
Dah lama tak ikut contest kan, tiba-tiba jumpa contest dari blog eizil.com besar-besaran. Nak ikut penulisan terbaik, tugasan pertama tujuan blogging dan cerita pengalaman sebagai blogger ni memang dah lama nak cerita. Itu yang buat tertarik nak ikut. Hadiah contest pun puas hati. Jadi sebelum cerita pengalaman sebagai blogger Malaysia ni, mesti bagitau apa tujuan blogging dulu kan. Sebenarnya tujuan blogging, boleh tengok di laman tentang blog. Tapi takpa, cerita lebih sikit kali ni.
Tujuan blogging
Mula perhati tentang blogging ni masa tahun 2006 tak silap. Buat satu blogspot. Masa tu buat saja-saja sebab minat Rock kan, jadi nak kumpul semua berkaitan rock dalam blog sendiri. Tapi post semua copy paste. Paling lawak tu, dua post ja buat. Tentang kumpulan Metallica dengan kumpulan Search tak silap. Akhirnya blog tu padam balik.
Awal tahun 2011, sebenarnya masa tu keluarga kami mula ada masalah kewangan. Jadi selalu jenguk-jenguk sal blog ni yang berkaitan jana pendapatan melalui blog. Tapi tak tahu nak menulis apa. Tambahan lagi saya jenis privacy sikit. Jadi fikir 10 kali juga nak buat atau tidak. Jadi kaji sal cara buat duit di internet. Akhirnya dapat banyak sebab untuk mula blogging. Nak baiki bahasa inggeris, nak belajar sambil blogging, buat post sal subjek dipelajari. Untuk jana pendapatan masa tu memang ada tapi bukan motif utama.
Tapi kalau boleh tak buat guna platform percuma seperti blogspot atau wordpress.com sebab dorang ada hak kuasa untuk padam blog tanpa ada sebab. Ini pengalaman seseorang pernah terbaca sebelum mula blogging. Rezeki masa tu, bapa saya ada beli hosting dan percuma domain satu. Masa tu di tanya nak domain apa. Masa tu belum ada niche tertentu dan masih tak tahu kepentingan domain dalam SEO. Macam-macam dibagi. Dorang tolak. Tak best la, panjang la. akhirnya dorang bagi naziman.com. Redha ja la. Saya teruskan juga dengan tujuan blogging.
Masalah setahun blogging
Nak kata pengalaman banyak, susah nak kata sebab baru setahun jagung blogging. Lepas tu tak aktif sangat. Tapi dalam blogging ni banyak masalah yang berlaku sebenarnya. Sebab tu trafik dan rank turun naik. Tapi orang kata masalah mengajar kita jadi dewasa dan matang. Seperti garam dengan sendirinya dia masin tapi jika di tambah dengan rempah lain, jadi sedap. Garam juga salah satu bahan penting dalam makanan seperti kehidupan. Asam garam la katakan. Antara masalah yang memberikan pengalaman untuk menjadi salah seorang blogger Malaysia.
Segala-galanya hilang dalam sekelip mata
Ini lah yang berlaku sebelum ni. Masa bulan Januari ka Februari hal ni berlaku. Nak upgrade versi wordpress. Tapi tak pandai. Minta sokongan hosting. Selepas upgrade tu, blog jadi masalah. Segala-galanya hilang. Segala usaha dua bulan lebih jadi sia-sia.
Apa yang dapat dari masalah ni. Pertama, kena selalu backup, paling kurang backup seminggu sekali. Nasib baik masa tu kurang buat post, lebih kepada belajar tentang wordpress, plugin, tema, blogging, SEO, cari rakan blogger. Kalau tak, memang tak blogging sudah sekarang. Kedua, berani bergerak ke jalan lain. Maksudnya di sini, sebelum berlaku selalu berada pada tahap yang sama. Tapi sekali berlaku masalah tu. Cuba cara lain. Banyak cara dibuat. Alhamdulillah, pembaca lebih ramai, trafik lagi banyak, rakan blogger lagi ramai, kalau ada masalah blog, hampir semua masalah basic blog boleh urus sendiri dengan mudah dan pantas dari sebelum ni.
