berharap juga waktu tu tiada apa-apa nak buat. Takut-takut penat tertidur awal pula.
Antara perkara beliau akan bongkarkan :
- Cara affiliate marketing berfungsi, dan bagaimana anda mendapat komisen
- Cara dan teknik mudah untuk menjana komisen affiliate dalam 48 jam
- Teknik menjana RM800-RM1,000 sebulan secara konsisten melalui JomNiaga
- Cara membina sistem pemasaran yang berfungsi 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Mengikut tarikh webinar affiliate ni hanya pada 20 November minggu depan. Jam 10 pagi dan 10 malam, saya ambil 10 malam. selasa hari bekerja tak sesuai ambil siang.
Apa yang paling menarik minat sebenarnya webinar affiliate ni percuma saja. Tiada bayaran. Paling menarik selepas daftar, saya dapat video affiliate blogging secara percuma. Tak sempat tengok lagi, internet lambat. Dapat video menceritakan tentang Gobala Krishanan, tak dapat tengok juga. Nak pergi kat tempat ada wifi, download kemudian tengok di rumah nanti. Tak sabar pula rasanya tunggu webinar ni. hehe. Bagi yang berminat sertai webinar affilate ni boleh klik gambar atau link dibawah.
Webinar Affiliate bahasa melayu oleh Gobala Krishnan
gobala ni..memang pandai cari duit. licik dan bergeliga. hoho..
Gobala ni memang licik. Semua lubuk duit dia sapu.
pernah juga tersesat ke blog dia sebelum2 ni..ni baru download ebook tu…bila2 free nanti bolehlah baca…
Saya masih tak sempat nak tengok lagi video tu. Lepas ni nak tengok la video tu.
saya suka ebook gobala krishnan “the new millionarie’.. banyak ilmu blog boleh di pelajari dalam buku tu
Saya tak baca lagi ebook tu. Tapi standard ilmu yang di bagi oleh Gobala memang terbaik, satu persatu. Sesuai untuk semua orang.
harga buku tu kalau saya tidak silap rm39
blum ag try mana2 affliliate ni.. :)
Bro boleh cuba juga affiliate ni. Memang best. Boleh dapat side income.
sebenarnya aku dah lam nak serius dlm affiliate nih, tp xda masa dan belum boleh bagi tumpuan sepenuhnya pada benda ni
Bagi saya bro, tak perlu tunggu serius dan ada masa untuk bermula jana pendapatan melalui affiliate. Kalau nak betul bagi komitmen pada affiliate bukan mudah. Tapi bro boleh cuba mula untuk langkah pertama kongsikan link affiliate macam kongsikan link biasa.
mmg btul apa yg naziman bgth tue..
em tp bukan ke juan dh pernah dpt income dr affiliate?huhu
Juan rendah diri la tu kot. hehe
xbkesempatan nk gi sebrg seminar..
ada agenda lain..tp mmg gobala sorg IM yg hebat!
teringin nak masuk top 10 jgk..hehee…
Tak pa cik tom, ini bukannya seminar, ini webinar. Saya pun ambil malam esok punya. Saya tak pasti macam mana sistem webinar ni, ini kali pertama juga pergi webinar.
kalau saya dapat kalahkan cik tom top 50 pun dah boleh gembira. hehe.
Gobala Krishnan memang power maeketing, boleh jadi icon untuk kita ikuti.
Salam..Izinkan saya copy sedikt info di sini sebagai rujukan. TQ..