
Sangat banyak skim pelaburan. Jika cetek ilmu kewangan dan pelaburan, pasti akan rambang mata dan mudah terpedaya dengan skim yang scam. Ditambah lagi dengan sikap malas study apa yang disertai dan mudah percaya dengan kata-kata orang, akan lebih mudah terjerat dengan scam penipu. Pada asalnya saya ingin kongsikan cara mudah kenal pasti scam seperti skim ponzi dan skim piramid. Seterusnya mencadangkan beberapa pelaburan yang patuh syariah dan undang-undang tetapi pulangannya lebih tinggi daripada keuntungan scam-scam dan yang pasti lebih tinggi daripada dividen ASB dan Tabung Haji. Oleh kerana, tulisan asal sangat panjang hingga mencecah hampir 2000 patah perkataan, saya potong-potong. Dalam tulisan ini, saya akan beritahu dulu potensi pelaburan yang lebih baik daripada skim penipu dan akan beritahu tentang scam dalam siri tulisan yang lain.
Kenapa cadangan saya pelaburan dengan bermodalkan RM1000?
Kerana saya diajak oleh satu skim kripto yang too good to be true. Dengan bermodalkan lebih kurang RM800, boleh menjana keuntungan paling kurang 8% ke 15% setiap bulan. Saya tidak mahu sebut nama skim tersebut kerana saya masih study kesahihan skim tersebut. Tetapi semakin saya study tentang skim tersebut, semakin tinggi peratus keyakinan saya bahawa itu scam.
Sila ambil perhatian, tulisan ini hanya sebagai kesedaran dan pendidikan semata-mata. Semua cadangan pelaburan dibawah, disenaraikan tanpa mengambil kira ilmu yang diperlukan. Hanya hindsight bias. Risiko pelaburan sangat tinggi, dan perlukan ilmu terlebih dahulu. Semua cadangan saya kerana ingin membandingkan pelaburan yang patuh syariah dan patuh undang-undang berbanding pelaburan scam yang lebih berisiko.
Isi Kandungan
Mahu Melabur Modal Kecil, Nak Untung Besar
Betulkah ada pulangan pelaburan untung tinggi dari ASB dan lebih tinggi dari scam-scam yang ada hanya dengan bermodalkan RM1000?
Okay berita baiknya, ada. Berita buruknya, bersiap siaga modal lebur. ASB dan Tabung Haji sudah menjadi tanda aras dalam mana-mana skim pelaburan. Sebagai perbandingan dengan andaian dividen ASB 8%, jika modal RM1000, saudara akan untung RM80 setelah 12 bulan.

Ada pelaburan lain boleh beri pulangan lebih baik daripada ASB dengan modal ciput, beberapa contoh saya akan senaraikan selepas ini. Ada beberapa instrumen lagi saya tidak senaraikan kerana saya kurang tahu atau tidak sesuai dengan modal RM1000 seperti pelaburan hartanah, emas, unit amanah, dan simpanan tetap. Dimana pelaburan tersebut walaupun peratus untung boleh tinggi tetapi scam tidak promosi scam hanya dengan itu, mereka akan gandingkan dengan tempoh peroleh untung tersebut. Sebab itu program scam tidak dipanggil skim kaya tetapi skim cepat kaya.
Real Estate Investment Trusts (REITs) – Untung 15% dalam 8 bulan
Pelaburan dalam Amanah Pelaburan Hartanah atau REIT, 90% keuntungan sewa mereka perlu diagihkan kepada pelabur agar boleh dikecualikan daripada cukai. Ini boleh jadi antara saham pendapatan dalam masa yang sama jadi saham defensif. Di Malaysia, hanya ada 5 ja saja REIT yang patuh syariah termasuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Di sini saya memberi contoh untuk kaunter Axis Real Estate Investment Trust [AXREIT 5106].

Jika saudara membeli AXREIT pada 4 Jan 2016 dengan harga RM1.60, saudara mampu membeli 600 unit bermodalkan RM1000. Kemudian menjual keseluruhan unit tersebut setelah 8 bulan pada 1 Sep 2016 dengan harga RM1.8, saudara akan mendapat pulangan 12% keuntungan modal dan 3.4% untuk keuntungan agihan pendapatan iaitu bersamaan RM120 + RM36.60 = RM156.60.
Return of Investment (ROI) adalah 15.1% dalam masa 8 bulan tanpa mengambil kira caj broker, dengan jumlah untung RM156.60.

