
Catatan ini ditulis untuk pembaca yang ingin tahu perkembangan blog ini dan sedikit sebanyak perkembangan penulis blog. Siri catatan tidak ada format tertentu, tiada tujuan tertentu selain hanya untuk pembaca yang ingin tahu disamping catatan untuk saya sendiri.
Buat masa ini, saya banyak bergerak disebalik tabir disamping cuba catch up balik ilmu-ilmu blogging dulu. Banyak perkara baru saya pelajari yang dulunya tiada atau saya tidak tahu contohnya AMP, HTTP/2, PHP7, Google Tag Manager, dan macam-macam lagi. 3 tahun masa yang panjang untuk revolusi industri.
Isi Kandungan
Tujuan Blogging
Saya pernah mention dalam post sebelum ini. Tahun pertama ini saya sedang cuba melihat potensi blog. Jika ada, saya akan teruskan untuk jangka masa panjang. Blog ini juga, saya anggap sebagai bisnes sampingan, bukan lagi hobi. Supaya jelas tujuan blogging.
Potensi dan bisnes sampingan. Saya tidak memandang dan tiada perancangan dalam setahun dua ini akan menjana pendapatan tinggi melalui blogging tetapi saya melihat potensi jika diteruskan dalam 5 tahun akan datang dan 10 tahun ke atas ke mana hala tuju. ROI bagaimana. Dari sudut masa, duit, dan lain-lain. Ini yang saya ingin lihat sebelum perbaharui domain pada tahun depan.
Basically, blog ini cuma tempat pembelajaran dan persiapan untuk masa akan datang. Sesuai dengan domain naziman.com dan perkatan nazi tersebut sudah memberi signal susah rank. Facebook url saya terpaksa menukar i jadi 1.
Komitmen
Anggap sebagai bisnes, perlu ada komitmen. Komitmen masa, duit, dan tenaga. Sekarang ini saya sedang menyambung pengajian Master untuk Mechanical Engineering. Saya mahu kuasai bidang CFD, thermal, dan thermodynamic kerana saya mahu pakar dalam satu bidang dulu, sebelum ada kepakaran sampingan. Jadi, saya cuba limitkan komitmen masa dan tenaga tidak lebih daripada 20% untuk blog ini.
Untuk duit pula, persoalan yang susah dijawab kerana kadang-kadang bila kita mahu sesuatu yang free atau murah tetapi kita bayar dengan cara lain. Contohnya pakai plugin free atau hosting murah, mungkin kita akan bayar dengan blog yang slow dan tidak mesra pembaca hingga boleh buat pembaca lari. Atau semua nak belajar sendiri, main try and error, kos free tapi banyak buang masa. Untuk kes saya, buat masa ini saya tiada perancangan melabur duit spesifik untuk blog lebih RM1000 setahun.
Spesifik contohnya keluar duit untuk belajar SEO dan web analytic, tidak spesifik contohnya keluar duit untuk belajar menulis. Belajar menulis berguna untuk perkara lain, akan di consider. Belajar SEO dan web analytic, hanya sangat berguna jika saya fokus dengan blog.
Minat
Hendak cakap tentang minat memang banyak dan susah untuk disenaraikan. Jadi lebih baik saya cakap tentang apa yang perlu. Saya perlu cakap tentang bahagian ini sebab berkait dengan niche dan hala tuju blogging.
Apa yang perlu sekarang dan akan datang, saya kena fokus dan utamakan kepada pengajian master saya. Jadi perkara lain, tidak boleh menganggu kualiti master dan kerjaya saya. Jadi jika perlu saya akan berkongsi dalam blog dengan bahasa mudah tentang bidang ini. Tetapi jika tidak pun, asalkan tidak menganggu kualiti master.
Apa yang perlu lepas habis master, saya perlu duit untuk mulakan hidup. Itulah antara sebab saya anggap blog sebagai bisnes. Dalam masa yang sama saya berminat dengan duit, pengurusan kewangan, perniagaan, pemasaran, dan pelaburan. Banyak lagi saya minat seperti sains, matermatik, falsafah, pemikiran, penulisan, sejarah, budaya, dan lain-lain.
Jadi untuk memudahkan dan berkait dengan tujuang blogging sebagai bisnes, saya akan utamakan perkara berkaitan duit.
Niche
Saya juga orang baru belajar. Tiada kepakaran tertentu. Jadi itulah konsep saya buat untuk blog ini. Saya mengajar sambil belajar. Kemungkinan akan lebih banyak berkisar berkaitan kewangan, perniagaan, pelaburan. Topik itu pun masih luas sebenarnya. Contohnya pelaburan, sangat luas. Hendak cakap semua dengan komitmen masa kurang daripada 20%, memang tidak mampu.
