
Hampir seminggu tak update blog ni. Ini sebab saya mendapat 5 masalah dalam seminggu ni. Dah la saya tengah sibuk sekarang ni. Kena lagi 5 masalah besar ni. Memang rasa kekurangan kalau tak update blog. Oleh kerana kekurangan masa, saya buat la sekejap Wordless Wednesday tu.
Jadi ini perkongsian pertama saya setelah beberapa hari tak update blog ini. Memang sibuk betul sampai tak sempat nak update. Nak blogwalking pun internet lambat. Blogwalking pun ala kadar ja. Apa yang termampu.
5 masalah menyebabkan tak update blog
Ini semua mengikut turutan dari satu masalah ke masalah lain. Saya pun pelik kenapa la masalah ni semua berlaku. Dah la tengah dalam contest cabaran SEO lelaki kacak. Orang lain tengah SEO kan blog, saya pula tengah uruskan masalah ni. Sebelum ni blog hilang segala-galanya. Sekarang ini pula. Adakah ini amaran supaya saya jangan jadi blogger? Adakah ada hikmah di setiap masalah yang berlaku ini? Saya pun tak tahu.
Masalah pertama
Ada benda pelik mula post. Siapa perasan ada tanda > atau a> atau >a> sebelum ni di mula post?
Punca plugin SEO Auto Links & Related Posts. Penyelesaian, saya akan kongsikan di perkongsian lain.
Masalah kedua
Title tag jadi pelik. Maksud di sini, tajuk lain tapi post tajuk lain.
Punca plugin WordPress SEO by Yoast. Penyelesaian, saya akan kongsikan di perkongsian lain.
Masalah ketiga
Hilang dari enjin carian. Punca sebenar tidak ketahui. Ini yang paling menyedihkan saya. Dah la sekarang tengah contest cabaran seo lelaki kacak. Semua post saya hilang dari enjin carian. Selalunya post saya ada juga di laman kedua atau ketiga bagi keyword lelaki kacak. Tapi sekarang bukan setakat keyword lelaki kacak tapi semua post hilang dari enjin carian. Sampai laman ke10 pun takda. Saya pun tak tahu punca sebenar. Saya rasa mungkin di sebabkan masalah plugin SEO ALRP tu mula-mula yang membuatkan google pening nak crawl blog ni. Lepas tu, blog ni bagi pening lagi google dengan masalah kedua tajuk lain post lain. Google ingat itu duplicate content. Atau mungkin juga sebab lama tak updade blog. Tapi ini saya pasti bukan punca.
Nak tahu siapa lelaki kacak Malaysia? Hahaha.
Hahaha. Saya tak tahu ya. Google yang kata begitu. Ini dulu la di laman pertama, sebelum semua masalah ni berlaku. Sekarang ni, tak tahu dah laman ke berapa dah. Lagipun, lelaki kacak Malaysia bukan keyword homepage blog ni. Sebelum ni di sidebar carian terbaru selalu bertukar-tukar. Saya pun seronok, dapat idea untuk apa yang orang lain cari. Tapi sekarang tak seronok langsung. Dua tiga hari carian terbaru statik begitu saja.
Masalah keempat
Terpadam folder wp-content. Yang ini lawak. Haha. Sebenarnya saya nak backup blog ni. Tapi file yang nak di download tu besar sangat. Dalam 200MB tak silap. Lupa. Saya ada buat satu folder untuk gambar dulu. Gambar yang dulu pula besar-besar. Nak padam folder tu sebab tak guna pun. Tapi tak tahu macam mana boleh terpadam lain pula.
Nasib tak banyak hilang. Cuma saya terpaksa la setting balik tema. Sebab tiada backup. Dekat dua hari juga saya setting tema ni balik. Sebab tema sama kan. Tahu selok belok tema ni. Jadi senang nak setting balik. Buang masa betul la. Dah la lama tak update blog, dapat lagi masalah ni.
Plugin pula dah ada, lepas dah boleh buka blog. Hampir semua setting plugin seperti sedia kala. Setting macam saya buat sebelum ni. Jadi tak penat sangat nak setting semua balik. Cuma ada yang perlu di setting balik la. Macam plugin W3 Total Cache.
Gambar pula, sepatutnya hilang. Tapi saya tak tahu kenapa masih ada. Mungkin sebab cache yang saya gunakan. Tapi tetap gambar-gambar ni semua menunjukkan link rosak walaupun nampak macam ada. Tapi ini saya akan buat sikit-sikit la. Sambil-sambil kemas kini post yang kurang menarik.
