
Saya baru saja habis pengajian sarjana muda kejuruteraan mekanikal, dan sedang menyambung pengajian sarjana dalam bidang yang sama. Oleh kerana saya merancang untuk kerja di industri, jadi saya kena ambil tahu dan merancang strategi lebih awal. Jika ada skil yang saya kurang tetapi diperlukan untuk pembangunan kerjaya dalam industri, saya perlu kuasai lebih awal.
Ramai kawan saya yang sudah bekerja kerana tidak ramai kawan yang menyambung pengajian. Jadi, banyak cerita dan pengalaman menarik daripada mereka. Paling menarik bagi saya bila dengar pengalaman kerja di Singapura.
“Gaji kerja Singapore angkanya sama ja dengan kerja Malaysia tetapi nilainya 3 kali ganda. Cuma penat la melayan jammed hari-hari.”

Oleh kerana, saya jenis yang suka ‘explore’ sendiri dulu sebelum tanya sesuatu yang lebih spesifik, saya cuba google, baca tip dan panduan berkaitan hendak cari kerja kosong di Singapura, permit kerja, visa, kos, tempat tinggal, makan, jika kerja di Singapura dan tinggal di Johor pula bagaimana, apa risiko yang ada, hendak solat bagaimana, majikan di Singapura pula bagaimana, budaya kerja, dan lain-lain.
Sedikit mengecewakan kerana kebanyakan info salah atau tidak dikemaskini.
Kemudian, saya jumpa ebook Kerja di Singapura. Panduan ringkas yang hanya 66 muka surat tetapi padat dengan info. Saya baca tidak sampai 1 jam.
Klik untuk maklumat lanjut eBook Panduan Kerja di Singapura
Atau baca reviu ringkas saya tentang ebook ini.
Isi Kandungan
Apa yang menarik?
Menariknya ebook ini kerana ia sesuai dipanggil pusat carian. Seperti yang saya katakan diawal tadi, saya cuba google semua tetapi maklumat yang ada mengelirukan. Antaranya mahu cari kerja dimana, dokumen apa yang diperlukan, macam mana hendak ke Singapura, dimana hendak tinggal, dan banyak lagi.
Bagi saya yang tidak pernah tahu tentang Singapura, rasa seperti ‘information overload’. Tiada hala tuju. Banyak info yang ditemui dalam internet hanya sekerat-sekerat atau sudah lapuk atau mungkin salah.
Contohnya berkenaan Sabahan berumur bawah 35 tahun tidak layak untuk kerja di Singapura. Oleh kerana saya orang Sabah, perasaan terbantut apabila dapat berita seperti itu. Sememangnya pada 10 September 2012, pernah keluar berita berkenaan sabahan dan sarawakian berumur bawah 35 tahun dilarang bekerja di Singapura. Seperti gambar dibawah.

Saya tidak puas hati, sebab saya mahu cuba juga kerja Singapore untuk permulaan kerjaya. Mungkin 3 tahun. Bila saya cari lain, ada kenyataan rasmi 4 hari kemudian iaitu 14 September 2012, mengatakan sebaliknya. Semangat datang balik.

Ada sesetengah panduan dalam internet pula bersifat teknikal dan terlalu mendalam. Dalam ebook ini, ianya sangat sesuai untuk pemula yang kosong seperti saya. Penulis ebook sendiri memberitahu kepada pembaca pada awal ebook bahawa ebook ini adalah panduan asas atau ‘survival guide’. Penulis tidak pukul rata memberi panduan dan banyak menggunakan perkataan “kebiasaannya” atau “lazimnya”, situasi bekerja di Singapura begini dan begitu.
Apa yang tidak menarik?
Perkara pertama yang tidak menarik bagi saya, reka bentuk dan tipografi yang biasa dan tidak mengikut cita rasa moden. Walaupun saya seorang minimalist dan sudah biasa membaca, tetapi reka bentuk amat penting sekarang ini untuk mendapat ‘feel’ membaca yang berbeza.
Kedua, seperti saya jelaskan kebaikan ebook ini menjadi pusat carian, ianya memang menjadi pusat carian, bukan wikipedia. Jadi ebook ini sangat sesuai kepada orang yang kosong tentang kerja di Singapura atau tidak mahu bertanya kawan-kawan. Jika tidak, manfaat yang saudara akan dapat sangat kurang dan mungkin tidak berbaloi. Banyak pencarian saya tentang kerja Singapura, bermula dengan ebook ini.
Apa akan didapati jika beli panduan kerja di Singapura ini?
Penulisnya Haniza Rashid adalah seorang perunding kerjaya dan pernah bekerja di Singapore. Jadi, dia tahu yang apa dia cakap.