Initial Public Offerings (IPO) – Untung 50% dalam 2 minggu
Tawaran Awam Permulaan atau IPO secara ringkas adalah saat bermulanya sebuah syarikat dijadikan awam iaitu daripada Sdn. Bhd. ke Berhad.
Saya tidak pasti jangka masa sebenar untuk Cloudaron Group Berhad [CLOUD 03001] (Tidak patuh syariah) tetapi secara umumnya jangka masa IPO, bermula pembukaan permohonan hingga syarikat disenaraikan adalah sebulan. Tempoh permohonan biasanya 2 minggu, dan 2 minggu lagi cabutan undi.

Berdasarkan gambar diatas, IPO Cloudran untung 50% jika jual sebelum pasaran saham tutup. Dengan modal RM1000 dan harga IPO 11 sen, saudara mampu memohon 9000 unit. Dengan modal RM1000, saudara mampu memperoleh keuntungkan RM495 dalam masa 2 minggu.
Pelaburan Saham – Untung 93% dalam 2 bulan

Sebelum ni saya pernah berkongsi untung saham 100% dalam masa 3 tahun. Kali ini tempoh lebih pendek. Untung 93% dalam masa 2 bulan. Kaunter Lee Swee Kiat Group Bhd [LEESK 8079] sedang menaik sekarang ini. Jika saudara membeli saham syarikat tersebut pada 8 Jan 2018 dengan harga 38 sen. Dengan bermodalkan RM1000 dan harga saham 38 sen, saudara mampu membeli 2600 unit. Kemudian jual saham tersebut pada 9 Mac 2018, dengan harga RM0.735.

Kiraan kasar, saudara sudah untung 93.4% dengan mudah dalam masa 2 bulan dengan jumlah untung RM923.Nak untung dalam masa sebulan? Tiada masalah. Boleh cari waktu sesuai beli saham tersebut selepas 8 Jan.
Private Retirement Scheme – Untung 100% serta merta

Private Retirement Scheme (PRS) mendapat inisiatif daripada kerajaan sehingga 31 Disember 2018 ini. Dimana dengan jumlah pelaburan minimum RM1000, serta merta pelabur akan mendapat RM1000. Untung 100% tu, siapa nak bagi.
Kemudian, jika diandaikan prestasi keuntungan dana PRS yang dipilih 6% setahun, pelabur akan mendapat RM15300 jumlah dividen pada umur bersara 55 tahun jika bermula pada umur 18 tahun. 37 tahun tidak sentuh dana tersebut. Itu jika 6%, kalau lebih lagi?

Saham Waran – Untung 4300% dalam masa 2 hari
Okay. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Untung 4300% dalam masa 2 hari? Biar betul? Ya betul dan saya tidak terlebih tambah 0. Sila rujuk gambar.

Pada 22 Feb 2018, waran Toyo Ink Group Berhad (TOYOINK 7173) meningkat daripada 0.5sen hingga 22sen pada keesokan harinya. Dengan modal RM1000 dan harga waran 0.5sen, saudara boleh membeli 200000 unit saham waran. Pada keesokan harinya, saudara jual waran tersebut pada harga 22sen.

