
Saya baru baca satu ebook yang sangat menarik. Simple tapi padat(STP). Ayat yang mudah di fahami. Ebook ikan kecil untuk ikan besar ni saya kenal dari bro zuls. Ebook ni di tulis oleh Raja Kamil. Saya kenal Raja Kamil dulu sebelum saya blogging sebab ebook Formula Rahsia Jana Wang Fiverr tu saya dah lama nak beli nak try formula tu kat Fiverr. Lepas ni saya akan selalu jenguk blog Raja Kamil sebab nak belajar dari orang berpengalaman jana pendapatan online.
Ebook ni sebenarnya sesuai sangat bagi orang yang nak buat duit, tak kira online atau tidak. Boleh di aplikasikan. Orang kata, ilmu jangan di tolak. Bala jangan di cari. Ebook yang mempunyai 11 mukasurat ni memberi pengajaran melalui kisah Atan menangkap ikan tanpa umpan.

Cerita pendek ikan kecil untuk ikan besar
Ada seorang mamat ni, nama dia Atan. Satu hari, Atan ingin pergi memancing di sebuah lubuk yang terkenal dengan saiz ikan yang besar-besar. Namun, Atan, tidak mempunyai umpan yang sesuai untuk ikan-ikan besar itu. Dia hanya ada cacing sahaja sebagai umpan. Itu pun dia korek daripada tanah di belakang rumahnya.
Nak dijadikan cerita, Atan memasang 3 joran berumpankan cacing tu. Dekat 1 jam menunggu, ketiga-tiga joran tadi mengena. Dapatlah anak ikan. Atan bersyukur. Nampaknya, bolehlah dia teruskan strateginya. Dengan anak ikan tadi, dia kemudiannya BERJAYA menangkap ayah ikan (lagi besarlah). Kemudian, dia gunakan ayah ikan itu untuk menangkap datuk ikan (super besar). Tersenyum Atan. Siapa sangka dengan berumpankan cacing, boleh bawa balik datuk ikan?
Pada mulanya saya salah faham cerita tu, sebab saya sangkakan Atan masih mempunyai modal. Tapi hakikatnya Atan tidak mempunyai apa-apa untuk memancing, jadi dia menggunakan apa yang ada untuk dijadikan modal dengan korek tanah di belakang rumah. Cerita ni hampir sama dengan cerita seorang budak dengan epal. Saya lupa cerita sebenarnya macam mana. Kalau tak silap, seorang budak yang tidak mempunyai apa-apa, tapi dia dapat sebiji buah apel. Dia jual buah epal tu, dari hasil jualan dia beli dua biji epal. Begitulah seterusnya sehingga dia dapat buka satu ladang epal.
Sekarang anda nampak walaupun tanpa modal, kita masih boleh berjaya. Bezanya lambat atau cepat. Semakin tinggi modal, semakin tinggi risiko tapi jika ada rezeki semakin tinggi juga hasil pulangan. Kemungkinan bila Atan terus memancing tali putus, atau umpan habis di makan tanpa dapat apa-apa, atau itu saja hasil yang Atan boleh. Itu sinopsis cerita tu.
Tapi anda kena baca ebook ni sebab ada banyak lagi pengajaran yang boleh di terima. Cuba fikirkan kenapa Atan tak teruskan saja memancing untuk dapat moyang yang lagi besar? Sedangkan dia boleh memancing lagi untuk dapat pulangan yang lagi besar. Nak tahu jawapannya boleh download ebook ni secara percuma.
Pasti psl motivasi utk bercita-cita tinggi agaknya berdasarkan pembayang yg diberikan. Mungkin bagus juga jika sy cuba download dan baca.
hehe. iya tenatang motivasi. Tapi bukan ja motivasi bercita-cita tinggi, tapi motivasi juga bagi sesiapa yang selalu fikirkan nak berjaya kena ada modal yang banyak.
Kisah yang menarik untuk dijadikan pengajaran, terutama kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, tetapi terlalu fikirkan soal modal. Walhal modal tersebut boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan modal tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Betul tu, orang selalu fikirkan soal modal. sebab orang yang fikirkan soal modal ni biasanya tidak fikir dari luar bidang fikiran. Dan sebab lainnya, takut. Takut untuk gagal. Belum berusaha sudah gagal.
Jalan cerita yang agak menarik. Susuai untuk dijadikan motivasi. Saya akan cuba download dan baca cerita modal ikan kecil untuk ikan besar ni.
Memang jalan cerita yang menarik. Cerita nampak mudah ja, macam cerita budak-budak. Tapi di sebalik cerita begini banyak motivasi dan pengajaran kita boleh dapat.
Menarik. Rasanya cerita budak Apple tu baru baca haritu.