Jadi penyelesaiannya, saya berminat dengan saham, dan sedang belajar saham, jadi pasti akan banyak bercakap tentang saham dan yang berkaitan dengannya. Seperti pengurusan kewangan, simpanan, perniagaan, ekonomi.
Segmen
Haa segmen salah satu saya buat. Antara sebab utama, blog ini masih bersifat peribadi. Saya juga tidak merancang untuk buat blog berita atau informasi yang semua perkara dikongsi dalam satu blog. Tag dan kategori juga tidak boleh buat blog ni sistematik. Jadi untuk selesaikan masalah supaya blog tidak caca merba, saya akan buat segmen.
Konsep segmen simple ja, kalau saya bercakap tentang saham, saya akan pastikan cakap tentang saham untuk beberapa siri dalam skop kecil contohnya untuk pemula.
Ini memudahkan saya untuk fokus juga. Sesuai dengan target menulis sambil belajar.
Pada mulanya, ada perancangan hendak buat segmen untuk blogging dan affiliate tetapi seperti saya nyatakan berkenaan masa, saya terpaksa utamakan mana perlu dulu. Apa yang penting, dengan sistem segmen, senang saya hendak fokus pada satu-satu topik, dan pada sesetengah pembaca.
Bahasa
Saya ada perancangan untuk belajar bahasa mandarin untuk naikkan marketibility kerjaya saya di Malaysia. Paling utama untuk bekerja di Singapura sebagai permulaan kerjaya. Saya juga sedang cuba perbaiki english saya yang masih di tahap tadika ini.
Tetapi untuk blog ini, saya memilih bahasa melayu untuk berkongsi. Sebab utama untuk perbaiki teknik penulisan.
Gaya Penulisan
Saya masih mempunyai masalah berkenaan memilih gaya penulisan. Memilih gaya bahasa kata orang pertama, atau kedua, atau umum. Ada perbezaan ketara dengan ketiga-tiga jenis ini.
Tulisan ini menggunakan gaya bahasa orang pertama, banyak menggunakan “saya”, sesuai untuk bercerita. Kalau banyak guna kata orang ketiga, boleh jadi cara menulis tersebut secara horizontal atau top-bottom. Horizontal macam kita bercakap dengan kawan, sembang-sembang biasa. Top-bottom macam kita bercakap dengan orang bawahan atau teguran kepada orang lebih rendah. Gaya bahasa umum, macam bahasa berita atau informasi.
Saya tidak pasti lagi gaya bahasa mana akan digunakan tetapi apa yang pasti, saya akan menggunakan pelbagai gaya bahasa sebab hendak belajar teknik penulisan. Mungkin permulaan ini banyak guna saya sebab saya hendak belajar topik tertentu.
Satu lagi konflik saya berkaitan gaya penulisan, antara menulis untuk SEO atau untuk pembaca. Saya baca balik tulisan sendiri yang lama-lama, saya sendiri pun tidak faham. Itulah antara sebab utama menulis untuk SEO saja. Jadi teknik dan kualiti penulisan untuk pembaca, perkara utama yang saya akan tekankan mulai sekarang. Sebab saya yakin, SEO akan sentiasa mengubah algorithm agar semakin mesra pembaca.
Matlamat
Anggap sebagai bisnes, jadi mahu tidak mahu mesti ada matlamat pendapatan. Target pendapatan untuk tahun pertama, saya target hanya RM1000 pada tahun pertama sebab matlamat utama saya supaya tidak perlu catch up terlalu banyak jika tinggal terlalu lama. Knowledge digital saya biar seiring dengan zaman. RM1000 tahun pertama ini, rasanya sudah cukup berbaloi untuk tanggung kos hosting dan domain, dan bayar penat lelah setahun ini.
*
Okay itu saja rasanya sebagai catatan pertama. Itu sajalah penstrukturan blog yang sedang dan akan berlaku dalam blog ini. Terima kasih yang kepada yang berminat dan baca semua daripada awal hingga akhir.
Bagusnya Ada alwawasan dlm berblog.. mama suka2 aje sambil-sambil Tu buat side income juga. Best berblog sebenarnya kan
Best-best, tapi yang tak best nak konsisten dan bagi isi blog berkualiti. Penat. Saya harap boleh buat duit banyak-banyak macam Mamapp.