
Rahsia untuk jadi top blogger Malaysia ini bukan dari pengalaman tapi hanya dari pemerhatian saya semata-mata. Saya cuma blogger picisan yang kagum dengan top blogger yang ada sekarang. Ini cuma pemerhatian saya hanya untuk blog peribadi. Bukan apa, blog peribadi dan blog ada niche tertentu ni sangat berbeza. Blog ada niche tersendiri mungkin tentang gadget, kereta, jana pendapatan online, perniagaan internet, berita online, artikel, itu semua ada pelawat yang khusus. Tapi bagi blog peribadi, semua sangat berbeza. Ada tarikan yang tersendiri
Pernahkah anda berfikir macam mana dorang ni boleh top sedangkan tulis hal peribadi ja, bukan artis, bukan orang terkenal tapi boleh top dan di kenali ramai. Ada yang boleh jana pendapatan, ada yang dapat peminat tersendiri. Dorang semua pun bermula dari bawah, bermula dari kosong, bermula dari newbie juga. Ini pemerhatian saya.
Isi Kandungan
Antara rahsia jadi top blogger Malaysia
Aura
Saya pernah terbaca juga ni di blog orang, tapi saya pun lupa di mana. Aura ni macam dulu Mawi naik, semua cakap sebab aura. Begitu la juga blogger. Pernah ka kita buka ja blog orang, rasa senang ja. Pernah baca post orang, rasa menarik ja, rasa macam nak tahu apa selanjutnya, rasa macam nak kenal lagi penulis lebih dalam. Itulah aura blog.
Kita boleh optimize blog macam-macam. Kita boleh buat ayat berfalsafah, berpuitis, berbunga-bunga. Tapi itu belum menentukan, pembaca akan tertarik. Bagi saya, ini semua bermula dari dalam diri. Dua tip mudah nak tingkatkan aura dalam diri.
- Paling penting, amal maaruf nahi mungkar. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan keluarga, jaga hubungan dengan semua orang. Kalau dalam diri itu hitam, walaupun dia cuba buat putih, takkan dapat. Aura tu takkan terasa.
- Kedua tips yang saya kadang-kadang buat, dan rasanya ramai orang tahu. Mandi basahkan dari kaki ke kepala, bukan dari kepala ke kaki. Tips ni saya tahu masa nama Mawi tu naik, ramai bagi cara bagi naik aura ni.
Identiti blog
Blog mempunyai identiti dan kelebihan sendiri ni kita boleh tengok macam blogger Benashaari. Blog Ben Ashaari ni tak optimize sangat SEO, tapi apa yang buat dia jadi top? Antara sebab dia ada identiti dan kelebihan dia tersendiri. Dia tak kedekut, dia lebih suka merapatkan hubungan antara blogger. Selalu buat segmen blogger.
Red Mummy pula ada identiti tersendiri, semua merah. Kekal dengan identiti. Selau buat segmen seram-seram. Beza identiti blog dengan dengan blog niche ya. Jadi cuba fikir, apa identiti blog anda mahu buat. Identiti blog ni memang susah mahu nak cari, kita kena ada rentak blogging dulu.
Kelainan
Sebenarnya hampir sama ja kelainan dengan identiti ni. Tapi saya buat sub lain. Bagi saya top blogger ni ada kelainan dan kelebihan masing-masing. Biasanya lebih mudah top blogger ada kelainan sendiri ni naik dari blogger biasa.
Kelainan yang saya maksudkan disini macam apa yang ada pada blog tu, jarang ada pada blog lain. Mungkin cerita tentang diri di luar negara. Kalau cakap cerita di Malaysia, semua sama kan. Atau mungkin kelainan blog anda, cepat dapat info baru.
Usaha tanpa jemu
Dan yang paling penting, inilah dia usaha tanpa jemu. Semua top blogger sekarang bermula dari bawah juga. Bukan tiba-tiba buat blog, terus terkenal. Kecuali selebriti, yang memang terkenal di luar. Satu ja saya boleh kata, kalau nak cepat berjaya, buat impian yang besar-besar tapi jangan jadikan angan-angan saja.
