
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca. Dah berapa hari tak update blog ni sebab sibuk sikit. Jadi kali ni nak kongsi tentang durian crepe pula. Dua hari yang lepas keluarga saya datang Johor, jadi tanya dorang pernah makan durian crepe ka tak, tak pernah. Oleh kerana sama-sama tak pernah, jadi nak cuba la juga kan.
Jadi, saya pun cuba la cari di internet yang jual durian crepe di kawasan Pasir Gudang, Johor ni. Cari-cari, jumpa juga. Rupanya banyak juga yang jual di internet sekarang ni. Memang maju perniagaan internet sekarang ni.
Yang lawaknya, oleh kerana selalu baca tentang durian crepe ni kat blog rakan blogger ja. Jadi tak tahu la sebutan sebenarnya macam mana. Jadi masa order tu, saya cakap ada jual durian kerepe (crepe) tak? Ketawa cik penjual tu. Bukan durian kerepe tapi durian crap (sebutan sebenarnya). haha. Malu juga saya. Ada pula penjual kata, durian crip.
Bila dah order 3 set dan ambil tu, dalam kereta terus makan. Dengan sejuk-sejuk lagi. Memang sedap sangat. Snack kan, memang sedap. Rasa macam ais krim pun ada. Tapi sayangnya durian crepe ni tak boleh makan banyak sekaligus macam biasa makan durian. Sesuai untuk desert makan dua tiga.
Yang menariknya, dalam 6 orang ahli keluarga saya dalam rumah ni, cuma dorang ja suka makan. Saya dan mak saya. Yang lain, semua tak suka. Memang peluang juga la. Bukan tamak tapi dah rezeki kan. haha
Kepada yang nak cari durian crepe di kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru boleh la cari mengikut link-link di bawah ya. Semuanya RM10/6pcs
Durian Crepe boleh order untuk Majlis juga. Tempat saya beli.
010-2266217 (Liyana)
Kawasan Scientex, Pasir Gudang.
0106696810 (Zura)
Sekitar Pasir Gudang, Masai dan Bandar Seri Alam.
013-7582510 (Yani)
Pelbagai jenis Crepe selain durian seperti choclate, strawberry, dan lain-lain.
019 7944143 (Kamal) / 010 8293567 (Ema)
Oleh kerana sekarang ni saya kat Melaka, jadi nak cari durian crepe di Melaka la pula. Mana tahu lagi mengiurkan. Mak saya kata nak cari resepi durian crepe nak belajar. Manalah tahu boleh buat perniagaan. Kalau tak pun, boleh makan untuk diri sendiri.
Bagi rakan blogger yang tahu durian crepe yang sedap di Melaka, boleh la rekomen-rekomen ya.
Aku x pernah merasa lagi durian crepe nie…tapi dengar cite xde pun durian dalam tu
Dalam tu ada durian sebenarnya tapi tengok pembuatnya juga. Ada yang letak banyak durian dari cream tu tapi ada yang letak sikit ja.
wooo bestnya. tak pernah lagi rasa
Rugi tau kalau tak rasa. Sedap. hehe.
aku belum pernah merasanya
tak tahu siapa punya resepi yang lebih sedap
Kalau nak tahu resepi mana paling sedap tu susah bro. Kena cuba satu-satu. Tapi saya ada jumpa satu kedai memang buat desert, kuih melalui durian. Itu paling sedap pernah saya rasa. Padat dengan rasa durian lagi.
masih lagi mencari dan terus mencari..
Senang ja nak cari ni bro, boleh google. Saya pun cari melalui google ja. hehe
dah cube.. mmg sedap :D
Alhamdulillah, sedap kan? Keluarga saya selalu beli ni. hehe
Macam tenggelam je durian crepe tu.. Hehe.. Yang penting rasa tu kan.
haha. Tak tahu la tu bro, tapi tak penting juga. Yang penting rasanya. hehe
bro ddk PG ker?..hehe
Iya, Pasir Gudang bahagian Kota Masai. Bro duduk mana?
fuh..aku tunggu orang belanja aku aje sekarang nih. huh..
Saya boleh belanja bro, Rm10 ja biasanya untuk 4 keping tu. Sedap.
Nice Share Sob, Keep Blogging.
Ditunggu kunjungan baliknya di http://www.njajalae.com
#Blog Walking
Buat sendiri memang puas hati. hehe.. letak isi durian banyak2 gitu.
haha, betul tu. Memang buat sendiri la juga paling puas hati. Saya suka pergi satu kedai tu, padat isi durian dia, besar lagi. Tapi mahal la. RM15 untuk 4 keping kot. Lupa pula.
Sedap nih
best jugak benda ni…kulit luar tu yang best
Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013….semoga persahabatan kita kekal berkekalan
Selamat tahun baru 2013 juga. Minta maaf sebab lambat balas. Sibuk sekarang ni. Semoga persahabatan kita kekal berkekalan.
durian crepe memang fenomena sekarangni..tapi kalau nak diikutkan, rupa crepe yang sebenar bukan macam tu tau…tengok la nanti kalau ada masa, saya update kat blog,..
Eh iya kah? rupanya ada rupa lain lagi. Macam nak rasa durian crepe yang puan Bard buat pula. hehe
menarik jugakkan ??? tapi aku memang tak pernah rasa kerepe ke crap ke atau crepe nie… nampak memang menggiurkan…
Bukan saja menggiurkan bro malah kepuasan. hehe
hehe, best punya cerita pasal durian crepe. hari tu terjumpa kedai menjual durian crepe di KK tapi tidak sempat order sebab mau cepat-cepat nalik KB.
Memang menggiurkaaannn… tapi pernah beli sekali – tak sedap… Masaaamm… :(
Pembuatnya buat tak sedap kot. Saya makan dah berkali dari pembuat yang berlainan. Semua sedap. hehe
As salam..sy pn jual durian crepe juga..klu nk,bleh cntact no sy 019-7267914…(ika)…sy bt dgn 7jenis tepung…ada yg bt durian crepe ni gna 3,4jenis tepung je…
tak merasa lagi crepe ni…asyik lupa je nak beli…time2 tengah online baru teringat…hehehe :)
tak pernah lagi rasa..telan air liur jela..
mmg sedap crepe ni…lembut je isi dalam dia…:)
Bagus kalau tak ramai dlm family yg tak makan. Boleh enjoy crepe nih puas2 :)
pengen nyoba nih,,sepertinya sedap