
Adakah blog popular mesti ada kumpulan? Apa pendapat anda? Awal-awal dah tanya pendapat pula. Tak semestinya kena ada kumpulan terutama bagi blog peribadi. Tapi kalau nak cepat jadi blog popular, saya rasa maksima pun boleh dua orang dalam kumpulan, lain pula dengan blog ada niche tersendiri.
Sebelum tu kenapa saya tiba-tiba nak kongsikan tentang blog popular mesti berkumpulan ni?. Masa awal blogging lagi terfikir cara ni. Saya memang dah lama nak sentuh macam bro jebengotai kata blog sebagai syarikat. Jadi, sambil menyelam minum air, saya ikut contest SEO blog popular dari blog bro anuar.
Lagi, rasa membuak nak kongsi lepas baca ebook rahsia jana pendapatan 210k dalam 30 hari dari pakar pemasaran internet yang popular dengan penjualan ebook, bro Jamal. Banyak langkah yang ada tapi saya tekan satu paling penting kerja berpasukan yang boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang. Saya lebih fokus pada blogging.
Saya akan ceritakan pendapat kenapa saya kata popular mesti berkumpulan. Untuk pengetahuan, cara berkumpulan lebih sesuai untuk blog ada niche tapi bagi blog peribadi, boleh aplikasikan kumpulan 2 orang. Mari tengok apa jenis kumpulan yang boleh di bina kalau nak cepat jadi blog popular.
Blog Popular kumpulan dua orang
Sekurang-kurang mesti ada dua orang supaya lebih cepat berjaya. Sesuai di aplikasi untuk blog peribadi juga. Kalau anda tak nampak kumpulan ni, saya bagi contoh mudah. Kita tengok movie dan drama macam Adam dan Hawa, biasanya kita kenal pelakon ja kan? Tanya siapa pelakon dengan pantas boleh jawab siapa berlakon. Kalau pelakon popular, bukan saja cerita tu, siap berlakon cerita lain pun boleh jawab. Tanya siapa sebalik tabir cerita, tak semua orang tahu. Nampak dah?
Sebenarnya blogging kita boleh bahagi dua. Sebahagian jadi pelakon, sebahagian lagi jadi manager. Maksudnya di sini, seorang untuk buat post, komen, blogwalking. Seorang lagi di sebalik tabir jadi webmaster untuk periksa mesra SEO, periksa masalah, tengok statistik. Penulis dah popular, webmaster popular dalam diam. Saya pernah jumpa satu blog popular juga, saya lupa blog mana. Suami jadi webmaster, isteri jadi pelakon.
Blog Popular kumpulan lebih dua orang
Lagi ramai lagi cepat jadi blog popular terutama bagi yang buka kedai perniagaan internet. Tadi saya kata ada dua bahagian kan? Pelakon dan manager. Ok manager biasanya tak perlu banyak, seorang pun dah cukup rasanya. Paling ramai dua orang. Tapi pelakon kita boleh bagi lagi kecil-kecil. Lebih kepada off-page optimization. On-page optimization, kalau penulis tak pandai, webmaster boleh tolong editkan.
Forum
Forum tak perlu ada identiti sendiri, jadi kita boleh letak signature. Saya bukan fokus signature backlink di sini sebab signature saja tidak mendatangkan trafik kalau forumer tidak aktif atau forum anda orang tak rasa menarik nak kenal forumer lebih rapat. Cuba tengok forumer yang aktif dan popular, sampai profile pun di cari. Jadi sini kena ada satu role untuk forumer saja. Role ni boleh di kira bahagian pemasaran di forum.
Laman sosial
Oleh kerana laman sosial salah satu medium trafik juga sumber pendapatan jadi perlu ada satu role untuk facebook, twitter, google+. Laman sosial juga boleh menentukan sejauh mana blog tu popular. Cara ni tak sesuai kalau blog peribadi sebab orang nak lebih kenal blogger tu tapi sesuai dengan blog berniche sebab orang nak lebih tahu topik blog. Berbelit sikit ayat kan.
