
Perkongsian ini bukannya nak marah atau salahkan sesiapa. Ini cuma peringatan dan pemberitahuan bagi promosi celcom banyak menipu dan semakin kurang kacak. Saya pun mula-mula tak nak juga kongsikan tentang promosi celcom banyak menipu ni. Tapi kerana permintaan dari beberapa pengguna yang dah terkena berharap saya dapat kongsikan hal ini. Lelaki kacak mesti bantu kan.
Sebelum tu, saya nak minta maaf juga bagi komen-komen pertanyaan dan permintaan pertolongan yang saya lambat nak tolong dan balas. Beberapa hari ini, saya sangat sibuk dan jarang sangat online. Internet pula makin lambat. Jadi, apa boleh buat. Lelaki kacak kena banyak bersabar. Saya pun tak hairan juga kalau Sim Prepaid Broadband Celcom SKMM saya makin kurang laju, dah nak tamat sebulan kan.
Kenapa promosi celcom banyak menipu?
Jadi kali ni saya nak terus straight to the point. Nanti terlebih panjang pula perkongsian promosi celcom banyak menipu ni.
Saya sebenarnya dah dua kali tertipu dengan promosi celcom ni. Kali kedua tu saya dah tahu tapi saja nak tengok cara celcom promosi ni. Kali pertama tu yang teruk tu.
Celcom beri simkad percuma? – Pengalaman pertama
Kali pertama saya di tipu ni waktu saya di Penang. Hal ni pun lama dah. Tapi impak dia masih berlaku. Peristiwa waktu tu pun saya lupa-lupa ingat. Masa tu, saya dengan dua orang lagi kawan saya. Seorang lagi tu, ambil juga sim tu. Seorang lagi tak.
Waktu tu, biasa lah belum berapa nak kacak lagi. Jadi, orang celcom ni promosi dengan berkata simkad percuma. Tiada bayaran. Hanya perlu isi borang.
Walaupun waktu tu tak cukup kacak lagi tapi saya tahu bukan semua benda dalam dunia ni percuma. Jadi, saya tanya sikit dengan celcom tentang simkad percuma ni.
Sim tu tiada nombor. Jadi, apa yang perlu buat untuk gunakan sim tu dan dapatkan nombor untuk sim tu. Kita cuma perlu beli nombor baru yang bukan dari syarikat celcom. Contohnya sim Digi, hotlink ka, Tunetalk atau mana-mana nombor selain Celcom.
Lepas tu, beritahu nombor yang kita beli tu dengan dorang. Kemudian, dorang akan teruskan dengan proses dorang. Kemudian kita boleh guna sim tu percuma tanpa had.
Oleh kerana saya ada dua nombor dah waktu tu. Jadi nombor celcom yang baru dapat tu, saya kurang guna. Saya guna pun waktu nak kacau-kacau awek jelita. Hehe. Takpun telefon orang bila penting dan tiada kredit.
Promosi Celcom mula tunjuk belang penipuan
Hampir satu bulan guna, saya selalu dapat mesej perlu bayar bil. Oleh kerana orang celcom tu kata, nombor ni percuma dan tiada bayaran penggunaan. Jadi, saya abaikan. Waktu tu, saya dah guna dalam RM 60 tak silap. Lupa ingat dah. Itupun tak ingat RM 60 termasuk caj atau tak.
Yang penting, selepas dah selalu dapat mesej tu. Saya tak guna lagi untuk bulan kedua. Saya biarkan nombor tu terbengkalai begitu saja. Selepas dah beberapa bulan. Baru saya matikan plan nombor tu selepas di nasihat kan oleh seseorang. Yang penting waktu tu, bil saya perlu bayar dah RM 211.
Saya pergi ke cawangan celcom untuk selesaikan masalah ni. Tapi dorang sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Dorang suruh buat laporan polis. Saya buat. Tapi memang tiada kesan apa-apa. Saya biarkan lagi kes tu terbengkalai.
Saya ingat kes tu dah selesai. Tapi selepas setahun tak silap, Saya dapat surat dari peguam untuk selesaikan bayaran bil tersebut. Beberapa bulan lepas tu, Pusat celcom di Kuala Lumpur telefon saya suruh bayar bil. Dalam telefon tu la baru terang lagi bersuluh penipuan promosi. Kenapa?
- Sebab dorang tak tahu apa punca bil tu. Dorang main agak-agak lagi sebab broadband atau bil telefon.
- Sebab kes ni dah lama berlaku dan lebih setahun atau dua tahun rasanya tapi dorang kata saya tak bayar bil tu dua bulan.