Berpadah-padah padam sesuatu
Ini berlaku sebab tersalah padam folder dalam file manager Cpanel. Sebelum tu ada buat satu folder untuk gambar, tapi tak guna folder tu sudah jadi nak padam. Boleh-bolehnya terpadam folder wp-content. Ini lah masalah paling lawak dan sedih dirasa. Akibatnya kena upload balik gambar yang masih ada dalam laptop. Kalau tak banyak 404 error. Buang masa di sini.
Apa yang saya dapat? Walaupun buang masa, sebenarnya semua gambar tu dioptimize balik. Bagi kecil supaya tak guna banyak bandwidth dan laju load time. Nasib baik post semua tak terpadam. Gambar ja la hilang. Tema kena setting balik dan ada beberapa plugin kena setting balik juga.
Internet dan kelajuan itu penting dalam blogging
Sebagai seorang blogger, internet satu kewajipan kalau nak blogging. Blogging boleh tiada domain dan hosting, boleh tiada broadband, tapi tak boleh tiada internet. Kalau nak jadi blogger internet kena ada, tapi kalau nak cepat berjaya, internet kena laju. Supaya kualiti dan kuantiti blog tu mudah di capai. Terutama bagi blogger baru. Masalah yang dialami dari dulu sampai sekarang internet ada tapi internet sangat lambat. Masalah kewangan. Susah nak atasi. Bulan depan hosting dan domain ni habis, tidak pasti dapat sambung ka tak.
Tiga tu ja masalah paling besar beri impak dalam dunia blogging saya sekarang. Selain dari tu, biasa ja la. Masalah tema, masalah plugin, masalah enjin carian. Tak penting nak cerita. Jadi kali ni nak cerita pengalaman sebagai blogger Malaysia.
Pengalaman sebagai blogger Malaysia
Blogging ni macam makan kuaci juga. Sekali makan, memang tak sedar dunia. Jadi apa yang buat terus hidup sebagai blogger banyak sebab juga. Ini pun baru mula aktif balik lepas 4 bulan tak silap blog ni terbiar. Sebab internet satu, masa lagi dipenuhi dengan kesibukan.
Sebenarnya blogging ni sangat seronok. Tak percaya tanya la blogger lain. Sebab itu tujuan blogging jangan jadikan jana pendapatan tu motif utama. Kalau itu motif utama boleh, tapi jangan mudah mengalah. Kalau tak, 2 3 bulan blogging terus lenyap.
Apa yang bestnya blogging ni, dapat ramai rakan. Bukan laman sosial saja boleh cari rakan, blog juga. Dari blog, kita boleh cari kenalan lagi dari laman sosial. Itu yang menariknya. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu, tapi rasa macam rapat ja baca blog dia. Blog saya sendiri pun, komen tu tak penting tapi kalau ada komen dalam post tu, rasa semangat blogging tu naik. Percaya la. Ramai orang dikenal dari blog ja. Ada yang kenal nama domain ja. Tapi semua tu, rasa macam rapat ja. Beza sangat dengan laman sosial.
Selain tu, blogging ni mengajar untuk menjaga imej bukan saja dalam blog tapi luar blog. Mesti la jaga nama baik kita sendiri. Takkan dalam blog kemas, stylo tapi sekali terjumpa, perangai kalah hantu. Kena ingat, bukan selebriti ja orang kenal. Sekarang ni pun blogger ramai di kenal. Kadang-kadang terjumpa pembaca tetap, “eh ini bukan dot dot dot”. Jadi imej pun kena jaga bukan kepada top blogger ja. Mungkin kita tak sedar, tapi sebenarnya ada yang perhatikan kita. Kesimpulannya, tak perlu jadi blogger pun, imej tu memang kena jaga.
Aktiviti dan events.Untuk event blogger tak pernah ikut lagi, tapi contest pernah ikut. Memang seronok. Masa tu kita dapat eratkan hubungan antara blogger. Selama setahun blogging, baru dua contest disertai. Satu contest SEO lelaki kacak dari blog titan. Satu contest 5 carian terhangat denaihati. Walaupun tak menang, tapi kepuasan tu memang ada. Tak tahu bila nak anjur contest ka, giveaway ka, mungkin 3 4 tahun akan datang kot.
