
Saya bukanlah orang yang dah terlalu lama blogging untuk memberikan tips naikkan alexa rank ni. Dah masuk lima bulan saya berblog. Dan sekarang, dalam sedar tak sedar alexa rank blog saya dah mencecah 350,000. Tinggal 250,00 lagi, saya boleh tengok graf historical data.
Boleh lihat di website alexa info blog saya yang penuh dan terbaru.
Saya nak kongsikan tips ni pun sebab saya tertengok blog orang lain yang letak widget alexa, site linking in dia banyak tapi alexa rank dia lebih sejuta. Saya rasa pelik, jadi ini bermaksud alexa bukan hanya melihat backlink saja, faktor lain juga harus di buat.
Jadi mungkin perkongsian saya ni, mungkin dapat membantu anda. Apa yang saya kongsikan ni cuma pengalaman saya bukannya tips semata-mata. Mungkin cara saya ada kekurangan, dan anda mahu kongsikan cara lain.
Pengalaman saya naikkan alexa rank
Dalam pengalaman saya ni, saya tak huraikan terlalu panjang sebab saya rasa ramai juga dah tahu tips-tips ni kecuali ada yang bertanya.
Mula-mula dulu apa yang saya buat dengan alexa rank, saya daftar akaun di alexa rank. Macam biasa, lepas daftar, kena verify blog kita lepas tu saya buat semua apa yang perlu di isi seperti description blog kita, butir-butir diri kita dan sebagainya. Bagi yang belum mendaftar, boleh mendaftar di laman mendaftar alexa.
Saya juga install toolbar alexa di browser saya, kemudian jadikan blog saya sebagai homepage. Tukar setting browser supaya buka blog kita apabila buka browser. Tips ni saya pasti ramai yang dah tahu. Sesiapa yang belum install toolbar, boleh install di laman toolbar alexa.
Kadang-kadang saya buat backlink dari social monkee. Tapi ini dulu la, sekarang ni malas dah nak buat sebab kena setting firewall malware saya dulu sebelum nak buka. Saya buat backlink guna social monkee ni, jarang-jarang juga. Seingat saya baru tiga kali tak silap. Bagi yang ingin mencuba, boleh cuba mendaftar social monkee.
Selain tu, macam biasa buat perkongsian setiap hari. Yang ini memang target saya, sekurang-kurangnya satu perkongsian sehari. Jadi biasanya, kalau hari ni saya ada masa atau banyak idea, saya buat auto-post. Kebanyakan perkongsian dalam blog ni auto-post kecuali perkongsian yang penting, mungkin isu semasa atau perkara yang sedang berlaku pada saya, dalam hal tu saya terus kongsikan.
Macam biasa juga, saya komen blog orang. Ini tips penting, kalau komen blog orang jangan terlalu mengharap nanti blog kita akan di lawat atau blog kita akan di balas komen. Buat saja komen macam biasa. Kalau kita set fikiran begitu, nanti kita tak semangat lagi mahu komen blog orang.
Jadi dalam hal komen ni, kita buat apa yang mampu, baca blog orang, tengok macam mana idea dia, macam mana dia susun ayat, susun blog, cari idea baru, berfikiran terbuka dan yang paling penting, kita mesti mencuba untuk eratkan hubungan antara blogger.
Masih dalam pengalaman komen, untuk memudahkan saya tidak terlupa atau tertinggal perkongsian, saya melanggan RSS feedblog yang saya minat untuk baca. Kebiasanya saya langgan kalau yang menggunakan feedburner, kalau tak jumpa atau tiada feedburner, saya guna Feed My Inbox untuk langgan RSS feed. Tapi ini terhad kepada lima website saja untuk akaun percuma. Anda boleh melanggan feedburner blog naziman.com.
Dan selepas naziman.com mengalami masalah besar, saya banyak berubah. Saya ada kongsikan tentang perubahan naziman.com juga. Sekarang ni saya akan kongsikan juga pada rakan-rakan saya, kenalkan naziman.com pada rakan-rakan saya.
Bermaksud, saya mula kongsikan perkongsian saya melalui facebook juga dan tidak lupa juga kongsikan di laman sosial yang lain seperti twitter, google+, digg dan linkedin.
Lagi, saya juga memang selalu buka blog saya sendiri bermaksud cuba itu, cuba ini. Update itu, update ini. Jadi, saya sendiri sudah mengambil masa yang lama di blog saya. Saya tidak tahu ini boleh di jadikan tips naikkan alexa rank atau tidak tapi inilah yang saya buat. Dalam 10 jam saya berinternet, 10 jam tu juga blog saya sentiasa terbuka.
Saya rasa itu saja pengalaman saya dalam berblog mungkin menaikkan alexa rank naziman.com ni. Jika anda suka blog ini, tolong reviewkan di laman alexa.
gud tips sharing…thanks bro..bleh try time free fre…
Ni pengalaman saya la..tak tahu la ada kaitan dengan alexa ka tak..hahaha..
boleh cuba ni…hehe…lama tak update, habis tertinggal alexa rank…huhu
memang boleh cuba tapi saya tak jamin. ini kan pengalaman saya..hehe..tapi itulah, alexa ni, makin kecik makin susah nak turun lagi..
Alexa rank saya pernah mencecah bawah 500 pada penghujung 2011. Sekarang ini naik balik. :-)
Wah tahniah pernah cecah bawah 500. Memang susah alexa ni nak maintain. Makin kecil nombor, makin susah nak maintain.
mesti ada yg rajin tlg review blog kita d alexa kan.. huhu.. -.-“
betul tu. dengar kata, review pun bagi naik alexa rank juga.
Terima kasih perkongsiannya sahabat naziman…
Saya belum menerapkan tips semua di atas. Feedburner juga belum saya daftar.
Mencoba untuk daftar feedburner juga kali ini
Bro boleh la cuba daftar feedburner pula, mudah saja dan banyak kelebihan.
Perkongsian yang baik utk dapatkan penjernihan
Terima kasih sudi baca tulisan lama saya.