Makin besar impian, makin besar perancangan, makin cepat la naik. Tapi keburukan buat impian besar-besar ni, takut impian yang di bina tak kesampaian, jadi putus asa dan berhenti tengah jalan. Inilah peranan usaha tanpa jemu.
Penampilan
Penampilan ni bagi saya penting juga. Terutama perempuan. Kita boleh tengok ramai blogger terkenal ni memang ada rupa. Biasanya cantik-cantik la kalau perempuan. Cuba bayangkan kalau muka tak lawa, bukan nak mempersenda ciptaan tuhan. Tapi hakikatnya, majoroti muka dan penampilan tu salah satu faktor untuk dapat lebih ramai kenalan. Majoriti ya, bukan semua. Sebab ada juga top blogger yang rendah diri dan tak tunjuk muka, macam blog denaihati. Semua orang tak tahu macam mana rupa beliau, dah terkenal baru tersebar. Biasanya kalau top blogger terkenal bukan kerana rupa, boleh rujuk balik bahagian aura.
Internet sentiasa ada dan laju
Ini cuma pendapat saya sendiri. Sebenarnya internet lambat dan jarang-jarang ada bukan penghalang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tapi kena ingat, domain dan hosting, boleh buka blog platform percuma. Tiada laptop boleh pergi cyber cafe. Tiada internet boleh pergi tempat wifi percuma atau cyber cafe. Tapi kalau internet yang ada tu jarang-jarang ada, dan lambat lagi, macam mana kita nak blogwalking? macam mana kita mahu luaskan kenalkan blog dengan blogger lain? Terutama bagi newbie macam saya lagi perlu internet ni. Kalau blog dah maintain naik, tiada masalah internet jarang ada pun. Yang penting masih ada internet.
Masa
Masa memang memainkan peranan untuk jadi top blogger terutama blogger newbie. Sebab masa mula-mula blogging banyak benda kena buat, nak kenalkan blog sambil jaga blog sendiri selalu update balas komen. Perlu banyak masa juga. Ingat beza blog yang dah maintain dengan blog baru nak naik.
Contoh macam kita buka satu perniagaan pun, pada mulanya memang banyak kerja kena buat. Buat lesen, promosi sana-sini, cari rentak perniagaan, tengok kesukaan pelanggan, tapi bila dah maintain. Boleh la rehat-rehat sekejap. Kalau nak lebih, buat lebih lagi. Kalau dah penat, ada modal sudah, boleh bayar gaji pekerja lebih ramai.
*****
Bagi saya itu saja lah rahsia yang mudah untuk jadi top blogger Malaysia dalam blog peribadi. SEO bukan penentu semata-mata untuk jadi top blogger. Sebenarnya saya nak cerita tentang kesalahan yang blogger selalu buat bagi blogger baru sekali dalam post ni. Ini dari pengalaman saya sendiri. Tapi nampaknya dah 900 lebih patah perkataan, lain kali saya kongsikan ya.
Pemerhatian saya mungkin betul, mungkin salah, mungkin lebih, mungkin kurang. Kalau salah, tolong perbetulkan, kalau kurang, tolong tambah. Kalau betul, sila sebar. Kalau lebih, anggap la ilmu baru dan aplikasikan.
Usahanya harus benar2 gigih ni sebab tidak mudah juga untuk menjadi yang terbaik diantara blogger yang terbaik lainnya
Tetap optimasi Insya Allah kita bisa jadi blogger top..
nice info mas bro
Sama-sama bro. Paling penting pun kena ada usaha juga. Kalau takda usaha, macam mana kita nak berjaya. Kejayaan bukan datang bergolek kan.
memang kagum dengan top top blogger di luar sana. Teringin jugak nak jadi mcm mereka. mungkin suatu hari nanti. saya tengah mencuba. tak pe mula dari bawah…
Tak pa. Semua top blogger sekarang pun bermula dari bawah. Yang penting wantie berusaha, boleh tu. Cuba korek rahsia sendiri.
Terima kasih di atas perkongsian info..
Sebenarnya untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita kena mencari seberapa banyak ilmu yang boleh dipelajari dalam bidang tersebut.. dan seterusnya berusaha tanpa berputus asa..
Insya Allah.. Pada suatu hari nanti kejayaan akan menanti kita..
