
Secara jujurnya saya malu nak kritik blogger otai kita ni. Saya sendiri masih bertatih dalam dunia blogging tapi inilah tugas wajib yang patut dilaksanakan. Diharapkan bro eizil tidak kecil hati dengan cadangan dan kritikan dari blogger picisan ni. Sebenarnya tak tahu juga nak bagi cadangan atau kritikan untuk blog eizil.com sebab blog tersebut rasa dah terbaik tapi saya akan cuba yang terbaik supaya blog eizil.com menjadi lebih baik dari yang terbaik. Dari blog popular menjadi blog lebih popular.
Isi Kandungan
Cadangan dan kritikan untuk menambah baik Eizil.com
Mengikut dari pandangan dan apa yang saya tahu, bro eizil tidak bekerja luar hanya menjana pendapatan dari internet. Blog eizil.com pula salah satu sumber bro eizil menjana pendapatan dengan beberapa cara seperti perkhidmatan dan iklan. Jadi kalau blog sebagai periuk nasi ni, memang banyak kena titik beratkan juga. Jadi ini antara cadangan dan kritikan membina untuk blog eizil.com.
Laman
Laman tentang bro Eizil
Laman tentang bro eizil sangat penting untuk mengenali bro eizil di samping mendapatkan kepercayaan pembaca untuk mendapatkan perkhidmatan di blog eizil.com. Tidak di nafikan blog tersebut sudah di kenali ramai dalam dunia blog tapi belum tentu bagi pembaca baru. Tambahan pula, dalam setiap post blog eizil.com, laman tersebut dititik beratkan dengan link kata kunci “aku”.
Jadi cadangan saya, selalu kemas kini laman tersebut dengan perkembangan terbaru bro eizil. Mungkin boleh tambah dengan testimonial entri atau apa saja dari pelanggan yang pernah mendapat perkhidmatan bro. Ataupun boleh tambah dokumen, sijil atau apa yang perlu, contohnya seperti resume. Biar orang baca laman tersebut, perkataan pertama di sebut. “Wow”. haha.
Laman hubungi saya
Sebenarnya saya pernah guna borang tersebut, memang terbaik bro eizil, sanggup tolong blogger picisan ni di pagi buta sebab masalah gambar 403 forbidden. Masalah selesai dalam 30 minit. Kalau di banding tanya hosting atau plugin di hubungi di sangka ada masalah. Dua tiga hari baru balas. Terima kasih bro. Perenggan selingan ja ni, hari tu dalam emel tak puas nak ucap terima kasih. hehe.
Untuk laman hubungi, dah baik sebenarnya bagi blog biasa tapi bagi blog eizil.com, saya rasa perlu tambah satu fungsi lagi sebab blog tersebut menawarkan khidmat blogger bagi membantu blogger jika ada masalah. Bro eizil mungkin boleh tambah fungsi upload fail. Saya pun tak tahu perlu atau tak, tapi saya rasa perlu. haha
Kedua, laman tersebut boleh tambah laman sosial seperti facebook page, twitter dan sebagainya. Sesetengah orang jarang buka emel tapi selalu buka laman sosial. Kadang-kadang ada yang nak tanya simple ja. Selain tu, boleh meningkatkan follower di laman sosial.
Ketiga, boleh tambah garis panduan untuk menggunakan borang tersebut jika perlu.
Post Ikut Kategori atau Tag
Ini tambahan sikit, masa tengah edit-edit laman di blog sendiri teringat apa yang kurang kat blog eizil.com. Tertanya-tanya juga apa yang kurang. Akhirnya baru sedar, kenapa saya susah nak tengok post masa mencari post yang terbaik di blog eizil.com.
Tidak pasti susun atur post blog eizil.com mengikut kategori atau tag. Tapi sebaiknya buat satu laman sitemap atau yang berkaitan untuk susun post mengikut kategori atau tag. Kenapa saya cadangkan ni? Sebab post di blog eizil.com banyak yang menarik sebenarnya, ada tutorial, motivasi, peribadi, tip dan macam-macam lagi tapi bila pembaca nak tengok post hanya dari arkib, kurang sesuai. Tambahan lagi, bagi blog personal yang bermacam-macam niche semestinya perlu ada struktur blog yang kemas.
