Di Naziman Azlye, keutamaan saya menulis cuma sebagai rekod perjalanan hidup peribadi saja. Dalam masa yang sama, tulisan saya cuba untuk membantu pembaca daripada mana-mana sudut (mental, fizikal, sosial, atau rohani) atau topik (sains, kejuruteraan, agama, pemikiran, kewangan, pelaburan, dan lain-lain topik yang pelbagai) kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Setiap proses (kumpul maklumat yang betul, berfikir, menulis kritis, dan lain-lain) terdapat banyak kos di belakang tabir. Kos masa, kos kewangan, dan kos tenaga. Jadi bagi menampung kos itu semua, saya tidak boleh mengabaikan peluang untuk dapatkan bayaran bagi setiap usaha saya.
Siapa taknak gembira dapat sikit bayaran untuk usaha-usaha kecil tu kan?
Jadi sekarang, mari bercakap tentang pautan affiliate.
Isi Kandungan
Pautan Affiliate
Kadang-kadang, ketika mengesyorkan produk, saya akan memberi pautan ke laman syarikat menggunakan pautan affiliate (affiliate link). Pada asasnya, jika akhirnya anda membeli produk tersebut melalui pautan saya, saya akan mendapat komisyen daripada vendor sebagai tanda kecil mereka ber-“terima kasih”.
Kadang-kadang komisyen tersebut hanya beberapa ringgit (bawah RM5); kadangkala banyak sikit (atas RM50). Kadang-kadang komisyen tersebut untuk sekali saja; kadangkala komisyen tersebut berulang – bermaksud jika anda mendaftar untuk langgan bulanan/tahunan, saya akan mendapat sedikit daripada setiap bayaran tersebut.
Tapi perkara ini sangat penting – setiap pembelian atau langganan tersebut tidak menambah kos pada anda. Semua komisyen tersebut keluar dari duit poket vendor bukan anda. Ini bermaksud jika anda membeli bukan melalui pautan saya pun, kos harga belian anda tetap sama. Contohnya seperti dalam gambar :
Dasar Affiliate
Bagi menjaga kualiti tulisan dan ulasan, disamping menjaga kredibiliti dan integriti saya kepada pembaca, saya tidak akan mengesyorkan produk hanya kerana mereka membayar sedikit komisyen. Saya akan menepati dasar seperti dibawah untuk pemasaran affiliate :
- Jika tulisan mempunyai produk yang belum dicuba atau diguna, saya akan menjelaskan dengan terang.
- Jika tulisan tidak mengutamakan penggunaan produk, saya akan menjelaskan skop utama tulisan tersebut.
- Kalau produk sudah dicuba atau diguna pula, tetapi belum digunakan sepenuhnya, saya akan menjelaskan pembatasan tersebut.
- Selain daripada poin 1, 2 dan 3 diatas, saya hanya akan mengesyorkan produk
- yang telah dicuba atau diguna secara peribadi dan sangat sesuai untuk jangka masa panjang; atau
- yang sangat disyorkan oleh rakan-rakan yang sangat dipercayai (kadang-kadang produk tersebut tidak sesuai untuk saya tetapi sesuai untuk orang lain)
- Ulasan atau resensi akan dibahagi secara kasar 70% kelebihan, 30% kekurangan atau perkara perlu dibaiki.
- Ulasan akan menyatakan pengguna yang sesuai menggunakan produk tersebut (kerana tiada 1 penyelesaian sesuai untuk semua masalah).
Format Pautan Affiliate
Bagi memudahkan anda mengenali pautan affiliate dalam tulisan, saya akan meletakkan * selepas pautan tersebut. Tanda * tersebut akan dipautkan ke laman ini bagi memudahkan pembaca yang tidak tahu tentang affiliate atau akan diletakkan nota kaki penafian affiliate secara ringkas yang diakhir penafian, terdapat pautan ke laman ini.