Info dalam tangan. Sebelum jadi blogger ni, info-info tu lambat tahu. Tapi sekarang, cepat ja. Tengah-tengah blogwalking, tengok ada info baru. Lagipun kalau kita bukan blogger, biasanya info tu kita baca yang kita mahu cari ja. Tapi masa jadi blogger. Apa-apa info baca dalam blog.
Banyak lagi pengalaman menarik jadi blogger Malaysia ni. Biarpun blog ni bukan sepenuhnya personal. Lebih kepada blog artikel dan info. Tapi hubungan antara blogger dijaga. Ikut juga contest-contest menarik. Blogwalking. Saya pun nak buat dasar terbuka juga nanti ni. Manatau ada orang tak mahu buat blog tapi ada info nak kongsi. Yang penting sesuai dengan tagline, perkongsian tanpa batasan.
Perancangan dalam 3 tahun
Sebelum ni ada kata, tujuan blogging bukan sebab jana pendapatan. Oleh sebab tertentu, target sekarang nak menjana pendapatan dari blog. Saya tahu susah dan jauh perjalanan kalau nak jana pendapatan dari blog. Berpegang pada satu ayat, “jana pendapatan dalam blog tu mudah tapi nak nak jana pendapatan untuk sara hidup itu susah tapi tak mustahil”. Target sekarang bukan nak dapat side income tapi nak jana untuk sara hidup.
Sebelum ni pernah buat matlamat untuk blog ni. Tapi tersasar kerana masa. Jadi kali ni dah nampak, dah ada impian sendiri. Target saya, nak jana pendapatan paling kurang 4 angka iaitu RM3000 sebulan. Kenapa nak capai sekurang-kurangnya RM3000 sebab itu basic pendapatan untuk hidup. Untuk hidup bujang yang sederhana, sekurang-kurang RM3000 tu kena ada setiap bulan. Lebih dari tu di anggap bonus la sudah.
Cara nak capai ke tahap tu mudah saja. Tak nak bagi matlamat yang terlalu banyak dan complicated. Saya target trafik dan ranking. Tapi target trafik dulu sebab naik trafik, naik ranking tapi naik ranking tak semestinya naik trafik. Saya nak trafik sebulan 300,000 page views(PV) dan 50,000 unique visitors(UV) sebulan. Ini sebenarnya lebih dari syarat minimum kalau nak apply innity.
Cara nak dapat trafik? Nak buat yang mudah ja. Sebab kena sama rata, kehidupan luar dan dalam blog. Nanti blogging ja, yang lain terabai. Cara kali ni, biar lambat tapi maintain. Bukan cepat tapi tak tahan lama. Langkah pertama kebanyakan dah buat. Kelajuan blog, SEO blog, register direktori, optimize dan monetize blog. Jadi terus kepada langkah kedua. Maintain kualiti post dan Blogwalking. Blogwalking guna laman top blogger atau orang panggil laman link exchange tu. Kedua blogwalking guna widget apesal dan guablog. Sekarang fokus dapat trafik dulu, sebab ada trafik, ada ranking. Ada ranking, peluang jana pendapatan tu lebih besar.
Langkah seterusnya, ada terfikir tapi tak nak teruskan dulu sebab masih sibuk dan stres dengan internet jarang ada dan lambat ni. Lagipun masih tak pasti mampu atau tidak untuk teruskan domain dah hosting ni. Bulan depan habis. Nak tukar hosting yang lagi murah tapi bagus. Jadi buat sementara waktu, akan diteruskan dengan dua langkah ni saja dulu.
Saya harap dengan perkongsian ni pembaca lebih kenal saya, tahu tujuan blogging saya, faham perancangan yang saya buat. Tujuan blogging tu penting tapi kena di isi dengan perancangan yang kukuh dan bersabar dengan pengalaman yang dapat kalau tak, takkan kemana.
[1] Photo credit : Purpose by Seth Sawyers via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)
Matlamat kita lebih kurang sama la bro…bezanya byk lagi steps yg aku blum buat…
Saya pun banyak lagi step tak buat. takpa. Slow2.
Mantap…
Adeh.. Macam nak buat perkongsian macam nie juga.
Bro cuba buat la juga. Nak tau juga pengalaman orang lama.
ramai gak yg nk tahu ni bro..hehe
ramai gak dah join eizil punya contest aee…
Memang ramai, masa baru nak join pun. Dekat 20 orang dah tak silap join.