Sama juga dalam berblog, kalau nak best dan berbaloi, laburkan sedikit wang untuk membeli domain dan hosting.
Saya pun baru baca juga tu tentang budak apple tu masa blogwalking. Tapi lupa kat mana. Betul juga tu. Kalau di fikir balik, banyak domain dan hosting yang murah sekarang bawah RM100. Cukup untuk mulakan satu blog atau website. Kalau sebulan kita simpan RM10, setahun RM120. Cukup untuk mulakan tirai kejayaan.
Kenapa ya ? kan lumayan kalau bisa terus mancing dan mendapatkan ikan besar…
Saya download juga nih supaya dapat petuahnya
trims banget :D
Memang betul lagi lumayan kalau dia terus memancing. Tapi ada sebab juga dia tak terus memancing. Sebab tu la hikmah di sebalik cerita ni.
ceritanya umum untuk sebarang bidang yg diceburi, tanpa modal bukan boleh dijadikan alasan semata, hendak seribu daya.
Betul tu, Dalam apa juga bidang yang kita ceburi tak kira perniagaan, blogging dan sebagainya. Modal masih boleh cari, biar sikit, biar kecil. Kalau memang tiada, banyak sumber lain, contoh dalam cerita ni, Atan tiada modal, dia korek tanah guna cacing sebagai umpan.
sebuah perkongsian yang menarik bro
Terima kasih. Harap info ni bermanfaat untuk bro.
setuju dengan denaihati, nak seribu daya, tak nak serbu dalih ;) thanks dengan perkongsian ebook ni
Saya pun setuju, Orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau ada kemahuan, nak seribu daya.
menarik ebook ini, cerita yang ringkas tapi padat. Perkara macam ni memang ada terjadi kepada diri sendiri, tapi tidak perasan kan, bila dan baca …baru sedar kan. Perkongsiaan yang bermakna.
Biasa la manusia. Kadang-kadang kita tak sedar kesilapan kita sendiri. Dah di tegur baru sedar.
wuish dah lama betul buku ni rasanya aku pernah baca 3-4 tahun lepas kot hehe tapi memang pengisian dia agak menarik jugak la
hehe, kat dalam ebook tu pun ada cakap juga. Ebook ni memang lama sduah RK buat. Jadi bagi blogger otai macam topo mesti dah baca.
Satu perkara lagi, jangan tamak.
Tamak sebenarnya tak mengapa yang penting berbatas. Orang kata, tamak biar pandai, jangan tamak bodoh. Tamak bodoh makan diri.
cerita ini memang terbaik sebenarnya. Sebenarnya saya banyak pakai model ikan kecil untuk ikan besar, dalam usaha internet saya. Walaupun saya ada modal dari duit kerja. Tapi saya tak gunakan duit kerja untuk urusan blogging dan buat duit online.
Bagus tu bro. Maksudnya bro berusaha mencari pendapatan melalui internet tanpa modal dulu, kemudian modal yang ada, bro gandakan. Rancangan yang sangat baik.
ada modal atau tiada modal, dua2 pun boleh berjaya asalkan ada usaha dan tidak mudah putus asa
Betul tu bro. Saya sokong tu. Tiada modal pun masih boleh berjaya.
Salam Naziman. sy setuju dengan apa yg terkandung dalam entri kali ini. Bila disebut sahaja nk buat perniagaan, pasti yg pertama sekali yg muncul dalam benak pemikiran bakal peniaga ini adalah harus ada modal besar untuk berjaya.
Namun, apa yang penting adalah modal diri sendiri yg sanggup bekerja keras untuk berjaya. Tertarik dengan ungkapan “Siapa sangka dengan berumpankan cacing, boleh bawa balik datuk ikan?”
Ini menunjukan siapa yg bermula dari bawah dalam perniagaan akan belajar banyak benda dan akan berfikiran lebih kreatif untuk memaksimumkan modal minimum! Itulah juga yg saya telah gunakan dalam perniagaan saya. :)
Sebab tu la saya suka baca ebook ni. Ebook ni sesuai untuk motivasi bagi semua orang terutama yang ingin jana pendapatan atau berniaga. Sebab orang selalu fikir kalau nak berniaga atau nak berjaya kena ada modal besar. Bila tak dapat modal besar, jadinya tak kemana, impian jadi angan-angan.
Bro dah baca ebook ni? Dalam ebook ni ada pengajarang lain sebenarnya. Kenapa atan tak teruskan memancing moyang ikan yang lagi besar. Pengajaran tu pula sesuai juga bagi yang sedang dalam proses berjaya atau dah berjaya. Bestkan ebook ni, cerita ringkas tapi banyak input.