
Pejam celik pejam celik, rupanya dah hampir 3 tahun tak buka blog ni. Bukan tak aktif yaa tapi memang tak buka langsung. Buka blog ni pun sebab dapat e-mel domain nak tamat tempoh.
Isi Kandungan
Imbas Kembali
Apabila dibaca balik tulisan-tulisan lama, terasa geli dihati. Lucu dengan apa yang ditulis, apa yang dikomen, apa yang difikir. Mungkin itulah apa yang difikiran orang tua terhadap orang muda, difikiran orang berpengalaman terhadap orang setahun jagung.
Apabila buka WordPress Admin pula, sudah banyak kemaskini baru. Yang terkini WordPress versi 4.8.2 manakala kali terakhir saya kemaskini WordPress versi 3.8.6. Lama tuuu. Plugin dan tema pun ada yang sudah tidak dibangunkan lagi.
Analisis Kos
Jadi, saya perlu buat keputusan untuk teruskan blog ini atau tidak. Blog ini akan tamat tempoh dalam beberapa hari lagi. Untuk permulaan, saya kemaskini semua yang perlu dan buang mana yang tidak perlu atau sudah tidak dibangunkan lagi.

Walaupun setelah 3 tahun ditinggalkan dan kelihatan dunia blogging sudah jauh meninggalkan saya, tetapi syukur skill blogging saya masih belum berkarat. Masih perlu merangkak kembali untuk sampai tahap seperti sebelum ini tapi tidak perlu menggunakan banyak tenaga atau masa untuk sampai ke tahap itu semula.
Dipendekkan cerita, pengurusan blogging (kos tenaga dan masa) tiada masalah setakat ini tapi bagaimana pula dengan kewangan?
Setakat ini, saya mendapat hosting percuma bermakna tiada kos hosting tetapi domain masih dalam tanggungan sendiri. Jadi saya buat Cost-benefit Analysis (CBA) mudah. Secara purata pendapatan tahunan blog ini hanya menjana RM150, manakala kos domain cuma RM64. Dari segi kos, nampak rupa saya masih untung.
Dan yang terakhir, saya cuba ambil kira kalau suatu hari nanti saya nak mulakan semula blogging. Kos masa, tenaga, dan duit yang diperlukan lagi tinggi. Tema yang dipakai sekarang ini pun boleh memakan masa beberapa hari kalau nak bina baru.
Menuju Kesimpulan
Selepas tambah tolak darab bahagi, saya ambil keputusan akan teruskan blog ini dalam masa 2 tahun. Kalau tiada peningkatan atau kelebihan yang ketara dalam tempoh tersebut, saya akan tutup blog ini.
Kepada pembaca, doakan yang terbaik untuk saya agar blog ini boleh memberi manfaat yang baik dan berkualiti kepada semua orang termasuk saya sendiri.
[1] Kredit foto : Domain dari The Blue Diamond Gallery
Teruskan je renew nama domain ni. Anggap la ia sebagai long term investment :)
Terima kasih tuan untuk nasihat. Semalam saya cuba jejak kembali semua duit masuk dan keluar kerana/untuk blog ini. Selepas saya kira-kira selama saya tak aktif, memang nampaknya berbaloi untuk teruskan.
Salam, saya nk tanya kalau tukar nama domain, macam mana dgn artikel2 yang telah dipublish masih available lagi ke? Thanks
Minta maaf, saya tak tahu sangat lagipun dah lama tinggalkan dunia blogging ni. Tapi seingat saya ada cara dipanggil redirect.
Puan jangan risau, data untuk semua artikel artikel masih available dalam hosting (rumah), cuma domain (alamat rumah) saja kena tukar.
yes available
teruskan menulis blog.. Tiada masalah.. Ada banyak sumber rezeki yang boleh diperolehi melalui blog…
InsyaAllah, harap saya boleh jana pendapatan dari sumber-sumber rezeki tersebut.
teruskan sahaja aktiviti blogging..
tak dapat duit .
dapat pahala.
itu pun dah kira terbaik sangat la.
InsyaAllah, harap kita boleh dapat pahala berterusan melalui blog jika telah tiada nanti. Amin.
in shaa Allah.
blog juga adalah medan dakwah yang paling ampuh.
kuasa sebaran meluas.
pelbagaikan konten..
dapat ramai pembaca
Betul. Saya pun sedang cuba menggunakan media sosial kerana kuasa sebarannya yang meluas.
thanks info ni
Sama-sama. Semoga tulisan ini bermanfaat untuk puan Raihanah.
Teruskan menulis tuan. Manatau banyak tuan nak share, bolehlah mengarang melalui blog ini
Terima kasih melawat dan membaca blog ini.
Terima kasih atas cadangan tuan. Saya jarang sikit buat perkongsian terutama hal peribadi. Tetapi memang dalam sel-sel otak yang sedang berhubung sekarang ini tengah banyak perkara nak ditulis.
Teruskan je. Sy dulu pun berhenti sekejap pas tu kembali blogging balik. Bila diimbas kembali, terfikir juga kenapa tak teruskan je. Sedangkan ada juga income dr blog yang boleh support renew domain ni. hehe.
Sama la. Saya pun masih terfikir-fikir juga kenapa tak teruskan dan komited dengan blog ni.
Apapun, selamat datang ke blog saya. Terima kasih sebab baca dan beri pandangan ya.
satu tips best. jangan ambil hosting tahunan..ambil bulanan..baru rasa semangat nak update blog-blog yang ada kalau takde income..:D
Eh iya laa. Reverse psychology. Bila saya fikir balik. Betul juga. Bila dah hujung tahun nak kena renew domain dan hosting, baru rasa nak update blog. Kalau tak, dibiar saja. hahaha
Tak pernah terfikir nak buat duit dengan blog. Selama mana saya menulis yang saya fikir sekadar berkongsi dan ianya “mungkin” boleh memberi menfaat kepada orang lain. Teruskan menulis tuan.
Terima kasih atas nasihat tuan. InsyaAllah, kalau kita bermula untuk memberi manfaat kepada orang lain, akhirnya akan dapat buat banyak duit dengan blog. Amin.