Jadi bila pembaca kenal blog eizil.com dan mahu input dari entri blog tersebut, lebih mudah nak cari post yang dorang minat. Ada entri yang kurang relevan sudah, tapi ada juga masih dan tetap relevan sampai bila-bila. Saya cadangkan boleh buat satu laman sitemap kumpul post ikut kategori atau tag. Ataupun sekurang-kurangnya kumpulkan semua kategori dan tag saja.
*****
Saya rasa itu saja berkenaan laman, yang lain macam laman projek tu, saya tak tahu nak bagi cadangan apa.
Tema
Tulisan
Malu nak tegur tentang tulisan sebenarnya sebab blog ni pun tak tahu macam mana nak buat tulisan lagi besar, nak tukar tema sayang. Tapi orang kata, orang tengah merokok pun tegur orang lain jangan merokok, kita kena terima sebab apa yang di tegur tu betul. hehe.
Saiz tulisan di blog eizil.com dah baik tapi warna tulisan tu kurang baik sikit, sakit mata. Saya sebenarnya rabun. Biasanya baca perenggan pertama kedua dapat fokus, masuk perenggan seterusnya, mula pening dan hilang kawalan. Sikit lagi kemalangan. Sebaiknya warna yang digunakan seperti terang di sidebar blog. Terang lagi bersuluh.
Selain tu, tulisan di header dan footer pun kurang jelas. Selama saya jenguk blog eizil.com, baru sedar ada link twitter dengan RSS feed kat header.
Header dan Logo
Header dan logo sememangnya tidak terlalu penting dan terpulang kepada blogger untuk menggunakan header atau logo yang biasa, guna tulisan atau yang mantap. Tapi sebagai seorang designer, sememang header dan logo amat di perlukan untuk menampilkan serba sedikit kehebatan. Jadi bila orang tengok header dengan logo blog eizil.com, orang kata “waaah, terbaik la designer ni, nak bayar bro eizil la buatkan header dengan logo blog saya”. Duit juga tu, hahaha.
Search bar
Search bar blog eizil.com dah ada tapi kurang menyerlah. Boleh main CSS sikit bagi kaw-kaw punya search bar. Boleh bagi lebih besar, bagi lebih stylo. Saya teringat tema lama saya guna sidebar CSS3 style Mac tak silap, lupa. Sebenarnya malu nak cakap bab CSS ni, tak pandai CSS kan. Biasanya apa yang berlaku dalam tema blog naziman.com, hanya menggunakan tutorial dari internet.
Tema
Dari segi tema ni sebenarnya saya boleh saja, sebab tu ikut citarasa blogger sendiri. Saya sendiri suka minimal tapi kemas dan tersusun. Cuma tema blog eizil.com sekarang saya tak tahu, rasa serabut mungkin sebab tulisan yang kurang jelas. Mungkin juga sebab tak ada pembahagi antara setiap bahagian, antara sidebar dan sebagainya sebab bahagian komen saya suka.
Sosial
Dari apa yang saya lihat, memang bro eizil lebih aktif pada twitter dari facebook. Kami sama. haha. Saya tak aktif facebook, ada fanpage dan profile tapi dalam 6 bulan mungkin ada sekali dua buka. Tapi twitter setiap masa. Jadi laman sosial selain twitter sekarang ni untuk ping entri ja, sibuk dengan macam-macam urusan lain.
Untuk rangkaian sosial ni, mengikut keperluan juga. Kalau bro eizil aktif facebook, google+ dan sebagainya, boleh la letak di sidebar supaya lebih mudah pembaca nak follow.
Favicon
Favicon salah satu trademark untuk orang mengenali blog tersebut. Banyak lagi gunanya favicon ni.
Saya ingatkan browser saya yang bermasalah load favicon blog eizil.com tapi bila periksa page source rel=”icon” memang tak jumpa. Jadi di harapkan bro eizil boleh buat satu favicon untuk blog tersebut.
