
iPhone 5 siapa tak nak? Saya peminat fanatik produk Apple, bukan saja pada iPhone 5 sebagai gadget impian. Tapi dalam entri kali ni kita akan fokus pada iPhone 5 saja. Ini entri penyertaan contest iPhone 5 gadget impian dari Denaihati. Sekarang ni dunia gadget. Dimana-mana cakap pasal smartphone dan tablet.
Lepas ni tak pasti akan ada kesempatan masa untuk membuat entri lagi, apatah lagi ikut contest. Oleh kerana saya memang berminat sangat nak dapatkan iPhone 5. Jadi perlu di cepatkan.
Yang baik buat secepat mungkin, Yang jahat tinggalkan secepat mungkin.
Kenapa iPhone 5 jadi Gadget Impian?
Nak kata dari mula saya kenal smartphone terus berminat kat iPhone tu tak juga sebab smartphone mula-mula saya kenal, blackberry. Itu sebab abang kawan asyik promosi sampai terasa nak beli. Jadi sebelum kenal iPhone dengan android, kenal Blackbbery. Tapi akhirnya pilihan di hati tetap Blackberry. Kenapa?
- Plan BIS langganan internet yang jauh lebih murah di banding smartphone lain seperti iPhone dan Android. (Sebab utama)
- Supaya boleh check-in Foursquare. Sebab utama juga. Tak tipu. Waktu tu gila foursquare nak dapat badge. Jadi check-in guna laptop tapi tak boleh jadi mayor. Akhirnya kalau jalan-jalan, Blackberry kawan jadi mangsa.
- Adanya fungsi Blackberry Messenger (BBM) untuk berkomunikasi antara pengguna Blackberry.
- Mudah mendapat notifikasi emel kerana saya banyak berurusan menggunakan emel juga. Guna laptop lambat.
- Mudah bersosial di Twitter dan Facebook juga senang nak dapat noti dan terus balas serta-merta jika penting.
- Pengguna Calendar untuk pengurusan masa.
- Penggunaan Map.
- Banyak lagi terutama application yang banyak menarik minat.
Itu nak pilih Blackberry tapi kenapa tiba-tiba betul-betul tertarik dengan iPhone 5, bukan saja iPhone 5 malah hampir semua produk Apple. Selepas menjadi pengguna Blackberry Curve 9380 yang boleh di kira antara produk terbaru Blackberry juga, tak sampai sebulan. Hati berubah. Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Saya taknak cerita macam mana boleh jatuh cinta pandang pertama dengan produk Apple. Cuma nak kongsikan kenapa iPhone menjadi gadget impian.
- Plan internet yang tidak mahal seperti yang di sangka. Saya pentingkan bajet. Jadi bila tengok plan internet Digi bagi pengguna iPhone, dan tanya kawan plan internet iPhone, tak sangka murah. RM48 untuk 1GB sebulan. Ingatkan sampai ratus-ratus.
- Pastinya Siri yang ada hanya pada iPhone. Memang terbaik.
- Saya kata minat Blackberry sebab ada BBM supaya boleh berkomunikasi antara Blackberry, iPhone ada iMessage. Bukan saja antara iPhone tapi semua produk Apple seperti iPod, iPad dan Mac. iPhone juga ada Facetime untuk video call antara pengguna produk Apple.
- HD video Recording, 1080p HD dan retina Display. Terutama retina Display tu yang paling menarik minat, nak rasa sendiri apa rasanya.
- Viber Blackberry tak boleh membuat panggilan percuma. iPhone dengan android boleh.
- iPhone 5 telefon yang nipis, saya suka telefon yang nipis tapi screen besar.
- Blackberry tiada peta tunjuk arah cuma peta semata-mata. Paling mengecewakan, kerana google maps saya pakai untuk cari tempat telah membuatkan kami sesat. Bukan sesat sepenuhnya tapi tempat yang di tunjuk tu sudah berpindah di banding kami guna papago. Tapi dengarnya map iPhone masih belum baik sepenuhnya terutama di Malaysia.
