
Bagi sesiapa yang tidak sedar, saya ada menambah satu widget di sidebar tentang carian terbaru dan carian popular. Saya pun tak pasti dapat tingkatkan SEO atau tidak, tapi mengikut kajian saya dalam satu hari dengan widget ni, saya dapat lihat semakin ramai pengunjung dari enjin carian. Walaupun saya baru guna tidak sampai dalam seminggu.
Sebenarnya, saya nak widget ni bukan untuk tingkatkan SEO atau nak tunjuk carian yang popular di blog ini. Saya sebenarnya suka tengok apa yang orang cari, apa yang orang tulis dan akhirnya sampai di blog ni. Mengikut term yang lebih di kenali, keyword atau kata kunci.
Jadi sebelum ni saya terpaksa tengok di GetClicky, Nuffnang atau Google Webmaster Tools ( yang ini jarang buka sebab bercampur dengan data blog sebelum ni ). Dah la internet kita slow, nak kena buka lagi semua tu.
Widget dari Getclicky, saya ada gunakan dalam beberapa jam untuk percubaan.
Keyword dari nuffnang, lain kan dari getclicky dengan di sidebar. Saya pun pelik.
Ini dari Google Webmaster Tools, banyak tentang pemandangan dan gambar?.Sebab sebelum ni saya ada buat kategori tentang gambar saja. Sekarang tak buat lagi, sebab internet lambat.
Jadi saya sedar di blog Denai Hati dan blog Yanmie ada meletakkan carian terbaru ke blog dorang. Jadi cari dan cari, dalam GetClicky yang saya buka hari-hari rupanya ada widget tu. Tapi masalahnya, saya tak suka dengan latar belakang widget tu, terpaksa lagi atur lebar dan tinggi, tak menarik. Paling tak bestnya, blog lambat sikit buka guna widget tu.
Jadi cari dan cari lagi, terjumpa plugin SEO searchterm tagging 2. Saya tak berapa suka tambah-tambah plugin lagi. Tapi nak cuba kan, cuba ja la. Sebelum blog ada masalah, saya ada guna plugin ni sekejap tapi saya buang. Sebabnya saya akan kongsikan lepas ni sekali dengan pengalaman guna plugin ni.
Sebelum tu saya nak minta maaf dan minta ampun sebab plugin ni buat semua perkongsian di update baru. Mula-mula tak tahu kenapa tiba-tiba jadi begini, tapi sekali tengok setting plugin ni balik, baru faham kenapa.
Keburukan tingkatkan SEO dengan plugin searchterm tagging 2
Tidak lain tidak bukan, macam biasa, ini menggunakan plugin. Mungkin akan melambatkan blog anda.
Sebelum ni saya tak pandai guna plugin ni. Yang saya tahu plugin ni buat semak post sebab semua carian akan di letak di bawah post. Saya tak suka, buat semak ja.
Lagi satu, saya tak suka dia suka-suka ja buat update perkongsian orang. Nampak pelik ja post sebab post baru tapi komen lama dah. Saya tak kisah juga kalau kita boleh pilih perkongsian dia nak update, mungkin perkongsian popular ka, yang penting ka, yang dah betul-betul lama ka, itu takpa.
Kebaikan tingkatkan SEO dengan plugin searchterm tagging 2
Seperti yang saya katakan tadi, ini plugin tapi yang bagusnya, dia ada widget, jadi kita boleh letak widget untuk carian di sidebar.
Tadi saya kata buat semak post kan, sebenarnya saya sendiri yang tak tahu nak setting. Lepas dah baca balik, kita boleh tukar setting tu supaya tak letak search term bawah post.
Walaupun dia suka-suka ja update blog orang, tapi sebenarnya kita boleh setting. Kebaikannya dia update blog kita ni. Enjin carian macam google suka benda baru. Saya tak tahu orang lain, tapi saya sendiri pun suka begitu.
Cuba cari apa-apa yang anda mahu di google, kebiasaanya, google susun mengikut tarikh dan ranking. Lagi satu, bagi pembaca yang nak komen di commentluv, dia boleh pilih balik post yang lama tapi penting. Walaupun begitu, saya tetap tak suka sebab tak boleh pilih perkongsian yang mana kita nak update.