Responsive
Sekarang ni banyak orang online menggunakan smartphone atau tablet. Jadi ada kelebihan menggunakan tema responsive. Susah nak kata bab responsive ni sebab ada baik buruk dia. Biasanya masalah paling ketara untuk tema responsive loading blog bagi smartphone atau tablet. Saya pun tak nak juga cerita bab tema responsive nanti jadi lebih panjang.
Bagi saya, kalau bro eizil boleh buat satu tema responsive tapi boleh optimize untuk smartphone dan tablet, itu sangat baik. Kalau tak, boleh stick dengan tema mobile yang blog eizil.com tengah gunakan.
*****
Saya rasa macam ada lagi nak bagi cadangan dan kritikan tentang tema ni, tapi tak tahu apa. haha. Mungkin related post blog, boleh letak di bawah entri bukan di sidebar. Sekarang ni baru fokus pada apa yang saya titikberatkan pada blog saya sendiri seperti kelajuan blog dan SEO.
Kelajuan blog
Sekarang ni blog naziman.com dalam proses propagasi (saya tak faham juga ni perkataan hosting), atau lebih mudah nak kata blog naziman.com dalam proses perpindahan domain dan hosting ke hosting baru, hosting Malaysia. Saya harap lepas ni tukar ke server Malaysia, blog naziman.com lebih laju. Lupakan sal blog ni, mari tengok blog eizil.com.
Tengok laporan sepenuhnya blog eizil.com di Gtmetrix.
Tengok laporan sepenuhnya di Webpage Test.
Tengok laporan sepenuhnya di Mobitest Akamai.
Untuk kelajuan blog saya cuma gunakan tiga tool, Gtmetrix, Webpage Test dan Akamai Mobitest untuk mobile. Rasanya tak perlu la di tulis cadangan dan kritikan untuk kelajuan blog. Gtmetrix dan webpagetest pun memberi cadangan dan cara. Di samping bro eizil sendiri pun pasti tahu bab kelajuan blog. Bro eizil pun guna plugin W3 Total cache dan servis cloudflare, mungkin kekangan masa untuk optimize kelajuan blog.
Cuma sikit nak bagi cadangan, gambar kena optimize sebelum upload. Boleh guna cara manual dengan edit sendiri atau auto dengan tool online. Kedua, cuba minify html, javascript dan css. Dari page source terdapat 225 line. Ini akan menambah saiz fail dan melambatkan loading blog.
SEO
Bagi saya SEO sangat penting bagi blog yang ingin jana pendapatan. Jadi blog bukan saja boleh dapat pelanggan dari pembaca tetap tapi boleh dapat dari orang yang mencari perkhidmatan melalui google. Jadi saya akan berikan cadangan dan kritikan sedikit dari sudut SEO. Saya minta maaf tak buat screenshot, salah satunya sebab saya tak biasa dengan ubuntu nak edit gambar. Kedua kalau screenshot saja, tema ni ada masalah dengan width post.
Title Tag
Title tag sangat penting supaya blog mesra SEO, mendapat rank yang baik dan mendapat klik. Oleh kerana saya tak tahu apa yang blog eizil.com ingin optimizekan, jadi itu saya tak komen. Apa yang saya ingin komen di sini, berkenaan komen pagination. Oleh kerana blog eizil.com menggunakan komen pagination, title tag kena ada perbezaan bagi setiap url. Kalau di lihat tajuk setiap url komen post pemenang cabutan bertuah dan tugasan terakhir, semuanya sama untuk ketiga-ketiga laman komen. Boleh gunakan title tag di bawah. Sebelum ni saya ada guna plugin untuk letak kod php dan sebagainya tapi saya buang sebab jarang guna. Paling penting di sini, line 10 untuk membezakan tajuk setiap url.