Itu ja lah, kalau saya kongsikan kenapa iPhone 5 menjadi gadget impian memang entri ni akan jadi panjang. Antara sebab lain, boleh tengok entri-entri denaihati di bawah terutama video drop test dan torture test.
Macam saya kata tadi, saya bukan peminat iPhone saja, saya peminat fanatik produk Apple cuma tak berkemampuan saja untuk dimiliki. Sekarang ni pun, nak beli laptop baru pun cadang nak beli Macbook.
Apa kegunaan smartphone iPhone 5 dalam hidup saya sebagai blogger Malaysia. Mudah nak berkomunikasi antara blogger, balas emel secepat mungkin bila ada masalah seperti baru-baru ni berbalas emel dengan staf ServerFreak. Sebenarnya terlalu banyak kelebihan smartphone kalau diguna sebaiknya bukan saja untuk bersosial.
Entri terbaik iPhone 5 dari Denaihati
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang iPhone 5 ni rasanya tak perlu pergi jauh-jauh, dari blog Denaihati pun dah boleh dapat banyak maklumat berkenaan produk Apple terbaru ni. Beliau pun salah seorang peminat fanatik dan sekaligus pengguna iPhone. Jadi memang banyak perkongsian berkenaan iPhone. Sumber gambar dan video dari Denaihati.
iPhone 5 Malaysia Pertama
Entri berkenaan Denaihati mendapat gadget impian dari sahabatnya. Disitu Denaihati membuat perbandingan iPhone 5 dengan iPhone 4S di depan mata beliau sendiri. Itulah rezeki beliau mendapat iPhone 5 yang pertama di Malaysia.
iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test
Denaihati berkongsi video perbandingan drop test untuk iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3.
iPhone 5 Gambar dan Video
Denaihati berkongsi gambar dan video iPhone sewaktu Live Event dari seluruh peminat iPhone. Di samping berkongsi spesifikasi iPhone 5 sewaktu ia baru dilancarkan.
iPhone 5 dilancarkan
Beliau menceritakan tentang sahabatnya memesan minta belikan iPhone 5 sebelum pergi ke London. Di samping menceritakan ura-ura berkaitan iPhone 5.
iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA
Pertanyaan : Adakah iPhone 5 yang dibeli diluar boleh digunakan bersama-sama rangkaian LTE yang bakal diperkenalkan. Spektrum LTE Malaysia adalah 2600mHz, sementara pada iPhone 5 luar sekarang 1,800mHz, 2,100 mHz. Harap anda dapat membantu.
Berkisarkan tentang pertanyaan penggunaan rangkaian iPhone 5 LTE, nano-sim, perbandingan line Digi 3G di iPhone 5 Singapore dan iPhone 5 Hong Kong bersama video torture test for iPhone 5.
iPhone 5 Countdown
Berkaitan Denaihati menunggu detik-detik keluarnya iPhone 5 setelah rumah beliau di pecah masuk dan iPhone 4S beliau di samun.
iPhone 5 gadget impian
Ini pula entri contest yang saya sertai sekarang ini.
Tugasan
- Pasang button G +1 di blog anda. Kalau dah pasang baguslah. Blog tanpa button G +1 automatik terkeluar daripada saingan. (Rayuan tidak diterima). Cara pasang button G +1 boleh cari di entri-entri lama Denaihati.
- Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :
- Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
- Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.
- Tinggalkan link entri iPhone 5 anda di ruangan komen dan terbaik gunakan CommentLuv.
- Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.
Tarikh Tutup Penyertaan
11.59 pm, 6/11/12.
Tarikh Tutup Cabaran
Akan dimaklumkan kemudian
Syarat-syarat
- Terbuka kepada semua Rakan Blogger setia Denaihati.
- Entri boleh ditulis dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.
- Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.
Hadiah
iPhone 5 Baru, warna hitam/putih, 16GB.
*****
Dalam banyak-banyak contest blogger saya pernah ikut, inilah kali pertama buat entri target nak menang. Biasanya saya ikut contest sebab nak dapat pengalaman, nak berkenalan antara blogger, nak semarakkan lagi contest tapi inilah kali pertama berharap betul nak menang.
