
Saya lama dah mencari-cari cara untuk tukar “Next Post” dan “Previous post” jadi tajuk post bawah komen. Banyak kebaikannya kalau kita guna tajuk post dari tulis “previous post”, “post lama”, atau apa-apa yang berkaitan.
Antaranya, orang mudah nak tengok post tu menarik minat ka tidak melalui tajuk post. Kemungkinan, juga “friendly SEO”, ini cuma tanggapan saya. Kalau salah, betulkan. Kalau betul, tambah baikkan.
Sebelum kita nak ubah navigation tu, kita kena tahu selok-belok tema kita. Di mana navigation tu terletak. Untuk mengubahnya, anda tidak perlu ilmu yang mendalam dalam PhP atau CSS. Yang penting, tahu selok belok tema anda.
Kebiasaannya, navigation untuk tukar next post dan previous post ni terletak dalam “single.php”, kalau takda dalam “single.php”, cuba tengok dalam “comments.php”. Untuk memudahkan pencarian, buka template yang anda mahu cari. Tekan CTRL + F dan taip “previous_post” atau “next_post”. Kalau dah jumpa, kita teruskan dengan tutorial.
Cara tukar “Next dan Previous post” jadi tajuk post
Sebelum saya mulakan tutorial, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Boutros AbiChedid kerana telah membantu saya dalam hal ini.
Mengikut bantuan yang di ajar :
<div class=”nav prev left”><?php next_post_link(‘%link’,’&laquo; %title’); ?></div>
<div class=”nav next right”><?php previous_post_link(‘%link’, ‘ %title »’); ?></div>
Dalam tema yang saya guna kan :
<div class=”nav-previous”><?php previous_post_link( ‘%link’, ” . _x( ‘← %title’, ‘Previous post link’, ‘yoko’ ) . ” ); ?></div>
<div class=”nav-next”><?php next_post_link( ‘%link’, __(”) . _x( ‘%title →’, ‘Next post link’, ‘yoko’ ) . ” ); ?></div>
Jadi di sini bermaksud, anda kena mengubah dalam (‘%link’,’« %title’) mempunyai “%title”, dan ianya mengikut tema yang anda gunakan. Function yang ini amat penting. <?php next_post_link(”,”); ?>
Bagi tema yang tidak mempunyai navigasi seperti ini, anda boleh copy paste kod bantuan yang di ajar dan menambah CSS untuk keluaran yang lebih baik.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari WordPress Codex – Next and Previous Links
[1] Photo credit : Two Way Sign by The Tire Zoo via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic
thanks for the tips lelaki kacak. haha
hahaha.. siapa ka gerangan yang mengomen ini…
tak adakah untuk blogger….
Tak tahu, rasanya ada kot.