
1. Mengambil ilmu dari orang yang dipercayai peribadinya bermaksud bukan seorang yang dikenali sebagai pendusta, kaki temberang, kaki kelentong dan lain-lain. Kata Ibn Sirrin dan Malik bin Anas, ﺩﻳﻨﻜﻢ ﺗﺄﺧﺬﻭﻥ ﻋﻤﻦ ﻓﺎﻧﻈﺮﻭﺍ ﺩﻳﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻫﺬﺍ Ilmu ini ialah agama, maka lihatlah dari mana kamu mengambil agama kamu.
2. Menyemak sumber ilmu yang disampaikan. Jika penceramah bercerita tentang sesuatu kisah maka semak apakah kisah itu dari al-Quran, dari as-sunnah, dari riwayat sahabat, dari cerita tuk-tuk guru dan wali-wali atau orang soleh.
Jika dari al-Quran wajib terima, dari hadith maka kena semak apakah ianya sahih, jika sahih wajib terima, jika dari riwayat sahabat maka ianya menjadi teladan dan ikutan. Jika dari tuk-tuk guru, orang soleh dan wali-wali maka kena pertimbangkan apakah cerita itu selari dengan syarak dan ianya tidak menjadi hujah agama.
3. Setiap ilmu itu ada pintu dan tokohnya maka lihatlah apakah ilmu itu diambil dari tokoh dan pintu yang sepatutnya bermaksud kalau ‘pendakwah’ itu bercakap isu ‘dialog dengan Kristian dan bukan Islam’ maka lihatlah apakah dia pernah mengambil manfaat dari Syeikh Ahmad Deedat, Dr. Zakir Naik dan lain-lain yang merupakan tokoh dalam bidang itu. Kalau dia menyelisihi mereka makanya dia mesti bermasalah atau wajar diragui.
Kalau dia bercakap soal hadith, fiqh, tetapi tidak merujuk dari tokoh-tokoh yang sepatutnya maka dia wajar ditinggalkan. Kata Ibn Aun, ﺑﺎﻟﻄﻠﺐ ﻟﻪ ﺷﻬﺪ ﻣﻦ ﺇﻻ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺗﺄﺧﺪﻭﺍ ﻻ Janganlah mengambil ilmu kecuali dari orang yang kamu menyaksikan dia belajar.
4. Melihat apakah pendakwah itu mempunyai penyakit zahir dan batin seperti pemarah, bipolar disorder, gila isim, mulut cabul, perasan bagus, perasan dirinya penting dan mustahak sehingga sanggup kata kalau dia tak online untuk update status maka ramailah org yang sesat. Kalau ada org yang begitu tinggalkanlah kerana jangan mengambil ilmu dari bekas yang buruk !
5. Memohon kepada Allah SWT untuk mendapat hidayah dan petunjuk kerana sesungguhnya tidak ada sesiapa yang boleh memberi pertunjuk kecuali Allah. Hanya Dia yang dapat memberi kita penilaian yang benar. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya maka akan difaqihkan dalam agama. [riwayat Al-Bukhari]
Wallahua’lam
[1] Sumber : Emran Ahmad. (2012, December 18). 5 Panduan orang awam untuk menilai pendakwah. Retrieved June 25, 2014 from http://www.facebook.com/ustazemran/posts/314482025323726.
[2] Photo credit : Guide logo by Freddie Laker via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic
info yang sangat berguna. terima kasih.
Terima kasih di atas perkongsian info dan nasihat… Zaman sekarang ni kita kena berhati-hati… Sebab bukan semua manusia baik… Ada orang yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri…
Perkongsian yg sgt bermakna..tima kasih kerana sudi berkongsi ilmu berharga ni.
kdg2 cara penyampaian yng keterlaluan pon boleh diragui juga..seorg pendakwah septtnya berbudi bahasa dan bkn sebaliknya..wallahualam.. :)
As Salam….
Utamakan mengambil ilmu dari yang hidup supaya kita boleh bertanya bukan semata-mata dariyang ‘mati’ tanpa dapat kita bertanya. Yang hidup ialah guru yang mengajar. Yang ‘mati’ ialah buku yang tidak bersuara.
bipolar tu apa ekk??
Bipolar disorder bermaksud penyakit mental. Emosi tak menentu.
dah lama tk dgr perkataan gila isim….
anyway, perkongsian yg menarik.
Gila isim atau gila nama.
