
Manusia tidak dapat lari dari konsep tua muda, senior junior, bukan lagi semenjak sekolah tapi semenjak kita kecil lagi. Yang mudah hormat yang tua, yang tua terima yang muda. Begitu juga dalam dunia blog, ada yang tua dan muda, konsep orang biasa panggil blogger lama dan baru atau lebih mesra di panggil blogger senior dan junior.
Perkongsian ni bukan nak membandingkan blogger lama dengan blogger baru. Saya terdetik nak sentuh bab ni sebab kebanyakan pelawat blog ni dan blog yang selalu saya lawat jauh lebih berumur dari saya. Ini maklumat data dari quantcast.
Blog Akma Omar juga ada menceritakan sedikit tentang elakan di cop blogger sombong. Menambah tarik minat lagi bila baca blog Bardboo yang menceritakan pengalaman tukar kata ganti diri dari ‘aku’ kepada ‘saya’.
Sebenarnya kadang-kadang saya sendiri tak tahu nak panggil apa dengan blogger lama yang lebih tua. Bagi yang lelaki saya biasa panggil bro. Oleh kerana dah biasa dengan blogger lelaki, sekali tiba-tiba dengan blogger perempuan yang kita tahu lebih tua. Tak tahu nak panggil apa pula. Kadang-kadang ‘you’ ‘i’, tak pun saya awak. Ada yang biasa orang panggil akak atau sis, tapi saya nak panggil akak, rasa janggal pula. Nak panggil macik, pun janggal.
Kadang-kadang rasa nak blogwalking tempat orang yang lebih muda sikit supaya tak rasa janggal sangat tapi apa boleh buat, blog blogger lama ni menarik.
Isi Kandungan
Sebab blogger baru suka baca blog blogger lama
Sebab ni biasanya ikut pandang sendiri, ada juga orang tak suka. Lebih suka dengan yang lebih muda. Tapi apa yang menariknya blog blogger lama?
Ayat yang menarik
Inilah kunci utama kenapa saya suka lawat blog otai ni. Ayat yang di susun dengan baik, tutur bahasa yang lembut. Senang hati baca.
Jadi contoh
Memang tidak di nafikan lagi. Tak kira di mana, kita mesti belajar dengan orang yang lebih berpengalaman. Biasanya bila kita baca blog otai, rasa macam jauh lagi perjalanan hidup. Banyak boleh di pelajari.
Blog yang teratur dan kemas
Kita boleh tengok sendiri biasanya blogger lama ni blog dorang sangat kemas dan teratur. Kita pun suka tengok blog yang kemas kan. Apatah lagi kalau blog tu laju.
*****
Banyak lagi sebab sebenarnya kenapa orang suka baca blog otai ni. Tapi bagi saya itu la sebab dia. Saya selalu juga blogwalking di blog lain, ada blog yang baru tumbuh. Tapi biasanya yang buat saya tak baca blog dorang sebab ada yang guna shortform, nak baca sakit mata dengan warna. Saya pun masih dalam proses belajar nak baiki bahasa. Kadang-kadang terkeluar bahasa kasar, kadang-kadang pula terguna bahasa negeri.
Jadi kepada pembaca blog ni yang lebih berumur, saya nak tanya pendapat. Apa kata ganti diri yang sesuai untuk di guna? Boleh guna form di bawah, atau guna ruangan komen.
Jadi di sini saya nak minta maaf bagi sesiapa yang terasa hati bila panggilan tak kena di hati. Sememangnya dari awal saya blogging lagi guna kata ganti diri saya sebab malu kalau orang lebih tua baca. Tapi bila bab nak berinteraksi antara blogger, tak tahu nak panggil apa. Takut pula dalam blog bro-bro tapi bila jumpa jadi makin janggal nak panggil apa.
Untuk pengetahuan, mungkin lepas ni saya kurang update blog dan blogwalking sebab sibuk sikit. Internet pun nak habis quota 4GB padahal baru seminggu.
memang pening kepala nak panggil apa..tapi saya kalau dengan lelaki yang lebih tua, panggil bro..kalau perempuan, panggil akak…kalau yang lagi muda tu, panggil nama dia je…tapi kadang2 keliru juga yang empunya blog tu lagi tua atau lagi muda..hehe..
p/s; thanks for the backlink.. =)
Perempuan pun panggil bro ya. Saya sendiri pun biasa keliru juga tuan empunya blog tu lagi tua atau lagi muda. Sebab tu kalau lagi saya panggil bro, perempuan tu yang tak tahu, nak panggil akak ka macik. Nak panggil macik takut terasa tua, nak panggil akak takut terasa. Pening. huhu.
