
Saya tertengok poster konsert amal Jamal Abdillah di Seremban waktu nak balik rumah dah. Tengok-tengok Jamal. Pujaan saya. Lagenda tanah air Malaysia. Tapi sekali tengok harga tiket, tak jadi la pergi. Hahaha
Siapa lagi tak kenal lelaki kacak Jamal Abdillah? Orang yang tak kenal Jamal Abdillah ni, kemungkinan besar orang yang terlalu moden. Remaja-remaja. Jamal Abdillah ni di kira lagenda tanah air juga. Walaupun dia ada sejarah hitam. Tapi bagi saya itu sejarah. Yang pentingnya, sekarang. Dia banyak berubah.
20 tahun Jamal bercinta dengan dadah. Memang sakit nak lepaskan. Beberapa bulan lepas. Saya ada terbaca tentang Jamal ni. Dengar-dengar sekarang Jamal masih dalam proses berhenti. Lupa dia kat mana sekarang. Yang penting, kalau lelaki kacak ni terasa nak hisap dadah ja, dia akan ke penjuru bilik dan azan sekuat-kuatnya.
Kuat sungguh azam lelaki kacak lagenda tanah air ni. Saya sokong Jamal selagi dia ingin berubah. Dan terus menghiburkan kami. Kalau Jamal tak sentuh najis negara tu, saya percaya jamal akan mendapat gelaran dato’ yang legit. Sebab kenapa saya cakap legit. Sebab dengar-dengar gelaran dato’ sekarang boleh di jual beli. Orang yang tak patut dan ada sejarah hitam pun masih boleh dapat gelaran dato.
Bukan nak cerita hal politik. Nanti tak pasal-pasal saya di saman. Tapi ini yang saya dengar-dengar. Kalau betul, betul la. Kalau salah, anggap la info saya dapat tipu, jadi saya pun tipu kamu semua juga. Hahaha.
Tengok tu dah panjang melalut. Ini la sebenarnya masalah saya ni. Sepatutnya cerita tentang konsert amal Jamal Abdillah di Seremban. Tapi terpesong jauh pula.
Konsert amal bersama Jamal Abdillah di Seremban
- Konsert amal bersama Jamal Abdillah
- Tempat : The Royale Bintang Seremban Dewan Seri Negeri
- Tarikh : 27 April 2012
- Masa : 8.30 Malam
- Harga Tiket : RM 300, RM 150, RM 80
- Jualan Tiket : Saya tak nak taip, boleh tengok gambar. Nanti kamu bagi spam kat nombor telefon dorang pula. Saya yang berdosa. hehe. Tiket juga boleh didapati di pejabat jualan hotel The Royale Bintang Resort & Spa.
Mengikut hasil kajian sedikit. Konsert lelaki kacak pelakon versi asal filem Azura ni akan di adakan selama dua jam. Kenapa di sebut konsert amal? Sebab konsert ini bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan, Seremban.
Tak rasa mahal ka RM 300 tu? Ini sebab, bagi yang membeli tiket RM 300 berpeluang bersama Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert tu. Memang terbaik la. Kalau boleh bergambar lagi. Puas hati la. Konfom bapa saya cemburu kalau tengok.
Bapa saya peminat setia Jamal juga. Mengikut kata mak saya, filem versi asal Azura. Yang Jamal berlakon tu. Bapa saya tonton hampir 42 kali tak silap. Hahaha.
Jadi bagi yang pergi tu, kongsi-kongsilah gambar ka video waktu konsert amal Jamal ni. Nak tengok juga. hehe
Suara jantan Jamal Abdillah membuatkan ramai yang terpersona. :-)
itu betul. saya minat sangat kat jamal ni. suara dia memang satu2nya la. tiada yang lain.
dia ni adalah seorang lagenda yang terlalu istimewa.. sampai sekarang tak ada lagi penyanyi yang mampu menandingi suara emas milik beliau
Itu yang saya salute dengan jamal ni. Suara emas tu. Suara tebal tinggi lagi.
Saya pegi konsert amal Jamal Abdillah di Royal Bintang.perghh memang best sangat sangat.tabik la kat Abang Jamal.maintain hensem dan persembahan bertenaga.pandai pulak berlawak & speaking n9. sayang lah kat Abang Jamal.
Ala, kongsi la gambar. Nak tengok juga. Kalau ada video lagi bagus. Saya ni peminat jamal juga. haha.
Thanks for the marvelous posting! I seriously enjoyed reading
it, you could be a great author.I will make certain to bookmark your blog and will often come back later in
life. I want to encourage you to ultimately continue your
great job, have a nice afternoon!