Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang soalan mengenai penafian blog ini, sila hubungi melalui e-mel.
Isi Kandungan
Terma Penggunaan
Dasar polisi ini sah dari 24hb Oktober, 2017 terutama kepada artikel-artikel selepas tarikh tersebut. Untuk artikel sebelum tarikh tersebut, sila dan tolong beritahu saya jika ada yang bercanggah dengan dasar ini sebelum melakukan apa-apa tindakan. Penat la saya nak semak satu-satu, bagus masa tersebut digunakan untuk tulis artikel berkualiti kan.
Bacaan semua maklumat di naziman.com adalah atas kehendak anda sendiri. Jika anda tidak boleh menerima Terma dan Syarat ini, anda harus berhenti membaca/menggunakan/melihat blog ini dengan segera. Sekiranya anda masih ingin membaca artikel menarik, sila jangan keluar dulu.
Saya berhak mengubah mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa. Ini kerana saya seorang yang susah untuk diramal, inginkan kesempurnaan dan tidak boleh duduk diam, jadi sila periksa disini selalu untuk apa-apa perubahan.
Walaupn saya cuba sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang terkini dan tepat (melalui kajian menyeluruh), tetapi saya tidak boleh memberi apa-apa jaminan terhadap apa-apa (yang tersurat dan tersirat) kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, atau kesesuaian dalam mana-mana tulisan. Terutama kepada sesuatu yang terikat pada masa, tempat atau situasi, saya nasihatkan anda semak semula.
Matlamat saya ialah menyediakan maklumat yang terkini dan tepat pada masa tulisan di terbitkan, tetapi beberapa maklumat tidak dapat dielakkan menjadi kurang tepat kerana peredaran masa. Sekiranya anda mendapati sebarang maklumat yang tidak betul, jangan ragu untuk menghubungi saya. Saya akan tinggalkan semua, duduk depan laptop, perbetulkan kesalahan mengejutkan tersebut dengan segera… atau sebaik dihabiskan cawan Nescafe saya. Saya juga mempunyai keutamaan lain yang perlu anda lihat.
Dasar Hak Cipta
Melainkan ada dinyatakan, saya (Nor Naziman Azlye bin Noramzil) adalah pemegang hak cipta semua bahan (ditulis, multimedia, grafik) dalam blog ini dan tidak boleh digunakan, dicetak semula, diubah suai atau diterbitkan tanpa persetujuan bertulis daripada saya. Pautan ke naziman.com mesti ada dalam semua salinan apa-apa karya seni atau kandungan, termasuk artikel dan surat khabar.
Para blogger tetamu dan penyumbang lain kepada blog Naziman Azlye mesti bertanggungjawab untuk bahan mereka sendiri dan memastikan kerja mereka mematuhi undang-undang.
Pendapat yang dinyatakan oleh mana-mana Pihak Ketiga adalah pendapat mereka sendiri dan tidak mewakili kedudukan atau kepercayaan kepada blog Naziman Azlye. Walaupun pendapat mereka diterbitkan dalam blog ini tidak bermakna saya bersetuju dengan tulisan tersebut, jika saya bersetuju dengan tulisan tersebut tidak bermakna pula saya bersetuju dengan semua pendapat mereka di luar tulisan tersebut. Bila mereka kata makan dengan keluarga sangat bagus dan saya pun setuju, tetapi tidak bermakna bila mereka kata makan dikedai mewah hari-hari itu bagus saya akan setuju.
Saya juga tidak bertanggungjawab – tetapi sangat menyesal – untuk sebarang komen yang berfikiran sempit, tidak sopan, atau menyinggung orang lain di blog saya.
Pegang Lepas
Semua maklumat yang disediakan di naziman.com adalah untuk maklumat umum dan bertujuan untuk hiburan saja, ia juga merupakan pendapat peribadi saya sendiri, Naziman Azlye dan bukan orang lain. Ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) organisasi keahlian, keluarga, kawan, dan majikan saya. Kawan saya selalu mengatakan saya terlalu perfectionist (inginkan kesempurnaan), jadi berhati-hatilah bahawa beberapa artikel boleh menjadi sedikit berbeza dengan apa yang menjadi kebiasaan anda.
Saya tidak memberikan khidmat nasihat profesional… agama, kejuruteraan, sains, matematik, kimia, perubatan, hukum, falsafah, undang-undang, kewangan, pelaburan, ekonomi, politik. Anda mengambil semua maklumat yang disediakan atas risiko anda sendiri. Sila hubungi pihak professional, google, keluarga anda, kawan, atau dapatkan rujukan kepada pihak profesional yang kompeten.
Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, atau kerosakan (termasuk secara langsung atau tidak langsung) yang disebabkan atau berkaitan dengan penggunaan blog ini.
Selain itu, saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kesalahan yang diambil kerana terjemahan, tafsiran, atau kesilapan dalam tatabahasa dan/atau tanda baca kandungan blog ini. Saya Melayu tetapi Bahasa Melayu pun gagal. Maafkan saya.