Harapan tinggi nak menang iPhone 5 tapi sayang, selepas ni tak pasti dapat beri komitmen atau tak pada contest ni. Semenjak dua menjak ni pun memang sibuk dengan urusan lain. Harap boleh menang, doakan saya boleh dapat gadget impian ni. hehe
“Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my“
Semoga berjaya bro, usaha tangga kejayaan, kalau bersungguh-sungguh insyaALLAH akan membuahkan hasil. Buat masa ni saya tak berminat nak mencuba iphone sebab khuatir tak boleh nak keluar dari ekosistem apple bila dah terjebak nanti… :D
Itu yang bahayanya guna produk apple ni tapi jangan risau produk apple semuanya terbaik. takkan menyesal.
Bukan nak kata tak baik, cuma kadangkala ada juga feature iphone yang tak menepati keperluan seharian, dan feature tu ada dalam produk keluaran syarikat lain, tapi bila dah tersekat dalam ekosistem dia (apabila dah beli pelbagai aplikasi berkaitan apple), pilihan untuk bertukar ke produk lain itu terpaksa diabaikan atas sebab ini. Itu yang cuba elak tu…
Jutaan terima kasih diucapkan kerana menyertai “iPhone 5 gadget impian” dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati untuk mengetahui update terkini dari masa kesemasa.
Terima kasih denaihati. Saya selalu jenguk blog denaihati.
Semoga sukses dengan kontesnya sahabat
Terima kasih, mari meriahkan contest gadget impian semua orang ni.
moga berjaya
siapalah yg bertuah tu nanti :)
Tak tahu la, bro tak nak ikut sekali?
Masuk jugak ya hehehe…gud luck k
I pun nak iphone 5 ni jugak huhuhu
Haha. Mesti masuk, minat sangat dengan produk apple kan.
Samalah minat giler…tambah collection kalau dapatlah…hehehe
DH memang pemurah…try the best bro
Terima kasih. Mari meriahkan contest iphone 5 gadget impian ni.
wahh..panjang lebar hang tulis. haha..
haha. taklah panjang sangat.
semoga berjaya ye…ramai juga yang join contest ni nampaknya..
Memang ramai yang join, siapa yang taknak iphone 5 kan. hehe. Marilah join dapatkan gadget impian sekali.
saya juga minat nak guna iPhone 5, begitu juga iPad Mini. iPhone 4S yang saya guna sekarang ni akan let go untuk memberi ruang kepada iPhone 5 nanti.
Ngam la tu bro, mari join contest iphone 5 sebagai gadget impian bro. hehe
Siapalah tak teruja bila melihat iPhone5 tu. Kalau dapat satu, alangkah syoknya.
Saya sendiri pun teruja tengok iPhone 5 tu. Kalau dapat iPhone 5 sebagai gadget impian ni memang melompat.
nice entri bro..good luck. :)
Terima kasih bro. Mari sama-sama meriahkan contest iphone 5 ni.
good luck bro
Terima kasih bro. Mari sama-sama meriahkan contest iphone 5 Gadget impian ni.
Usaha tangga kejayaan. Good luck!
Terima kasih atas sokongan. Mari meriahkan contest iphone 5 Gadget impian.
Terimakasih buat infonya..aplle akan jadi leading dalam style
Produk Apple bukan saja akan leading dalam style rasanya malah semua aspek.
baru tahu yang iPhone 5 ada fungsi BBM jugak.
good luck bro ;)
Bukan fungsi BBM tapi hampir sama dengan BBM. Fungsi iMessage. Boleh chat dan berhubung antara produk Apple yang lain, bukan saja antara iPhone.
entah kenapa, aku tak pernah minat kat produk iPhone nie… tapi … apa pun, masing-masing ada cita rasa sendiri… tepuk dada tanya selera…
Mungkin sebab bro tak cuba lagi iPhone 5 ni. hehe
Mungkin gak bro… Tapi standard cam aku nie tak mampu la nampaknya naj cuba iPhone5 ni…
Semoga berjaya walaupun kawe pon mahu jugak ehhh..
Takpo kito samo-samo bertanding dan meriahkan contest iPhone 5 gadget impian ni. Tak pandai kawe nok kecek kelate jugok. hehe
Wah ni, boleh diikuti juga oleh blogger Indonesia ya ??? Keren ni kontesnya, berhadiah gadget impian kita masing2..
