
Kemaskini 01 Jan 2018: Artikel ini mungkin sudah tidak sesuai sekarang ini. Saya juga tidak dapat membantu saudara jika menghadapi masalah ini. Tetapi saya mempunyai tip yang sangat sesuai agar tidak berlaku pada masa akan datang.
Gunakan Dashlane. Percuma dan dijamin selamat.
Saya menggunakan servis Dashlane untuk sync semua password antara device (chrome, smartphone, laptop, pc). Banyak lagi kegunaan Dashlane selain boleh simpan dan sync password. Agar sesuai dengan artikel ini, saya cuma jelaskan fungsi itu.
Apa yang penting, servis Dashlane percuma seumur hidup. Tetapi jika saudara daftar melalui link dibawah, saudara akan dapat $20 iaitu 6 bulan akaun premium percuma.
Tips 09/10/2013 : Walaupun notis sudah diberikan tetapi permintaan bantuan melalui emel dan komen masih tidak putus-putus daripada pembaca. Saya tidak dapat bantu masalah lama anda, tetapi anda boleh gunakan tips ini supaya tidak akan lupa username, password, nota, hutang, reminder dan apa sahaja maklumat penting bagi anda. Tips ini saya berikan dengan harapan pembaca akan terselamat daripada masalah terlupa maklumat penting seperti username dan password. Gunakan aplikasi Evernote sebagai pengingat anda. Aplikasi ini sync dengan mana-mana device seperti online, smartphone dan laptop. Paling menarik, ianya percuma seumur hidup.
Klik untuk daftar akaun percuma Evernote.
Notis 30/06/2013 : Saya bukan hacker atau pakar dalam bidang IT. Ilmu, tips dan cara saya terbatas hanya pada carian melalui internet yang diterjemahkan dalam artikel dan tidak lebih dari itu. Saya tidak tidak dapat membantu anda lebih daripada artikel ini. Segala permintaan berkaitan lupa security question atau lupa password tidak dapat dilayan. Harap maaf.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua di hari Jumaat ni. Apa khabar? sihat? Sekarang ni sudah pukul 5 pagi. Tadi dah tidur awal tapi tak tahu kenapa kalau tidur awal ni, mesti akan terbangun jam 3. Kalau tidur awal ja, terbangun jam 3. Kalau tidur lambat pula, alamat terbalik hari. Bangun pagi buka email kejap, tengok seorang wanita meminta bantuan kerana lupa security question dan lupa password email.
Oleh kerana entri kalau terlupa pasword ni selalu di komen dan saya juga selalu mendapat email ingin minta bantuan dari pembaca. Untuk memudahkan, lebih baik saya membuat satu entri tambahan. Di mana entri tersebut hanya untuk kalau terlupa password dan menggunakan recovery options tapi dalam entri mungkin akan membantu di bahagian recovery password.
Kebiasaannya, website, blog dan sebagainya kalau terlupa password, mereka akan menghantar email untuk recover password dengan pelbagai cara seperti memberikan password secara terus, memberikan link untuk reset password dan kemudian tukar password, dan mungkin ada pelbagai lagi cara.
Jadi yang menjadi masalah, bukan ketika nak recover password dari website tersebut tapi mendapat masalah apabila terlupa password malahan terlupa secret question untuk recover password email. Jadi saya akan cuba bantu hanya untuk recover password email yahoo dan gmail dalam entri ini. Ini kerana pengguna ymail dan gmail lebih ramai dari hotmail dan lain-lain.
Langkah pertama, recover Username dan Password
Untuk langkah pertama, sila baca entri kalau terlupa password ni. Entri ini menerangkan langkah kalau terlupa password. Jadi dalam entri ini, saya takkan terangkan langkah perlu di buat atau boleh terus ikut link di bawah untuk recover password.
