
Perkongsian rahsia SEO google terbesar bukannya nak beritahu saya ni pakar SEO. Tak. Lelaki kacak tak begitu. Lelaki kacak rendah diri orangnya. Tapi apa di kongsikan untuk pengetahuan anda semua. Tanpa sedar dan tidak sedar, rahsia SEO google ini bukan seperti kita sangkakan. SEO juga bukan satu perkara mudah untuk di pelajari.
Jadi kalau bukan pakar SEO kenapa nak beritahu rahsia SEO google pula? Sebab lelaki kacak mesti jadi pemurah macam denaihati. Setiap perkara di temui patut di kongsikan. Kalau tak, bukan lelaki kacak la namanya tu.
Isi Kandungan
Rahsia SEO google terbesar
Langkah terus kepada :
- Rahsia SEO google terbesar – Pertama
- Rahsia SEO google terbesar – Kedua
- Rahsia SEO google terbesar – Ketiga
- Rahsia SEO google terbesar – Keempat
- Rahsia SEO google terbesar – Penutup
Di sini akan dikongsikan rahsia SEO google terbesar tanpa kita sedari. Nak beritahu awal-awal. Perkongsian ni sangat panjang. Jadi boleh la guna jadual di atas untuk mengkacakkan anda semua. hehe
Rahsia SEO google terbesar – Pertama
Rahsia SEO akaun google
Sebelum ni dah terjumpa tentang akaun google waktu nak cuba lihat rank keyword lajukan laptop di google. Tapi waktu tak jadi lelaki kacak lagi kan. Jadi tak kisah sangat tentang hal ni.
Semasa mencari keyword untuk contest denaihati pun terlupa hal ni. Tapi dah lebih separuh jalan kan, apa boleh buat. Teruskan saja.
Rahsia ni juga dah cuba sendiri dan suruh orang lain cuba. Jadi sangat yakin tentang hal ni. Dari tadi membebel. Sekarang nak kongsikan rahsia SEO google ni.
Bagi sesiapa ada akaun google.
- Cuba log in atau log out dulu.
- Kemudian cari keyword lelaki kacak.
- Lepas tu ambil screenshot. (Tak penting dan tak wajib ambil screenshot).
- Lepas tu log in atau log out lagi akaun google.
- Cari lagi keyword lelaki kacak.
Anda sedar apa anda jumpa? Anda nampak apa saya nampak?
Itu la dimaksudkan. Boleh tengok kajian mengikut saya sendiri. Lihat hasil carian berbeza. Oleh kerana ada tiga akaun emel gmail, jadi ada tiga akaun google. Jadi di sini ada 4 screenshot dari tiga akaun berbeza dan 1 akaun log-out.
Akaun google satu digunakan untuk perkongsian rahsia SEO. Ini menunjukkan rank keenam di laman 1.
Akaun google dua digunakan untuk perkongsian rahsia SEO. Ini menunjukkan rank keenam di laman 1 juga.
Akaun google tiga digunakan untuk perkongsian rahsia SEO. Ini menunjukkan tiada di laman satu tapi berada di laman 4. Ini akaun diguna untuk google+ saya.
Tiada akaun digunakan untuk perkongsian rahsia SEO. Bermaksud log-out. Ini menunjukkan tiada di laman satu tapi di laman 4.
Dah suruh kawan cuba juga kajian ni waktu melihat keyword lajukan laptop. Memang hasilnya berbeza di setiap akaun google.
Jadi apa kesimpulan dapat di berikan di sini? Kesimpulannya, setiap akaun google memberikan hasil pencarian berbeza. Jadi dengan itu, kita wajib log-out dahulu sebelum melihat keyword di google. Takpun guna incognito window bagi pengguna chrome. Kenapa? Tak kacak sangat lagi untuk tahu sebabnya. hehe
Rahsia SEO google terbesar – Kedua
Rahsia SEO google bagi browser
Rahsia SEO browser ni dah kena dulu, tapi tak sedar. Waktu nak lihat keyword lelaki kacak baru la sedar perbezaan di setiap browser. Memberikan pengalaman juga contest cabaran SEO lelaki kacak ni.
Jadi kajian menggunakan 6 browser terkenal sekarang ini. Iaitu google chrome, mozilla firefox, Internet Explorer (IE), Opera, Safari dan RockMelt.
Lupa nak nyatakan tadi, untuk rahsia SEO google pertama tadi guna chrome untuk kajian saya. Jadi untuk Google Chrome, tidak perlu tunjukkan screenshot lagi.
Rahsia SEO google bagi browser Safari
Rahsia SEO google bagi browser Mozilla Firefox
Rahsia SEO google bagi browser Internet Explorer
Rahsia SEO google bagi browser Opera
Rahsia SEO google bagi browser RockMelt
Anda lihat apa saya lihat? Tak nampak lagi? Tak cukup kacak tu, kena tambah lagi kacak tu baru nampak. Haha.