Lagi, kita senang nak tengok apa yang orang cari dan macam mana orang tulis di enjin carian dan sampai ke blog kita. Jadi kita boleh dapat idea nak kongsikan tentang apa. Kita juga boleh buat perkongsian penyelesaian bagi carian orang tu.
Contoh, saya post tentang macam mana nak ingat password tapi orang cari macam mana kalau lupa password pula. Jadi dari tu, kita boleh tolong diri kita dan orang lain dengan buat perkongsian baru.
Tak perlu nak buka analytic lain macam google, GetClicky ka, atau Nuffnang kalau nak tengok kata kunci saja.
Sekali saya baca balik perkongsian ni kan, macam review tentang plugin ni pula bukan untuk tingkatkan SEO.
Walaubagaimana pun, anda boleh cuba plugin ni untuk tingkatkan SEO blog anda.
Saya mengenal baik developer plugin STT2 ini, dalam amatan saya sangat bagus dan plugin ini akan menambahkan keyword di masing2 post kita secara otomatis. bila ada pengunjung yang datang dengan keyword tertentu dipost akan ditambahkan keyword tersebut sehingga memperkaya content dan memperpadat keyword density post. kalau boleh saran kita setting saja untuk beberapa waktu misal 1 bulan supaya optimasi tidak dipandang berlebihan oleh google.
Nice share dan salam kenal ya..
terima kasih kerana berkunjung di blog ni n salam kenal..plugin ni bagus sebenarnya tapi saya guna plugin ni cuma nak tengok macam mana orang tulis di enjin carian dan masuk ke blog saya ni..tapi saya tak ayat ni..”kalau boleh saran kita setting saja untuk beberapa waktu misal 1 bulan supaya optimasi tidak dipandang berlebihan oleh google.”..dimana nak setting tu?..tak jumpa pun..harap anda faham cara saya bercakap, saya tak pandai cakap indon walaupun dari sabah..hehe..
bkn bhsa indon.. tapi bhsa indo.. :):)
eh, iya ka? slah la tu kan?..:)
Salam,
Sebelum ni saya ada guna plugin ni.. sama tujuan macam saudara nak lihat katakunci yang diguna pengunjung. Namun setelah semalam akaun disuspended pihak hosting, terpaksa buang plugin ni dan beberapa plugin lain untuk mengurangkan beban kepada cpu. Huhuhu.. sedih2..
Mungkin maksud saudara/ri Rina As tu tetapan pada berapa lama database keyword tu nak disimpan. Kalau blog saudara ramai pengunjung serta trafik tinggi, boleh kurangkan kepada 30 hari. Tetapan normal 90 hari/90 days.
Setelah beberapa hari saya guna plugin ni, plugin ni memang bagus. Rasa menyesal pula blog sebelum ni saya tak guna plugin ni. kenapa akaun saudara di suspend? boleh saya tahu?
Terima kasih terangkan maksud saudari rina as. Sekarang ni tetapan saya tu, saya biarkan saja seperti yang asal.
Penggunaan cpu yang berlebihan.. jadi saya buang mana2 plugin yang disyaki membuat request terlalu banyak kepada db, yang berjalan secara auto..
Mungkin di sesetengah hosting sahaja masalah macam ni berlaku :)
wah..susah juga tu kalau begitu. plugin ni memang banyak guna db juga. harap-harap saya tak alami perkara yang sama.
selain buang plugin ni, ada cara lain? mungkin tukar lama mana database keyword tu nak simpan ka..
tengkiuuu for the info..hehe…itu lah..tkut berat blog…xbrani nak letak byk2 plug in…huhu
saya pun takut betul berat blog ni..tapi banyak plugin best2..tu yang tak tahan nak guna tu..hehe
terima kasih erk share info ni.
Artikel yang bermanfaat! Selain daripada kata kunci popular, backlinks juga penting dalam seo. Backlink adalah link di mana satu laman web linked ke laman web yang lain. Backlink ini sangat penting untuk memberitahu Google bahawa sumber lain mendapati kandungan anda cukup berharga untuk dilayari ke laman web anda dalam kandungan mereka sendiri.