
Baru-baru ini akak tempat saya mengajar tuisyen bercerita tentang percutiannya di Kundasang, Sabah. Boleh dikatakan semasa bercerita dengan orang luar, Kundasang pasti menjadi pilihan tempat percutian mereka di Sabah. Mungkin kerana Desa Dairy Farm yang selalu dikaitkan sebagai New Zealand kecil. Itu di Kundasang, sebenarnya banyak tempat menarik di Kota Kinabalu (KK), iaitu ibu negeri Sabah.
Rencana ini ditujukan kepada pelancong luar negeri Sabah atau luar negara, walau bagaimanapun bagi orang Sabah sendiri yang tidak tahu tempat menarik di Kota Kinabalu pun sesuai baca. Bagi orang luar terutama dari Kuala Lumpur, boleh book cheap KLIA Ekspres ticket daripada Traveloka. Ianya memudahkan dan mempercepatkan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam masa kurang dari 45 minit. Jika tidak berminat dengan kenderaan awam, kenderaan persendirian juga ada dengan hanya book airport limo. Dengan cara ini, saudara boleh tempah di rumah saja semasa mahu ke KLIA atau boleh tempah awal, malah tiada harga tersembunyi. Seperti naik Grab, harga yang dipaparkan, itulah harga perlu dibayar.
Kembali ke KK, kalau mahu tahu, sebelum ibu negeri Sabah ini di panggil Kota Kinabalu, ianya di panggil Jesselton. Sekarang ini, jika panggil Jesselton agak janggal walaupun di Kota Kinabalu masih ada tempat bernama Jesselton Point (JP).
Jika di lihat tempat menarik di KK saja, agak terbatas pilihan yang ada. Jadi saya akan senaraikan tempat pelancongan yang berdekatan dalam kawasan 1 jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu.
Isi Kandungan
Taman Hidupan Liar Lok Kawi (Lok Kawi Wildlife Park)

Bagi sesiapa yang minat dengan binatang atau mahu mengajar anak-anak tentang binatang tetapi tidak mahu masuk hutan, Lok Kawi Wildlife Park salah satu tempat sesuai dikunjungi yang dibuka pada 17th Februari 2007. Ianya dibuka setiap hari, dan tidak jauh dari KK dengan masa lebih kurang 30 minit perjalanan. Taman ini terbahagi kepada dua komponen, zoologi (zoological) dan botani (botanical).
Antara haiwan eksotik dan terancam dalam zoo (komponen zoologi), kebanyakannya yang terkenal di kawasan Borneo seperti gajah Borneo Pygmy, monyet belanda (Proboscis monkey), harimau Malayan, Orang Utan, dan beberapa spesies rusa. Di samping itu, dalam masa-masa tertentu, persembahan haiwan dan sesi memberi makan haiwan juga diadakan. Maklumat tambahan, Iman, badak sumbu Sumatera (Sumatran rhinoceros) terakhir di Malaysia baru saja pupus pada 23 November 2019 baru-baru ini.
Manakala bagi komponen botani, saudara boleh berjalan kaki dengan laluan 1.4 km yang menuju ke Herbal dan Ginger Garden. Ini bagi melihat sekilas beberapa tumbuhan yang terkenal dan melihat beberapa spesies tumbuhan langka. Antara pokok boleh ditemui seperti dipterocarp trees.
Kampung Budaya Mari Mari (Mari Mari Cultural Village)

Sabah Sarawak negeri yang mempunyai pelbagai jenis suku kaum dan budaya. Jika di Sarawak terkenal dengan Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village), di Sabah pula ada banyak kampung budaya. Salah satunya Mari Mari Cultural Vilage. Di kampung budaya ini, saudara akan dikenalkan dengan pelbagai rumah etnik Sabahan seperti Bajau, Lundayeh, Murut, Rungus, dan Dusun. Di samping itu, saudara boleh mengalami sendiri rutin harian Sabahan tradisional seperti menyumpit, menari, hidupkan api menggunakan bambu, dan demonstrasi pembuatan tatu. Antara yang menarik juga, saudara boleh mengenal berkenaan makna disebalik simbol mistik. Makanan Sabahan tradisional juga dapat dirasai dengan sampel yang disediakan di sana.
Zip Borneo

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak, Zip Borneo yang mengharungi Sungai Kiulu adalah tempat yang sesuai dikunjungi. Pelbagai aktiviti luar dan lasak disediakan yang pasti adrenalin sampai tahap maksima. Aktiviti utamanya ialah flying fox atau zipline yang merentasi sungai. Aktiviti lasak lain juga ada seperti climbing wall, abseiling, berkayak, berkhemah, dan high ropes challenges. Datang sini perlu ramai-ramai dengan keluarga atau kawan, baru seronok.
Bukit Kokol

Bagi jurugambar atau peminat pemandangan pula, Bukit Kokol salah satu tempat yang menarik dan unik. Saya sendiri pernah ke sana dengan kawan-kawan jurugambar. Udara yang sejuk segar ala Kundasang, panorama senja menutup tirai hari, warna lautan yang keemasan, dengan pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu yang hingar tetapi hening dipandang jauh, suasana yang tidak akan dapat dilupakan.
Selain itu, banyak tempat peranginan seperti Kokol Haven Resort dan Kasih Sayang Resort, restoran seperti Mr Muscle Burger, aktiviti lasak seperti Bukit Kokol Paragliding, tempat mandi seperti Sinamalai Waterfall, dan tempat berkhemah seperti New Camp Site Kampung Kokol.
Pasar Filipin (Filipino Market)

Selepas jalan-jalan, kenal budaya etnik Sabahan, beraktiviti lasak, kemudian menikmati pemandangan, mungkin tinggal makan dan beli cenderahati sebelum balik kan? Pasal Filipin antara tempat saya boleh cadangkan dan pelbagai barangan Sabahan murah-murah dijual. Mahukan mutiara, kraftangan, barang perhiasan, makanan basah, baju, dan banyak lagi yang sesuai dibawa balik. Malah jika lapar, di kawasan tersebut ada gerai makanan laut. Boleh istirahat sambil minum-minum (urang sabah bilang kupi-kupi).
Kalau mahu lebih jimat beli-belah di sana, bawa orang Sabah sekali semasa jalan-jalan, kadang-kadang diskaun jauh lebih murah berbanding diskaun yang diberikan kepada orang luar.
Akhir Kata
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kota Kinabalu, Sabah tetapi saya cuba beri tumpuan di KK saja dulu. Malah di KK sendiri, banyak lagi tempat menarik selain 5 diatas. Nanti ada masa, saya akan kongsikan senarai penuh, malah tempat menarik di Kundasang dan Ranau sekali. Sementelah tahun hadapan adalah tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020).
Akak rasa Kundasang mmg tpt fevret utk org2 KK sbb di sana dpt relax & menikmati udara segar & dingin. Keluarga & sahabat yg dtg dr Semenanjung pun suka melawat Kundasang.
Betul tu kak. Saya pun suka ke sana kalau mahu ketenangan sambil menikmati udara segar dan dingin.
Sekarang boleh melancong dalam internet je..sebab PKP
Hahahah. Betul-betul. Walaupun melancong dalam internet saja, tetap perlu berhati-hati juga ya. Dalam internet pun banyak virus.