Paling selamat guna panggilan avatar diorang. Aku sendiri pun kalau ragu2 memang akan guna panggilan demikian. :)
hahaha. saya pun biasa panggil nama domain, kalau nama domain macam word atau bukan macam nama, panggil nama avatar.
setuju
nama pada avatar itulah yang paling selamat dan mudah
Kawe blogger tua yg perasan he he :D
haha. takpa kalau memang kenyataan, kalau betul-betul perasan tu yang susah.
He…23x no komen…
Blog bro biasa2 je….
Panggilan.. Nak panggil abang sayang pun boleh. Tapi pada blogger perempuan yang tak kahwin lagi dan rela bermadu he..23x
Tanya tunang dulu bro, nak di madukan atau tidak. Parah nanti. haha. bro memang sempoi la. Sebab tu selalu lepak kat blog bro juga.
Wahhh…patutlh tersedak..tq tq hehehe..
Bukan masalah besar tu, ikut keselesaan…i sendiri kdg2 guna I n U, kdg2 Saya Awak..cuma kalau perempuan ni susah sikit nak panggil BRO..lelaki dgn lelaki ok, coz mcm ganas sgt hahaha.
haha. tersedak sempat ada orang sebut ya. Nasib baik bukan masa makan kan. haha
itu la pasal, sebab tu biasanya saya tengok blogger panggil macam mana juga. Apa blogger biasa panggil. Bro manada ganas, kiut bha tu. haha
tiada yg baru tiadalah yg lama
tiada yg lama tiadalah yg baru :)
nak panggil ikut ikutlah apa nama yg dia guna kat blog tu… :)
Betul tu bro, yang lama bermula dengan yang baru, yang baru juga akan jadi yang lama.
Bro, saya tak boleh nak komen blog bro tau. Dia kata blog saya disabled javascript padahal memang on selalu.
Blogger lama tempat kita menjadikan rujukan.. sebagai blogger baru macam saya, saya selalu bertanya jika tidak tahu… tapi kadang-kadang ada juga blogger yang tidak mahu berkongsi tips atau pengalaman juga….semua bergantung pada individu masing-masing….
Biasalah bro, yang tahu pun bermula dari tak tahu. Saya ni kalau ada biasa ja, tak kisah sangat. Kalau orang tanya, saya jawab. Kalau sibuk, lambat sikit jawabnya.
KAta ganti diri ni agak subjektif gak..pada aku la..macam aku sendri rasa lebih rapat bila berinteraksi dlm blog…tapi bila tinggalkan komen kat blog otai..aku akan bahasakan diri ‘saya’..dan aku panggil otai tu samada ‘bro’ ‘abg’ ‘kakak’ ‘akak’… benda ni pd aku ikut rasa hati…sbb aku ni jenis x kisah sgt…
Sama la kita tapi saya dalam blog memang pakai saya juga, sebab malu pula bila orang yang lebih tua baca. hehe
aku sendiri tak kisah
rakan blogger nak panggil bro ke, abang ke, cikgu ke, pakcik ke
mana2 je
hehe
kalau perempuan mestilah nak di panggil sayang kan? haha
bro, nmpknya aku setuju dengan penukaran kata ganti aku kepada saya, aku sendiri masih lagi menulis menggunakan “aku”, rasanya aku kena beralih kepada “saya” lah pula selepas ini
aku & saya ni slalu konfius, biasa guna aku sbb dlm pertuturan seharian jrg guna saya…
Takpa juga tu bro. Sebenarnya ikut keselesaan dan kebiasaan juga. Saya pula sebenarnya jarang guna “saya” tapi tengok kawan rapat saya selalu guna saya, itulah nak biasakan diri.
Bro Sis.. Itu cadangan saya.. Sesetengah orang tidak suka Penggunaan istilah “saya” dalam penulisan blog sebab mereka merasakan blog adalah tempat luahan hati dan pendapat mereka.. Jadi mereka menggunakan kata panggilan original yang terbit dalam hati.. Tapi bagi pendapat saya apa salahnya kita menggunakan perkataan “saya” sebagai tanda kita menghormati orang lain, tak kiralah muda ataupun tua..