- Yahoo! account recovery wizard
- Gmail account recovery wizard
Langkah kedua, guna Nombor telefon atau Alternate Email
Langkah ni lebih mudah sebab itu saya letakkan sebagai langkah kedua. Tapi bahagian ni cuma akan berjaya kalau anda isikan nombor telefon dan alternate email dalam maklumat anda. Untuk yahoo saya tak pasti boleh letak nombor telefon atau tak tapi gmail ada.
Nombor telefon
Biasanya akan dihantar SMS atau automated call. Saya tak tahu berapa caj, tiada kredit nak cuba.
Alternate Email
Akan di bagi satu link untuk klik. Saya tak pasti juga link tu apa gunanya, adakah untuk reset password atau bagi password lama. Takut nak cuba sebab nanti kalau disuruh tukar password, biasanya password tu tak boleh sama dengan sebelum ni. Kena ingat password baru lagi.
Langkah ketiga, sebelum lupa Security Question
Secara jujurnya, saya sendiri pun tak berapa ingat security question ni sebab soalan ni selalu berbeza-beza dengan website lain. Memang kita akan isi biasanya apa yang kita alami dan butiran tentang kita sendiri tapi sedikit kesalahan pun boleh menjadi gagal.
Biasanya secret question ni, sejarah kita sendiri juga seperti cikgu kesukaan kita, di mana kita lahir, nombor telefon pertama dan pelbagai lagi.
Lupa Security Question ni susah sikit. Dari soalan di komen entri lupa password dan email minta bantuan, kebiasaanya orang ingat satu ja. Satu lagi pula lupa. Terlupa secret question, boleh teruskan dengan langkah seterusnya.
Langkah keempat untuk Yahoo, Yahoo! Customer Service
Ini untuk hubungi Yahoo! Customer Service, saya tak pasti cara ni. Mungkin boleh cuba. Untuk call, tak tahu berapa caj.
Nombor telefon Yahoo! Customer Service
866-562-7219
408-349-3300
408.349.1572
Call dalam lingkungan 6am – 6pm PST.
E-Mail untuk Yahoo! customer care
cc-advoc@yahoo-inc.com
atau
y_answers_team@yahoo.com
Langkah keempat untuk Gmail, Password Help
Password help ni akan anda dapat selepas recover password di langkah pertama. Isikan email yang anda lupa. Kemudian klik seperti gambar di bawah.

Selepas tu, kita akan di minta untuk isikan emel yang akan terima contact information kita.
Kemudian kita akan di minta isikan password terakhir, kali terakhir login dan bila buat akaun. Saya pun tak berapa ingat semua ni. Saya isi ja sebarang.
Lepas tu ada dua lagi step tapi skip step tu. Security question yang di tanya. Akhir sekali akan di tanya produk google yang kita guna. Ada 4 pilihan saja, Android, Gmail, Calendar dan task. Ini pun tak berapa ingat bila mula guna. Isi sebarang juga.
Kalau dah selesai, akan keluar la gambar macam di bawah.
Kemudian akan dihantar satu emel. Klik link tersebut. Google akan kata kalau nak lebih baik, sign-out semua akaun. Lepas tu, tak pasti apa lagi step.
Kalau tak dapt juga, cuba Contact Google.
Tip lain mungkin dapat membantu
Boleh gunakan fungsi suggestion (tak tahu apa di panggil). Biasanya jika kita mengisi username, akan ada beberapa suggestion kan? Contoh kalau kita pergi google dan taip perkataan, akan keluar suggestion kan? Iya, begitu la browser. Mungkin cara ni dapat membantu.
Tip lain untuk recover username dan password, cuba periksa browser anda. Kemungkinan anda ada saved password tanpa di sedari.
Untuk chrome, sila pergi chrome://chrome/settings/passwords dan show password.
Untuk Mozilla, pergi Edit > Preferences > Security > Saved Password > Show Password > keluar pop-up klik Yes.
Mungkin anda boleh cuba Try and Error. Kebiasaanya password ni mesti benda yang kita ingat juga. Kecuali ada beberapa website mungkin ada lebih security macam Bank contohnya kena ada huruf besar, kena ada gabungan nombor, ada pula yang ada limit minima dan maksima untuk password. Itu yang menjadi susah tu.