Walaupun saya cuba mengekalkan naziman.com beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun, akses ke blog ini boleh terganggu buat sementara atau selama-lamanya dengan/tanpa notis atas/tanpa budi bicara saya sendiri, disebabkan kemungkinan kemaskini atau isu-isu teknikal di luar kawalan saya. Saya tidak akan bertanggungjawab atas apa jua alasan blog tidak beroperasi pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh masa. Saya akan cuba pastikan blog ini beroperasi secepat mungkin.
Kenyataan Privasi
Sebarang maklumat peribadi diberikan kepada saya akan disimpan untuk peribadi sahaja. Anda tidak akan di spam, saya tidak akan menghantar kad hari raya, kad tahun baru, kad kahwin (melainkan anda minta atau saya ada bajet tinggi nak ajak anda) dan saya tidak akan menjual atau mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak lain.
Namun, saya tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi mana-mana pengiklan atau pengulas blog saya. Pihak tersebut mungkin ada dasar, terma, syarat, perjanjian, atau polisi yang tersendiri dan berbeza daripada blog ini, sila periksa dengan mereka sebelum melakukan apa-apa transaksi, perniagaan, pelaburan, dan/atau berkongsi maklumat peribadi.
Hak Rizab
Saya, Nor Naziman Azlye bin Noramzil dari blog Naziman Azlye, berhak untuk mengubah focus blog (seperti mengubahnya menjadi platform bagi para dermawan), untuk menutup selamanya, untuk menjual, untuk tukar terma penggunaan (seperti menjadikan platform berbayar) mengikut budi bicara saya sendiri.
Saya juga berhak untuk mengedit atau memadam sebarang komen yang dikemukakan kepada naziman.com tanpa notis: komen yang dianggap sebagai spam atau potensi tinggi sebagai spam, komen termasuk kata-kata kesat, komen yang mengandungi bahasa atau konsep yang boleh menyinggung perasan, dan/atau komen yang menyerang kumpulan atau orang secara individu.
Pengiklan dan Penaja
Untuk membantu blog ini berkembang, untuk menampung kos operasi blog ini dan supaya saya boleh melancong ke luar negara setiap bulan (SAYA BERHARAP SANGAT-SANGAT), akan ada beberapa iklan dan pautan affiliate dalam blog ini. Pautan affiliate ini akan memberikan saya sedikit komisen (diperingatkan, sangat sedikit yaa) dalam setiap pembelian yang dilakukan selepas mengklik salah satu pautan tersebut. Manakala, setiap pembelian pula tidak ada tambahan kos kepada anda. Kerana itu, saya sangat-sangat berterima kasih kepada anda kerana membantu saya menjana sedikit pendapatan.
Saya akan memastikan dan melakukan yang terbaik untuk memberikan anda maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang saya benar-benar percaya ianya bagus dan/atau terbaik. Saya tidak akan mengkhianati kepercayaan anda. Semua ulasan di blog saya akan dipersembahkan dengan jujur dan tidak akan berat sebelah pada mana-mana pihak. Saya juga akan mendedahkan sama ada saya akan menerima apa-apa komisen atau produk/perkhidmatan secara percuma.
Walaupun saya berusaha sehabis baik memberikan iklan/produk/perkhidmatan yang berkualiti, berguna dan beretika tetapi saya tiada kuasa dan kawalan sepenuhnya terhadap semua itu. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan pengiklan atau penaja saya. Jika anda membeli produk atau perkhidmatan berdasarkan pautan dari blog saya, anda mesti mengambil tindakan dengan pihak/syarikat tersebut untuk menyelesaikan sebarang masalah, bukannya dengan blog Naziman Azlye.
Apa-apa produk, tuntutan, statistik, petikan, atau perwakilan mengenai produk atau perkhidmatan perlu disahkan dengan pengeluar, penyedia, atau pihak yang berkenaan. Hanya kerana saya suka putih, tidak bermakna anda juga akan menyukainya. Pihak tersebut juga mungkin ada dasar, terma, syarat, perjanjian, atau polisi yang tersendiri dan berbeza daripada blog ini, sila periksa dengan mereka sebelum melakukan apa-apa transaksi, perniagaan, pelaburan, dan/atau berkongsi maklumat peribadi.
Surat kepada Penyunting
Sebarang surat, e-mel, komen blog, respon di platform media social seperti Facebook, Twitter, Instagram, atau soalan yang ditulis terus kepada saya boleh digunakan untuk berkongsi dengan pembaca blog saya melainkan jika diminta secara khusus agar tidak dikongsi secara umum. (Sebahagian daripada) Surat atau e-mel ini, soalan atau maklum balas boleh digunakan dalam surat khabar, artikel blog, dan/atau buku yang akan datang. Pujian besar akan diberikan kepada anda.
Log Perubahan
24-Oktober-2017 : Penerbitan laman penafian kali pertama
Terima kasih banyak kerana melawat dan membaca blog ini dan jangan lupa untuk gembirakan diri anda.