
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca disayangi. Semoga pembaca sihat walafiat bersama keluarga tercinta. Keluarga adalah emas dalam hidup. Pada kali ini, akan berkongsi tentang emas iaitu menjana idea menulis bernilai seperti emas.
Idea salah satu perkara paling berharga, mengapa ianya berharga boleh dibuktikan pada kerja berkumpulan. Kenapa lebih baik kerja berkumpulan di banding kerja bersendirian, salah satu sebabnya ialah pendapat atau idea berbeza setiap ahli tapi jika dikumpulkan dan diolah sebaiknya pasti akan jadi satu idea luar biasa malah lebih berharga dari emas.
Saya sebagai blogger merupakan salah seorang penulis. Blogger perlukan idea untuk menulis memberikan bahan bacaan pada pembaca. Walaupun blog mempunyai bidang yang besar seperti vlog atau video blog atau photo blog tapi konsep idea tu mesti ada pada setiap insan.
Salah satu fenomena besar pada seorang penulis biasanya bukan tiada idea untuk menulis tapi kerana tekanan idea menulis terlalu banyak dan takut pada pandangan pembaca. Ini pengalaman saya sebagai blogger.
Isi Kandungan
Idea menulis terlalu Banyak
Ini masalah blogger paling besar pada saya. Jika lihat blog naziman.com jarang update sebenarnya bukannya kerana kekeringan idea tapi sebab terlalu banyak idea menulis sehingga tak tahu mana nak mulakan dari mana.
Biasanya bila ada topik ingin di kongsikan atau terlintas sesuatu di benak fikiran, saya akan ambil nota tulis di telefon. Oleh kerana senarai yang di simpan menjadi banyak, itu membuatkan diri jadi tekanan.
Bagi penulis blogger yang berlaku masalah seperti ini, ada satu cara boleh di buat. Pastikan selepas senarai tajuk entri untuk dibuat, bila ada masa teruskan buat entri. Jangan di lengahkan. Ini memastikan supaya bila idea yang ada hanyut di telan masa dan hilang keinginan untuk buat entri tersebut. Pastikan juga buat entri yang penting dulu.
Takut pandangan pembaca
Ini juga masalah berlaku pada blogger seperti saya, bila nak buat entri atau nak publish entri, diri akan terasa takut sebab takut penulisan diberikan untuk jadi bahan bacaan tidak boleh diterima oleh semua orang. Takut dicemuh, dihina. Takut orang kata copy paste, tiru orang lain. Pelbagai lagi monolog diri negatif melampau yang tidak patut ada dalam diri.
Bagi blogger yang berlaku masalah seperti ini, boleh pegang satu ayat. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika kita takut pandangan orang lain, pastinya dalam entri tersebut ada kecacatan. Jadi cuba baiki cacat tersebut. Baca dan semak entri 2 3 kali.
Kalau masih ada perasaan takut, cara paling mudah boleh buat. Letakkan cursor mouse di butang publish, tutup mata dan klik. Pastinya ada kepuasan dalam diri setelah klik butang publish tersebut.
Inilah pengalaman saya sebagai blogger bukan kerana kekeringan idea tapi disebabkan kerana ketiadaan masa yang berkualiti untuk buat satu entri yang berkualiti.
37 teknik luar biasa hapuskan masalah kekeringan idea
Bagi penulis yang ingin menjana lebih idea saya cadangkan anda baca ebook 37 teknik luar biasa hapuskan masalah kekeringan idea. Saya sangat suka baca ebook ni. Bukan saja dari kekemasan ebook tersebut, tapi isi yang diberikan. Banyak ilmu yang ada dalam ebook yang di tulis oleh Firdaus Latib pengasas blog Studio Aksara.
Menariknya teknik hapuskan masalah kekeringan idea ni bukan saja untuk blog sebenarnya tapi boleh juga diaplikasikan oleh penulis buku, ebook, novel, dan pelbagai lagi penulis terutamanya untuk menjana idea menulis.
Ebook ni bukan saja ada 10 tapi 37 teknik luar biasa disamping memberikan 7 sistem blogger jutawan. Sangat tidak sesuai dengan harganya yang murah. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik gambar dibawah.
