
Pernah tak anda tengok tema tu anda suka betul, lepas tu anda pula nak dua menu navigation. Kebiasaannya tema memang ada satu menu navigation. Jadi kalau anda nak menggunakan dua menu navigation ni langkah-langkah mudah dapat membantu.
Sebenarnya sekarang ni saya masih mencari-cari tema untuk blog ni dan salah satu kriteria yang saya mahu tu, mesti ada dua navigation. Sebab saya nak berkongsi untuk kebanyakan jenis kategori, jadi menu navigation untuk kategori wajib ada untuk memudahkan. Tapi tema yang saya suka ada satu navigation, tema tak di suka pula ada dua navigation. Jadi cari-cari, jumpa juga caranya.
Cara yang saya tunjuk ni hanya untuk pengguna wordpress (self-hosted). Ada tiga cara yang saya jumpa tetapi untuk begineer macam saya ni, ada dua cara yang paling mudah saya boleh kongsikan.
Gambar menu navigation untuk wordpress
Cara melalui widget
Cara ini lebih mudah kalau tema yang anda gunakan tu menyokong widget untuk custom menu. Tema yang saya gunakan support widget untuk custom menu tetapi untuk bahagian sidebar, bukan bahagian header. Jadi bukan cara ini yang saya perlukan.
Cara melalui function.php dan call
Anda daftarkan navigation menu dalam function.php. Anda boleh tukar “menu-nama” dengan mengikut kesusuaian bagi anda.
add_action( ‘init’, ‘register_my_menus’ );
function register_my_menus() {
register_nav_menus(
array(
‘menu-1’ => __( ‘Menu 1’ ),
‘menu-2’ => __( ‘Menu 2’ )
)
);
}
Kalau anda cuma nak tambah menu, cuba pergi ke file function.php anda di mana-mana tempat yang sesuai seperti FTP, Cpanel atau wordpress editor. Tekan CTRL + F, kemudian cari “register_nav_menus” dulu, supaya function tu tak di gunakan dua kali.
Macam tema yang saya tengah gunakan memang dah ada function untuk “register_nav_menus”, jadi saya cuma perlu tambah satu line “‘menu-2’ => __( ‘Menu 2’ )”.
Gambar function menu blog untuk tambah navigation
Lepas tu anda boleh panggil function tersebut di mana-mana yang anda suka seperti header.php. Cuma perlu tambah ini :
‘menu-1’ ) ); ?>
dan ini :
‘menu-2’ ) ); ?>
Cara yang saya kongsikan ini anda kena tahu sedikit pengetahuan tentang CSS dan code kalau tema yang anda gunakan tidak support menu. Tema yang saya gunakan dah ada satu menu navigation, dan saya cuma nak tambah menu navigation, jadi kerja saya lebih mudah. Saya cuma perlu gunakan CSS yang dah ada.
Untuk valid di W3C Validator, anda harus menukar class CSS supaya tidak penggunaan dua kali dalam sebuah laman.
Cara yang lebih susah, anda boleh lihat dalam wordpress codex.
[1] Sumber : How To Add Support For Menus In Your WordPress Theme
[2] Photo credit : Nori iPad navigation menu via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-NoDerivs 2.0 Generic
terima kasih ulasannya mas bro, aku jadi pengen belajar soal wp dan membuat blog wp juga ni..
Cuba la guna wp. Best guna wp ni. Senang . Banyak plugin lagi memudahkan kita.