
Perkongsian ni cuma nak betulkan pemikiran ramai orang tentang populariti dan pendapatan, yang memikirkan semakin naik populariti semakin naik pendapatan online. Populariti memang biasa dikaitkan dengan pendapatan terutama kepada blogger, dan hot stuff laman sosial.Tetapi hakikatnya sangat berbeza. Kenapa populariti tak sama dengan pendapatan blog?
Isi Kandungan
Antara pandangan di kaitkan populariti dan pendapatan online
Blog
Blog biasanya di lihat dari komen blog, post share di laman sosial. Selain dari itu, ada juga blogger yang memaparkan jumlah pelawat setiap bulan.
Laman sosial
Laman sosial biasanya dilihat dari bilangan follower atau pengikut bagi twitter dan bilangan like bagi facebook.
Adakah populariti itu akan menambahkan pendapatan?
Melalui apa yang saya lihat pada populariti dan pendapatan orang lain, populariti tidak boleh di kaitkan dengan pendapatan online seseorang. Bagi blog atau laman sosial yang mencari hasil pendapatan melalui klik. Belum tentu semua pelawat tu akan klik iklan yang di siarkan.Bagi mencari hasil melalui jual beli atau affiliate, bukan semua mampu membeli dan mahu membeli.
Apa kelebihan populariti bagi menjana pendapatan?
Pertama, keberangkalian lebih besar. Contoh traffik blog setiap hari 1000 orang. Katakan 1% dari 1000 tu ada kuasa membeli, senang kena umpan, atau rajin klik iklan. Jadi, setiap hari kita ada 10 orang. 10 X 30 hari. 300 orang. Contoh kalau kita cari hasil melalui klik di blog dan laman sosial. 1 klik RM0.20. RM0.20 X 300 = RM60. Itu klik,kalau jual barang pula? Kalau 100,000 traffik setiap hari? Nampak mainan dia?
Jadi itu antara kelebihan juga dengan adanya populariti. Tapi tetap tidak semestinya juga. Kalau begitulah, mesti ramai top blogger Malaysia tak kerja sudah. Blogging saja.
Kelebihan kedua, pengiklan lebih mudah bagi kepercayaan pada blog untuk beriklan. Kelebihan pada iklan Cost per impression (CPM) dan Cost-per-unique-visit (CPUV). Lagi banyak trafik, lagi masyuk la.
Banyak lagi kelebihan adanya populariti ni. Ramai kawan. Di samping memberi kita semangat untuk terus maju. Kalau dah popular dalam twitter atau blog, sehari tak update, mesti orang tanya kemana menghilang. Kita post, ramai komen ramai share, kita pun semangat nak buat post lagi.
Jadi kesimpulannya populariti dan pendapatan tidak boleh dikaitkan bersama tapi boleh dikatakan membantu menaikkan pendapatan.
Tips naikkan populariti

Sebenarnya banyak tips kita boleh jumpa di internet. Ikut ja. Apa yang membezakan, lambat atau cepat.Jadi yang pentingnya buat. Bukan baca saja.
Tips yang saya nak kongsi satu ja, yang orang biasanya lupa. Menaik dan berterusan. Kalau hari ini kita komen 3 blog. Esok kita komen 3 blog atau lebih. Kalau minggu ini kita buat 1 post setiap hari. Minggu depan buat 1 post setiap hari atau lebih. Kalau cara kita salah hari ini, kita cuba cara lain esok. Dan teruskan.
Bagi saya ini tips paling penting untuk apa perkara pun kita buat. Bukan saja menaikkan populariti dan pendapatan saja. Masa tengah cari gambar untuk post ni terjumpa post dari blog ariffshah tentang populariti vs originaliti.
[1] Photo credit : The Making of Harry Potter by Dave Catchpole via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic
nice tips!!
istiqamah is the best way to success kan
Betul tu. Istiqamah tu yang penting dalam apa juga kita buat untuk lebih berjaya.
populariti tu sebenarnya satu bentuk yang umum juga. kadang2 bukannya populariti yang dikejar, tapi penjenamaan. makin ramai orang kenal blog itu, makin senang dia untuk bertapak untuk memulakan sesuatu bisnes tu. biasanya itu adalah cara biasa yang diguna oleh seseorang yang berniaga. promosi blog dia habis2an untuk membina tapak memulakan sesuatu perniagaan. ini pendapat saya je tau bro. hehehe
Memang itu la yang orang biasa buat. Biasanya orang promosi habis2 blog dia. Dah top baru monetize untuk cari pendapatan.
Wah betul2! nice info!
latest entri sy macam ade kaitan dgn entri ini.. huh
hahahaha. tengok tajuk pun tahu ada kaitan. haha. takpa la, yang penting bukan itu pendapat sendiri.
Postingannya sangat membantu saya yang baru saja memulai merancang sebuah blog
terima kasih
antara populariti dan kualiti trfik..sy prefer kualiti trafik..hehe
Itus saya sokong. Paling tak suka blog yang tajuk dengan description lain tapi sekali buka, isi tak sehebat macam tajuk. Ada lagi takda kaitan langsung. Tadi pun saya ada kena. huhu
ada beza antara kedua – duanya, tapi dua-dua pun penting :)
Betul tu. kedua-duanya pun penting. Tapi kalau dua-dua di gabungkan sekali, memang masyuk.
apsal dlm gambar tu populariti menurun bro, heheh
itu mainan politik tu. Gambar sekadar hiasan saja. haha