Oleh kerana saya pun malas kena telefon terus, kena ganggu ja. Jadi saya fikir, biarlah hal ni selesai secepat mungkin. Jadi saya cuba bayar separuh dulu. Saya pergi ke pusat celcom lagi.
Kali ni saya tak cakap apa-apa, saya terus tunjuk laporan polis. Tapi apa yang dorang bagi, surat aduan. Surat aduan untuk mengadu tentang celcom. Dalam surat aduan tu juga banyak hal perlu di selesaikan. Patutlah semua lelaki kacak dan perempuan comel tiada buat aduan. Terlalu banyak rintangan nak buat aduan. Tapi kena tipu promosi celcom tu tak sampai beberapa minit.
Waktu saya tengah berbaris menunggu barisan tu, saya ada juga cek mesin dorang. Sebab lama betul menunggu. Jadi saya berharap, melalu mesin bayaran tu, cepat sikit urusan siap. Sini juga baru saya sedar. Nombor yang saya kena tipu tu, tiada dalam sistem dorang.
Jadi sekarang apa perlu di buat? Nak buat aduan banyak urusan. Kos pun banyak guna. Silap-silap kos nak buat aduan ja dah lebih dari bayar celcom ja terus. Nak bayar pula, tak tahu sebab apa. Nak cakap nombor yang di tipu?. Nombor yang saya dapat di Penang?
Saya terpaksa buat perkongsian ni bersambung sebab baru pengalaman pertama saya dah panjang perkongsian ni. Jadi, teruskan ikuti naziman.com untuk mengetahui pengalaman saya di tipu kali kedua dan pengalaman beberapa orang akibat promosi celcom ni. Di samping ambil pengajaran.
Anda mungkin berminat dengan pengalaman di tipu celcom yang lain :
Waiting for part 2. Harap2 ada org yang ble tlg explain kan npa perkara ini berlaku. Kan.. :)
betul tu. :)
pehh..detail gila..
Haha. Saya pon rsa post neh detail gila.. -,-“
hahaha..detail ka. biasa la. dah menaip tak sedar semua tu. haha
pendedahan yg bgus bro :)
kita selama ni byk yg kene tipu.. bayar mahal, quality service x sebebrapa..
biasa la tu orang fikir untung kan tapi tak fikir dalam jangka masa panjang.
Diari ke ni? Heheheh details :)
hahaha..bukan diari la. saya pun tak sedar dah panjang begini. terpaksa la buat part2.
Rasanya aku pernah guna celcom dlm 3/4 bulan jerr…pas tu line mcm hampeh…terus aku tuka ke P1….
P1 ya. laju ka tu? mana lagi laju antara p1, unifi dengan streamyx?
salam hai..sy msh smpn report pols sy wt sal kes sim percuma tu… sy wt report thn 2007..sy guna pun x, juz on kn je sim tu..then.. sy mle kne kol ngn mak n ayh tme tu sy kt kem plkn d sbh..mak mrh2, ;ko kai bil ek kt sabah long, spa nak bayar bil yg belambank ni..bertos2 ni’ ..sy elik lah..sebb kt sbh gne hp pn smgu sekli..celah ble yer nk guna smpai bertos2.. br sy ingt sal sim percuma sy dpt kt stsnbas pduraya.. sy wt report.. then enth cmne, awl thn rtuh sy nk tuka no mxs… Read more »
wah lagi banyak dari saya. saya kena RM 213. Saya ada guna la sikit mula-mula. Memang teruk. Itu la kalau sekarang ada celcom promosi lagi, buat tak tahu ja. Jangan layan. Kalau dorang tahan, iya-iya kan ja la. Tapi jangan sesekali bagi salinan mykad. Itu penting. Bukan saja celcom tapi semua. Salinan mykad tu bahaya kalau orang lain salah guna.