Contohnya, blogger peribadi yang popular biasa orang tak pandang minat atau niche tapi orang nak kenal, nak lebih rapat dengan blogger tu. Kalau ada blog berniche popular, orang tak pandang sangat blogger tu, lebih berminat dengan produk atau topik blogging. Mungkin tertanya-tanya siapa sebalik tabir blog yang popular tu, tapi taklah la semeriah mencari macam blog peribadi.
Penulis
Penulis paling kurang dua orang. Satu malas update, satu boleh sokong. Kalau ada topik yang khusus satu untuk balas komen, satu lagi blogwalking. Terpulang ikut cara sendiri. Mungkin blogwalking ikut nama sendiri atau nama domain.
Penulis yang saya maksudkan di sini bukannya penulis jemputan tapi memang penulis tetap di blog tersebut. Bagi blog peribadi, sangat sesuai blogwalking dengan jenama sendiri. Bukan apa, nanti popular orang kenal melalui komen kita. Kita juga boleh kenal dengan blogger yang biasa kita blogwalking. Kalau tak nanti ada kekeliruan identiti.
*****
Mungkin kita boleh tambah satu role untuk accounting dan penghantaran kalau perlu. Macam kedai perniagaan internet. Kena ingat kalau buka kedai online, website saja tidak membantu. Kena ada blog bantu website. Banyak sebab kenapa website perlu blog. Mungkin kita boleh gabung role forum dan laman sosial untuk pemasaran.
Banyak lagi role kita boleh bagi kalau nak cepat jadi blog popular. Mungkin seorang buat mailing list, seorang jadi penulis jemputan di blog lain, penulis artikel untuk bina backlink berkualiti, penyebar video, macam-macam lagi boleh buat sebanarnya untuk tingkatkan trafik dan popular blog.
Yang penting bagi role yang perlu masa. Kalau ada satu role untuk update plugin atau tema ja, itu sangat rugi. Saya nak juga role tu kalau share nanti sama macam orang lain.
Faedah kerja berkumpulan
Pertama sekali, pastinya mudah tak perlu buang masa jana trafik cara lain. Setiap orang ada role tersendiri. Setiap cara jana trafik kita buat banyak masa di perlukan. Nak blogwalking, nak aktif forum, aktif lagi di laman sosial, perlukan masa. Perlukan masa dapat follower, perlukan masa dapat kepercayaan.
Kedua, lebih cepat tercapai cepat jadi blog popular. Memang sudah pasti kalau di banding kerja bersendiri. Kalau kerja sendiri perlu 1 tahun dapat jadi popular, tapi kita buat kerja berkumpulan 5 orang. Kita sudah jimat masa 5 kali ganda. Jadi kalau ada kumpulan lebih mudah dan cepat jadi blog popular kalau kena caranya.
Keburukan kerja berkumpulan
Pastinya setiap orang ada perangai tersendiri, bukan semua minat yang sama. Perlukan komunikasi dan sefahaman juga. Kalau nak ikut kepala sendiri, susah juga. Tapi ini sebenarnya boleh di atasi dengan percaya dan dengar pada satu ketua, dan sama-sama berimpian mencapai blog popular dalam tempoh tertentu.
Kedua, kalau jana pendapatan, terpaksa bahagi. Tapi kan, kalau blog sendiri jadi popular dan jana pendapatan RM1000 sebulan. Mestilah berkumpulan ni 5 kali ganda kalau 5 orang kan. Kalau kurang dari kerja sendiri, ada silap la tu. Cuba troubleshoot.
*****
Sebenarnya kena tengok juga apa cara kita jana pendapatan. Adakah melalui iklan seperti nuffnang, adsence, innity? Adakah melalui affiliate? Adakah dengan menjual barang sendiri seperti ebook, baju? Adakah ingin promosi syarikat? Macam-macam lagi sumber pendapatan, jadi kena tengok cara kita jana pendapatan juga, baru tengok jenis kumpulan yang sesuai target cepat popular.
