Saya akan mengumpulkan dan kemaskini kadar dividen dan hibah bagi beberapa institusi terutamanya yang berkait rapat dengan saya. Setiap institusi ini juga selalu menjadi tanda aras bagi pelaburan lain yang lebih berisiko seperti saham, hartanah, emas, dan unit amanah. Senarai akan dikemaskini setiap tahun.
Sila klik pautan dibawah untuk melihat kadar dividen dan hibah tahunan:
- Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)
- Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
- Hibah Tabung Haji (TH)
Sebab utama kewujudan laman ini kerana saya selalu tercari-cari data tersebut. Kadang-kadang sekali google sudah dapat jawapan. Kadang-kadang, terpaksa godek-godek sikit baru jumpa balik laman yang pernah dijumpa. Jadi dengan mengumpulkan data tersebut, mudah bagi saya mencari disamping boleh berkongsi dengan pembaca. Selain itu, adalah juga tulisan baru di blog ini. Sebab boleh saja simpan dalam excel.
Selain itu, jadual tersebut akan disertakan sekali dengan rujukan. Ia bagi memudahkan untuk saya dan pembaca membuat rujukan silang kerana saya manusia biasa dan pasti ada kesilapan sana sini. Jika ada kesilapan, diminta pembaca beritahu saya untuk diperbetul.