Betul tu bro. Usaha tanpa putus asa. Persaingan untuk berjaya di internet semakin sengit macam persaingan mencari kerja di luar sekarang. Jadi kalau mudah putus asa, memang susah nak berjaya.
Salam.
Terima kasih kerana berkongsi info.
Bukan senang nak jadi popular tu tapi kalau ada usaha pasti berjaya. Satu lagi yang boleh ditambah rasanya adalah konsistensi, terutamanya didalam menerbitkan entri/post yang berkualiti kepada pembaca blog.
hehe. saya sebenarnya nak letak usaha yang konsisten tu. Tapi bila saya fikir balik usaha yang konsisten dengan usaha tanpa jemu tu, hampir sama. Tu yang tak jadi nak letak.
1. Terima kasih sebab bagi backlinks.
2. Memang setuju dengan penulisan ini dan aku yakin blog ini boleh pergi jauh … syarat sabar dan terus menulis jujur dari hati walaupun kekadang perit utk orang lain terima atau kekadang perit kena komen.
Terima kasih kerana yakin dengan blog ni boleh pergi, buat saya rasa semangat pula. Sebenarnya saya pernah kena cemuh juga dalam komen. Tapi itu pengalaman, nasib baik saya boleh kawal marah dan masih terus semangat blogging.
Penguasaan teknik SEO pada blogger adalah pakej tambahan!
mana nak cari aura ni ye.. :p hehe
Betul tu, teknik SEO cuma tambahan. Bagi saya itu bonus. Kita boleh cari trafik referral atau direct trafik. Dan bagi saya kalau bergantung dengan SEO, mungkin blogger takkan kekal lama. Nanti saya akan kongsikan kenapa. hehe
Perkongsian yang menarik, ada banyak benda yang aku setuju dalam artikel kali ni, tapi yang penting sekali, jangan berputus asa, jangan disebabkan tiada aura, tiada rupa, kita terus mengalah dan tidak mahu berusaha untuk menjadi lebih baik.
Antara penyebab kegagalan, adalah alasan untuk tidak mahu melakukan.
Betul tu, tiada aura dan rupa bukan punca untuk kita gagal. Banyak lagi cara lain untuk jadi top blogger. Tapi di samping kita berusaha sebaiknya kita jaga hubungan dengan pencipta kita,yang melahirkan kita dan orang lain. Aura tu pasti menyusul dan rupa pasti makin manis di pandang.
bagi saya salah satu nak maju dalam blogging adalah menggunakan domain sendiri, yg blogspot susah sikit, boleh ja berjaya, akan tetapi yg x pakai domain sendiri akan beri sedikit impak negatif
Betul juga tu bro. Sebenarnya guna domain sendiri bukan penentu untuk jadi top blogger malaysia. Kita boleh tengok blogger Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha dan ramai lagi top blogger guna platform percuma. Jadi untuk jadi top blogger saya rasa domain bukan penentu tapi untuk menjana pendapatan dari blog, lebih baik rasanya kalau guna domain sendiri. Bukan guna platform percuma tak boleh tapi guna domain sendri itu lebih baik. Ini pendapat saya bro.
benarlah semua tu, bro
aura kena ada
gaya dan cara menulis juga perlu menarik
usaha gigih juga
Terima kasih bro kerana setuju dengan pendapat saya. Cantik dan hensem tak termasuk ka bro? haha
Tq for sharing, its good to be unique kan, lain dari yg lain, insya Allah ada usaha ada jalannya
Sama-sama bro. Betul tu, kalau ada usaha pasti ada jalannya. Kalau tak usaha, jalan depan mata pun tak nampak.
Aku suka baca post ni. Infomatif. Selalu sangat kita baca blogger2 lama yang cakap suruh jadi diri sendiri dan tak perlu nak meniru orang lain.
Gunakan keunikan, hobi, minat, kecenderungan kita dengan cara yang betul.. dalam 100 orang mesti ada yang memiliki minat yang sama. IMHO
Terima kasih bro. Walaupun dalam 100 orang ada minat yang sama tapi unik, hobi dengan minat tu kalau di buat dengan betul pasti boleh berjaya. Macam blog bro la.