Tanpa mengira caj broker, ROI adalah 4300% dalam masa 2 hari dengan jumlah untung hampir RM43,000. Hanya dengan RM1000. Dari 1k jadi 43k, sudah boleh pasang angan-angan. Terus boleh kahwin, tidak perlu bekerja penat-penat di Singapura, boleh bayar hutang PTPTN lump sum dengan diskaun 20%, boleh simpan duit untuk beli rumah, boleh melancong ke luar negara seperti Bangkok, dan banyak lagi boleh buat hanya bermodalkan 1k. Menarik kan? Okay, teruskan bacaan.
Suka Kira Untung (reward), Tidak Mahu Kira Rugi (risk)
Jika saudara perhati setiap pelaburan yang saya sebutkan diatas dengan teliti, ada pattern yang sama dalam mana-mana jenis pelaburan yang benar. Secara ringkas, pattern tersebut boleh diringkaskan dengan 1 tagline penting dalam pelaburan.
High risk, High return.
Risiko banyak definisi tetapi secara ringkas, risiko adalah kebarangkalian untuk mencapai matlamat kerana pelaburan adalah kebarangkalian (probability). Ada juga mendefinisikan risiko sebagai kebarangkalian mendapat peluang seperti PRS hanya insentif sekali dan insentif hanya untuk pelabur RM1000 keatas sebelum hujung tahun ini. Manakala, IPO boleh mohon tetapi belum tentu permohonan akan diterima.
Pelaburan saham sehingga 93% dalam masa 2 bulan pula, bukan selalu dapat seperti itu. Kaunter tersebut juga pernah berada dalam keadaan sideway selama 6 bulan sebelum uptrend selama 2 bulan kebelakangan ini. Malah, kaunter sebut mungkin akan turun kembali selepas ini. Siapa tahu.
Berbanding risiko didefinisikan seperti itu, saya lebih suka mendefinisikan risiko sebagai kebarangkalian untuk mencapai matlamat bagi membezakan dengan ketidaktentuan (volatility) dan fluctuate (berubah-ubah). Cuba tengok waran yang untung 4300% dalam masa 2 hari tu.