Salam naziman.. Saya perlukan bantuan naziman, saya pun baru2 ni dah terkena dengan promoter celcom ini.. Tapi selepas saya dapat sim tu, saya tanya kawan saya pasal ni dan diorg terus bgtau sim tu tipu.. So, saya ade hubungi Celcom (Customer Service) dan adu pasal masalah ini.. Diorang ade check guna nama dan IC saya dalam sistem diorg tapi nama dan IC saya takde didaftarkan dengan mana2 akaun celcom atau no celcom.. Saya ada try onkan sim tu tapi sim tu tak boleh guna..Die tulis “sim card registration was failed”.. So sekarang ni tak tahu ape nak buat sebab no.… Read more »
Saya tak tahu macam mana nak tolong tapi untuk tidak mengecewakan awak saya akan cuba bagi cadangan terbaik. Untuk buat aduan dengan celcom rasanya susah sebab sekarang awak tiada bukti. Awak kena buat report polis, nak kena ada bukti kukuh lagi. Sekarang ni awak tiada bukti yang kukuh. Jadi saya cadangkan, cuba pergi ke tempat awak beli sim tu. Contoh awak beli di tepi jalan, esok awak pergi sana. Secepat mungkin, sebab biasanya dorang ni berpindah-pindah. Kalau dah jumpa cuba tanya kenapa sim tak boleh buka, apa nombor telefon sim tu, kenapa tiada akaun celcom di daftar atas nama awak… Read more »
Thanks naziman atas idea tu.. Disebabkan saya tak boleh on SIM dan tak tahu no.fon tu, saya hanya tunggu bil aje.. Kalau bil sampai saya akan pergi ke celcom centre terminate terus.. Buat masa sekarang ni, saya rajin jugak telefon Celcom customer service tanya sama ada nama saya ni ada didaftarkan mana2 akaun celcom atau tidak n setakat ni alhamdulillah takde lagi.. Harap2, takde masalah lah sampai bila2..
Saya harap hafiz takda masalah lagi. Nanti apa masalah atau tindakan susulan, saya harap hafiz boleh ceritakan pengalaman untuk pengajaran orang lain pula.
Salam naziman, baru2 ni pun saya ada terkena dengan penipuan sebegini. Semasa berjalan di monorail kl sentral sorang promoter tu terus menghulur sim card celcom tu dgn katakan bnda prcuma. Sya asalnya malas nak ambil, tapi kawan saya pulak pergi ambil simcard tu dari tangannya, jadi dia pun tarik kawan saya tu. Sya blur masa tu, so tktau nak buat apa. Akhirnya saya pun terjebak sekali dengan sim free tu. Promoter celcom minta saya dan kawan saya menandatngani dalam satu borang, bagi nombor telefon saya dan juga nama emak. Then diorang minta ic nak check sama ada layak ke tak… Read more »
Minta maaf sangat sebab terlalu lambat balas komen awak. Erm, masalah ni rupanya masih belum selesai. Saya tak tahu macam mana nak selesaikan masalah ni. Bil tu walaupun tak sampai, tapi nama awak nanti dalam data celcom akan di blacklist. Sebaiknya, awak terus pergi celcom center dan minta terminate sim tu kalau tak nak guna. Kalau terpaksa bayar, sebaiknya jangan pening kepala, bayar saja. Saya rasa kalau baru-baru ni. Tak banyak kot paling-paling pun RM60. Kalau nak proses lebih lambat, boleh pergi buat aduan dengan celcom lepas tu buat report polis dan isi macam-macam lagi dalam borang aduan tu. Jadi… Read more »
Benda ni pun terjadi dgn sy. Tp yg teruknya sy kena bayar dekat Rm 1100.00 lbih sebab sy terlampau bijak ambik sim free tu smpai dua skligus … nak bayar rasa ralat sebab jumlah agak besar
Assalam…mnta share..what to do..sy pengguna talian celcom postpaid.sejak tahun 2006.sejak bulan 11 thn 2014 bil celcom ada nama lain…penama sy tidak kenal lansung….first bil tiada masalah..dah call celcom centre .dh maklum celcom melalui emel…wakil nya call btnya masalah…katanya ada teknikal problem…dh berbulan.bulan..msh wujud lg nama yg tidak dikenali dlm bil sy…minta pandangan saudara apa yg perlu sy buat..tq for sharing…
boleh sy tau ap yg awk buat lpas isi borng aduan tu erk??awk byr bil or buat x tau je…sbb sy bru dpt surat pguam n x tau nak wat pe ni???
Saya tidak isi borang aduan tersebut. Sekadar ambil dan baca.
Pada mulanya saya biarkan. Dalam lebih kurang setahun mungkin, celcom selalu call menekan agar langsaikan. Saya endahkan tetapi tiada apa-apa tindakan.
Setelah setahun lebih selepas itu mungkin, akhirnya saya bayar. Saya bayar kerana pada masa itu ada duit lebih dan tidak mahu ada gangguan pada masa akan datang ketika berada dalam keadaan kecemasan.
Celcom memang 1 syarikat penipu celaka babi ,suka2 telan keredit pelanggan ,saya baru beli dan guna tak sampai seminggu data dah warning .memang sial punya celcom.
Mungkin ada apps yang tak sedar pakai data.