
Carta dan jadual dibawah memberikan maklumat lengkap tentang nilai hibah dan juga bonus yang telah diumumkan oleh Tabung Haji (TH) sejak tahun 1994 hingga tahun terkini.
Berdasarkan sejarah tahun sebelum ini, hanya beberapa tahun tertentu saja TH memberikan bonus bermula pada tahun 2007 iaitu sekitar 1.5 hingga 2.0 peratus.
Nilai hibah yang paling tinggi pernah diberikan pada tahun 1994 hingga 1997 iaitu 9.5 peratus walaupun tanpa bonus. Manakala nilai hibah yang paling rendah pernah diberikan pada tahun 2018 iaitu 1.25 peratus juga tanpa bonus.
Hal ini demikian kerana TH memberi agihan keuntungan kepada pendeposit berdasarkan kemampuan kewangan tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995 di bawah Seksyen 22 yang mengkehendaki jumlah aset kekal lebih tinggi daripada jumlah liabiliti selepas pengagihan hibah dibuat.
Kendatipun begitu, hibah TH dikecualikan daripada bayaran cukai dan setelah mengambil kira zakat. Pendeposit tidak perlu membayar zakat 2.5 peratus ke atas wang simpanan kerana TH telah membayar zakat bagi pihak pendeposit serta agihan keuntungan yang diterima selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.
Laman ini akan dikemas kini setiap tahun berdasarkan sumber yang diyakini benar.
Carta sejarah hibah TH
Jadual sejarah hibah TH
Tahun | Hibah (%) | Bonus (%) | Jumlah (%) |
---|---|---|---|
1994 | 9.50 | 9.50 | |
1995 | 9.50 | 9.50 | |
1996 | 9.50 | 9.50 | |
1997 | 9.50 | 9.50 | |
1998 | 8.00 | 8.00 | |
1999 | 8.00 | 8.00 | |
2000 | 5.50 | 5.50 | |
2001 | 3.25 | 3.25 | |
2002 | 3.50 | 3.50 | |
2003 | 4.00 | 4.00 | |
2004 | 4.30 | 4.30 | |
2005 | 4.50 | 4.50 | |
2006 | 4.75 | 4.75 | |
2007 | 5.00 | 2.00 | 7.00 |
2008 | 5.00 | 5.00 | |
2009 | 5.00 | 5.00 | |
2010 | 5.50 | 5.50 | |
2011 | 6.00 | 6.00 | |
2012 | 6.50 | 1.50 | 8.00 |
2013 | 6.00 | 2.00 | 8.00 |
2014 | 6.25 | 2.00 | 8.25 |
2015 | 5.00 | 3.00 | 8.00 |
2016 | 4.25 | 1.50 | 5.75 |
2017 | 4.50 | 1.75 | 6.25 |
2018 | 1.25 | 1.25 | |
2019 | 3.05 | 3.05 | |
Purata | 5.66 | 1.96 | 6.19 |
Cara pengiraan hibah Tabung Haji
Cara pengiraan hibah adalah berdasarkan purata baki simpanan bulanan terendah sepanjang tahun kewangan dan didarabkan dengan kadar hibah tahunan yang ditetapkan.
Contoh pengiraan terperinci untuk tahun 2019 adalah seperti berikut:
Hibah tahunan = (Baki minima Jan-Dis 2019 / Jumlah bulan) x 3.05%