Untuk isi kandungan pula umumnya, eBook ini terdapat 5 bab seperti dibawah:
- Bab 1 : Strategi cari kerja
- Bab 2 : Dokumen-dokumen penting
- Bab 3 : Pengangkutan
- Bab 4 : Tempat penginapan
- Bab 5 : Hal-hal di tempat kerja
Untuk isi kandungan lebih terperinci seperti gambar dibawah.

Berbaloi atau tidak hendak beli?
Berbaloi atau tidak sangat bergantung kepada keadaan. Bagi saya, ianya sangat berbaloi kerana saya sangat kosong tidak tahu apa-apa tentang kerja di Singapura. Ebook ini menjadi pusat carian saya agar berkembang untuk carian yang spesifik berkaitan dengan bidang kerjaya saya.
Jika dibandingkan harga RM30 dengan kos ‘try and error’ cari kerja nanti, masih berbaloi. Jika tanya kawan pun, mereka boleh bagi gambaran saja.
Tetapi kalau ada kawan boleh tolong “nanti kau cari kerja di website ni, lepas itu bawa dokumen-dokumen yang ini ke sana. Hendak buat permit kerja, kena ada itu ini. Naik bas yang ini, tinggal di situ. Makan ada disitu.” Dan seterusnya satu-persatu, saudara boleh minta tolong kawan tersebut kerana hampir semua perkara tersebut dijelaskan dalam ebook.
Jika saudara takut kawan terlepas pandang beritahu sesuatu perkara penting, atau mungkin saudara segan tanya terlalu banyak, atau mungkin tidak mahu terhutang budi terpaksa belanja kawan lepas dapat gaji tinggi, ebook ini sangat membantu.
berbaloi je kerja di spore if pay pun sangat berpatutan
Berbaloi juga kerja singapura dengan gaji yang dapat.
kupasan yang amat menarik..
skil penulisan tahap tinggi dan saya yakin tuan admin blog boleh kerja di Singapura dengan mudah.
selain bijak dan cerdik..
tuan admin blog antara orang yang mempunyai kehebatan luarbiasa dalam mengali dan menganalisa info yang ada di alam maya berkaitan pekerjaan di Singapura.
dan tak sangka juga bro orang Sabah rupanya.
Amin. Harap-harap boleh kerja singapura nanti yang sesuai dengan bidang saya. Jadi pengalaman tu boleh dikira bila mahu balik Malaysia nanti.
Terima kasih juga atas pujian.
Haah. Saya orang Sabah. Bro pun orang Sabah? Orang mana?
saya orang Sarawak bro..
rupanya bro sama geng dengan Blogger Elih dan Blogger Dedaun Comel..
apa-apapun selamat berkenalan bro
Saya pernah berkunjung di blog Elih, Dedaun Comel sepertinya pernah.
Selamat berkenalan bro.
ya..selamat berkenalan juga.
rupanya blogger Sabah lebih ramai dari blogger Sarawak
enak ke kerje di ngapore tuh bang… gajinye besar ke bang?
Sekadar pengetahuan saya, angka gaji sama saja di Malaysia (atau lebih rendah kerana foreigner) tetapi kerana kadar pertukaran wang berbeza, jadi sepertinya gaji di Singapura lagi besar.
SINdolar bila dah tukar kepada RM memang banyak boleh dapat.
Betul. Setakat ni currency masih atas 3.0 lagi. Kira masih berbaloi.
thanks infonya mas.. artikelnya saya simpan dulu
Sama-sama. Terima kasih juga simpan artikel ni.
sebab inilah ramai sanggup berpusu pusu masuk ke SIngapura..
peluang terbaik mendapatkan duit dalam masa yang singkat dalam amaun yg banyak hehe..
mcm main forex jgk ni..dalam erti kata kerja
Betul-betul. Kerja Singapura lebih kurang sama saja dengan di Malaysia, tapi dengan amaun masa yang sama, kerja yang sama, gaji kerja di Singapura lagi banyak.
terimakasih pengetahuan tentang panduan bekerja di Singapuranya, tahun ini ada rencana membangun jembatan apung di Singapura
Jadi ada kemungkinan pertumbuhan ekonomi area sana makin tinggi. Hendak kerja di Singapura lagi senang dan kurang kesesakan jalan raya mungkin.
