
Hampir 1 minggu juga fikir macam mana nak buat tugasan kedua untuk blogging contest bro Eizil ni. Bukan apa, di tugasan pertama tu tujuan blogging dan pengalaman sebagai Blogger Malaysia dah ceritakan sedikit impian dan perancangan saya. Post ni bukan yang pertama di buat. Entah berapa kali buat, edit, padam, buat post baru. Akhirnya, saya senaraikan impian dan buat perancangan setiap impian. Inilah impian dan peracangan blogging untuk 3 tahun. Dalam post sebelum ni, anggap saja itu draft sebelum buat kemas kini.
Impian dan perancangan blogging dalam 3 tahun
Tahun pertama sudah dilalui. Tahun pertama seperti biasa bagi blogger. Belajar tentang blog, kenal blog, cari rentak blogging, belajar cara basic kalau ada masalah. Tahun pertama blogging dah rugi 5 bulan sebab tak aktif blog, 2 bulan untuk selesaikan masalah blog. Tapi bagi masalah tu, saya anggap itu pengalaman. Kalau takda masalah, kita takkan matang. Jadi untuk memudahkan saya sendiri juga, saya akan buat impian dan perancangan berangkai. Kalau nak ini, apa yang perlu ada dulu. Kalau nak itu, apa perlu ada.
Jana pendapatan online
Ini target utama. Oleh kerana jana pendapatan online, ini bermaksud jana pendapatan dari internet bukan saja dari blogging. Sebelum ni kata nak pendapatan 4 angka setiap bulan kan? Saya up lagi jadi jadi 5 angka, RM10,000. Target makin besar sebab target makin besar, makin besar perancangan. Makin besar perancangan, makin tinggi kesabaran dan kesungguhan di perlukan. Sabar tu sangat penting, kalau tak sabar, jatuh sekali takkan bangun. Jadi apa antara yang penting untuk jana pendapatan online?
Trafik blog
Pastinya trafik. Trafik memang tidak menjamin pendapatan yang tinggi. Tapi ada cara trafik boleh jadi duit. Contoh iklan CPM, ataupun dengan trafik boleh beriklan di blog. Banyak lagi sebenarnya kebaikan kalau trafik tinggi selain di sebut tadi. Tapi sebab utama nak jana trafik tinggi sebenarnya untuk semangat. Kalau trafik tinggi ni, kita pun semangat nak teruskan blogging. Nak biarkan blog terbiar sayang. Itulah gunanya trafik bagi saya.
Saya akan target trafik dan ranking. Target trafik dulu dan pasti ranking akan menyusul. Target trafik 300,000 Page Views(PV) dan 50,000 Unique Visitors(UV) setiap bulan kalau jadi setiap hari lagi bagus. Target mesti lagi besar, baru usaha pun lebih. Target kecil, usaha kecil. Apa yang penting untuk jana trafik?
Masa
Semestinya masa. Untuk berjaya dalam apa bidang pun memang perlukan masa. Terutama bagi bidang yang baru mula atau di bahagian kemuncak. Mula-mula kita nak buka empayar bidang perniagaan pun banyak kerja kena buat, tapi bila dah stabil, boleh la senang-senang. Jadi untuk masa, perlukan sesuatu yang boleh buat kerja lebih efisien. Apa ka iya?
Internet sentiasa ada dan laju
Nampak macam tiada kaitan dalam blogging kan? Hakikatnya internet sangat di perlukan kalau nak berjaya di internet seperti blogging. Boleh pergi cyber cafe atau pergi kedai wifi percuma tapi itu bukan setiap masa. Kenapa perlu internet sentiasa ada dan laju? Cuba tanya diri sendiri macam mana kalau diri anda sebagai blogger jarang ada internet ataupun internet sangat lambat.
Bagi saya, kalau 3 jam dengan internet yang laju. Macam-macam kita boleh buat dengan cepat. Tapi kalau internet lambat, apa saja la yang kita mampu dalam 3 jam. Impian boleh capai dengan mudah sebenarnya tapi bukan dalam waktu terdekat. Selain internet, apa lagi yang perlu supaya masa yang ada boleh diguna dengan efisien?
Laptop yang ringan dan laju
Laptop sendiri yang ringan dan laju pun perlu juga. Terus terang, saya lebih berminat pada notebook atau ultrabook dari tablet untuk gadget mudah alih. Laptop saya sekarang sudah terlalu lama berumur 5 tahun lebih , sangat berat untuk di bawah ke mana-mana. Laptop ni juga selalu lag. Sekarang guna ubuntu 12.04. Laptop lag pun dah berkurang tapi dah biasa guna Window. Banyak lagi software yang dah biasa dengan window.
Untuk laptop ni susah nak capai dalam masa setahun. Tapi kalau ada duit, rasa nak beli Macbook Pro 15-inch. Macbook Air memang lagi ringan tapi dari segi specs dalaman, lebih berminat dengan Macbook Pro. Jadi target dalam tahun kedua blogging sudah jana pendapatan setiap bulan. Jadi 10%-20% dari pendapatan akan di simpan untuk beli gadget impian untuk memudahkan pengurusan berkaitan internet.