Sebenarnya, setiap carian melalui browser berlainan memberikan hasil carian berlainan. Tidak kurang juga, ada sama.
Jadi kesimpulannya di sini. Untuk kajian keyword, pastikan kaji di setiap browser juga bukan hanya berharap pada satu browser.
Rahsia SEO google terbesar – Ketiga
Rahsia SEO google +1
Google+ memainkan peranan penting juga dalam SEO. Ini adalah rahsia SEO tersendiri. Ada membaca satu perkongsian di tempat lain.
Di situ, penulis mempunyai tiga domain untuk setiap blog dan niche atau topik berlainan. Menggunakan WordPress ketiga-ketiga. Tetapi satu blog tu, dia lebih kan kepada perkongsian sosial atau social share. Bermaksud kongsikan dengan orang lain menggunakan google+ atau +1, facebook share atau like, tweet atau retweet dan sebagainya. Dua blog lain pula, dia lebihkan kepada backlink.
Di situ dia dapat lihat website lebih menggunakan social share dari share biasa atau hanya mengharap SEO lebih top di enjin carian.
Rahsia ini tidak dapat pastikan sebab tak banyak domain untuk buat banyak blog. Saya juga tak ramai follower atau rakan untuk share. Saya juga mempunyai internet lambat. Banyaknya saya juga. Tak kacak langsung la kalau begini. Haha.
Anda boleh lihat sendiri dengan kacaknya pengalaman dia bersama google pada tahun 2012 ni.
Ini pula hasil carian bagi 10 carian hangat di pasaran google Malaysia untuk keyword lelaki kacak. Disini kajian dengan akaun google log-out. Browser pula google chrome.
Rank nombor 1 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Lelaki Kacak — Azyani
Pagerank = 0/10
Alexa rank = 1,834,469
Rank nombor 2 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = LELAKI KACAK ITU APA
Pagerank = 2/10
Alexa rank = 291,124
Rank nombor 3 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Sosial share tidak ditemui. Hanya bergantung kepada label atau kategori dan tag.
Tajuk = ::-THE MILLIONAIRE 2020-::: Lelaki kacak is the millionaire??
Pagerank = 1/10
Alexa rank = 11,958,379
Rank nombor 4 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Lelaki Kacak — 2012
Pagerank = 2/10
Alexa rank = 241,227
Rank nombor 5 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Challenging SEO Lelaki Kacak | Business Online 2u
Pagerank = 1/10
Alexa rank = 1,945,836
Rank nombor 6 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Lelaki Kacak | Cabaran SEO Lelaki Kacak | Kulanz Salleh Blog
Pagerank = 3/10
Alexa rank = 228,885
Rank nombor 7 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Lelaki kacak | Mama Murai
Pagerank = 2/10
Alexa rank = 162,327
Rank nombor 8 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = LELAKI KACAK LAGI
Pagerank = 2/10
Alexa rank = 70,101
Rank nombor 9 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Tajuk = Keyword Reseach on Lelaki Kacak | Blog.Azwan
Pagerank = 1/10
Alexa rank = 1,018,391
Rank nombor 10 di google malaysia bagi keyword lelaki kacak
Social share tidak di temui. Hanya bergantung kepada rating.
Tajuk = Lelaki Kacak Pelindung Wanita — Blog Mohd Isa
Pagerank = 2/10
Alexa rank = 187,536
Kita dapat lihat, walaupun pagerank rendah dan mempunyai alexa rank besar tapi kerana social share. Boleh menjadikan ia nombor satu di mata kacak google.
Ada juga tidak menggunakan sosial share tapi mendapat ranking baik. Untuk pengetahuan anda, sistem rating juga adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan CTR.
Jadi dengan itu, cuma dapat dikongsikan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi yakin dengan kebenaran hal ini.
Penting di sini +1. +1 memainkan peranan penting juga dalam enjin carian google.
Rahsia SEO google terbesar – Keempat
Gambar di hasil carian
Gambar ni bukan lah rahsia SEO yang nak dikongsikan. Tapi dah alang-alang tersedar juga. Kongsikan la juga.
Antara fungsi gambar di enjin carian ni hanya untuk meningkatkan CTR website atau blog kita bagi saya. Tapi waktu kaji setiap browser. Perasan satu kelainan. Lelaki kacak kan mesti alert setiap perkara.
Setiap browser juga menunjukkan hasil carian gambar berlainan. Selain browser, setiap akaun juga menunjukkan gambar berlainan.
