
Sebelum ni saya ada peperiksaan, yang bertanyakan tentang tujuan dan matlamat dalam keusahawanan. Denaihati pula, bertanyakan tentang apa yang kita cari dalam hidup ni. Terfikir pula, apa tujuan dan matlamat blogging.
Jadi dalam laman tentang, ada beritahu serba sedikit sejarah blog ni, tentang diri sendiri. Tapi nak update sikit kenapa saya blogging. Jadi di sini nak kongsikan pula tentang matlamat blog ni buat jangka masa pendek dan panjang dalam dua tiga bulan ni.
Matlamat pertama :
Nak berkongsi sekurang-kurangnya dua perkongsian sehari. Sebelum ini, hanya berkongsi sekali sehari. Itupun, kadang-kadang sibuk, takda masa. Jadi buat auto-post bagi perkongsian yang bukan isu semasa atau sedang berlaku.
Matlamat kedua :
Dalam satu minggu lagi, harap semua berkaitan dengan tema, kecantikan blog dan kelajuan blog selesai dalam seminggu ni. Saya jenis selagi belum sempurna, selagi tu tak puas hati. Macam blog sebelum ni, sebulan lebih juga baru la dapat fokus buat perkongsian saja.
Matlamat ketiga :
Seperti yang pertama, tapi yang ini nak kurangkan ayat dalam perkongsian. Terlalu banyak penerangan, orang bosan baca juga. Terlalu pendek, orang tak faham pula. Jadi kena yang sedang-sedang saja. Jika perlu, akan gunakan video atau gambar untuk penerangan.
Matlamat keempat :
Sebelum ni tak kisah pun tentang traffic ni naik ka turun ka, yang penting berkongsi. Tapi tak sangka perkongsian cara lajukan laptop guna pendrive dan plan bis bagi prepaid tu jadi perhatian orang. Jadi rasa semangat pula nak naikkan traffic. Jadi harapan, dalam dua bulan ni, sekurang-kurangnya pelawat unik tu ada tetap 500 dan ke atas. Tambahan pula, tengok perkongsian dari penulis jena tentang mengedit gambar tanpa menggunakan software ramai nak tengok. Kita pun, mana boleh kalah kan. hahaha.
Matlamat kelima :
Tentang alexa rank pun, tak kisah juga sebelum ni tapi tengok blog orang ada yang sampai beratus site linking in tapi rank jauh dari saya. Jadi dengan rasa semangat ni, harapan dalam tiga bulan ni, alexa rank kurang dari 100,000 sebab nak tengok graf dari alexa juga.
Matlamat keenam :
Nak kelajuan blog tetap bawah dari tiga saat. Buat masa sekarang kelajuan blog masih tidak menentu. Kelajuan blog buat masa sekarang menggunakan pingdom tools.
10 cubaan kelajuan terakhir blog ini melalui pingdom. Lepas tambah tab social dan tab widget. 1.8MB ya. Pingdom susah nak percaya sebab dia ikut kelajuan internet juga.
Matlamat ketujuh :
Blog valid di W3C validator. Yang ini memang susah, tapi kalau tak dapat juga, apa boleh buat.
Matlamat kelapan :
Nak dapatkan pembaca tetap blog ni. Untuk dapatkan banyak unik visitor tu mungkin mudah tapi jadi pembaca tetap tu, memang susah. Jadi target dalam tiga bulan juga, tapi tak dapat nak target berapa.
Matlamat kesembilan :
Nak cari ramai-ramai kawan blogger dan internet. Kawan-kawan tak ramai blogger, ada blog pun, persendirian. Jadi sekarang, nak berkawan dengan blogger dan forum. Jadi cara nak capai matlamat ni, kena rajin komen blog orang, rajin berforum dan bersosial di internet.
Rasa itu saja matlamat dalam blogging buat masa ni. Tapi kebanyakkan semua ni susah nak capai kalau takda internet. Itu la kekurangannya. Jadi, sebelum nak capai, matlamat tu, kena cari cara lajukan internet dulu.
banyak gila matlamat. hehe..
haha..betul tu..memang banyak tapi semua tu saya rasa bersangkut paut juga. kalau tercapai satu, mungkin yang lain pun akan tercapai juga.
Bagus ada matlamat dan tetapkan matlamat dalam berblogging. Sekurang-kurangnya ada tujuan kita. Takdelah merapu tak tentu pasal dan kehabisan idea menulis.
Betul tu. Matlamat dan tujuan tu memang penting dalam semua hal. Sekarang ni, saya cuma kekurangan internet sebab internet yang ada sangat lambat. Jadi saya sendiri pun tak yakin akan tercapai atau tak matlamat saya. harap-harap tercapai.
Good luck! :)
iya..harap-harap tercapai..:)
pergh kalo 3 bulan ni dpt 3 matlamat pon dh kira ok..
rakan2 ttp akan menyokong usaha gigih bro.. :)
haha..betul tu. saya pun tak tahu lagi dapat ka tak ni. dah la internet saya ni lambat. harap-harap tercapai matlamat saya ni.
apa2 pun saya ucapkan gud luck kat awak yer.. awak ada pengetahuan yang luas dalam ilmu blog ni. itu adalah kelebihan awak. Saya yakin sangat2 awak pasti akan berjaya.. :)
Sama-sama. Blog saya ni pun turun naik analytic dia. saya menunggu mak saya jadi penulis juga di blog ni. Saya takda la pengetahuan luas sangat dalam blogging ni. masih banyak lagi perlu di pelajari.
mak awak?
iya. blog ni kan perkongsian tanpa batasan. dan saya lebihkan penulis dari keluarga dan rakan terdekat. buat masa sekarang, blog ni ada dua pnulis.
hahaha..ok2.