Macam mana impian kita, situ menentukan perancangan kita. Kalau kita cuma nak popular, mungkin boleh berkenal-kenal dengan blogger lain. Tapi kalau blog tu, nak popular, jana pendapatan, nak banyak komen, banyak trafik, banyak artikel di share, banyak orang sebut-sebut, dan nak popular dalam tempoh tertentu mungkin setahun. Itu perlukan perancangan yang berlainan dan berkumpulan salah satu cara untuk cepat jadi blog popular.
Bagi saya pula untuk blog ni, boleh uruskan sendiri. Bukan nak cepat jana pendapatan atau cepat jadi blog popular. Tapi kalau di bagi, saya perlukan penulis update blog bila di perlukan di samping memberi saya lebih banyak masa untuk off-page optimization. Terus terang saya katakan, masa yang saya perlukan buat satu post bukan 1 2 jam. Biasanya 2 jam lebih kadang-kadang 4 jam.
Bagi menepati syarat contest SEO blog popular di sertai, wajib memberi satu perkongsian pilihan yang terbaik dan popular bagi tahun ini tahun 2012. Tak tahu mana pilihan saya. Jadi saya guna plugin Social Metrics untuk mengenal pasti perkongsian paling banyak dikongsikan. Oleh kerana syaratnya kena perkongsian yang banyak share, saya pilih nombor 1 lebih sikit dua untuk backup. hehe
- Tukar Facebook Timeline ke Facebook Asal atau Lama
- Lajukan laptop guna pendrive sebagai RAM – Window 7 dan XP
- Cara mudah edit gambar free online tanpa software
Satu tip terakhir, janganlah di kejar popular dulu, blogging la dengan gembira dan minat menulis, pasti akan popular juga suatu masa. Tapi kalau anda yakin dan teguh dengan impian, takkan berputus asa, boleh teruskan impian jadi blogger yang popular. Sebab saya takut anda tak mampu bersabar, tidak konsisten dan hangat-hangat tahi ayam. Akhirnya impian popular tinggal nama.
Jadi apa pendapat anda? Adakah perlu berkumpulan untuk jadi blog popular? Atau ada cara lain lebih cepat jadi blog popular tanpa berkumpulan?
Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , emasfizikal.com, syaisya.com , percutianku.com
[1] Photo credit : The group by Grzegorz Łobiński via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)
Terima kasih kerana sudi menyertai Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2.. Semoga blog ini berjaya menjadi salah seorang pemenang pertandingan ini nanti.. ;)
Terima kasih bro kerana doakan saya. Jauh lagi perjalanan sampai bulan 12. Harap berjaya.
Assalam, macam tu erk… kalau nak jadi blog popular mesti ada kretiviti tersendiri untuk mencipta nama… tips2 di atas nie amat berguna juga bagi blogger macam aku yg baru mula nak mendaki gunung yg tinggi… apa2 pun semoga berjaya dlm contest nie bro… (^_^)
Betul tu, kalau nak berjaya, kena ada kreativiti sendiri sekarang ni. Persaingan antara blogger sekarang sangat tinggi. Takpa, slow2 pasti berjaya. Kena hati-hati dan bersabar juga semasa mendaki, sebab banyak dugaan yang melanda.
Perkongsian yang menarik, ada banyak yang aku setuju dari apa yang bro tulis ni, pengkhususan dalam sesuatu skop boleh mendatangkan kebaikan sekiranya semuanya dirancang dan diuruskan dengan baik.
Aku sendiri ada menjadi webmaster untuk beberapa halaman dan blog untuk tujuan ini, hanya membuat kerja-kerja dibelakang tabir tanpa orang mengetahui.
Saya memang bercadang nak buat begini juga bro, paling kurang penulis seorang lagi. Tapi apakan daya, penulis yang serasi dengan blog ni dan bersungguh nak berjaya bukan senang nak cari.
dengan adanya geng aka network memang mudah untuk menaikkan blog :)
psst : cari penulis jemputan ker hehe..:)
Betul tu bro, mudah dan cepat jadi blog popular tapi nak cari network tu yang pening kepala kecuali di bayar.
