
Assalamualaikum dan selamat pagi pembaca. Jam 3 sekarang ni, tadi dah tidur tapi kawan bising terbangun pula. Akhirnya kawan ajak tengok gelak khas Sepah. Makin tak boleh tidur. Bila buka blog, baru teringat ramai kawan-kawan saya tak tahu nak undi entri iPhone 5 blog pilihan mereka. Jadi kali ni saya nak buat entri khas cara undi blog pilihan dari daftar akaun sehingga hantar undian. Boleh? Tapi kena undi entri iPhone 5 gadget impian saya tau. hehe
Cara daftar akaun
Mula-mula pergi ke entri gadget iPhone 5 ada tugasan baru atau klik sini untuk terus ke laman undian. Kemudian klik login.
Lepas tu, anda boleh terus login tapi oleh kerana ini kali pertama. Klik register.
Isikan butiran anda. Pilih username pilihan dan isikan emel anda. Jangan risau pendaftaran akaun ni tiada spam. Dah setahun rasanya akaun saya berdaftar tapi tiada satu pun emel dari Denaihati.
Kalau dah daftar tu, akan keluar notification seperti dibawah bermakna akaun sudah siap di daftarkan.
Kemudian, buka emel anda. Saya guna gmail di sini. Copy password.
Sebenarnya bahagian ni tak perlu tapi dengan ini lebih mudah kalau nak login lagi pada masa akan datang. Esok kan nak undi lagi entri iPhone 5. Setiap hari kena undi tau. Jenuh nak copy paste terus. Jadi kena la tukar password.
Akhirnya siap anda mendaftar akaun. Ini belum masuk bab mengundi. Jadi tutorial di atas boleh di gunakan di mana-mana akaun wordpress yang perlukan daftar. Kalau nak daftar jadi subsriber ka, editor, author dan sebagainya. Boleh ikut langkah-langkah di atas. Masuk bahagian mengundi entri iPhone 5 blog pilihan anda pula.
Cara undi entri iPhone 5 blog pilihan anda
Klik button di bawah untuk mengundi.
Lepas tu boleh la klik login.
Gunakan fungsi CTRL+F (tekan di keyboard anda butang CTRL dan F secara serentak) untuk memudahkan. Cari naziman.com ya. hehe. Wajib pilih 3 blog. Kalau blog tak kenal, tak pa. Pilih ja secara rawak. Nampak domain macam best. Sebaiknya pergi ke blog setiap blog dan baca entri iPhone 5 Gadget impian mereka. Macam kawan saya peminat blogserius dan hanya blog tu saja dia tahu, tapi tak menyertai contest ni. Kecewa dia. Dia tanya apa lagi blog terbaik top 10 di Malaysia. Saya katalah Denaihati.
Sambung tutorial, selepas anda dah pilih tiga blog pilihan, button “Hantar Undian” sudah boleh di klik. Boleh la terus klik.
Bila dah hantar undian tu, akan keluar page baru menyatakan undian anda sudah diterima. Anda telah berjaya. Esok undi lagi ya.
hello bro, good luck untuk contest DH.. saya akan undi awak. all the best
mmg kompleks cara2 daftar pemilih ni..ehehe
Good luck untuk awak..
Contest ini memang mencabar!!!
selamat mengundi untuk semua
jangan lupa semak daftar pemilih lebih dulu
lengkap sekali cara untdi entri iPhone 5 yah sahabat…saya belum bisa selengkap seperti punya sahabat naziman ini…
Undi hari ini buat sahabat, Insya Allah
wahh..siap tulis cara lagi tu. hehe..
Kena tulis bro, sebab ramai kawan-kawan tanya macam mana nak undi ni. Kawan-kawan saya semuanya kurang sikit dengan IT.
Greeting from Nasha Comel. Enjoy reading your post. Great blog post! Hope can visit me back ya :)
hehehe boleh la masak sikit-sikit oh ye kalau nak vote memang kena dftaar,.. sebab kalau menang top pengundi nanti awak dapat rm100