Besar sekali mas bro penghasilannya,, share dong tips2nya bagaimana mengelola blog hingga berprofitable seperti itu
Banyak cara sebenarnya. Saya pun tak dapat sampai beribu lagi.
Setiap apa yang kita lakukan, pasti ada cabarannya, yang penting jangan mudah putus asa dan sentiasa mencari ilmu untuk penambahbaikan apa yang kita sedang lakukan. Semoga apa yang dirancangkan akan berjaya dicapai… :)
Salam perkenalan.
Betul tu, itu lah gunanya usaha tanpa jemu. Bangun bila jatuh. Kalau kita jatuh tak bangun semula, kita sudah rugi banyak tangga untuk berjaya. Terima kasih, doakan saya berjaya capai.
Hajat di hati nak gapai bintang,
Tapi tangan tak kesampaian,
Mahu jadi penulis terbilang,
Tapi hanya sekadar sambilan.
Walaupun kejayaan susah nak datang,
Tapi tekadkan diri untuk berjuang,
Namun masih byk lagi terhalang,
Bak mencari sesuatu yang hilang.
Banyak cabaran dalam hidup,
Tapi kehidupan harus diteruskan,
Walaupun rasa macam mahu lingkup,
Tapi kecekalan hati mengatasi kemalasan.
Teruskan perjuangan dalam penulisan,
Pengalaman menjadi kita matang,
Walau di mana saja kedudukan,
Menyerah kalah bukan peringsip seorang pejuang.
#Semoga berjaya saudara naziman.
haha. bermain pantun. Saya dah lama juga tak main pantun ni. kejap saya fikir.
Gunung everest gunung yang tinggi,
Jangan mengalah kalau nak daki,
Impian nak di capai sangat tinggi,
Harap saya di murahkan rezeki.
Terima kasih sensasi2020.
Good luck, setiap perancangan yang disusuli usaha Dan doa insyaallah Akan Ada hasilnya
Terima kasih bro.
Pegalaman saya terlalu cetek, pada mula nak kongsi pun segan, tapi belasah jelah kan..best baca naik bangun nya blog u. Ada touching ada memberi semangat , gud luck ya :)
Jangan malu-malu. Malu pun kena bertempat. Kalau kita malu untuk berjaya. Kita takkan berjaya. Pengalaman yang cetek, kalau di asah jadi pengalaman yang berbisa tau. hehe
banyak lagi perlu dibuat.saya pun baru banyak lagi perlu dibuat.harap dapat berblogging secara ist
secara ist?
secara istiqamah.tertekan submit sebelum habis taip..
hehe. Takpa, biasa la tu. Memang betul tu, apa-apa perkara kita buat pun mesti ada istiqamah.
salam
mantap juga pengalaman bro ni,memang blogger dan internet tak boleh dipisahkan
semoga berjaya bro
Betul tu bro. Blogger dengan internet ni memang tak boleh di pisahkan. Tiada laman sosial tak pa, tapi jangan tiada internet. Tak update blog jadinya.
cabaran2 macam inilah yang harus kita contohi.. aku pun pernah ada salah setting dulu, dengan akaun suspended.. hangin jer.. takpelah… nak dapatkan innity boleh tue.. ambil masa yang lebih lama lagi bagus dari dapatkan traffic instant.. aku nie biasa2 jer..
Biasalah bro. Setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri, mesti bermula dari kesalahan, kalau takda salah, macam mana nak baiki kan. Bro punya traffic pun power juga tu. Lama sudah bro blogging. Tak try apply innity?
Tahniah bro…
moga matlamat akan tercapai :)
Sama-sama bro. Saya pun harap matlamat akan tercapai.
tahniah, menang cabutan bertuah. rezeki2 :D
hehe. Tak sangka juga kan. Rezeki la katakan.
Tahniah ye :)
Assalamualaikum :)
memang betul apa yang dikatakan. Hubungan dengan blogger lain perlu dijaga untuk mendapat pengunjung yang lebih setia. Walauapapun memang menarik kisahnya.
Semoga Tuan berjaya dalam contest eizil nanti.
Untuk mendapatkan pembaca setia ni memang susah sebenarnya tapi hanya dengan menjaga hubungan antara blogger saja sudah berada setapak mencari pembaca setia.