
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama tak berjumpa, rindu rasa hati ingin bertemu dengan pembaca sekalian. Hampir dua minggu blog naziman tak berisi dengan maklumat dan entri terbaru. Ini kerana penulis sibuk menimba ilmu dengan membaca . Jadi mari kita sama-sama menimba ilmu dengan kuasa membaca.
Ingat lagi kisah Nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu pertama dari malaikat Jibrail di gua Hirak? Iqra’ bermaksud bacalah. Maksud yang sangat luas sebenarnya. Bermulanya cara kita mendapat ilmu juga dengan membaca. Sewaktu belajar pun, kita pasti akan disuruh membaca dulu sebelum membuat latihan. Kita di suruh membaca nota sebelum masuk kelas. Jarang sekali kita tahu sesuatu dengan sendiri tanpa proses membaca.
Inilah yang sedang saya lakukan sehingga tak terupdate blog ni dan contest yang di sertai juga terbengkalai tak dapat nak beri komitmen. Bila banyak membaca ni, baru sedar diri ini yang bodoh dan banyak tidak tahu apa-apa.
Sebaiknya proses membaca biarlah dengan cara membaca yang betul. Membaca cepat atau lambat tak penting, yang penting ilmu yang dibaca tu dapat diserap kedalam diri. Proses setiap orang menimba ilmu mungkin berlainan dan mengikut ilmu yang dipelajari juga. Yang penting, pastikan kita ikut adab menimba ilmu pengetahuan. Tidak kira kita menimba ilmu agama atau menimba ilmu english.
Jadikan membaca sebagai amalan. Otak manusia mesti sentiasa diasah supaya otak tak mati awal seperti penyakit nyanyuk atau pelupa. Banyakkan membaca ilmu dan yang positif. Jangan terlalu banyak baca benda yang negatif, seperti isu semasa pembunuhan, rogol, rompakan, culik.
Saya suka ayat ni. Kita boleh beli buku, beli ebook, pelbagai lagi sumber ilmu tapi kita tak boleh beli ilmu. Nak dapat ilmu tu kena baca dan praktikkan. Ingat tak guna ilmu yang ada tak dipraktikkan. Ada ilmu tanpa diamalkan itu sia-sia.
Satu tip paling penting untuk menimba ilmu, pupukkan minat. Ingat, minat boleh dipupuk. Minat boleh di bina. Contoh belajar bahasa inggeris. Kalau nak masuk tuisyen tapi dalam diri tu tiada minat nak belajar bahasa inggeris, semua tu merugikan dan sia-sia.
Pupuk minat dalam diri kata “Aku nak belajar bahasa inggeris, pandai membaca, pandai bertutur, pandai mendengar dan pandai menulis dalam bahasa inggeris.”. In shaa Allah, proses kita belajar dan menimba ilmu akan dipermudahkan.
Saya ulang lagi sekali tip penting dalam entri menimba ilmu dengan kuasa membaca ni.
- Pupuk minat untuk belajar.
- Cari proses membaca yang betul dan sesuai dengan diri anda.
- Ilmu yang ada praktikkan. Jangan disia-siakan.
- Jadikan membaca sebagai amalan.
- Jangan terlalu banyak membaca perkara negatif.
- Ikut adab menimba ilmu.
Apa kata anda pula? Ada tip lain untuk menimba ilmu atau ada pendapat lain kehebatannya kuasa membaca?
Tips yang baik…
Ilmu ini kalau kita berkongsi..kit akan menjadi lagi baik kerana kita mengulang ilmu itu ke arah pembaikan…
setuju tu…sedikit yg diberi..byk yg kita dpt..
Nak minta tolong..kikki
2012 Tahunku Yang Kacak – Contest SEO-minta tolong klik Google + bolehkan..kikiki.thanks
betul. sebab tu..pening kepala ajar budak sekolah..
aku dulu banyak membaca, bila banyak membaca, otak sentiasa cergas dan asik berfikir
Lepas membaca, catatkan di atas kertas isi penting. Share dengan orang lain supaya ilmu yang kita dapat bermanafaat kepada semua.
untuk memberi contoh kepada anak2
lebih bagus membaca buku [bercetak] berbanding membaca tulisan digital [ebook / online]