
Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca. Al-kisah bermula. Kepada pembaca yang pernah melawat blog ini, ataupun pembaca tetap blog ini mungkin akan tertanya dimanakah menghilang naziman.com? Dan tidak lupa juga kepada blog yang ada commentluv, mungkin perkongsian dari blog ini jadi link rosak. Minta maaf di atas kesulitan semua itu. Saya sendiri pun tak menyangka hal bermula dari bawah semula ni berlaku pada saya.
Pengalaman saya ni, harap boleh di jadikan pengajaran juga kepada orang lain supaya tidak bermula dari bawah semula seperti saya. Jangan jadi macam saya.
Sebenarnya blog ini hampir dua minggu lebih bermasalah besar yang menyebabkan kehilangan segala-galanya sebab nak upgrade wordpress ja. Post, page, kategori, tag, gambar-gambar, pendek kata, semuanya hilang. Ini bermula dari kesilapan hosting saya, Avahost. Saya pun ada juga silapnya, saya tak backup awal. Yang saya backup cuma database.
Tapi sebenarnya dorang lagi salah, sebab pertama, masa saya nak upgrade tu, saya cuma nak tahu, jadi saya tanya. Sebab sebelum tu, saya pernah upgrade wordpress ni tapi kerana tak cukup requirement, saya terpaksa downgrade semula.
Kemudian saya tanya support dan dorang tanpa tegur awal-awal, tanpa bagi ingat apa-apa, terus tukar server yang cukup requirement dan terus suruh upgrade masa blog tak boleh access.
Sekali dah upgrade, tengok-tengok semua dah hilang. Semua cara dah cuba tapi tak boleh juga, apa boleh buat. Dan yang paling sedih nya, plugin backup untuk semua post, kategori dan sebagainya tu, tak berfungsi sepenuh, setakat backup plugin dan tema. Databasa yang saya backup sebelum saya tanya support tu pun macam takda guna, jadi apa boleh buat, terpaksa mula semula.
Nasib baik plugin dan tema saya masih ada, jadi tak la betul-betul bermula dari bawah. Dan nak mula kali ni pun tak la seteruk dulu sebab saya dah ada basic tentang wordpress, hosting, dan domain.
Dah tahu apa nak buat, dah tahu mana nak mula, dah tahu plugin apa nak guna. Cuma yang buat saya lambat sikit sebab internet sekarang lambat, masa tu kurang, dan lagi satu nak tukar tema baru.
Tema sebelum ni bagus tapi tulisannya kecil dan lagi satu kurang menarik. Saya suka tema yang simple, clean dan elegant. Paling penting lagi satu, tema tu loading laju. Ini yang buat saya lambat sikit nak mula.
Jadi buat masa sekarang, saya masih mencari-cari tema yang saya suka. Tidak lama lagi saya akan mulakan perkongsian untuk anda. Segala kesulitan amat di kesali.
Antara kenangan naziman.com sebelum blog ni bermula dari bawah semula.
Ini antara gambar-gambar yang berkaitan dengan blog sebelum ni. Saya takda screenshot blog sebelum ni. Sayangnya.
Header naziman.com sebelum bermula dari bawah semula.
Gambar profil mula-mula semasa blogging tapi tengok buruk, jadi tukar.
Gambar profil hampir keseluruhan dalam akaun naziman.com sebelum bermula dari bawah semula. Sekarang pun, saya masih gunakan dalam beberapa akaun untuk naziman.com.
[1] Photo credit : dog leap stairs by ChrisPerriman via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-ShareAlike 2.0 Generic
huhu sokey.. lain kali ati2
betul tu..sekarang ni ati-ati dah..belajar dari pengalaman..
bahaya juga..menda x leh diduga..mmg kene wat backup sebualn sekali la..
betul tu. sekarang ni saya pun hati-hati dah kalau nak update ka upgrade ka. kalau backup pun, kena test juga backup file kita tu betul-betul jadi, kalau tak. nanti sia-sia.