Penulis jemputan memang ada dalam impian bro, tapi tak pasti nak buka secara terbuka atau untuk keluarga dan kawan-kawan ja.
urmmm….iklan bgs utk side income..hihi
Betul tu, blog memang bagus jug untuk dapat side income.
Jom buat kumpulan naziman :D
Saya on ja ni bro. hehe
kalaulah suami saya pun minat berblogging, bolehlah berduet sama2..tapi ni dia tak minat…huhu…
berduet ya. haha. Takpa, boleh suruh anak jadi penulis jemputan. Takpun suami jadi webmaster. Webmaster bagi saya tak banyak sangat kerja kecuali kalau nak betul optimize SEO, itu mungkin la.
anak kecil lagi..lambat lagi dia boleh bergabung dengan mama dia ni..hehe…
hehe, sebenarnya masa balas komen tak tahu lagi, bila baca blog bard, eh, anak masih kecil la. Malunya saya. hehe
kl nak buat kumpulan perlu komitmen pd blog..ciktom part time blogger je..so mmg bergerak solo je…xde kumpulan..tp mmg byk kelebihan bila ada kumpulan ni…lebih tersusun, mudah utk kerjasaama kl sekepala..
Tak semestinya full time blogger ja boleh berkumpulan. Kalau ciktom ada kumpulan, lagi banyak masa ciktom boleh jimat. Tapi itulah, nak cari yang sekepala tu yang susah.
mksd ciktom komitmen pd kumpulan..kl bergerak sendiri bebas bl2 je nak on9..kl ada group mmg jimat masa tp kena ikut schedule…aah nk cr yg sekepala mmg susah..
Betul tu, kalau berkumpulan ni memang kena ada komitmen. Boleh juga kalau tak nak ada komitmen, dapat share sikit juga.
sorang je.. bergerak dengan idea sendiri.. kumpulan mungkin boleh dibuat jika persefahaman yang kukuh…
Betul tu memang kena satu kepala juga. Lepas tu tengok niche blog juga. Kalau peribadi, mungkin boleh dua orang, sorang webmaster, sorang penulis. Mana la tahu penulis tak pandai nak setting2 tema, plugin.
Bak kata wonder pet, “Apa yang penting, kerjasama” Bila kerjasama berjalan, yang susah menjadi lebih senang..Samalah juga dalam berblogging
Bak kata wonder pet ya. haha. memang kerjasama ni penting, tak dapat dinafikan kerja berkumpulan lebih baik dari bersendiri. Tapi kalau takda kerjasama, takda guna juga berkumpulan.
betul la idea ni.. kalau berkumpulan memang lebih mudah untuk jadi blog popular.. terima kasih perkongsian ni
Betul tu, kalau berkumpulan memang lebih cepat, tapi kena ada komitmen juga.
Dunia maya tidak pernah menghalang kita untuk berjaya. Cuma kita sahaja kurang dan kekangan masa untuk mempraktikkannya. Namun hakikatnya perkongsian sebegini seharusnya dikongsi supaya dapat membuka minda serta memberikan ruang mencari idea. Bagi kami, popular adalah bonus, yang penting apa dikongsikan adalah relevan untuk pembaca. Lagi-lagi perkara yang boleh dikongsikan berdasarkan niche masing2. Dengan membaca, walaupun sebuah coretan “bling2 budak sekolah”, adakalanya mendapat tips serta panduan yang berguna disamping membuka minda dalam mencari idea baru. Maklumlah sebagai orang dah “season”, memang sukar untuk menyaingi keperluan dan kehendak semasa. Hakikatnya, berblog seperti masyarakat, kita respek karya penulis dan penulisan/blog kita akan… Read more »
Betul bro, nak berkumpulan ka bersendirian tengok keserasian juga. Tak perlu kejar trafik, trafik datang sendiri. Blog popular tidak semestinya banyak trafik, blog banyak trafik tidak semestinya popular. Popular tu subjektif, dari mana kita pandang popular komen, trafik, share atau income.