Anda boleh guna software atau tool di internet, banyak juga tool yang saya jumpa di internet tapi saya tak jamin keberkesanannya. Kemungkinan cuma virus, mungkin cuma produk hype. Tapi tak salah mencuba. Mungkin anda boleh cuba tool ini, Password recovery bundle.
Sebaiknya kalau nak melabur beli password recovery atau pun guna tool percuma pun, pastikan tengok review yang sah dan boleh di percayai. Jangan tengok setakat 1 2 review. Tengok banyak-banyak. Atau boleh tanya di mana-mana forum atau Question answer macam yahoo answer contohnya. Tanya tool terbaik.
Tip terakhir, boleh cuba hubungi hacker yang boleh di percayai. Ingat hacker bukan semua jahat. Yang jahat tu black hat hacker. Cari white hat hacker untuk bantu anda. Upah tu saya tak tahu, tak pernah cuba lagi. Tapi memang banyak hacker kita boleh jumpa di internet.
Anda berjaya atau ada cara lain?
Sudah cuba sehingga cara terakhir? Macam mana pula dengan panduan lain yang mungkin membantu? Berjaya? Atau anda ada cara lain? Kalau ada, di harap boleh komen di bawah untuk membantu orang lain juga. Mungkin ada tip yang saya tertinggal atau tak tahu.
hai bro,
artikel yang saya cari-cari selama ini, dah lama cario email yahoo tu, semua sudah buat tapi gagal. last choice cuba email mereka untuk recover password yahoo saya. hari tu nak login terlupa secret answer. terima kasih bro, berguna artikel ni sama saya.
Alhamdulillah, berguna juga artikel ini untuk orang lain. Sebaiknya jangan guna secret answer untuk recover password, gunakan alternative seperti alternate email atau nombor telefon, lebih mudah, selamat dan tak perlu ingat secret answer yang kemungkinan suatu hari kita akan lupa.
betul tu bro, silap saya masa tu.. harap tidak mengulangi kesilapan ni lagi. terima kasih bro.
Biasalah orang kata, pertama kali tu pengalaman.
dah lama cari macam mana kalau lupa security question sebab dulu ingat security question ni bukannya apa2 sekali lupa pasword security question pon lupe hahah langsung tak boleh nak buka
Sudah menjadi kebiasaan, seperti saya sendiri dulu pun tak ambil kisah sangat tentang security question. Sebenarnya saya sendiri pun tak ingat semua security question, saya lebih suka guna alternate email atau nombor telefon.
aku pernah lupa
mujur juga ada alternate email tu
memang sangat berguna
alternate email memang lagi mudah, tak perlu ingat secret answer.
banyak cara rupanya. selalunya guna alternate email.
Memang banyak cara sebenarnya, tapi saya lebih selesa guna alternate email ja.
wah detail betul bro tulis, bro ada bakat menulis dengan bermutu nih
Terlalu tinggi pujian bro tu, masih jauh lagi perjalanan saya menuju penulisan bermutu ni.
Adehhh.. kalau dah sampai kena contact hacker tu, dah kira bab serius giler tu :D Btw, selalunya bab security Qs, kawe cari soalan yg jawapannya satu perkataan jer. Senang sikit nak meneka dalam kesamaran.
Contact hacker kena berhati-hati juga, takut tersalah pilih hacker. White hat hacker, hacker yang baik berguna untuk menentukan sistem keselamatan mereka.
Meneka dalam kesamaran tu sedap didengar. Kena cari lampu baru terang lagi bersuluh. hehe
takkanlah leh lupa kott..
Boleh lupa bro, biasalah manusia mudah lupa.
Menarik,
tapi masalahnya emel saya yang pertama kali saya buat itu lupa password pula untuk emel alternatif.
