
Kadang-kadang saya terfikir, apa akan jadi jika permainan bola sepak tiada gol? Kemana bola perlu dibawa, kedepan, kebelakang, kekiri, kekanan? Kalau kedepan, apa yang membezakan permainan bola sepak dengan ragbi? Pemainan tidak akan menarik kerana boleh mendapat gol dengan mudah. Hanya perlu sepak kedepan, jika bola melepasi garisan lawan, pasukan sudah meraih gol.
Gol menetapkan hala tuju diri, organisasi, atau perniagaan (bisnes). Keputusan kita banyak ditentukan dengan gol jangka masa panjang dan nilai-nilai yang kita percaya dalam mencapai gol tersebut. Semasa saya sedang berkira-kira untuk menyambung pengajian sarjana (Msc.) atau kerja, penyelia (supervisor) projek tahun akhir (Final Year Project) saya menjawab persoalan secara tidak langsung. Jawapan beliau tidak memihak kepada mana-mana keputusan, yang sesuai dengan cara saya berfikir dan membuat keputusan.
Dia berkata “Keputusan hendak sambung Msc. atau kerja bergantung kepada ultimate goal (matlamat tertinggi) kita. Dimana kita hendak bekerja sehingga pencen, akademik atau industri?…”

Isi Kandungan
Analisis Blog
Selepas menulis berkenaan percubaan untuk teruskan blog ini, saya cuba menjejaki kembali semua kemasukan dan keluaran duit berkaitan blog ini seperti domain dan hosting, bayaran komisen, dan bayaran hadiah. Boleh lihat laporan kewangan blog saya dari permulaan buka hujung tahun 2011 hingga 2017 disini. Walaubagaimanpun, laporan tersebut tidak berapa tepat kerana bukan sepenuhnya pendapatan melalui blog seperti duit Churp Churp yang kebanyakan dijana melalui media sosial.
Daripada laporan tersebut, dua perkara utama yang menarik perhatian saya:
- Untung bersih blog ini selama dalam 5 tahun blogging, berjumlah RM1634.01. Selama saya aktif blogging bermula hujung tahun 2011 hingga tahun 2013, saya hanya menjana RM478.49 saja. Tetapi selama saya tidak aktif dari tahun 2014 hingga sekarang iaitu selama 3 tahun, saya menjana RM1859.79. Perbezaan RM1381.30 (atau 288.68%) tanpa blog aktif secara penuh. Bak kata orang Multi Level Marketing (MLM), “duduk goyang kaki pun duit masuk”.
- Saya tidak tahu kemana duit-duit tersebut padahal secara peribadi saya merekodkan semua duit masuk dan keluar menggunakan apps Expense Manager sejak tahun 2013 untuk belajar berjimat, juga mula menyimpan resit pada tahun yang sama, dan yang terakhir pada tahun tersebut juga saya sudah ada sedikit kesedaran berkenaan membezakan akaun peribadi dan akaun perniagaan seperti yang saya aplikasikan pada bisnes jual buku pada tahun 2014 bersama 2 orang lagi rakan kongsi.
RM1600 untuk 5 tahun sangat sedikit jika dibandingkan dengan orang lain yang buat duit melalui blog. Dimana mereka boleh dapat angka tersebut dalam 1 ke 2 bulan saja. Setelah dinilai kembali, saya menemui jawapannya.
Sebab tiada gol yang jelas.
3 Kesalahan Blogger Baru Selalu Buat
Kesalahan, kerugian, kegagalan, itu biasa. Itulah dipanggil yuran kebijaksanaan dan yuran pengalaman. Tetapi yuran tersebut tidak akan bernilai jika tidak mempelajari sesuatu daripada kesalahan tersebut. Berdasarkan pengalaman saya, mari kita tengok apa kesalahan tersebut.