<title>
<?php if ( is_home () ) { echo ‘Naziman – Blogging, SEO, Perniagaan Internet, Sosial, Gadget’; }
elseif ( is_category() ) { single_cat_title(”); echo ‘ – Naziman’; }
elseif ( is_tag() ) { single_tag_title(”); echo ‘ – Naziman’; }
elseif ( is_404() ) { echo ‘Error 404 – Naziman’; }
elseif ( is_single() ) { single_post_title(); }
elseif ( is_page() ) { single_post_title(”); echo ‘ – Naziman’; }
elseif ( is_author() ) { echo ‘ Penulis ‘; wp_title(‘ | ‘); echo ‘ – Naziman’; }
elseif ( is_date() ) { wp_title(‘ | ‘); echo ‘ – Naziman’; } else { bloginfo(‘name’); } ?>
<?php if ($paged>1) { echo ‘ – page ‘. $paged; } ?><?php if ( $cpage < 2 ) {} else { echo (‘ – komen ‘); echo ($cpage);} ?>
</title>
Meta Description
Meta description sekarang ni kurang relevan sebab tanpa meta description pun masih boleh rank di SERP enjin carian. Di samping kelebihan meta description boleh meningkat klik jika kata kunci target kena pada sasaran.
<meta name=”description” content=”Laman web peribadi Eizil atau Mohd Hadihaizil Din, tempat beliau berkongsi tips-tips kehidupan.”/>
Ini meta description blog eizil.com. Meta description blog eizil.com sama di semua page. Sebaiknya meta description ni kena buat berlainan di setiap page.
Saya cadangkan guna plugin WordPress SEO by yoast hanya untuk meta description, untuk title tag boleh gunakan title tag di atas.
Heading Tag
Heading tag pada blog tidak optimize sepenuhnya. Heading tag sangat penting terutama H1 dan H2. H1 kebiasaannya untuk nama blog atau tajuk post. H2 pula kebiasaanya post bagi homepage dan subtopic bagi post.
Untuk homepage blog eizil.com, memang baik struktur blog dengan mengunakan H1 sehingga H5 tapi lebih baik kalau gunakan H1 dan H2 saja. Antara cadangan outline yang baik untuk homepage eizil.com:
H1 : Nama blog
H2 : Tagline blog dan sebagainya kalau sesuai dengan kata kunci, kalau tak, gunakan H2 untuk post terbaru.
H3 : Post terbaru. Kalau dah guna H2, boleh guna untuk post yang lagi lama.
H4 : Sidebar.
Untuk post blog eizil.com, H2 digunakan untuk sidebar. Sebenarnya outline ni kurang sesuai. Outline yang sesuai untuk post.
H1 : Nama blog atau lebih sesuai guna tajuk post.
H2 : Subtopik atau subheading
H3 : Subtopik atau subheading untuk H2
H4 : Sidebar atau yang berkaitan.
W3C
Valid W3C ni penting untuk isu browser, tapi memang susah nak valid W3C ni sebab ada yang kita terpaksa buang kalau nak valid. Salah satunya rangkaian sosial. Bagi HTML5 lagi, ada masalah valid category tag tak silap. Lagipun HTML5 belum dilancarkan sepenuhnya.
Jadi kalau tak dapat pun, sebaiknya dikurangkan. Blog eizil.com menggunakan XHTML 1.0 Transitional. Di bandingkan XHTML 1.0 Strict, doctype tersebut lagi mudah. Salah satunya yang satu target=”_blank” valid untuk XHTML 1.0 Transitional tapi tak valid untuk XHTML 1.0 Strict.
Untuk sitemap, robots.txt dan lain-lain tiada masalah saya rasa. Saya nak bagi cadangan bab SEO ni pun malu sebenarnya dengan ilmu SEO yang cetek.
*****
Saya rasa itu saja la cadangan dan kritikan untuk blog eizil.com. Oleh kerana tugasan tak memberi skop tertentu untuk memberi cadangan dan kritikan, jadi saya pulun semua sekali. Ini pun dah panjang sangat.
Untuk post terbaik pun tak diberi skop atau topik tertentu yang di anggap terbaik. Jadi itu bermaksud post yang terbaik pembaca rasa. Saya ikut nasihat tweet bro eizil skip tajuk tak berkenan. hehe
@nazimandotcom hehehe… Tajuk tak berkenaan tu skip jer bro… Ada gak artikel yang tak penting…
— Mohd Hadihaizil Din (@eizil) October 23, 2012
Saya pilih entri menghadapi perasaan negatif sebabnya saya sendiri selalu berfikiran negatif. Memang susah nak buang perasaan negatif ni dengan ideologi, persekitaran, isu semasa, takut, sayang. Tapi percayalah kalau kita mampu buang perasaan negatif tu, kehidupan akan jadi lebih indah.
