
Tugasan terakhir blogging contest dari blog eizil.com berkisarkan produk atau perkhidmatan berbayar atau percuma yang diinginkan dari Eizil Network. Nampak macam mudah tapi sebenarnya susah juga nak fikir dan pilih produk atau perkhidmatan yang di sediakan. Sebelum saya pilih, ada baiknya kita senaraikan dulu produk atau perkhidmatan yang di sediakan oleh Eizil Network.
Isi Kandungan
Produk atau Perkhidmatan Eizil Network
Ada beberapa produk atau perkhidmatan yang saya kurang pasti di bawah Eizil Network atau tidak. Walaupun bukan di bawah Eizil Network, yang saya pasti ada bau-bau bacang dengan Eizil Network. Jadi kepada bro Eizil, kalau salah bagitahu ya. hehe
Perkhidmatan Sekuriti WordPress
- Perkhidmatan pemasangan Cloudflare
- Perkhidmatan pemasangan sekuriti wordpress
- Cadangan dan pemasangan plugin keselamatan
- Konfigurasi W3 Total Cache dan juga CDN
- Bantuan masalah dashboard ataupun fungsi-fungsi lain selepas Cloudflare di pasang (Tempoh 30 hari)
- Semua perkhidmatan sah untuk 1 domain saja.
- Harga RM 150.00
- Butiran lanjut di Perkhidmatan Sekuriti WordPress Eizil Network.
Tema Acoostic Design
Link ke tema Acoostic Design.
Saleiz Webhosting Malaysia
Link ke Saleiz Webhosting Malaysia.
Khidmat Blogger
- Khidmat blogger untuk membantu blogger kalau ada masalah di laman blog.
- Bantuan percuma setiap hari khamis.
- Perkhidmatan terhad untuk baik pulih yang ringkas atau khidmat nasihat untuk sesiapa yang memerlukan.
Santapan Minda
- Widget atau plugin dengan kata-kata motivasi dan mencairkan hati.
- Untuk WordPress dan blogger Blogspot.
- Boleh follow twitter @SantapanMinda
- Link ke Santapan Minda.
Localhost Data Viewer
Features
- Add new files to your localhost folder
- Add custom title and description to each of the files.
- Edit title and description of selected file.
- Search function to find specific file using any word from description or file title.
- Delete function which allow deletion of selected file.
Description
- This script is made for localhost purpose, so no authentification or any login required as i want to keep this script to be simple
- Anyone are allowed to use this script for FREE.
- Redistribution of this script must go thru this website. If you want to offer download location, feel free to contact me to discuss that matter. This is to ensure that all user will receive new version with bugs fixes without any problem.
- You can edit the source code at your own risk!
- This script is distributed in the hope that it will be useful, but WITHOUT ANY WARRANTY;
without even the implied warranty of MERCHANTABILITY or FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE.
Requirement
- You need a localhost server such as Apache or any ready to use package for localhost server.
- You need to have PHP and MySQL running on your localhost server.
- A text editor to edit the configuration of this script
Link ke Localhost Data Viewer.
Panduan Ringkas Keselamatan WordPress
Ebook bahasa Malaysia yang memberikan panduan secara ringkas untuk keselamatan WordPress. Dari Ebook ni la dulu saya kenal blog bro Eizil. Boleh download ebook di panduan ringkas keselamatan wordpress.
*****
Ini saja yang saya tahu produk dan perkhidmatan yang di bawah Eizil Network. Tak tahu kalau ada lagi. Jadi sekarang apa pilihan saya pula?
Produk atau Perkhidmatan diinginkan dari Eizil Network
Susahnya nak pilih, saya pun tak tahu nak kata macam mana. Walaupun bro Eizil menyebut produk atau perkhidmatan yang percuma atau berbayar tapi ramai yang menyatakan kedua-keduanya sekali. Jadi saya pun akan pilih mengikut dua jenis perkhidmatan atau produk iaitu berbayar dan percuma.
Pilihan berbayar
Saya antara dua pilihan, nak pilih perkhidmatan sekuriti atau tema Acoostic Design. Setelah di fikir sebaiknya, saya pilih tema Acoostic Design. Walaupun saya tidak pasti tema Acoostic Design tu hanya tema yang sudah di sediakan atau tema yang mengikut permintaan cita rasa pelanggan sebab tiada maklumat yang terperinci boleh dapat dari laman tersebut.
Kenapa saya pilih tema dari perkhidmatan sekuriti? Sebabnya saya sangat cerewet dalam pemilihan tema. Selagi tema blog tak menepati cita rasa, selagi itu la akan di edit, di godek. Sampai sanggup biarkan post terbiar kerana nak tema yang terbaik. Tema yang saya pakai sekarang pun dah ok sebenarnya, menepati cita rasa tapi masih ada kekurangan.