Maksudnya kedua-dua emel lupa password? Mungkin boleh cuba guna nombor telefon kalau ada, kalau tiada cuba hubungi customer service.
ni mesti terlampau banyak email.
Kadang-kadang tak semestinya sebab banyak emel juga, ada juga yang jarang buka emel. Buka kadang-kadang sebab nak daftar laman sosial.
Harap saya takkan lupe or ada masalah password ni…macam pening je care nak retrieve balik..haiishhh… ;)
Betul tu, memang pening nak dapatkan balik password emel. Kalau lupa password blog, masih boleh selamat lagi. hehe
Alternate email tu sangat penting sebenarnya sebagai backup kalau lupa password ni. Payah jugak kalau dah terlampau banyak sgt email ni. Hehe
Betul tu, memang perlu juga banyak emel sebenarnya untuk bahagikan antara yang penting dan tak penting. Untuk branding, untuk blog, untuk setiap perniagaan internet. Sebenarnya ada software untuk ingat semua password tu.
Thanks Bro, entry berguna ni, pernah dulu terlupa, at last biarkan saja sebab tak tau..
Ni boleh try dengan refer kat sini :D
Kalau emel tak penting biasanya kita boleh buat tak tahu ja. Tapi emel yang penting tu, kalau terlupa tu yang bahaya.
Boleh percaya kah ni? Klau lupa security password apps lain boleh kah guna kah ni?
Untuk dashlane saya sudah pakai lebih 3 bulan. Rasanya okay ja. Untuk link recover password tu, ni tulisan lama. Saya tak pasti masih valid atau tak.
pernah lupa tp biasa ada tulis kt dlm buku..cuma bahaya kl sape2 jumpa buku rahsia kerajaan tue..huhu
Ada banyak software boleh diguna untuk ingat password sebenarnya yang lebih selamat dan automatic. Cik tom cari ja kat google “cara nak ingat password”. Kalau dulu saya guna Roboform.
selalu catit aje. cuma jaga elok-eloklahh..
Boleh guna software sebenarnya, sangat mudah, terjaga dan automatic. Cuba godek di blog saya ada tulis tentang cara nak ingat password.
haaaaa…. jammed jugak kalau lupa tu. kena makan kismis. hehhee
Kena cari kismis untuk kuatkan ingatan ni.
kalau lupe guna alternatif emel je..yg len ssah soaln byk xigt nk jwb..hehe
Saya setuju, saya pun tak guna sangat security question tu. Banyak kena ingat.
satu perkongsian yang sangat teliti .. terima kasih bro… pernah jugak aku lupa password email….
Salam En Naziman, saya ada masalah dengan email saya.. saya terlupa soalan rahsia dan juga alternatif emel.. sudah bermacam cara saya gunakan untuk dapat kan kembali email tersebut akan tetapi tidak berjaya..
saya mohon sangat-sangat bantuan En Naziman kalau boleh..
mohon sangat En.. saya sangat perlukan kembali email tersebut..adakah ianya memang tak dapat di selamat kan lagi??
emailnya tak boleh di buka tu adalah addinul_huda@yaho.com
bantuan En Naziman sangat saya hargai..
Waalaikumsalam. minta maaf sangat2 cik. Sampai sini saja ilmu yang saya tahu. Mungkin boleh cari white hacker untuk bantu.
salam,sy lpe anwser utk security questioo.
Cne ye.dh try email kt yahoo..xreply adoi
Id yahoo nie sgt la pntg..ade cr tlg sy bro
Waalaikumsalam. Erm, saya pun tak dapat tolong bro. Apa yang ada dalam artikel ni, itu saja ilmu yang saya ada. Minta maaf tak dapat membantu.
bro ade contct white hacker x?
sy btul perlu kan bantuan…tQ
Saya tak pula kawan-kawan atau contact white hacker. Bro cuba cari kat internet ni. Banyak juga ni. Tapi hati-hati sikit takut terjumpa hacker yang tak jujur. Kena cari hacker yang betul-betul white tu. hehe.