Perkongsian tanpa batasan
Itulah tagline blog naziman.com. Berkongsi apa saja. Walaupun tanpa batasan, tapi tetap ada batasnya juga. Blog ni bukan nak kutuk-kutuk politik, nak bangkitkan isu. Berkongsi tanpa batasan tapi umum sesuai untuk semua peringkat umur. Keluarga saya ramai nak jadi penulis di blog ni terutamanya mak saya. Oleh kerana ketiadaan masa, terpaksa di tangguhkan. Mungkin bulan depan mak saya akan mula menulis di blog ni.
Jadi di sini akan buka untuk jadi penulis di blog ni terutama kepada keluarga dan rakan terdekat saja dulu. Ini untuk memudahkan saya sendiri juga untuk bina empayar naziman.com di luar blog seperti laman sosial, forum dan sebagainya.
Jadual
Nampak macam tak perlu kan? Tapi sebenarnya perlu bagi saya. Sebab selalu lalai kalau dah mula depan laptop. Oleh kerana masih blogger separuh masa. Jadi jadual untuk blogging bagi masa untuk 4 – 6 jam saja. 4 – 6 jam termasuk buat post, blogwalking, sosial, forum, dan sebagainya yang berkaitan dengan blogging. Mungkin hujung minggu pula, 12 jam.
*****
Itu saja impian dan perancangan berangkai secara umum. Memang kurang lengkap sebab perancangan untuk setiap satu pun mesti banyak dan di rancang dengan sebaiknya supaya bila satu gagal, boleh cuba yang lain. Kalau pendapatan 5 angka tu sama macam blog redmummy sudah kan. Impian memang besar sebab belajar dari pengalaman. Dulu matlamat pertama nak 500 UV setiap hari. Sekali dah capai matlamat, terus rasa malas nak blogging. Jadi sekarang, selagi tak capai capai target impian, takkan berputus asa. Harap di panjangkan umur dan di murahkan mencari rezeki melalui internet.
[1] Photo credit : dreaming by Jared Tarbell via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)
terbaik bro insyallah boleh sgt2 kalau bro kekal rentak yg sekarang bro bina hehehe..:)
haha. Susah juga nak konsisten ni. Sebab kekurangan masa. Internet lagi slow. huhu
xpe ada masa lagi kan 3 tahun hehehe..:)
pakai la unifi bro
Memang minat dengan unifi tu tapi unifi ni tak best sebab ada quota. Orang kat rumah ni kebanyakan kaki download juga. Bagus pakai streamyx kalau sekeluarga.
aku dah juga cuba buat jadual
tapi masih juga gagal ikut jadual
sentiasa ada je kerja yang mesti didahulukan
Itulah pasal. Jadual tu memang penting dan mudah nak buat. Tapi nak ikut tu yang susah.
insyallahbro boleh punya nie hehehe
Terima kasih bro. Mari kita sama-sama berjaya dalam dunia blogging.
gud luck bro :)
Sama-sama bro.
Untuk berjaya perlukan perancangan. Untuk mencapai perlukan usaha. Perancangan bagus bro. Semoga berjaya!
Bolehlah nanti menjadi contoh kepada semua :)
Betul tu bro. Nak berjaya kena la usaha lebih. Tapi nak jadi contoh tu, jauh lagi perjalanan.
moga berjaya untuk “Impian dan Perancangan Blogging dalam 3 Tahun”. perancangan yg baik begini jadi kunci untuk berjayaan,
Sebelum tu, saya nak minta maaf sangat-sangat kesilapan post lain komen lain. Ni sebab saya lupa nak reset query untuk perkongsian rawak tadi. Minta maaf sangat2. Saya harap bro tak kisah saya copy paste komen bro dari post asal ke post ni.
Betul juga tu, rancangan yang baik tu kunci kejayaan juga. Kalau askar buat rancangan yang kurang kualiti, pasti kalah dalam berperang.
Mood dan masa pun memainkan peranan utk menulis blog. Kalu jarang update blog pun tak bagus juga. Kita kena sentiasa ada idea dan konsisten.
Betul tu mekar. Bagi saya antara mood dan masa lagi penting. Kalau ada masa tiada mood, kita boleh cari mood tu. Tapi kalau ada mood tiada masa, itu susah.
insyallah.. boleh.. tak dapat semua…2,3 pun ok dah…
Nak tamak, nak dapat semua boleh? haha
semoga berjaya dengan impian 3thnnya :)
Terima kasih doakan saya.
pehh, macam-macam impian ko ek.
haha. Impian mengikut kronologi bha ni.
Semoga impian tersebut tercapai,tarfik blog dan jana pendapatan memang perlukan pengorbanan dan komitmen yang komited,internet dah memang wajib ada..good luck
Betul tu memang kena ada komitmen yang tinggi. kalau di gabung lagi dengan ada internet yang laju. memang puas hati. hehe