Antara buat duit melalui trafik atau melalui jualan
Sebagai blogger amatur, semua cara buat duit melalui blog akan saya cuba dibuat seperti ulasan berbayar, sertai pertandingan yang lumayan hadiahnya, jadi pemasar affiliate, sewakan ruang iklan dalam blog, dan sebagainya. Bak kata orang, “semua dia sapu”. Bukan sepenuhnya salah, tetapi tidak fokus. Untuk memahami perbezaannya, sila ikuti contoh dibawah.
Untuk buat duit melalui sewakan ruang blog seperti iklan produk lain, atau iklan Adsence, Innity, atau Nuffnang, kita perlukan trafik yang tinggi. Syarat untuk permohonan diterima juga tinggi seperti Innity perlukan 200,000 lawatan (page views) setiap bulan. Kedua, trafik blog tersebut tidak semestinya perlu orang yang mahu membeli, mungkin cuma perlu yang mahu melawat-lawat dan orang yang suka klik-klik iklan.

Sebaliknya pula kalau nak buat duit melalui jualan seperti affiliate. Buat duit melalui affiliate tidak memerlukan trafik yang tinggi tetapi perlukan trafik yang ingin membeli dan ada duit saja. Dengan affiliate makin tinggi jualan, makin tinggi pendapatan komisen. Pendaftaran untuk menjadi pemasar affiliate juga tidak perlu trafik tinggi, cuma sesetengah syarikat hanya meluluskan pendaftaran jika topik blog sesuai dengan produk mereka.
Untuk pengetahuan, saya ada cuba melakukan ujian berkaitan trafik dan jualan ini dengan membuat satu blog khusus untuk pemasaran produk affiliate. Blog tersebut untuk cuba-cuba saja. Trafik blog tersebut tidak sampai 30 orang melawat sebulan. Blog tersebut juga hanya ada 4 entri. Tetapi angka aliran tunai positif RM1600 yang saya sebutkan diatas, banyak dibantu oleh blog tersebut bukan blog ini.
Saya tidak melakukan ujian tersebut secara terperinci, atas dasar itu saya tidak mempunyai data untuk dipersembahkan sebagai bukti.
Begitulah seterusnya yang dimana setiap cara buat duit melalui blog ada perkara perlu diutamakan. Ianya bukan bermakna tidak boleh buat semua sekaligus tetapi bagi pemula perlu ada fokus. Pembacaan dan sifu kita juga akan menjadi lebih fokus sesuai dengan gol yang dibuat. Contohnya jika saudara fokus untuk menjana pendapatan melalui affiliate, saudara pastinya akan membaca macam mana pilih produk sesuai dengan saudara, macam mana tingkatkan kadar penukaran (conversion rate), dan seterusnya. Dan sudah pasti saudara tidak akan membaca macam mana Adsence mahu terima blog saudara.
Betul, setiap bidang buat duit melalui blog ada korelasi (correlation) tetapi dipenghujungnya ada perbezaan besar.

Antara hobi melalui blog dan buat duit melalui blog
Kita adalah blogger selagi hanya menulis sebagai hobi bukan untuk membuat duit. Apabila kita sudah membuat keputusan untuk buat duit melalui blog, kita kena bertindak seperti seorang hendak buat duit dan kena belajar setiap cara dengan berkesan seperti berapa pendapatan bulanan hendak dicapai, bila pendapatan tersebut hendak dicapai, dan macam mana nak capai pendapatan tersebut.
Apabila kita sudah membuat keputusan untuk buat duit melalui blog, kena bertindak seperti seorang hendak buat duit.Click To TweetKerana saya tidak tahu membezakan antara dua identiti ini lalu saya tidak membezakan akaun peribadi dan akaun perniagaan. Saya hendakkan duit yang banyak daripada blog tapi dalam masa yang sama bermonolog “saya buat blog ni suka-suka saja, asal dapat tampung duit bayar domain dan hosting”. Dua kenyataan yang kontradik antara satu sama lain. Hendakkan duit banyak tapi hendak RM250 saja setahun untuk tampung domain dan hosting.