Semoga berjaya mas bro dan selamat berjuang, jangan pernah menyerah…
Boleh di ikut mas. Tak kira indonesia, malaysia, brunei ataupun singapura. Mari meriahkan contest iphone 5 gadget impian ni.
Aku masih lagi kekalkan “status quo” blog, tetap menyokong apa2 contest yang dibuat oleh blogger tempatan tapi tak boleh ikut serta… berkecuali.
BTW, good luck!
“status quo” tu maksudnya apa ya?
Kekal sebagaimana asalnya…
Tadi dah tengok kat wiki, baru tahu term tu. Thanks bro.
Best nya kalau dapat iPhone 5. Senang nak ambil gambar LEGO nanti.
Betul tu, kalau dapat iPhone 5 memang senang nak ambil gambar apa saja.
Salam kenalan dari peserta contest iPhone 5 gadget impian, chaiyok semoga berjaya. :D
Peserta juga, semoga berjaya juga ya. Chaiyok chaiyok.
semoga berjaya bro.. :)
Terima kasih bro.
good luck bro untuk contest iphone 5 gadget impian denaihati..
gud luck bro.. :), iphone5 mmg smart :)
Terima kasih bro, iPhone 5 memang smart. Tak dinafikan lagi iPhone 5 gadget impian semua orang.
Good Luck..dh G+1..nnti support saya juga yer.. ;-)
ciktom dah klik G+..goodluck!!
Semoga berjaya mendapat iPhone 5 Gadget Impian..Good Luck! Support saya juga ya..
Singgah kembali dgn misi kedua
ehhhh terklik pulak G+ :)
jgn lupa jugak klik G+ kita yek…
klik G+q ke 16, nnti support saya ye tq
http://www.ajumohit.com/contest-ga/iphone-5-gadget-impian.html
good luck bro! :)
Salam ziarah dan perkenalan, saya dah G+, harap dapat membalasnya.. hehe thanks..
Salam ziarah dan perkenalan, saya dah G+, harap dapat membalasnya..
Salam ziarah dan perkenalan, saya dah G+, harap dapat membalasnya..hehe.. thanks..
Salam ziarah dan perkenalan, saya dah G+, harap dapat membalasnya..hehe.. thanks..
Salam kunjungan & salam perkenalan. Hadir di blog ini bagi memberikan sokongan rakan seperjuangan “contest iPhone 5 Gadjet Impian” dgn perkongsian G +1. Harap sudi berkunjung balas ke blog ” cheezemaz (dot) blogspot” dgn G+1 juga
gudluck bro…
Singgah support sini dengan klik G+ :)
Good luck ye, jgn lupa support MJ jugak ye :)
selamat berjaya
sudah tambah satu g +1
sudi2 la terjah kat SINI pulak
saya dah g+1…
harap sudi support saya jugak ekk…
ok. sudah vote. semoga menang!
Malaysia Boleh !
g+1 untuk kamu ya.
harap sudi membalasnya juga ya :D
terima kasih ;)
Salam ziarah dan perkenalan, dah vote G+ ke 16 sebagai tanda sokongan, semoga berjaya…
Mohon balasannya pada entri iPhone 5 Gadget Impian saya juga ya :)
good luck…dah berikan satu G+
gOOD lUCK, HARAP DAPAT KLIK KEMBALI.
siap vote blog ini utk tugasan ke 3
jgn lupa kita pulak yekk
apa yg penting…kerjasama :)
Semoga berjaya dengan kontesnya sahabat
Bersilaturahmi sembari memberikan sokongan dengan G+1 buat sahabat.
Semoga berkenan memberikan sokongannya pula. Terima kasih
G+ No 17. Moga berjaya ehhh…
salam. good luck. satu klik G+1 daripada saya. kalau tak keberatan silalah klik G+1 entri blog saya pula ye. kalau dah, terima kasih diucapkan :)
Good Luck… G+ ke 32 dari saya
Satu lagi tambahan G+ dari saya untuk post entry nie….