
ASNB baru saja mengisytiharkan pengagihan pendapatan bagi ASB yang nampaknya lebih tinggi daripada tahun lepas seperti dibawah:
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengisytiharkan pengagihan pendapatan 7.00 sen seunit, bonus 0.25 sen seunit dan Bonus Khas Ulang Tahun PNB Ke-40 sebanyak 1.00 sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi tabung utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Untuk maklumat lanjut, boleh baca kenyataan akhbar ASNB.
Jika dibandingkan dengan prestasi sebelum ini, walaupun sedikit rendah tetapi prestasi kembali pada paras angka 7.00% jika dibandingkan dengan dividen pada tahun 2016, 6.75%. Kalau diukur dalam tempoh 3 tahun pun, keuntungan pelaburan di ASB tidak mencapai 100%.
Adakah pelaburan yang boleh untung 100% dalam tempoh tersebut? Ada.
Dijemput baca bebenang perkongsian oleh Mohd Kauthar Rozmal, perancang kewangan dalam twitternya. Perkongsian ini dikongsi dalam bebenang oleh beliau dan saya menerbitkan kembali untuk pembaca blog ini dengan kebenaran beliau.
Semoga bermanfaat.
*
Boleh ke nak dapat untung 100% pelaburan dalam masa 3 tahun.
Jawapannya boleh jika melalui pelaburan saham. Saya tunjuk beberapa contoh saham yang dah untung 100%.
Untung Saham
POS Malaysia
Jika beli pada 2016, harga sekitar RM2.50, kemudian jual sekarang, harga sekarang sekitar RM5.08, anda dah untung 100%.

PADINI
Jika beli pada 2016 dengan harga RM2.00, sekarang anda dah untung lebih 100% kerana harga sekarang dah cecah RM5.

Dua dua saham ni adalah servis/produk yang secara tak langsung kita telah guna. Saya tak bagi contoh saham lain sebab saham ini lebih dekat dengan kita.
Bila invest dalam saham bermaksud kita membeli bisnes, jadi kita perlu faham dulu bisnes tersebut sebelum membeli. Bagaiman prestasi sales dan revenue mereka, siapa pengarah, apa plan mereka, kelebihan dan kekurangan, competitor.
Jadi susah ke senang nak untung dalam saham?
Bergantung pada individu. Bagi saya ramai rugi sebab tak faham dan taktahu apa mereka buat bila melabur. Dan kebanyakan tewas dengan market noise.
Apa itu market noise?
Market noise adalah berita/ura-ura tentang sesuatu saham. Ada je yang kata ni saham ni akan jatuh dan sebagainya. Ramai yang tewas dengan benda ni, saham jatuh je jual, sedangkan turun naik itu perkara normal dalam saham.
Bila melabur sepatutnya kita tenang, tapi sebaliknya terjadi, hari hari kita risau nak tengok harga saham.
Sebab apa jadi macam tu? Sebab kita tak faham apa yang kita labur. Kalau kita faham dan dah buat analisis sebaiknya dekat saham yang kita beli, pastinya kita tidak gelisah jika harga jatuh setakat 10-20%.
Sebab apa? Sebab kita tahu bisnes tersebut berpotensi untuk berkembang lagi.
Bila orang jual, kita pula beli sebab harga murah.
Rugi Saham
Ada tak rugi dalam pelaburan saham ni? Pastilah ada, tak semua bisnes akan terus maju, ada juga yang makin merudum atas faktor tertentu contohnya digitalisation.
Contoh Sasbadi, sekarang era internet, jadi orang kurang guna buku secara tak lansung bisnes makin merudum.

Contoh bisnes yang ditelan zaman adalah nokia dan kodak.
So, melabur saham juga memerlukan anda mengkaji market sekarang dan akan datang.
Tapi ada juga teknik lain selain melabur dalam saham ni. Teknik memerlukan jangka masa yang panjang dan kesabaran.
Teknik lain pula adalah trading dan swing. Ini tidak memerlukan masa yang panjang, bawah 1 tahun. Tetapi risiko lebih tinggi disini dan perlu cut loss jika rugi.
*
Walaupun ada saham yang untung, ada juga saham yang rugi. Tuan Mohd Kauthar menekankan pada analisis asas, dan diakhir ayat beliau memberitahu ada teknik lain iaitu analisis teknikal.
Jika saudara ingin belajar kuasai analisis teknikal, ebook sistem saham boleh jadi salah satu panduan saudara. Jika saudara baru bermula dengan saham atau ingin kuasai analisis asas, ebook saham 101 boleh jadi panduan permulaan.
Yang paling penting, melabur pada ilmu dan diri dulu sebelum melabur unit amanah, ASB, hartanah, dan lain-lain.
ada duit senang nak buat pelaburan..
tak de duit..
buat pelaburan masa untuk dapat duit..
pendek kata cari duit untuk dapatkan duit..
worksmart la tu
Betul. Pelaburan diri dan masa perlu sebelum buat pelaburan lain-lain.
Kalau dalam FX dalam sehari sudah boleh 100% profit.
Apa yang saya perasan, trading (tidak kira saham, forex, kripto) tiada masalah berkenaan untung dan masa maksudnya seperti untung lebih 100% dalam masa kurang daripada 24 jam. Cuma persoalan utama, berapa kali boleh win dan setiap kali win, berapa banyak win tersebut.
Betulkan saya jika silap, saya juga baru belajar.
Bagaimana dengan Forex tuan? Sebab saya dah join banyak group sebab nak belajar pasal FX ni.
Forex juga boleh untung seperti itu. Saham, forex, kripto, ada potensi untung banyak dalam masa singkat. Tetapi banyak lagi faktor perlu diambil kira. Sebagai seorang manusia, dimana:
1. ada kepercayaan tersendiri (agama),
2. ada profil diri yang tersendiri (tenaga dan masa yang ada),
3. ada profil kewangan yang tersendiri (modal untuk melabur),
4. ada profil risiko yang tersendiri (risiko yang berani tanggung),
5. ada perancangan yang tersendiri (target untuk masa depan)
perkara-perkara tersebut sangat perlu diambil kira juga disamping mengambil kira untung besar dalam masa yang singkat.
Bolehkah Untung 100% Pelaburan dalam 3 tahun?
thanks for sharing this article.
Boleh-boleh. Nak untung 4300% dalam 2 hari pun boleh. Tapi adalah syarat-syaratnya. Antaranya perlukan ilmu.