Masalah kelima
Post lain komen post lain. Punca related post tanpa plugin yang saya guna sebelum ni. Saya dapat dari blog lain. Saya malas nak guna plugin. Tapi kod tu mungkin dah lama, dan kurang mujarab di wordpress terbaru. Yang ini sekejap dah selesai.
Kenapa saya tahu post lain komen lain? Sebab saya letakkan tajuk post sebagai heading komen. Macam gambar kat bawah ni.
Jadi itu yang saya tahu komen lain post lain. Pada mulanya pelik juga, kenapa. Ingat sebab plugin lagi. Tapi cari dan cari. Baru sedar. Tajuk perkongsian berkaitan yang terakhir sama dengan tajuk post komen (Terlupa nak ambil screenshot untuk tunjuk masalah tu). Jadi saya tahu punca. Saya tengok la kod dia. Saya tengok loop dia ada if tapi tiada penutup. Saya cuba-cuba la tutup dengan else ka atau endif. Tapi tak boleh. Padam terus kod tu cari lain. Senang cerita. Haha.
Jadi itu lah punca saya tak update blog seminggu ni. Punca lainnya, saya memang sibuk sekarang. Ada urusan lain nak buat. Tengah setting nak lajukan blog lagi. Tambah pula internet ni lambat sangat.
Broadband celcom SKMM ni saya pelik juga, makin lama makin teruk makin lambat. Saya baru guna 3 hari untuk bulan ketiga, tapi dah lambat. Padahal tak tengok video. Buka blog ni ja pun. Mungkin sebab celcom marah saya buat perkongsian celcom menipu tu. hoho.
Kesan tak update blog lebih 3 hari
Ini saya beri tambahan sikit. Mengikut pemerhatian saya selepas tak update blog seminggu ni la.
- Makin banyak idea keluar nak kongsikan apa. Memang betul ni, sehari dua ja tak update blog, pasti banyak idea apa nak di kongsikan. Mencurah-curah. Tapi sayang, internet saya lambat. Jadi sekali nak update pun jadi hilang mood
- Pastinya trafik blog menurun. Trafik blog ni dah la sikit. Makin turun lagi. Tapi itu cuma untuk 3 hari. Trafik blog ni kembali seperti sediakala selepas 3 hari. Saya pun pelik. Yang sedihnya, kebanyakan trafik referral. Bukan dari enjin carian. Tak berapa nak puas kalau trafik kurang dari enjin carian. Tak tahu kenapa. Haha
- Ranking alexa makin lambat naik. Memang semakin kecik nombor alexa semakin susah nak naik. Tapi ranking yang naik kalau tak update blog sangat kecil berbanding kalau selalu update blog.
- Nasib baik saya tak kisah tentang nuffnang ni. Kalau tak menangis darah juga mungkin. Sebab buffered earning nuffnang turun naik. Sekejap ada, sekejap tiada. Status glitterati juga turun jadi Biasa(bukan eksklusif)
- Pembaca lari. Blog ni memang tiada pembaca tetap lagi pun. Saja nak kongsikan. Memang pembaca tetap akan lari kalau tak update blog lama-lama. Pembaca lari, pengiklan lari, trafik turun.
- Dan banyak lagi….
Sebenarnya kesan tak update blog ni kurang tepat. Ia bergantung banyak faktor lain juga. Kalau blog mempunyai backlink yang kuat, pagerank yang tinggi, SEO puas hati, trafik beribu-ribu sehari. Tiada masalah. Blog akan tetap maintain atau semakin naik. Banyak contoh blog boleh di lihat yang jarang update, update sebulan sekali ka tapi trafik apa semua tetap maintain. Jadi kesimpulannya, update blog hari-hari bukan punca terbesar kesan-kesan di atas.
Itu saja perkongsian saya kali ni tentang 5 masalah tak update blog seminggu.
[1] Photo credit : problems by mike krzeszak via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)
Relax2 bro.Jangn cpt mnglah,sume bnde boleh setel.
Betul tu, sekarang ni semua dah setel. Tinggal upload balik gambar ja la. Tapi geram pula. Internet pula lambat sekarang ni. Nak buat apa-apa pun tak boleh.
alamak trpdm wp-content?..bhya2..huhu
Itu la pasal. hahahaha. Sekarang ni terpaksa upload balik gambar-gambar. Itu ja la. Yang lain tiada masalah dah. Semua dah settle. Tapi memang geram, masa tengah-tengah penting perlukan internet, internet pula lambat.