Saya setuju dgn bro irsah….
Apa-apa pun. Thanks share….
salam bro
Tirana aduka dtang melawat.
kalau nak popular mesti ada kumpulan sendiri, tp x perlu besar, cukup lah minimum 2 org, pasal contest ni saya x berapa jelas la bro
Betul tu bro, kalau dua orang pun dah cukup rasanya. Ramai-ramai pun kadang-kadang buat pening kepala. Contest tu bro? tu contest SEO bro, guna keyword blog popular.
Mengikut pemerhatian, kat Malaysia ni sikit sangat blog yang ada multi-authors. Mungkin diorang tak nampak lagi kelebihnya kut ;)
Betul tu, kat malaysia ni kurang sikit. Tapi luar negara, ramai dah guna cara ni.
aku dah jadi solo writer sekarang. dah tak dapat wat macam dulu..
Blog bro bergerak solo pun tetap mantap.
Blog secara berkumpulan memang banyak advantage. Maklumlah, ide pun banyak, gaya pelbagai. Kemungkinan blog terbengkalai adalah rendah.
Bagi yang personal ni, terpaksa struggle lebih sikit,.. tapi bebas utk memilih topik. :)
bagi blog personal kalau nak berkumpulan boleh juga, dua orang ja la. Itupun dah cukup. Sorang webmaster, sorang penulis. Jadi penulis bebas pilih topik.
Setakat ni belum terfikir lagi nak buat secara kumpulan, susah nak cari yg serasi. Karang tak pasal2 blog jadi haru biru. :)
memang bagus kalau dapat kerja berkumpulan
tapi untuk blog peribadi, rasanya ada susah sikit
ia hanya sesuai untuk seorang je
Kalau blog peribadi boleh juga kalau nak berkumpulan, sorang webmaster, sorang lagi penulis. Manalah tau yang penulis cuma nak menulis, tak pun tak tahu nak urus blog.
Den pun ghaso blog klau nk cepat naik atau tinggi sikit trafik mmg kena berkumpulan….nak2 blog ttg news…lagi la sbb news mende2 yg laju…….
Betul tu, boleh aplikasika cara surat khabar. Ada skop tersendiri. Jenayah, selebriti ka. Tambah lagi news ni memang ramai orang cari. Memang cepat ja naik trafik.
skrg ni aku lbh suka handle blog sendiri, berkumpulan atau tidak, dua2 boleh berjaya :)
Betul tu bro, dua-dua boleh berjaya sebenarnya. Cuma kalau ada teamwork ni lebih mudah berjaya kalau sekepala.
Err masuk group tu, mau audition dulu tak? Sapa2 nak kawe join group… msg me :D (iklan ckit boleh?)
hahaha. boleh juga bha iklan. Nak masuk group mana ni bro? hehe
hmm, kalo cara lain mungkin buat kontroversi kot, ekeke
hahaha. mungkin la.
Saya tidak nafikan . Biar sama-sama naik. :-)
Betul tu, biar sama-sama naik. Baru mudah.
terbaik aa bro..bg sy mslh paling besar ialah persefahaman..jika semua ‘acknowledge’ kita sebagai leader x per..ni masing2 nk jdik leader mmg payah..huhu
tp utk bergerak secara kumpulan mmg x mustahil..jika 5 orang tu bekerjasama dan blogwalking sama2..dlm 3-4bulan dan boleh berada top 200 malaysia dan pr3 :)
Betul tu bro, biasa masalah berkumpulan ni itu la, semua nak jadi leader. Tapi kalau betul semua satu kepala, blogwalking ikut scope sendiri dan kena caranya, memang tak mustahil la dalam 6 bulan dah top.