Betul tu, ada juga orang tak suka guna saya. Tapi bagi saya, itu tanda hormat.
mintak tunjuk ajar..hihi
Tunjuk ajar macam mana tu ya? hehe
kalo bhasakan diri pgil sy..tp kalo pgil biasanya bro dan sis jer..hehe
Sama la kita bro, biasa panggil bro dan sis ja.
kalau lelaki aku biasa guna bro, kalau perempuan guna nama nickname diaorang
Kalau saya biasa panggil sis, tak pun tengok apa orang panggil, kalau tak tahu juga, ikut nama avatar atau domain.
Untuk selamat saya panggil nama di avatar atau blog diorang tu, tapi tak mungkin saya panggil encik naziman ;)
hahaha. Betul tu, tapi kalau macam blog profesional biasa saya komen cakap encik.
aku suka guna aku kau atau gua lu..baru lebih kacak. haha..
hahaha. betul juga kan, baru kacak.
Yang baru biasa banyak buat kesilapan lagi tetapi dari segi content ikut kreativiti masing-masing lah agaknya.
ye..semestinya menjadi panduan blogger baru ..tidak mustahil kita bermula dari 0 , dan berakhir dengan kejayaan :]
Sememangnya kita tidak boleh lari dari kesilapan. Bertanya supaya tidak sesat jalan. Mungkin pendapat umum, perkara sebegini sangat subjektif, namun sudah tiba masanya untuk meng”kategori”kan sejauh mana serius atau tidak dalam dunia ber-blog ini. Berbalik kepada tujuan perancangan berblog-ing, tiba untuk dilaksanakan. Oleh itu, baik juga untuk pembaca menambah ilmu dan juga penulis untuk menentukan hala tuju. Berkenaan isu kata diri, pendapat kami, jika benar ingin menggunakan bahasa “biasa” dan bahasa formal, anda boleh asingkan mengikut segmen (labels/categori) Jika bahan anda kongsikan berbentuk personal, boleh dikatakan anda labelkan sebagai “peribadi” atau pun “perkongsian”. Jangan biarkan diri anda berasa terkongkong dalam… Read more »
Saya sokong juga tu, jangan buat diri rasa terkongkong. Tapi oleh kerana blog ni tak lah terlalu peribadi, jadi biasanya memang saya guna saya.
Terima kasih bro, sanggup luangkan masa baca blog picisan ni.
Menurut Puan Ainon Pengerusi PTS, gunakan ‘encik’, ‘tuan’, ‘puan’, ‘cikpuan’, ‘saudara’ dan ‘saudari’.
Saya ada bercadang juga begitu, tapi biasanya, saya tengok penulisan orang tu, panggilan oleh blogger lain.
kalau aku lah kan, untuk entri aku akan tulis aku kau sebab konsep blog aku lebih ke arah cerita peribadi dan menulis berdasarkan bagaimana aku bermonolog. (chewah)
tapi bila komen tu aku tengok jugaklah, mana2 yang bersesuaian. :)
btw, salam kenal, dan jemput la singgah kalau sudi ye.
saya blogger baru! :D
Bermonolog ya. haha. Biasanya masalah bab komen ja tu, bab entri tu terpulang atas diri sendiri.
Salam kenal, saya pun blogger baru.
bagus artikel ini. Sekuran-kurangnya ia memberi pendedahan kepada blogger bagaimana dan apakah etika dalam penulisan blog. Dari segi penulisan pun akan menentukan penulisan kita dalam kategori mana.
Setuju dengan tuan berkenaan isu kata ganti diri ‘aku kau’ , ‘saya awak’, ‘I you’. Kalau ikutkan tak kisah sangat nak guna kata ganti diri yang mana satu. tapi langkap paling selamat adalah gunakan kata ganti diri ‘saya awak’ dan kalau taknak gunakan kata ganti diri dalam penulisan boleh guna nama sendiri.
bagus blog ini. saya telah senaraikan dalam list blogwalking saya. teruskan menulis dan terus sukses. singgah blog saya juga ya. http://www.kaio.my