Gambar di hasil carian browser Safari
Gambar di hasil carian browser Mozilla Firefox
Gambar di hasil carian browser Internet Explorer
Gambar di hasil carian browser Opera
Gambar di hasil carian browser Rockmelt
Gambar di hasil carian browser Google Chrome
Jadi apa rahsia SEO google sebenarnya?
Tak tahu. Dan yang pasti setiap tips SEO di website dan blog berlambak di internet sekarang. Hanya membantu 80% bukan 100%.
Semua ajaran, tips dan plugin kita gunakan, ada gunanya. Jangan abaikan. Tapi kenapa ini semua berlaku. Hanya pembina browser dan google saja tahu. Tak kacak la kalau google nak beritahu semua kan. Tak menarik la blog dan website kalau semua dah tahu kan?
Kemungkinan untuk setiap Operating System (OS) berlainan dalam hasil carian juga ada. Itu tidak pasti. Tak berani kata. Nanti beri ajaran sesat.
Dulu ingat google lebih sayang kan post baru keluar. Sebab dulu lihat setiap keyword dicari akan menunujukkan carian terbaru dahulu. Tapi tanggapan meleset.
Jadi apa di katakan SEO? Adakah SEO hanya dengan meletakkan keyword di dalam tajuk post? Adakah SEO hanya dengan meletakkan keyword dalam alt dan fail gambar? Adakah SEO hanya dengan meletakkan keyword dalam url? Adakah SEO hanya dengan mengunakan ayat yang pendek dan senang di baca? Adakah SEO memerlukan pagerank tinggi? Adakah SEO hanya lelaki kacak saja tahu? hahaha
Jadi diharap dengan adanya perkongsian ni, mata kacak-kacak dan cantik-cantik anda terbuka untuk menerima keadaan.
Untuk cabaran SEO lelaki kacak, kita tidak tahu bagaimana penentuan bagi menjadi pemenang. Jadi, kalau nak jadi lelaki kacak. Kena la redha seadanya.
Kesal sekarang sebab terlupa nak log out waktu mencari keyword untuk contest denaihati. Huhu
Tulis tajuk rahsia teringat pula dulu nak buat blog guna domain rahsiakehidupan.com. hahahha
Sebelum terlupa, semasa dalam proses buat perkongsian ini. Terjumpa sesuatu berkaitan dengan perkongsian ini. Terjumpa kat busuk.org. Entri tu juga berkaitan dengan perkongsian rahsia seo enjin carian google.
Tengok tajuk hampir sama kan dengan perkongsian dibuat. Mesti la tengok. Nanti perkongsian jadi tak kacak la. hehe
Ini hanya sedikit kajian oleh penulis Naziman. Betul atau tidak. Tidak dapat dipastikan. Kalau betul, ambil la perkongsian ini untuk tingkatkan SEO bagi meningkatkan trafik blog atau website kita. Kalau salah, tolong betul kan. Saya akan betulkan apa yang salah dalam perkongsian ini. Jadi, orang lain tidak mendapat ajaran sesat dari blog ini.
Apa yang penting diharap perkongsian ini dapat membantu anda semua. Kalau dah kongsikan, barulah boleh jadi lelaki kacak kan? hehe
ps : Dengan laptop kadang-kadang lag dan internet lambat. Laju tidak menentu. Siapa dapat agak berapa lama buat perkongsian ni? Siapa dapat agak, memang kacak. Kalau perempuan ni, dipanggil si jelitawan la. hoho
Lagi satu, nanti akan ada masa banyak untuk blogwalking. Dan akan diterjah setiap post menarik dalam mana-mana blog. Jadi, jangan marah kalau terlebih banyak komen ka, terlebih like ka, tweet ka, +1 ka. ya? hehe
Salam,
Bagus entri ni. Pendedahan yang menarik.
Saya jugak dah lama perasan perkara ni, cuma
kongsi gitu2 je ngan kawan2, tak buat entri :)
Tiada siapa boleh menelah apa kaedah yang google guna sebenarnya
dalam meletakkan kedudukan di SERP.. Apapun, kita teruskan update
entri seperti biasa. Baru Kacak :)
Saya pun sedar beberapa minggu yang lalu tapi masa tengok keyword lelaki kacak dengan contest denaihati baru nampak semua perbezaan. baru rasa nak kongsikan dengan orang lain.
hanya lelaki kacak dari SEO saja yang tahu. bak kata dato’ siti nurhaliza. biarlah rahsia… hoho
Fuhhh.. panjang benor.. komen dulu.. nnti kene baca betul2 baru faham..
hahaha..mahu satu hari juga saya buat ni. kalau tak silap 1100 lebih perkataan semua. nanti bro, beri la pendapat ya. mana yang betul ka salah ka.