terima lasoh tuan diatas entri ni…sangat2 membantu..
password email sangat amat penting, kalau saya lupa saya sendiri tidak bisa membayangkan bagaimana jadinya dengan akun2 saya yang mendaftar memakai email tersebut
terima kasih buat ulasan diatas, benar2 bermanfaat terutama saat menghadapi lupa password dari yahoo dan gmail :)
slm,bos bleh bantu nk dpatkan kata laluan email sy lupa xleh buka email : dut_budaknakal88@yahoo.com. ada cara x?mohon bantuan terus ke 0136656955 0129535412
Salam awak… saya ada masalah. Saya tidak dapat login yahoo mail. Saya telah lupa kata laluan dan jugak security question bagi yahoo mail tersebut… apa yang harus saya lakukan??
klau dftar fb pkai yahoo…bleh ke nk msok fb gne gmail??
Setahu saya, tak boleh.
salam..boleh x awk bantu sy utk email hotmail..sy terlupa pwrd guna security question pn msh xdpt buka
wewwww tenkiu!
saya lupa security password nya . saya hendak guna telefon nombor lama , tapi masalahnya skarang saya sudah tidak pakai lagi nombor telefon itu , jadi macam mana cara dia yaa..
kaks , klo cara menggunakan security answer gimana yah.?
soalnya , alamat email dan nomor telpon yg ada di yahoo saya udah lupa
Kalau email saya lupa password macam mana nak cari balik.. dan question yahoo saya lupa
thanks gan infonya
Yallah, saya tak faham macam mana nak buat. saya lupa security question answer and alternate email. macam mana nak buat? hmm. dah banyak search google, cara cara dia. tapi semua nya suh pergi password helper lah, pastu contact yahoo oline. lagi saya tak faham. tolong :'(
Saye lupe…pasword…gmail…so macam…mane ye…
Nak sambung main coc…pastu lupe pasword gmail lame macam mane yee….
tlng sy dptkan blik yahoo email yg dh x blh bukak….
Ada cara x…
emai sy dh x blh bukak…tlng sy cara nk dptkn blik
ejai_akma@yahoo.com
assalamualaikum. saya lupe pasword email sye dan sye penah wat sume tips2 yang kat atas nih… tapi malang nye alternative punya pasword pon sye lupe macam mana nak wat ye?
Thanks untuk info & tips. Amat berguna esp utk orang yang selalu lupa password macam saya ni hehehe.
hey, saya nak buat satu pertanyaan, saya ada masalah tentang password faceebook untuk tunang saya.user betul.tpi password betul lupa…please tolong dapat kan semula
saya tak tahu apa email coc saya di dalam ipad saya.
Blh tlg kh boss aq lupa kata laluan gmail ni..?
Hai…smua blh tlg kh aq x ingt kata laluan gmail aq….
Blh tlg buka kh…aq x brpa fhm klu buka sndri…
Gmail saya kena hack. tpi dia tkr recover dan dia padamkan nomber kita. mcm mana nak buat????
Lupa password gmail macam mana nak dapat kan semula
Saya terlupa kata laluan email coc saya bagaimana saya nak dapat kembali kata laluan email coc saya
Saya lupa password…dah puas cuba dptkan blk tp x blh…urgent nak bkk email tu…blh tlg x
Email saya…lanstar03@gmail.com
Email saya…lanstar03@gmail.com
thanks.. siap hubungi hacker..
Macam mane nk tahu balik pass email saya yolong ajar
Sye dh cbe tpi x bole jgk
Bole tolong sye x dptkn blik email sye
Yg kne hack
macam mna kalau kita nak login fb kita just ingt email tapi password xingt. yg email tu xleh bukak. lps tu yg kita tetapkan no tel tu kita dh x pakai . boleh bantu
Salam sy pOn menghadapi masalah yg sama… Boleh guide utk saya tak? Tq:(
Makasih tutorialnya saya sudah coba berhasil, update artikel terus ya