
Salam sejahtera pembaca yang di sayangi. Saya harap pembaca sihat walafiat di samping orang disayangi. Kali ini nak buat perbandingan web hosting murah dan terbaik di Malaysia.
Blog ini baru saja berpindah hosting dan domain hujung bulan lepas. Perbandingan web hosting ini dibuat sebelum memilih hosting murah dan terbaik di Malaysia. Kenapa pilih hosting Malaysia, lebih banyak kebaikan. Nak cakap melayu boleh, boleh guna server Malaysia dan macam-macam lagi.
Kriteria hosting
Sebelum membuat perbandingan web hosting murah, disenaraikan kriteria patut dilihat untuk jadi yang murah terbaik dan murah. Kriteria ini boleh di jadikan tip untuk mencari web hosting untuk website atau blog anda.
- Kualiti Perkhidmatan server reliable atau uptime yang tinggi.
- Features Yang Ditawarkan. Antara saya tengok. Paling kurang ada 500MB storage dan 10GB bandwidth.
- Customer Support Servis 24/7, cepat dan efektif.
- Harga Berpatutan atau sebaiknya murah. Bajet maksima RM150/setahun.
- Review pengguna.
Antara Web Hosting murah dan terbaik di Malaysia
Mungkin senarai di bawah tidak menyeluruh semua webhosting di Malaysia, ini apa yang di jumpa. Banyak lagi web hosting murah tapi kalau pembaca ada cadangan webhosting yang murah tapi baik, boleh komen di bawah, saya akan update entri ni jika menepati kriteria webhosting murah tapi terbaik.
Jom Hosting
Plan advanced 1GB
Kapasiti Storan : 1GB
Bandwidth bulan : 50GB
Harga : RM50 / Setahun
Domain : Bayar
Jom Hosting Student plan
Kapasiti storan : 5GB
Bandwidth bulanan : 10GB
Domain : Percuma seumur hidup
Harga : RM 80 / Setahun
*Terma & Syarat
1. Khas untuk pelajar Sekolah / Kolej / Universiti sahaja
2. Sila hantarkan salinan MyKad dan Kad Pelajar
3. Free domain hanya untuk .com / .net / .org / .info / .biz
4. Maximum 2 akaun untuk setiap pelajar
Weirdo Bytes
Pakej premium
Web Space : 500MB
Monthly Bandwidth : 5GB
Domain : Bayar
Harga : RM35 / Setahun
1 Max Hosting
Plan low budget combo 2
Disk Space : 1GB
Monthly Transfer : 10GB
Harga : RM10 / Setahun
Plan linux basic
Disk Space : 10GB
Monthly bandwidth : 100GB
Harga : RM100 / Setahun
Dapat Hosting
Disk Space : 100MB
Harga : RM90 / Setahun
Laman Mini
Pakej C
Disk Space : 100MB
Harga : RM36
Syok Host
Pakej-01
Disk Space : 3GB
Monthly bandwidth : 100GB
Harga : RM59 / Setahun
KL Server Studio
Plan 3GB
Disk Space : 10GB
Monthly bandwidth : 50GB
Harga : RM80 / Setahun
Sempoi Hosting
Plan Flexible
Disk Space : 10-150MB
Monthly bandwidth : 10GB
Harga : RM9 – RM105 / Setahun
Data KL
Plan datamini
Disk Space : 5GB
Monthly bandwidth : 35GB
Harga : RM85 / Setahun
Exabytes Cloud
Plan Xstudent
Disk Space : 1GB
Monthly bandwidth : 5GB
Harga : RM99 / Setahun
Saleiz Webhosting
Pakej Bronze
Disk Space : 2500 MB
Monthly bandwidth : 40GB
Harga : RM80 / Setahun
ServerFreak
Pakej Supreme
Disk Space : 1GB
Monthly bandwidth : 25GB
Harga : RM100 / Setahun
Perbandingan Web hosting Murah dan Terbaik di Malaysia
Cukup dengan senarai yang dijumpa, sekarang kita bandingkan web hosting murah. Saya akan ambil 5 hosting yang termurah dan terbaik.
