Halaman ini menerangkan polisi keselamatan blog Naziman Azlye yang merangkumi perlindungan data dan keselamatan storan yang digunakan. Tujuan utama keselamatan tersebut untuk melindungi blog ini dan pengunjung daripada sesuatu yang tidak diingini seperti laman sesawang digodam atau data dan wang dirompak.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Buat masa ini, maklumat peribadi belum dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tetapi sedang dipertimbangkan untuk menjaga privasi, kepentingan, keselamatan, dan integriti pengunjung. Dengan itu, pengunjung dinasihatkan untuk sering melayari halaman ini untuk melihat dasar terkini.
Untuk maklumat lanjut mengenai akta ini, sila layari Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Pindaan Polisi Keselamatan
Dari semasa ke semasa, polisi ini mungkin akan dipinda. Perkara ini mungkin berkaitan dengan undang-undang, amalan blogging yang baik, atau ada perubahan daripada sudut perkhidmatan blog ini.
Sekiranya polisi keselamatan ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Tarikh pindaan akan dinyatakan untuk pelaksanaan pindaan terbaru. Dengan itu, pengunjung dinasihatkan untuk sering melayari halaman ini bagi mengetahui polisi terkini.
Cadangan dan Penjelasan
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan polisi keselamatan , anda boleh hantarkan di borang cadangan dan penjelasan. E-mel cadangan atau penjelasan anda amat dihargai dan akan cuba dibalas dengan segera.
Log Pindaan
11 November 2017 : Terbitan kali pertama
Tarikh Pelaksanaan
11 November 2017 (bersamaan 22 Safar 1439)