Oleh kerana tema yang menjadi keperluan saya sekarang, sebab tu di pilih produk tema. Tapi kalau tema dah ok, pastinya saya akan pilih perkhidmatan sekuriti. Sememangnya tiada kerisauan lagi setakat ni mengenai sekuriti blog ni. Tapi orang kata malang tak berbau. Nanti tiba-tiba ja kena hack.
Buat masa sekarang saya masih bergantung pada plugin Better WP Security dengan Cloudflare. Walaupun dah rasa selamat, tapi tetap perlukan khidmat nasihat orang yang lebih tahu dan berpengalaman. Ilmu di dada sangat cetek. Bak kata pepatah, anak merasa apa yang di buat semua betul tapi ibu bapa lebih awal makan garam, lebih banyak pengalaman. Dorang lebih nampak apa yang kita tak nampak.
Pilihan percuma
Pastinya khidmat blogger. saya blogger baru tak sampai setahun lagi kalau tolak tak aktif blogging dulu. Jadi sememangnya saya perlukan khidmat dari blogger otai untuk mengasah ilmu di dada. Sekarang ni khidmat blogger ditutup sebab kesibukan kerja lain. Saya harap suatu masa khidmat blogger akan di buka kembali.
Sebenarnya banyak nak tanya kalau di buka khidmat blogger tu nanti. Jadi di sini saya nak kumpulkan terus apa yang saya nak tanya nanti dan apa yang saya tengah baiki di blog ni sekarang. Cuma sebagai catatan sebab saya sendiri kadang-kadang lupa masalah blog ni. Kalau ada blogger lain boleh tolong, komen saja di bawah.
- Tulisan kecil
- WordPress Comment submit Ajax
- Tak boleh minify CSS tema
- CSS commentluv tak kemas
- Width post untuk gambar dan video.
- Sitemap post mengikut kategori
Banyak lagi sebenarnya, saya sendiri pun tak ingat sudah apa yang perlu di buat. Tapi kebanyakan bab tema la.
*****
Itu saja produk dan perkhidmatan yang diinginkan dari Eizil Network. Tiada yang lebih saya pinta, hanya nak jadi lebih baik.
Cadangan produk atau perkhidmatan untuk Eizil Network
Ini isi tambahan cuma nak bagi cadangan untuk Eizil Network. Saya pun terlalu ikut soalan, di tanya apa diinginkan jadi di bagi jawapan diinginkan ja. Rupanya boleh bagi cadangan tambahan. hehe.
Cadangan pertama, banyakkan tutorial di blog Eizil.com. Tidak kisah dari segi wordpress, blogspot. Supaya orang lebih kenal kebolehan Eizil Network. Blog eizil.com blog personal tapi boleh buat satu segmen tutorial sekurang-kurangnya 1 artikel dalam seminggu. Ini berbeza dengan khidmat blogger. Tidak semua orang faham bahasa inggeris, jadi elok rasanya penambahan tutorial bahasa Melayu ni. Di samping, pembaca lebih kenal dan lebih tahu kebolehan Eizil Network.
Cadangan kedua, perbanyakan lagi tema di acoostic design. Boleh buat tiga jenis tema. Pertama, tema percuma supaya orang lebih kenal hasil kerja Acoostic Design. Kedua berbayar, seperti tema-tema berbayar lain. Ketiga tema mengikut citarasa pengguna. Paling kurang pun boleh update website acoostic design sebab tengok macam terbengkalai ja.
Cadangan ketiga, boleh tambahkan perkhidmatan berbayar untuk newbie seperti pemasangan website, blog ecommerce dan pelbagai lagi. Contoh pemasangan blog wordpress. Perkhidmatan tu biarlah secara menyeluruh, bukan saja dari mulanya install wordpress tapi sehingga pemilihan plugin terbaik, setup-setup plugin, optimize SEO. Yang penting biar orang kata, bayar dan tinggal buat post ja. Sebab banyak juga orang nak cuba bermula dalam bidang internet tapi tak tahu nak mula dan tak tahu apa-apa. Ataupun boleh buat dua perkhidmatan percuma dengan berbayar. Terpulang kepada Eizil Network nak bagi pakej servis macam mana.
Cadangan keempat, perkhidmatan menjadi webmaster. Rasanya bro Eizil memang sudah menjadi webmaster pada blog-blog yang kita sendiri pun tak tahu. Tapi orang tak tahu Eizil Network menawarkan perkhidmatan tu. Jadi tu kena tambahkan lagi. Pakej servis diberikan, percuma atau berbayar, itu biarlah Eizil Network fikirkan.