Jika saudara berada pada waktu itu 22 Feb, apa yang saudara akan lakukan? Kenapa beli pada 0.5sen sedangkan hari-hari sebelumnya saham waran tersebut tiada apa-apa? Berapa target harga untuk jual dapat keuntungan? Beli dengan 100% kebarangkalian modal hangus atau jual setelah memperoleh 100% keuntungan atau jual pada 4300%?
Nak untung lebih dari ASB dan Tabung Haji, perlu ilmu untuk kurangkan risiko tersebut. Sedangkan nak untung lebih sikit melalui pembiayaan ASB pun ada risiko dan perlukan ilmu, inikan lagi pelaburan lain terutama kripto yang baru dalam dunia kewangan.
Saya menerima emas dan pelaburan emas. Antara sebabnya kerana emas sentiasa bernilai berbanding matawang.
Saya menerima sistem blockchain, dan menerima beberapa matawang digital seperti Bitcoin dan Ethereum. Antara sebabnya kerana matawang digital sangat banyak kelebihan dan berpotensi tinggi.
Saya juga menerima pertukaran matawang (forex exchange). Antara sebabnya kerana dalam perniagaan antarabangsa, ilmu seperti itu amat diperlukan untuk kurangkan kerugian kerana pertukaran matawang.
Saya juga menerima teknik pemasaran, dan menerima beberapa teknik pemasaran seperti Multi-level Marketing (MLM). Antara sebabnya kerana MLM juga ada yang patuh syariah (Sila rujuk laman JAKIM disini).
Ianya bukan bermakna perlu terima semua perkara. Walaupun ada skim pelaburan menggabungkan semua diatas, masih perlu study juga kalau nak sertai skim tersebut.
Contohnya saya menerima pelaburan saham, tidak bermakna perlu menerima semua skim pelaburan berkaitan saham termasuk yang scam berjenamakan ‘saham’, dan tidak bermakna saya perlu melabur dalam semua kaunter saham yang diapungkan dalam bursa. Masih perlukan ilmu untuk memilih saham yang sesuai dengan profil diri dan profil risiko saya.
Diakhir kata melaburlah dalam ilmu terlebih dahulu, jika kita melabur tanpa ilmu, itu bukan melabur tetapi berjudi. Walaupun pelaburan tersebut patuh syariah dan undang-undang tetapi cara kita melabur itu berjudi.
InsyaAllah, dalam tulisan akan datang saya akan kongsikan 4 kriteria mudah mengenal scam.
Sangat menarik tapi ilmu masih tak cukup dalam pelaburan…
Tidak apa. Kita sama-sama belajar. Saya juga tidak cukup ilmu tetapi berusaha keras mendalami subjek pelaburan sebab saya yakin belajar hanya sekali, guna boleh berkali-kali.
4300% Untungnya…
wow.. boleh lah di coba ni..
berlaku di indonesia juga kah ini?^^
Untung kan.. Tapi mahu dicuba perlu ilmunya. Mungkin tak dapat la 4300%, dapat 1000% pun baik sudah.
Saya tidak pasti pasaran saham di Indonesia bagaimana.
ILMU PERLU ADA SEBELUM MELABUR. kENA JAUH ‘3t’ IAITU TAMAK, TAKUT DAN TUNGGU.
Menarik 3T tersebut tetapi lama saya berfikir apa yang dimaksudkan dengan Takut dan Tunggu. Tamak itu biasa. Bila fikir-fikir, mungkin ini yang dimaksudkan tuan.
Takut – akan buatkan kita ikut emosi. Orang jual, kita pun ikut jual sebab ramai orang jual. Sedangkan mungkin itulah masa kita beli lagi.
Tunggu – simpan sesuatu yang tidak bernilai. Saham tersebut mungkin sudah tidak bernilai tetapi analisis harap (Hope Analysis) mengatakan nanti akan naik lagi. Akhirnya jadilah pelabur yang terkubur.
Terima kasih tuan.
harap tuan boleh hubungi saya : 017-7252194 razali jb
Untuk apa ya?
abam kie dah terkena beberapa kali jadi serik dah. baik melabur dlm tabung haji, asb n unit trust je.
Itulah. Kadang-kadang pelaburan ini boleh memberi kenangan pahit juga. Kerana itu setiap pelaburan, tidak semestinya sesuai dengan semua orang. Saya pun masih mencari rentak lagi. hihih
terbaik penjelasanya bro..
kita susah nak kawal rasa tamak.
kalau boleh nak kaya cepat dan senang..
adakah mustahil ?
tak mustahil.
syaratnya ada ilmu.
proses menuntut ilmu bukan sehari dua…
amat mengambil masa.
ada tak jalan pintas ?
ada..
perlu juga ilmu …
Betul. Ilmu sangat penting. Ada jalan pintas untuk kaya tapi tetap perlukan ilmu juga. Yang menariknya, ilmu cuma perlu dicari sekali, tapi boleh guna berkali-kali. Walaupun boleh guna berkali-kali, ilmu perlu juga update dengan keadaan semasa.
yalah kan..
sentiasa update & upgrade.
baharulah kekayaan tetap konsisten & mencanak
Betul-betul. Jack Ma cakap. Tiada makna kaya kalau tak sihat.
Nak labur sendiri kena ada ilmu. Mentor pun kena ada utk guide. Saya pun pernah kena dengan skim2. Tapi. sy anggap sbg proses pembelajaran. Sekarang sy dah jumpa apa yg sy minat. Unit amanah. Untung tidaklah tinggi jika banding dengan forex atau saham (kalau trade sendiri). Tapi, untuk masa panjang sangat menguntungkan. Kena sabar je. Bagi golongan yang bekerja dan nak invest, unit amanah sgt sy syorkan. Bg yg baru bekerja, labur dulu dalam unit amanah. dalam masa tunggu hasil, belajar ttg pelaburan. bila dah ada ilmu, ada mentor, gunakan hasil dari unit amanah untuk start melabur. Maaf agak panjang,… Read more »
Terima kasih kerana berkongsi tuan. Unit amanah salah satu instrumen pelaburan yang berisiko rendah. Tuan boleh baca di eBook ini, Rahsia Unit Trust jika mahu belajar beberapa rahsia unit trust.
Siapa dapat habuan 4300% tu memang durian runtuhlah. Durian dahlah mahal hehe
hahaha. Betul-betul. Satu ja, harap-harap masa durian runtuh, kita bukan di bawah. Takut berdarah pula. hahaha
saya main asb dan tabung haji saja. saya tak tahu pasal saham ni. teringin nak join kelas alwi adam
Alwi adam ada tulis ebook. Boleh mulakan dengan baca ebook dia.
keliru…
Sama la. Saya pun keliru dengan komen tuan.
Kat mne ye nak belajar ilmu saham yg patuth syarak ni?
Tuan boleh mula dengan baca eBook ini, Combo E-Book Saham. eBook ini menerangkan asas-asas saham termasuk saham yang patuh syariah.
Nampak hebat pulangannya…
Betul. Tapi untung begini bukan selalu dan bukan semua boleh dapat.