
Blog ini tidak la terkenal mana dan saya pun banyak lagi perlu belajar kalau nak berblogging lebih serius. Kita tidak lari dari lumrah dunia iaitu belajar, pengalaman, berhijarah dan perubahan itu perlu juga. Saya pun dah terangkan sedikit tentang admin iaitu saya dalam laman tentang tentang dunia blog saya.
Domain ni sebenarnya hasil pemberian bapa saya kerana pembelian hosting percuma domain. Masa tu saya memang nak buat blog tapi tak tahu nak mula dari mana. Jadi dah ada peluang, kita ambil la kan.
Sebelum saya berhasrat membina sebuah blog ni, saya memang dah kaji-kaji, belajar-belajar, blogwalking, silent reader, tentang dunia blog ni. Jadi saya pun kurang terpinga-pinga sekali dah ada blog. Tapi tetap saya kena belajar dan biasakan diri dengan wordpress, domain dan hosting ni.
Sekarang nak cerita apa perubahan naziman.com dulu dan sekarang.
Saya akui, walaupun saya ilmu blogging tu ada dah sedikit untuk mulakan blog tapi saya terus-terang katakan, apa yang kita belajar ilmiah tidah semudah dengan apa yang kita kita praktik kan.
Banyak juga cabaran yang saya lalui seperti saya terpaksa bermula dari bawah semula kerana kehilangan segala-galanya sebab hosting saya.
Tapi bagi saya benda tu dah jadi, dah saya fikir, ada juga baiknya sebenarnya berlaku masalah tu.
Apa keburukan dari pengalaman tu?
- Memang tiada lain yang lagi penting dari ini iaitu segala-galanya hilang dalam naziman.com.
- Membuang masa bertanya dengan hosting support yang kadang-kadang lambat balas, kadang-kadang dah sehari lebih baru nak balas.
- Banyak link rosak dari domain ni kalau periksa di google webmaster tools.
- Saya hilang pembaca setia blog ini.
- Membuang masa juga terpaksa mula dari bawah semula.
Apa kebaikan dari pengalaman tu pula?
Bagi yang tidak sedar perubahan yang berlaku, saya akan terangkan di sini dan kenapa saya buat perubahan. Dan ini patut di jadikan pengajaran bagi blogger lain juga.
Benda yang paling jelas dan nyata ialah tema. Saya pun tiada screenshot blog saya sebelum ni, tapi tema kali ni memang jau bezanya dengan sebelum ni. Mungkin lain kali saya akan cerita kenapa saya pilih tema ni, sekarang saya cuma nak kongsikan kenapa saya tukar tema.
Sebenarnya saya memang mau tukar tema sebelum ni lagi sebab tema sebelum ni, tulisanya kecil, sakit mata saya baca. Lagi, saya tak suka header dia yang nampak macam tak menarik ja. Dan yang paling penting, tema tu sangat lambat dan besar.
Jadi dalam pemilihan tema, pilih tema yang kita sendiri pun suka, kalau kita tak suka, macam mana orang lain nak suka blog kita kan?
Tidak di nafikan bahasa yang saya gunakan sekarang kadang-kadang bercampur dengan bahasa negeri saya, Sabah. Iya, itu la salah satu. Sebelum ni, saya cuba buat ayat yang betul-betul formal sebab takut kalau bahasa sabah, ada yang tak faham pula. Lagi, saya terpaksa buang masa cuba buat ayat yang terbaik untuk buat satu perkongsian. Buang masa.
Saya terbaca satu perkongsian dari kujie2.com, kalau buat post, buat macam kita bercakap dengan pembaca. Sebelum saya post tu saya memang dah terfikir, ada silapnya tapi tak tahu mana. Jadi, lepas tu saya berkongsi menggunakan bahasa yang saya selesa. Kesinambungan dari itu juga, sekarang saya banyak kaitkan dengan diri saya atau sekeliling semasa berkongsi.
Pendek kata, pengajarannya disini, kita patut berblog macam kita bercakap dengan orang bukan dengan google atau yahoo.
Lagi, sekarang saya akan backup hari-hari blog ini. Dan tidak kira bagaimana saya backup, seperti plug-in atau gunakan cpanel mungkin, saya mesti cuba backup tu menjadi dan boleh di restore.
Sebenarnya sebelum ni saya backup blog ni guna plug-in, sebelum tu saya jadualkan dia buat hari-hari tapi saya tukar jadi seminggu tapi tak sampai seminggu selepas tukar setting tu, jadi masalah tu.
Kalau di ikutkan, tak apa la kan, sekurang-kurang bukan semuanya hilang tapi sekali saya cuba restore kembali apa yang ada, baru sedar, bukan semua di backup, cuma plugin dan gambar saja yang di backup. Kecewa juga la.
Lagi satu, untuk meningkatkan produktiviti dan backup perkongsian saya. Saya taip dulu perkongsian saya dalam word atau notepad. Ini bukan sahaja untuk backup perkongsian saya tapi untuk mempercepatkan produktiviti.
Jadi pengajaranya di sini, kalau nak backup, pastikan backup tu menjadi.
Saya kekurangan satu benda yang paling penting dalam dunia internet iaitu kelajuan. Laptop saya yang terlalu lama selalu hang dan line internet broadband yang tidak tentu kelajuannya.
Sebelum ni, blog ni jarang update, kadang-kadang dekat 2 bulan baru ada update. Tapi sekali update, dua tiga hari tu ada, lepas tu hilang lagi. Sekarang tidak lagi. Saya akan cuba update blog ini dan paling lewat sekali seminggu tapi target saya sekarang, sehari satu perkongsian.
Dan tidak lupa juga satu pengajaran penting bagi blogger. Kita jangan malu beritahu kawan kita berblog. Sebenarnya sebelum ni, tak ramai kawan-kawan atau keluarga saya tahu saya berblog sebab malu.
Jadi kalau nak blogwalking tu, saya cari blog orang yang tidak di kenal. Jadi di situ silap saya, kalau nak blog ni terus kekal, kalau nak cepat naik lagi, orang pertama kita perkenalkan blog kita ni, keluarga, rakan-rakan terdekat, kawan rapat. Itulah langkah pertama sepatutnya. Lebih mudah perkenalkan barang kita dengan orang terdekat daripada orang luar.
Lagi? Saya pun tidak pasti apa lagi pengajaran dari pengalaman, dan kesalahan yang saya lakukan dari blog sebelum ni. Kalau anda saya ada silap lain dalam saya berblog, mungkin boleh maklumkan pada saya melalui komen di bawah ataupun hubungi saya.
Ada lagi satu, sebenarnya saya kurang selesa guna “anda”, saya lebih selesa guna “kamu” tapi tentang ini kita lihat macam mana lain kali.
Panjang juga perkongsian ni tanpa saya sedar. Harap kamu semua boleh jadikan pengajaran dari pengalaman saya ini. Terima kasih kepada blogger Jena yang juga penulis dalam blog ini yang banyak membantu saya juga dalam dunia blogging.
thanks because visit and bookmark this blog. I like your website because its simple and easy to read.
salam,, saya sanagt2 terlupa akan password fb dan ym, dan saya tersangat2 lah sedih,, sudah berhari2 saya mencuba nya tetapi masih juga gagal,, saya telah mengikuti arahan2 yang dipaparkan , malangnya saya terkandas di soalan yang kedua dan saya telah lupa jawapan yang saya berikan ,, saya harap encik dpt membantu saya dengan kadar segera ,,
moga berjaya untuk “Impian dan Perancangan Blogging dalam 3 Tahun”. perancangan yg baik begini jadi kunci untuk berjayaan,