
Kali ni kongsikan tentang gravatar, tentu ramai dah tahu apa guna gravatar ni kan? Terutamanya bagi blogger Malaysia dah lama blogging atau blogger otai.
Oleh kerana sekarang ni tengah sibuk dengan projek dan peperiksaan akan datang ni, jadi cuma nak kongsikan yang mudah tapi penting.
Langkah terus kepada :
Apa itu gravatar?
Your Gravatar is an image that follows you from site to site appearing beside your name when you do things like comment or post on a blog. Avatars help identify your posts on blogs and web forums, so why not on any site?
Gravatar ni seperti avatar biasanya kita guna dalam yahoo messenger (ym). Bezanya mengikut emel kita gunakan masa mendaftar.
Tidak lupa juga blog atau website tu menyokong gravatar. Blogger menggunakan platform wordpress tiada masalah rasanya. WordPress sokong gravatar.
Boleh tengok contoh dalam komen digunakan sekarang, laman penulis, dan tentang penulis di bawah post.
Apa faedahnya ada gravatar bagi blogger Malaysia?
Cerita tentang wajib atau tak wajib tu terpulang kepada individu tetapi bagi saya, setiap blogger wajib ada. Kenapa?
Kalau nak komen blog orang, lebih mudah kalau kita tengok gambar dari tengok nama. Bagi dah biasa tu, tengok gambar dah tahu dah siapa komen. Betul tak?
Kalau komen tu, takda la gambar mystery man ka, G ka, gambar-gambar tak comel tu. Kan lagi comel kalau tengok gambar kita. Ada gravatar baru namanya blogging.
Lagi satu orang mungkin boleh kenal blog atau website kita dari gravatar kita. Sebab kita boleh letak nama blog kita dalam gambar. Jadi bagi orang baru kenal-kenal, mungkin boleh tertarik.
Lebih mendapat kepercayaan orang. Ini mungkin kurang relevan tapi tidak mustahil. Ada sesetengah orang lebih suka tengok gambar kita dulu sebelum tengok apa kita komen.
Buat masa ni, hanya ini saja saya terfikir faedahnya. Kalau anda ada faedah lain boleh dikongsikan, dipersilakan berikan pendapat di bahagian komen.
Bagaimana nak daftar gravatar? Percuma ka?
Nak daftar gravatar ni mudah saja dan ianya percuma. Layari website gravatar dan kemudian boleh ikut langkah-langkah bergambar di bawah.
Kalau anda mempunyai banyak emel, gunakan emel lebih untuk sosial atau emel khusus untuk blog anda. Blogger buat la satu emel untuk blog saja. Senang nanti.
Selepas pastikan emel anda, periksa emel anda. Kemudian tekan link atau kod untuk verify emel anda.
Saya bagi contoh profile saya dah ada gambar. Bagi pertama kali tiada gambar tapi tetap mengikut langkah sama.
Uploadkan gambar anda, mengikut citarasa anda melalui cara anda lebih selesa dan seterusnya selesai.
Peringatan, saya terlupa satu lagi langkah tapi tidak mengapa. Langkahnya, sebaiknya pilih gambar rating G untuk di gunakan.
Sebenarnya saya nak kongsikan tentang ini sebelum blog saya jadi hilang segala-galanya lagi tapi tak sempat nak kongsi dah ada masalah. Biasa lah, itu pengalaman. Kalau nak jadi orang berjaya mesti ada rasa sakit kan? Kalau rasa sedap ja, susah juga.
Pertama kali saya cuba buat tutorial bergrafik. Sekarang ni, orang lagi suka tengok gambar atau video dari membaca. Saya tengok ramai blogger menggunakan tutorial grafik juga. Memang senang.
Lain kali saya nak cuba berkongsi tutorial menggunakan video pula bagi tutorial lebih susah.
[1] Photo credit : Avatars by Phil Whitehouse via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic
owh..ni gravatar ye??hehehe.. saya lagi suka orang tak nampak muka saya..hehehe.. hurm, blog saya tak boleh describe..tapi awak jgan risau. saya akan selalu blogwalking dan terjah blog awak. dan, lagi satu rasanya blog saya senang nak ingat nama dia. Awak taip Boni JLL3 pun dah leh jumpa da.
hahaha..malu2 pla dia ya..hehe..terima kasih ya sebab selalu terjah blog ni..takpa, saya akan blogwalking dari widget top commentator..jadi kalau boni selalu komen kat sini,senang la saya nak blogwalking..
hahahaha.. saya memang selalu akan terjah balik siapa yang terjah saya.. hehehe.. kan adil dan saksama tu..hehehe.. awak pun terima kasih juga sebab sudi gak baca entri2 yang sawan tu..hahahaha.. ok, InsyaAllah.. :)
haha..sama la juga macam saya. Saya biasa terjah balik orang yang komen blog saya. Terutama yang bagi commentluv ni. Senang lagi nak terjah. Takpa, sawan-sawan pun lawak. boleh menceriakan hidup. haha
YAHOOO!
Dah lame ade gravatar!
Bagus la. Saya pun dah lama ada gravatar. Memang best tapi buat slow blog tau.