Space (GB) | Bandwidth (GB) | Support | Uptime | Harga |
---|---|---|---|---|
Syok Host | ||||
3 | 100 | Unknown | Unknown | RM 59 |
ServerFreak | ||||
1 | 25 | RM 100 | ||
1 Max Hosting | ||||
10 | 100 | Unknown | Unknown | RM 100 |
Jom Hosting | ||||
2 | 100 | RM 90 | ||
Saleiz | ||||
2.5 | 40 | Unknown | RM 80 | |
KL Server | ||||
10 | 50 | Unknown | Unknown | RM 80 |
Data KL | ||||
5 | 35 | RM 85 | ||
Weirdo Bytes | ||||
5 | 50 | Unknown | Unknown | RM 100 |
Exabytes Cloud | ||||
1 | 5 | RM 99 | ||
Sempoi Hosting | ||||
0.15 | 10 | Unknown | Unknown | RM 105 |
Setakat ni blog naziman.com menggunakan web hosting Serverfreak, memang sedikit mahal tapi puas hati. Saya ada kongsikan sedikit pengalaman menggunakan Serverfreak di Rumah Baru Wajah Baru. Itu sewaktu baru berpindah ke Serverfreak, tapi baru-baru ini, blog ini ada masalah lain. Sokongan yang diberikan tetap sama. Dorang periksa blog saya, periksa hosting dorang. Rasa macam tengah berchat di Email.
Saya harap perbandingan ni sedikit sebanyak dapat membantu pembaca yang tengah mencari-cari hosting murah dan terbaik. Bagi pembaca lain yang ada pengalaman dengan web hosting di atas, boleh la review sikit melalui komen di bawah. Kalau ada hosting lain nak tambah dalam senarai ni, mungkin lebih baik dan murah tapi saya terlepas pandang. Boleh komen di bawah juga.
Update 20 Julai 2013 :
Saya ada buat beberapa entri berkaitan perbandingan web hosting murah bajet 100 dan diyakini hosting terbaik di Malaysia. Jadual juga boleh ubah mengikut kriteria pilihan anda. Mungkin membantu.
- Senarai Pakej Hosting Murah Terbaik Bajet 100 di Malaysia
- Jadual Perbandingan 10 Web Hosting Terbaik Malaysia Bajet 100
Bagi saya, amat mencadangkan ServerFreak sebagai pilihan hosting murah anda. Boleh baca review ServerFreak dari saya. Web Hosting murah dan terbaik, hampir setahun guna tidak mengecewakan.
senarai tu cuma pernah guna datakl dan serverfreak, servis memang memuaskan.
Setakat ni 3 hosting ja review selalu kata servis dan support memuaskan, datakl, serverfreak dengan exabytes. Tapi serverfreak tetap hosting terbaik. hehe
aku pernah guna netkl dan serverfreak jer
Netkl tak pernah dengar pula. Ramai kata netkl best.
banyak gak yang murah-murah rupanya. hoho..
kenapa aku gun serverfreak? saya terbaca satu artikel redmummy pasal serverfreak ni, dari situ terus buat search dan migrate dari exabytes.
hahaha, kalau saya kenapa guna serverfreak sebab ramai blogger review hosting serverfreak ni terbaik.
Selama berblogging ni pernah guna dua je hosting daripada netkl dan juga sekarang ni serverfreak. Memang sedikit mahal, tp rasanya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Ramainya kata netkl ni, saya baru tahu tentang hosting ni. Nanti nak tengok-tengok la netkl macam mana, kalau sesuai di masukkan dalam senarai ni, akan ditambah.
domain beckhrooy.com dulu asal dari netkl sblm pkai hosting, kalau tanya support netkl ni, tak sempat nak kelip mata saja diaorang dah balas hehe:)
Tak sempat kelip mata ya. Kalah chatting dalam facebook kan. hehe
haha..,kalau storage netkl ni byk sikit dan lebih murah mesti aku dah rembat
haha. Storage bagi saya masih tak penting sangat lagi sebab tak banyak guna storage.
skrg ni guna netkl tp bandwidth sokmo overlimit, saya ambil pakej rm100 20GB tu, ingat nak tukar ke serverfreak tp tgk cmne nnti
Saya periksa blog aju tadi, blog aju tak pakai servis CloudFlare. Sebaiknya guna servis cloudflare. Ini untuk mengurangkan penggunaan bandwidth kerana anasir-anasir yang tak diperlukan di samping meningkatkan sekuriti dan kelajuan blog.
Saya boleh bantu aju kalau perlukan bantuan.
wahhh senang sebagai rujukan ni :)
Syukur kerana perkongsian mudah sebagai rujukan bro.