Sebenarnya banyak lagi post yang menarik tapi saya banyak baca dari tajuk yang berunsur motivasi ja. Satu lagi post menarik boleh kan? hehe. Post Istimewa untuk bakal suami. Dua-dua post ni memang menarik minat saya dari post-post lain yang saya baca.
Jadi itu sajalah cadangan dan kritikan untuk menambah baik eizil.com. Mungkin ada yang sesuai di ikut, ada juga tidak. Ada yang boleh di terima, ada yang tidak. Yang penting setiap kritikan dan cadangan itu membina diri lebih maju kehadapan. Dan setiap kritikan dan pandangan orang juga berbeza. Dalam semua cadangan dan kritikan ni pun, ada juga saya sendiri tak aplikasikan. Ada yang saya tak pandai nak baiki, ada yang saya malas nak baiki.
Itu saja. Siapa dapat agak berapa lama saya buat post ni memang hebat. haha.
Mula-mula sekali, terima kasih diucapkan, entri panjang lebar sebegini amatlah dihargai, setiap komen, kritikan dan cadangan memang akan dititikberatkan. Menerima maklum balas sebegini memudahkan proses untuk mengenalpasti mana yang kurang dalam tema baru yang sedang dibangunkan, insyaALLAH masalah-masalah yang disenaraikan itu akan diatasi dalam kemaskini yang akan datang, kena tunggu semua submit tugasan ketiga ni baru boleh siapkan tema yang sedang dalam studio tu. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menulis panjang lebar mengenai semua elemen, semoga ianya akan mendatangkan manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya, sebab banyak benda yang boleh diperolehi dalam artikel ni. *dengan penyenaraian yang begitu teliti,… Read more »
Haha takda lah sampai berhari-hari sebab saya dah selalu jenguk blog bro, senanglah sikit. Tambah lagi saya cuti sekarang, internet pun laju. Kalau tak, memang tak mampu nak tengok semua ni.
Oh ya, saya ada tambah sikit bahagian laman bab post ikut kategori atau tag tu. hehe
wah panjangny entri ni! belum sempat lagi nak baca betul2 dari A-Z…insyaAllah bila ada masa lapang nanti, akan datang balik untuk baca..sebabnya boleh ambil apa2 yang dikritik di sini untuk apply kat blog sendiri..hehe..
Haha, tapi ada yang kurang relevan dengan blog sis juga, ada yang kurang juga dalam entri ni sebab entri ni memang fokus bagi cadangan dan kritikan untuk blog eizil.com saja kan.
Wah panjangnya cadangan kritikan ini.. Semoga cadangan yang bermanfaat akan diberi perhatian oleh Eizil.. ;)
Betul tu, tak semua juga cadangan dan kritikan boleh di ambil. Tak sabar tengok tema baru blog bro eizil nanti. hehe
Wahhh panjangnya….hehe..selesai dah satu tugas ya…
Entri terbaik…gud luck :)
hahaha. Macam tahu-tahu ja saya rasa lega dah siap satu tugas.
Nah ambik! Sekali di “belasah” betul2 punya. :)
BTW, ini baru betul dikatakan kritikan & cadangan yang membina.
Orang kata, dah di beri peluang kan. hehe
sehari kot? haha..yang pasti lebih dari sejam.
hahaha. lebih sejam tapi tak sampai sehari. Dah hari-hari jenguk blog bro eizil kan, jadi senang la nak tengok.
tabik spring dengan kritikan bro ni.. rupa-rupanya bro bukan yang macam yang sangkakan.. apapun,semoga berjaya untuk kontest eizil.com.
p/s: bro, jom teka benda di blog aku mana tau dapat top up free.. hehe sekadar memeriahkan contest simple aku
haha. takda lah, kritikan biasa ja yang membina. Blog ni pun kalau kena kritik mesti lagi teruk. hahaha
satu ulasan yang padat dari bro…
Entri yang sungguh menaarik dan lengkap sekali pengisiannya,selamat berjaya bro