*****
Sebenarnya entri ni dibuat kali kedua, sedihnya rasanya terpadam semuanya. Post revision pun tak jumpa kat mana. Di post pertama, saya ada review sikit ebook 37 teknik luar biasa hapuskan masalah kekeringan idea ni. Jadi nak buat kali kedua, dah penat. Saya harap pembaca dapat input diberi dalam entri ni.
Berkenaan Idea menulis terlalu Banyak, salah satu cara untuk atasi daripada idea itu hilang tanpa sebarang penulisan, boleh cuba untuk menjadi penulis jemputan di blog-blog lain yang bersesuaian, sebab kadangkala ada topik yang kita nak tulis, tapi kurang sesuai di blog kita, tetapi sesuai di blog rakan kita, jadi kita bolehlah syorkan artikel tersebut kepada mereka.
Sekadar cadangan kepada yang menghadapi masalah ini.
Apapun, kalau selepas membaca ebook ni, tiada alasan lagi untuk tidak mempunyai idea.
Iya pula, saya tak terfikir pula idea tu. Bagus juga cadangan tu, bagi blog mempunyai topik khusus atau topik idea tu tak bersesuaian bagus juga kongsikan di blog lain sebagai penulis jemputan.
Setuju dengan ide Eizil tu,.. kadang2 banyak jugak ide yang datang tak sesuai utk blog sendiri disebabkan niche yang berbeza.
perkongsian yang baik untuk mengatasi kekeringan idea untuk menulis sesuatu yang bermanfaat.
Terima kasih kerana perkongsian ini memberi manfaat juga kepada aju.
perkongsian yg benar….
aduh! kena juga kat batang hidung sendiri entri ini. hohoho! :)
lagi satu masalah aku adalah bila orang cakap kalau nak menulis blog itu harus lah ada niche baru bagus. jadi itulah. nak tulis pasal pelancongan dan IT. macam mana nak satukan tu? hohoho
btw, blog dah update. jemput lah singgah. :)
haha. Niche tu tak semestinya tapi kalau nak pembaca yang targeted sebaiknya blog ada niche. Kalau nak gabungkan antara pelancongan dan IT pun boleh. Mungkin 3 entri pelancongan 3 entri IT setiap minggu.
eBook ini memang sesuai untuk mereka yang serius blogging, ingin menjana pendapatan melalui blogging.. terima kasih bro sudi berkongsi idea sesuatu yang berguna.
Kalau untuk jana pendapatan dari blogging tu mungkin kurang sesuai tapi bagi mereka yang serius blogging, selalu kering idea, eBook ni memang sesuai.
Pendapat jujur dari aku sendiri…
Kebanyakan blogger di Malaysia ni memang berani mengemukakan / meluahkan ide dan apa yang diorang rasa melalui blog dalam semua perkara tak kira politik, hiburan, sosial n etc. Cuma yang kadang2 aku rasa terkilan sebab ada segelintir blogger ni hanya buat entri semata2 utk dapatkan trafik tanpa membuat rujukan @ dapatkan maklumat sahih terlebih dahulu. Sebagai blogger, tak salah meluahkan ide,.. tapi setiap ide dan penulisan yang dihasilkan kita mesti bertanggungjawab. IMHO.
Saya setuju dengan pendapat bro, ramai blogger Malaysia terlalu gilakan trafik. Tapi dorang tak tahu, kualiti trafik, kualiti idea, luahan, post, lagi penting untuk jangka masa panjang.
Tak seronok bila baca penulisan yang yang serius & melibatkan fakta tidak disokong dengan sumber sahih.
Itu saya setuju. Banyak sebab juga, takut sesat. Contoh kita belajar agama pun kalau bukan dari sumber yang kukuh, hanya pendapat semata-mata boleh membuatkan orang lain sesat. Bahaya tu.
itulah. payah juga bila ada terlalu banyak idea nih..
Dalam bab 4, iaitu mengenai 37 teknik luar biasa menjana idea menulis blog adalah topik paling penting. Seperti yang saya katakan tadi, teknik yang dikongsi adalah praktikal.