Ooo camtu ek hehehe… blog berkumpulan 2 orang ni boleh popular ya, kalau boleh dua2 kena tahu juga kan asas2 blogging..so senang nak kerjasama, tq bg tips :)
Bukan boleh popular sis, tapi lebih mudah dan cepat popular. Betul tu, dua-dua kena ada asas blogging juga tapi semestinya. Mungkin sorang boleh bantu link building off page optimization macam jadi forumer ka, blogwalking.
kerja berkumpulan lagi senang sebenarnya, tapi ye lah bukan mudah untuk mencari orang yang ada minat yg sama dengan kita.
Betul tu bukan mudah nak cari yang sama minat. Tak ramai yang nampak bestnya blogging ni.
salam kenal.
terima kasih berkongsi tips ni. agak baru bagi saya. sekarang ni blogging bukan lagi secara suka2, tapi dah jadi macam kerjaya :)
Betul tu, sekarang ni di ramai lagi masih menganggap blogging untuk suka-suka. Tapi sebenarnya blogging ni boleh jadi kerjaya.
dua-dua ada kelebihan, masih solo sekarang ni bro.. hehe nice entry!
Betul bro, dua-dua ada kelebihan juga.
segala info yang ditulis memang bagus,,
Terima kasih ya.
ye ke mesti berkumpulan ? utk yg nk popular la kan
Tak semestinya perlu berkumpulan. Solo pun boleh. Bukan untuk nak yang popular juga. Untuk lebih cepat dan mudah tercapai apa yang di inginkan. Kalau blog popular ada kumpulan, mudah nak bahagi masa.
Lama tak visit blog popular ni hehehe…
Esok tak pegi office, so blogwalking ler…
Fonts kat blog u tak boleh adjust ke..betul u cakap masalah kat fonts, i guna tab tambah kecik, nasib spek mata besor. Still boleh baca clear thru reader. :)
Ni mesti tengah cek keyword blog popular kan? haha.
Saya bukan tak boleh adjust tapi saya tak pandai adjust. tak tahu macam mana nak adjust. Sekarang blog ni memang ada masalah dengan tema sebab minify. Komen reply pun sekarang ni problem.
Hehe..tau-tau aje..kebetulan terbaca entri terbaru coretananuar…tak sangka pulak naik rank entri tu huhu
SEO blog u memang terbaik, itu lah nak jadikan u sifu SEO saya ni. Boleh? hehe
blog ciktom penulis ciktom sorg je..kl dh busy+malas mcm skanglah setengah bulan tak update..hehee
hahaha. Setengah bulan tu ok lagi cik tom. Saya pernah hampir 5 bulan tak update. Ini pun baru aktif balik. hehe
buat masa ni saya masih berseorangan, jadi saya kena lakukan kesemua kerja-kerja di atas berseorangan! Tapi kena bijak bahagikan masa. Walaupun penat, rasa puas hati dan seronok.
Blog ni baru tambah seorang lagi penulis tapi itulah penulis baru tiada asas blog, memang susah la juga. Tapi kalau blog persendirian macam bro kata tu, memang akan puas hati walaupun penat.
nice share ..good article..good luck…i like!!!!
Yea betul setuju bener!
Terima kasih kerana setuju, harap boleh di kongsikan pada rakan-rakan.
salam bro/
Mantap info disini.sesuai bg tirana aduka.salam kenal bro
salam bro/
Mantap info disini.sesuai bg tirana aduka.
salam bro/
Mantap info disini.sesuai bg tirana aduka.salam kenal bro.maaf saya singgah.
Syukur alhamdulillah kerana ilmu di beri bermanfaat juga.
nampaknya, masih jauh lagi nak jadi blog popular..
erm yer lah masih jauh lagi tapi mcm mana pun kita join jer contest ni mcm mana kalau ada luck….yg penting kita enjoy…kita cuba nasib jer….good luck bro…calon-calonnya adalah heheheh tunggu dan lihat heheh…ok bro thanks…Saya pun masih jauh untuk blog saya ni…..
salam bro
Tirana aduka dtang melawat.
Jemput singgah bro.