
Membaca kisah seorang anak lelaki tunggal mujahadah bertaubat setelah 23 tahun bergelumang dengan dadah amat menyedihkan dan membuatkan diri kita insaf daripada sikap sombong kepada mereka yang memerlukan doa dan sokongan bukannya ego dan buangan.
Di hujung usia penagih tegar, ibadah solat dan silaturrahim antara keluarga tekal dijaga. Dan demi mencegah diri keluar pada waktu malam berjumpa rakan penagih, dia mengikat kakinya di dalam bilik. Akhirnya, mati terbakar kerana sukar menyelamatkan diri.
Wahai ulama’, pendakwah, penulis sastera, penuntut ilmu, orang yang warak, abid, raja, pemimpin, rakyat, guru, ustaz dan lain-lain, adakah pengakhiran kita Husn Al-Khatimah atau Su’ul Khatimah?
Baca berita selanjutnya : http://www.sinarharian.com.my/sempat-taubat-sebelum-terbakar-1.218344