Masa mula2 berjinak ngan blog dulu pernah cuba Exabytes, tapi jodoh tak panjang (ada pengalaman buruk ngan diorang).. lepas tu terus beralih ke hosting international macam iPage, HostGator & JustHost. Baru tahun lepas memberanikan diri utk cuba kembali dengan hosting tempatan (DataKL)… setakat ni masih memberikan servis terbaik.
iPage, Hostgator dan JustHost kalau tak silap memang hosting yang terkenal, murah dan terbaik. Setakat ni, saya guna ServerFreak tak terfikir lagi nak berpindah hosting.
iPage memang terkenal sebab murah.. Hostgator tu pulak agak mahal..
BTW, syarikat hosting tempatan sekarang dah makin bagus.
Saya setuju syarikat hosting sekarang dah makin baik. Kalau di beri pilihan saya pilih hosting malaysia sebab boleh guna server Malaysia, boleh cakap melayu juga. hoho
Senang utk support.. betul tak. :)
ipage ok x? saya bercadang nak berpindah dr serverfreak ke ipage
cynet pun ada juga…
Salam kenal,
Satu lagi webhosting Malaysia yang murah dan bagus adalah Harimau Hosting. Saya sudah guna selama 3 bulan dan memang lumayan. Ada Free Trial, boleh cuba sebelum pindah.
saya pun tengah tercari-cari hosting yang murah dan terbaik tuk berpindah, terima kasih di atas perkongsian ini
saya pakai exabytes dulunya… ntah kenapa tukar ke serverfreak.. servis mmg bagus… sy ni pun buta it bab hosting bagai… serverfreak mmg membantu bila ada error..
saya guna iviperhost, beli semasa promosi dan servis walaupun lambat sikit reply tiket tapi okey.
Salam sume…
saya sbg webmaster guna com83.com
terbaik & termurah…
boleh cuba ada yang free juga…
host 4 website xde mslh stakat ni..
Senarai penuh penyedia hosting di malaysia boleh tengok di sini http://malaysiatophosting.com. Moga bermanfaat.
Kena hati-hati memilih syarikat hosting, ada juga yang menghilang tanpa kesan.
Kepada yang masih pening-pening lagi tak tahu nak guna hosting mana, saya ada buat senarai penuh yang saya akan sentiasa update bagi menambah atau membuang hosting provider. Boleh tengok di http://www.malaysiatophosting.com
Waauu.. menarik
Kebenaran tidak pernah mengecewakan saya… hahaha.. boleh kongsi2 cam mane nk pilih hosting nie.. apa kreatia yang utama ya
Rasanya dah banyak pakej yang berubah untuk tahun 2018 ni. :D
Iya. Banyak sudah berubah ni. Ada perancangan buat artikel lain yang terkini tapi malas nak study hosting. Malas lagi tinggi daripada perancangan. hihih
serverfreak server ok, tapi support slow! Haiz
Every time email lambat reply :(
Iya ka? Kena sekeh dorang tu. hahaha. Dengan saya dorang okay pula.
Saya Suka internet-web hosting sebab kalau target orang malaysia, memang sesuai.
Laju dan murah.
Saya tak pernah guna pula internet-web hosting. Thanks for review
Saya dah cuba dan sekarang guna net kl.
Memang terbaik. laju, murah, dan servis bagus.
Alhamdulillah.
Dulu pakai klserver sekali lupa bayar dia redirect blog sampai sekarang email xreply tension . Last2 buat blog baru.
Alalaa. Rugi la hilang data-data blog lama.
thanks for the list.
tadi baru sign kat DATAKL.COM
ADA PACKAGE PROMO BARU MURAH DARI DATAMINI
datarapid 75.00 .. TAPI TAK TAU promo SAMPAI BILE
Terima kasih bagi info.
sampai skg ada lagi datarapid RM 75 tu. skg sempat lagi ambik tawaran domain .my/com.my hanya RM 20 sehingga 30/09/19
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
Ada jumpa web hosting kawhost.com.. baru test pakai. guna pelan unlimited..web laju..pastu dapat free tansfer service..cuma lambat reply email dan xade live chat.. tapi support service dia memang power semua dia tahu..dan boleh handle…
Owww baru tahu web hosting tu. Terima kasih tuan berkongsi.