Jika komited buat duit melalui blog, bukan saja kena asingkan akaun, analisis akaun tersebut amat diperlukan. Antaranya kenapa pendapatan lebih atau kurang pada bulan ini berbanding bulan lepas, bagaimana tingkatkan pendapatan 20% pada bulan depan, bagaimana kurangkan kos operasi blog 50% pada tahun hadapan. Ini yang membezakan penyimpan kira (bookkeeper) dan akauntan (accountant).
Jika saudara berminat belajar tentang akaun, boleh belajar melalui buku Akaun Cara Mudah atau ebook Panduan Perakaunan.
Antara pengguna dan bukan pengguna produk
Kesalahan ini berkait dengan integriti blogger tersebut. Ini juga antara kesilapan besar saya sendiri lakukan. Malu untuk diceritakan tetapi ianya berlaku dan saya juga pernah melakukannya.
Menipu.
Itulah punca pendek rezeki.
Sesetengah pemasar affiliate menyarankan agar kita menggunakan produk tersebut sebelum mengulas. Bagi saya, itu tidak semestinya kerana ia bergantung kepada tujuan kita menulis. Ketika menulis ulasan sesuatu produk, kita boleh menulis dengan 2 gaya penulisan. Apa yang menariknya, jika kita menipu, corak penulisan kita tidak tentu hala antara 2 jenis tersebut.
- Sebagai seorang pengguna produk
- Sebagai seorang penilai contohnya untuk membandingkan antara produk
Betul, lebih baik kita guna produk tersebut sebelum mengulas tetapi dalam sesetengah kes tidak seperti itu contohnya:
Saya nak tukar pelan telefon. Lalu saya menilai semua tawaran telco yang sesuai dengan bajet dan penggunaan saya. Kita juga penulis blog. Adakah salah kita menulis perbandingan antara produk walaupun semua pakej tersebut belum pernah digunakan? Tidak semestinya kan. Begitu la juga dengan produk affiliate.
Sebagai seorang penulis blog yang penuh integriti dan telus pula, kena jelas antara 2 jenis penulisan dan sebaiknya jelaskan pada pembaca bahawa saudara belum pernah menggunakan semua produk tersebut. Kerana itu perlunya laman penafian affiliate. Atau boleh diletakkan penafian dalam mana-mana bahagian penulisan. Ini bagi mengelakkan saudara dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku sesuatu kerana penulisan saudara. Apa yang penting, tulisan perlu jelas hala tuju.
Penutup
Jika diikut umur domain, saya sepatutnya sudah pandai berjalan dan bercakap (5 tahun) tetapi jika diukur melalui pengalaman, saya juga sedang bertatih (2 tahun).
Bagi saudara blogger lama, boleh tambah pengalaman saudara di ruang perbincangan.
Bagi saudara blogger baru, jika saudara rasa ada kesalahan blogger baru yang belum saya nyatakan, luahkan saja pandangan dan jangan malu-malu. Mari berkenalan dan bersama-sama buat duit melalui blog banyak-banyak.
Income melalui blog tu dah cukup renew domain hosting tuan haha.
Hahaha. Betul-betul. Tapi semua income tu tak tahu hilang disalur kemana. Dulu tak pandang blog sebagai bisnes. Jadi asal lepas untuk bayar domain dan hosting, bakinya dijoli.
satu kupasan yang amat menarik..
kesalahan saya ialah trafik yang rendah masuk blog walaupun saya aktif menulis sejak tahun 2013..
mungkin kemampuan penulisan saya masih belum terbaik..
tak pe.
saya masih berlatih dan terus berlatih untuk menulis dengan lebih baik
Saudara seorang yang sangat merendah diri. Mungkin tahap terbaik bagi saudara sangat tinggi, sebab tu sehingga sekarang saudara masih menyangka belum terbaik.
Apapun, yang penting duit saudara masyuk bulan-bulan. hihih
Terima kasih tuan Naziman atas perkongsian yang paling berguna ini. Nampaknya banyak lagi yang perlu saya pelajari hoho..
Tidak apa. Belajar sikit-sikit lama jadi bukit. Saya pun masih belajar-belajar lagi ni.