Satu perkongsian yang menarik untuk menilai pendakwah.
perkongsian yang baik.. seharusnya kita mengkaji terlebih dahulu latarbelakang pendakwah itu sebelum menerima kata-katanya..
setuju.hehe. penelitian yg teliti perlu sebelum ambik bulat2 dari pendakwah.hehe
tapi orng kita selalu silap dlm bab ini..jika nampak je orang tu ala2 ustaz sikit terus percaya je..tanpa ada rasa curiga..atas alasan orang itu alim..hmmm
Orang biasa keliru antara berilmu dan beramal.
terima kasih perkongsiannya. tambah pula sekarang ajaran syiah yang semakin berkembang di negara kita.
Untuk menilai Sunni dan Syiah perlukan cara tambahan tetapi panduan nombor dua dan tiga masih boleh dihuraikan.
Terima kasih bro dengan perkongsian ni
terima kasih bro, memang elok menjadi panduan kita semua nih..
berdakwah lah selagi mampu..
berdakwah satu tugas mulia
Assalamualaikum naziman. terima kasih untuk entri ni. sangat berguna panduan ini untuk kita mengenali pendakwah yang ada. insyallah :)
paling tak suka bila pendakwah bermulut cabul
Alhamdulillah. Perkongsian menarik petang ni.
Moga2 kita bisa menilai diri kita juga utk menjadi lebih baik.
Itulah, zaman sekarang memang sangat perlu hati-hati. Semoga Allah memberikan kita ilmu dan hidayah untuk membezakan yang betul dan yang salah.
sesiapa sahaja berhak untuk berdakwah sebenarnya… sesiapa yang memiliki kalimah 2 syahadah
Dunia sekarang ini perlu hati2 untuk beri sebarang ulasan dan pandangan berkenaan agama.. Sebaik2nya rujuk dahulu daripada yg lebih arif berkenaan suatu hadith2 yg berteberan di dalam internet skrang.sama ada ia mmg dtg dari hadith yg sahih atau tidak.. yaya pun bimbang juga klu2 tersalah post di blog.. klu ada salah silap sama2 lah kita tegur menegur.. pesan memesan dan nasihat menasihati sesama kita.. insyaAllah moga… syiar islam berkembang maju di akhir zaman ini..
Besar pahalanya orang yang berdakwah. Mengajak orang ke kuliah UAI pun satu dakwah.
yg penting niat dakwah kena betul.. kalau sumber salah, susah kemudian hari.
terima kasih atas perkongsian..
Memang menarik perkongsian ini, dapat membantu kita sedikit menilai pendakwah.
mmg kene pandai memilih.. :)
Adakah kita bernasib baik kerana dilahirkan zaman ini. Jika kita ditakdirkan lahir sezaman dengan para rasul atau sezaman dengan Muhammad s.a.w. dan tanpa panduan di atas, adakah kita akan termasuk dalam golongan yang bersama-sama para rasul atau mereka yang mengasingkan diri atau mementang rasul-rasul. Apakah asas yang dipakai oleh Abu Bakar, Omar dan sahabat-sahabat sezamannya untuk menerima kebenaran yang dibawa oleh rasul? Mungkinkah petikan berikut berguna sebagai perbandingan siapa diri kita ketika itu iaitu : ” Adakah orang-orang yang percaya dan patuh kepada al-quran YANG KEADAANNYA SENTIASA BERDASARKAN BUKTI YANG NYATA dari Tuhannya, sama seperti orang-orang yang ingkar atau derhaka… Read more »
5 pont diatas bisa dijadikan tolak ukur bagi kita dalam menerima dan mempercayai dakwah dari para ulama ya..
trims atas infonya, sangat bermanfaat
kengkadang kita terpengaruh dgn org yg dok hujah keluar hadith dan ayat quran. tapi rupanya tapsir ikut pala hotak sendiri.
Point yang sangat bermanfaat dan penting sekali.
Betul..pernah beberapa kali jgk degar ceramah drpd penceramah yg celupar & kasar bahasanya..terus tawar hati nak dengar
Zaman skrng kita harus pandai pandai menilai , mana manusia yang baik dan manusia yang hanya mementingkan diri sndiri.
Zaman skrng kita harus pandai pandai menilai , mana manusia yang baik dan manusia yang hanya mementingkan diri sndirinya
Terima kasih bagi info yang bermanfaat ni. Zaman sekarang ni memang macam-macam