Nak kata cadangan memang kita boleh bagi banyak tapi nak buat tu dengan kekangan masa memang susah. Tak tahu Eizil Network hanya di selanggara oleh bro Eizil saja ka atau terdapat krew lain. Kalau hanya diselanggara oleh bro eizil saja, memang susah nak buat dan bahagi masa semua tu. Silap-silap bini pun tak terjaga. hehe.
Tapi paling terbaik cadangan boleh dicadangkan untuk naikkan nama Eizil Network. Ini sepatutnya dikongsikan dalam post cadangan dan kritikan menambahbaik Eizil.com. Tapi takpalah, itu untuk eizil.com, ini Eizil Network. hehe. Ok, cadangannya. Tukarkan struktur blog eizil.com atau buat satu website untuk Eizil Network. Sebab eizil.com memang dah terlalu, jadi kalau tukar struktur, memang susah dan banyak keburukan juga.
Kalau buat website, boleh letakkan segala produk dan perkhidmatan di sediakan oleh Eizil Network. Rasanya tak perlu di terangkan semua, contoh menarik minat saya. Woot Media dengan Yoast.com. Contoh paling baik kalau Eizil Network di usahakan oleh bro eizil sendiri atau hanya ada beberapa krew kecil-kecilan, boleh tengok contoh struktur yoast.com.
Nak terangkan nak bagi cadangan lagi sekarang pun dah makin panjang, tapi itu idea yang mampu diberikan. Harapan saya Eizil Network akan berkembang lebih maju.
Tahniah… kerana berjaya menyelesaikan tugasan terakhir blogging contest dari blog eizil.com.. Semoga berjaya mendapatkan apa yang dihajati.. ;)
Lega rasanya bila dah siap entri. Harap-harap berjaya dapat apa yang saya hajati.
good luck ye, saya tak sempat nak selesaikan 2 tugasan terakhir ini
Boleh tu, buat ja simple-simple yang penting ada. hehe
hebat!!
pehh..panjang lebar hang tulis. haha..
haha. panjang lebar tapi isi sikit ja.
smart juga theme baru ni…clear tak payah pakai spek mata hehehe
rata-rata saya baca nak kan Perkhidmatan Sekuriti ni..
selesai juga ya semua tugasan, so boleh lah kita duk relax huhuhu
hahaha. Saya suka tema ni, tapi banyak juga la kena edit. Terutama bab kelajuan blog.
Perkhidmatan sekuriti memang terbaik dan diperlukan tapi itulah saya pentingkan tema sekarang ni. hehe
Hehehe…header tu kasi cantik sikit kot and kat sidebar tu letaklah social media ikon..nampak cantik lagi…u tanya pendapatkan so i bagitahu ler ni…huhuhu
Kalau tak silap, Denahati merupakan salah satu penguna servis dari Eizil ni kan.
BTW, theme ni memang cun dan minimal
Betul tu, denaihati memang salah satu pengguna servis dari Eizil. Bawah servis acoostic design.
Banyak buat ulangkaji ni abang kita… ya, memang semua yang disenaraikan itu adalah di bawah pengurusan Eizil Network atau Eizil, perkhidmatan yang diinginkan tidak semestinya daripada yang sudah disenaraikan sahaja, jika ada perkhidmatan baru yang diinginkan pun boleh juga di cadangkan.
InsyaALLAH kalau tiada aral melintang, khidmat blogger akan diperkenalkan semula, cuma mungkin cara pengurusan akan berbeza daripada sebelum ini. Doakan semoga semuanya berjalan lancar.
Terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai aktiviti ini.
Ala, bro tak kata awal-awal boleh bagi cadangan produk atau perkhidmatan juga. Kalau tak, mesti banyak fikir nak bagi cadangan apa. hehe
Boleh jer edit entri ni kalau bro nak tambah… :D tak jadi masalah pun bro… ehhehe :D
haha, bro dah suruh, saya pun tambah cadangan produk atau perkhidmatan untuk Eizil Network. Dah update ni.
sy klik link Saleiz tu nak tgk promo webhosting tapi tak dapat.. adakah link broken?
Mungkin perkhidmatan sudah tidak aktif.
Dari tajuk pun dah boleh faham kut
“Produk atau Perkhidmatan diinginkan dari Eizil Network”
Hehe
Iya kan, betul juga. Kalau faham betul-betul, diinginkan tu maksudnya luas.
Semoga berjaya bro :-)
Terima kasih bro. Semoga bro pun berjaya juga.