Sebagai contoh seperti dibawah, format pautan affiliate kepada tema StudioPress menggunakan Genesis Framework yang saya syorkan :
Kadang-kadang pula, atas sebab-sebab tertentu tidak sesuai format seperti diatas digunakan sebagai contoh dalam satu tulisan terdapat lebih dari satu pautan affiliate atau pautan melalui gambar.
Kebiasaannya perkara tersebut berlaku kerana ingin memudahkan pembacaan dan menjadikan tulisan tersebut interaktif. Contohnya jika saya menulis perbandingan antara beberapa produk dalam bentuk jadual, perbezaan tersebut lebih jelas. Dalam bentuk jadual, menulis format seperti diatas sangat tidak sesuai dan tidak mesra pembaca.
Atas dasar ingin meningkatkan pemahaman pembaca dan tidak mengganggu bacaan (readability), saya akan cuba menulis coretan kecil dalam mana-mana bahagian tulisan tersebut sebagai contoh seperti format dibawah :
Penafian : Tulisan ini mempunyai beberapa pautan affiliate. Dimana jika anda membeli produk melalui salah satu pautan tersebut, anda tidak akan membayar kos tambahan tetapi saya akan mendapat sedikit komisyen. Untuk maklumat lanjut, sila klik Penafian Affiliate.
Tetapi…
Oleh kerana, blog ini menggunakan plugin yang akan memaut secara automatik berdasarkan kata kunci, saya tidak dapat mengawal keseluruhannya. Ini juga termasuk pautan affiliate dalam entri lama. Saya tiada masa untuk menandakan dengan jelas kerana sibuk dan masa yang ada diberi keutamaan pada entri baru.
Jadi lebih selamat diandaikan bahawa bila-bila masa saya memberi pautan kepada produk pihak ketiga, saya mungkin akan mendapat komisyen.
Affiliate dan Cookies
Cookies mempunyai banyak kegunaan selain untuk affiliate. Bagi pemasaran affiliate, setelah anda klik pautan saya, cookies akan disimpan dalam pelayar anda tetapi tiada data peribadi anda digunakan. Untuk maklumat lanjut mengenai cookies dan dasar privasi blog ini, sila layari Dasar Privasi.
Undang-undang Malaysia
Sekadar pencarian saya buat masa ini, saya belum menemui undang-undang Malaysia berkaitan dengan affiliate seperti yang diamalkan oleh Federal Trade Commission (FTC). Jika pembaca tahu berkenaan hal ini, sila hubungi saya menggunakan borang cadangan seperti dibawah bagi memastikan pemasaran affiliate blog ini bersesuaian dengan undang-undang Malaysia.
Sementara itu, bagi praktis yang baik dengan menunjukkan nilai integriti dan membina kepercayaan antara pembaca dengan pemasar affiliate, disamping ingin menyebarkan peluang menjana pendapatan dengan affiliate di Malaysia, saya akan cuba mematuhi undang-undang seperti yang dipraktiskan oleh FTC.
Pindaan Penafian Affiliate
Dari semasa ke semasa, penafian affiliate ini mungkin akan dipinda. Perkara ini mungkin berkaitan dengan undang-undang, amalan blogging yang baik, atau ada perubahan daripada sudut penulisan / perkhidmatan blog ini.
Sekiranya penafian ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Tarikh pindaan akan dinyatakan untuk pelaksanaan pindaan terbaru. Dengan itu, pengunjung dinasihatkan untuk sering melayari halaman ini bagi mengetahui penafian affiliate terkini.
Cadangan dan Penjelasan
Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau ingin penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan penafian affiliate, anda boleh hantarkan di borang cadangan dan penjelasan. E-mel cadangan atau penjelasan anda amat dihargai dan akan cuba dibalas dengan segera.
Log Pindaan
21 November 2017 : Terbitan kali pertama
24 November 2017 : Tambahan gambar dan dasar affiliate
04 Disember 2017 : Mengubah topik format pautan affiliate
Tarikh Pelaksanaan
24 November 2017 (bersamaan 05 Rabi’al-awwal 1439)