Berbaloi keja situ, walaupun penat. Xpe kalau still bertenaga apa salahnya kumpul duit kat situ kan
Itu yang saya fikir sebab saya masih muda. Jadi di masa muda ni, saya akan gunakan sebaiknya untuk kumpul duit. Biar penat sekarang dan senang kemudian, daripada dah tua baru nak penat.
kayaknya kalau kerja bang dimana aja asal hati cocok dan kerjaannya juga sesuai bidang bisa kita nikmati dan saya yakin, syukur akan lebih baik dan mengantarkan kita pada kerja berkah dan hasil yang berkah.
Terima kasih yaa. InsyaAllah akan dapat kerja dan hasil yang berkah. Amin.
Ini yg saya butuhkan,. Saya sangat ingin berkunjung ke singapura, dengan membaca artikel ini sangat menambah pengetahuan saya.
Bersyukur dapat memberi manfaat kepada tuan.
Singapore, I have a dream to work there, it might be someday Allah Answer my du’a. Amiiin, Salam dari Indonesia
InsyaAllah. Hope we can work there later.
Sana memang lebih lumayan. Cuma saya dengar, orang2 yang bekerja di Singapore ni agak stress. Nak kutip pengalaman beberapa tahun memang ok. Cantikkan CV gitu kan. Hehe.
Betul-betul. Saya pun selalu dengar kerja sana memang stress. Itu yang target beberapa tahun saja dulu.
aku ramai kawan yang kerja kat singapore.. diaorang sanggup beratur.. tapi diaorang ada target.. dalam berapa tahun jer kerja5-10 tahun baru berbaloi,. .. nak kumpul modal katanya.. yer kan jerla..
Samalaa. Saya pun kerja sana ada target nak kumpul modal juga. Target dalam 3-5 tahun. Tapi itu bergantung juga. Kalau kerja sana okay, tidak stress, tambah skill, develop career, gaji sangat berbaloi, apa salahnya teruskan.
Mata wang Singapura memang tinggi, kos sara hidup juga boleh tahan.
Betul-betul. Itu yang target nak kerja Singapore tapi tinggal di Johor. Kalau tidak, habis duit gaji bayar kos sara hidup saja.
Asal dapat rezeki halal sudah kira OK walaupun berkerja di negara orang..
Betul. Terima kasih. Saya pun sangat menjaga hukum-hakam sumber rezeki saya.
Gaji tinggi, kos sara hidup perlu dikawal.
Zaman sekarang orang bekerja pun tidak mengikut aliran pengajian. Asal dapat kerja nak bayar pinjaman belajar.
Ada rezeki boleh merantau mencari rezeki ditempat orang.
Saya pun target begitu nanti lepas habis belajar. Ada peluang pekerjaan, ambil saja. InsyaAllah jika ada rezeki, boleh la bekerja mengikut aliran pengajian. Jika tidak ada, apa boleh buat.
menarik sekali
saya pernah tanya ke teman Sg tapi belum paham
mungkin artikel dan panduan ini bisa bermanfaat
salam kenal
Sama la. Bila bercerita dengan kawan tentang Singapura, saya pun tak faham apa dorang cakap. hahaha. Itu yang baca-baca panduan, artikel, semua.
Salam kenal juga.
Rasa teringin juga nak grab peluang kerja di Singapura, dengarnya berbaloi…
Haah. Itulah. Dari segi duit memang berbaloi juga. Tapi kena pastikan kerja di Singapura dan tinggal di Johor supaya lebih besar dapat gaji.
Apa itu e-book ini boleh digunakan untuk rakyat indonesia kah?
Iya boleh. eBook ni secara keseluruhan menceritakan tentang kerja di Singapura tetapi ada juga memberi panduan bagaimana kurangkan kos kehidupan seharian seperti tinggal di Johor. Panduan tersebut memberi manfaat pada siapa-siapa.
jadi oramg sabah berumur 18 thn ke atas yg belum pernah masuk Singapore blh la berkerja di sana kan??
Setakat pembacaan saya, bulih urang sabah kerja singapura.
buku ni blh dpt dkat kedai buku x ?
Minta maaf, tidak boleh. Hanya eBook.
Tuan nak tnya,saya lelaki sabahan umur belum sampai 35 tahun just 24 boleh kah kerja di singapore_?dengar2 macam tidak bileh ohw…huhuuu