Entri panjang2 google suka.. :)
Yg browser tu, rasanya sbb chrome produk Google.. hehe.
haha..google suka tapi orang tak suka baca. berusaha dah nak bagi pendek ni tapi tak boleh juga. last2 publish ja la. hahaha..
betul tu, saya rasa chrome terbaik untuk tengok keyword di enjin carian.
Wa… panjang gila.. :)
hahaha.. ini la post yang bikin sibuk betul semalam tu. haha.. kacak tak? hahaha
aku guna chrome untuk semak nanti. Tapi aku akan guna safari dan mozilla untuk backup. Yang lain, aku tak guna. So..tumpukan pada chrome ajelah ye.
penaja dah beritahu ni. senang la sikit nak target. hehe
yap. tumpu aje pada chrome.
iya, lupa pula. nanti kalau link lelakiacai.com dengan ahmadfaizil.com dah ok. beritahu ya. saya update. buat masa sekarang, saya unlink kan dulu sementara sebab 503 error.
info yang sangat membantu dan berguna untuk aku. thanks bro
baguslah kalau info ni dapat membantu. ini cuma satu penyelidikan saya tanpa sijil. tapi sebab2 kenapa semua tu berlaku, saya tidak pasti. :)
penjelasan yang sememangnya sangat power dan terperinci :D , I like, anda kacak!
ni yang saya malu orang puji kacak ni. hahaha. penjelasan semua tu pun tiada jawapan yang muktamad. hanya pandangan dari saya semata2. :)
entrinya panjang bangat… selalu baca kat forum google suka entri panjang-panjang. Tapi saya buat entri pendek-pendek saja… :-)
sebenarnya saya pun baru tahu google suka entri panjang2 lepas bro azuan komen kat atas.. saya pula bukan sengaja nak panjang2 tapi bila dah menaip tu. tak sedar dah. haha.. takpa.. tetap kacak juga kan? haha
terlebih kacak lah entri ni. mesti rasa puas je kan, lepas publish entri ni. rajinnya mengkaji. bagus2 :D
hahahaha….tau2 ja sya ya. memang rasa puas hati la sekali dah publish. rasa kacak tu tak pula. haha..
eh kenapa tak rasa kacak pula. ala… memang kacak la.. kan semua yang join contest ni kacak-kacak belaka :D
macam mana la tu ya kalau permpuan yang ikut. tak kan kacak juga kot. hahaha
kacak juga dalam erti yang tersendiri :D
Kebanyakan hasil carian d SE Google akan berbeza selepas pengenalan aggregator local search & social search (G+). IMO
betul tu. google sekarang utamakan +1 juga di samping menggunakan SEO..
Kalau nak hasil carian terbaik, jangan login ke G+, baru adil utk semua :)
begitu la yang saya buat sekarang kalau nak check keyword di SE google. :)
selama ni dok ingat carian kat mana2 browser sama je hasilnya….baru tahu tak sama rupanya….wah SEO ni dah jadi misteri pulak dah….
takpa. sekarang dah tahu. blog dan website ni memang besar dan luas ilmunya. Tambah2 lagi SEO..
Search results sekarang ni memang dioptimakan untuk setiap user, berdasarkan social recommendation etc.
Kalau nak results yang “adil” baik gunakan incognito window (kalau guna chrome).
betul juga kan. saya tak terfikir pula begitu. patut la kalau profile G+ sendri tetap macam biasa. thanks. incognita window ya. saya tak pernah guna pula tu. nanti nak cuba la. thanks ya. info baru juga ni. :)
kalau newbie macam adam ni lagi laaa blur…
adam takda la newbie sangat. saya lagi newbie. :)
mereka menggunkan algorthm yg berbeza utk memberi keputusan yg terbaik dlm search engine..
kdg2 mereka akan gunakan cookies kita sendiri utk melihat ‘trend’ carian kita..
tp lelaki kacak xkan gentar.. :)
hahaha..betul tu. lelaki kacak tak akan gentar dengan cabaran yang melanda. haha. sebenarnya, saya faham yang tentang dalam satu browser tu, berlainan carian. itu sebab google optimakan carian untuk setiap user google+.
perkongsian yg baik – unt search apa yang terbaik dilakukan ialah logout dr akaun jd hasil carian tak based on personalization tp ada jg yg tak sedari menda ni or guna Chrome incognito window search sbb kalau search pakai incognito ni dia tak simpan history & cookies..
bagus pekongsian bro
betul tu. kalau nak dapat result yang baik. logout akaun google. tak pun guna incognita window bagi yang chrome la.
penerangan yang padat.. seo google sekarang nih dah tukar algorithm ..susah sikit nak expect macam mana… untuk kali ini..
betul tu. jadi kita harus alert dengan setiap perubahan google supaya blog lebih mesra seo.
best