Apabila diberi pilihan, apakah kaedah yang ingin digunakan untuk monetize blog, saya lebih cenderung untuk pilih kaedah yang memerlukan kita buat jualan.
Sama ada jual produk secara terus, produk affiliate, dropship dan sebagainya. Ini secara tak langsung akan dapat latih skil jualan kita. Sambil menulis blog, sambil tajamkan skil menjual :)
Kita dua berpandangan sama. Saya pun sekarang ini sedang cuba fokus dengan affiliate atas sebab tu. Sebab saya yakin, kalau belajar setiap langkah tentang affiliate dengan betul, banyak skil akan terasah seperti teknik penulisan (contohnya copy writing), teknik pemasaran (contohnya SEO), teknik analisis, penafsiran, dan penyampaian (contohnya google analytic). Bagi saya, inilah hasil utama pelaburan jangka masa panjang.
Ni kalau buat betul2, mau letup ni income dari blog.
InsyaAllah, Amin. Kali ini saya cuba buat betul-betul. Harap-harap income meletup.
Salam bro,
Aku nak bagi nasihat ni jika betul-betul nak tambah pendapatan.
1. Sila buat Facebook fanpage dgn Instant Articles sekali kerana boleh jana pendapatan dengan banyak jika banyak orang membaca artikel kita.
2. Sila apply google adsense.
Ko pakai WordPress, jadi lagi mudah untuk buat. Jangan lepaskan peluang ni. Ko boleh tngk contoh dekat laman web aku.
Waa terima kasih banyak bro. Saya memang ada rancang buat instant article tu tapi buat masa ni masih tengah catch up ilmu blogging dulu. Biasalah, dah 3 tahun tinggalkan blog. Untuk permulaan ni, saya rancang fokus dengan affiliate dulu sebelum mix dengan adsence, sebab nak capai requirement adsence tu, saya tak mampu lagi.
Buat yang mudah dulu iaitu fanpage Facebook dan instant article. Pastikan follower sentiasa ikuti perkembangan blog melalui Facebook. Google adsense ni payah sikit. Cerewet nak mampus.
Betul3. Sekarang ni mampu fokus kat blog saja dulu. Lepas ni baru fanpage Facebook. Kemudian baru Google Adsence.
Best kan dapat duit dengan blog. Kalau saya join program affiliate, pasti kecundang disebabkan tiada target yang diterspkan.
Apa yang pasti hanya jana income blog melalui iklan adsense saja. Itupun kena tunggu setahun baru boleh draw USD100.
Itulah…. tulis blog sekadar suka-suka saja, tidak fokus sangat terhadap pendapatan melalui blog.
Takpa, blog tuan boleh buat duit dengan Adsence pula. Saya dari dulu tak pernah dapat buat duit dari Adsence. Banyak melalui affiliate saja.
zaman sekarang nak banding zaman 2008-2010 dahulu lebih baik kalau nak jana duit melalui blog..
dahulu byk blog berunsurkan diari dan personal..namun sekarang..nah banyak blog yang sudah mula jana melalui advertorial atau affiliate..
Betul-betul. Dulu, orang nak beli barang online pun sangat takut, sekarang ni tak takut tetapi berhati-hati. Itu yang affiliate senang sikit mahu maju sekarang ni daripada dulu.
Tapi setiap zaman ada cabaran tersendiri.
Kupasan yang menarik. Saya suka.
Terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba tulis artikel lebih berkualiti di masa akan datang.
bisa saja berorientasi menjadikan blog sebagai ladang mencari keuntungan, namun jangan dilupakan kalau berbagi ilmu melalui tulisan itu adalah hal utama yang perlu di tanamkan.
Terima kasih mengingatkan saya. Kadang-kadang kita susah untuk seimbangkan antara dapatkan keuntungan dan beri kualiti.
kena ada blog yang betul2 fokus (niche blog) yang sekarang kita blogger cap ayam jer.. hentam sana sini.. tapi semua itu adalah eksperimen sebenarnya.. pengalaman cuba sebaik mungkin tahu selok belok cari duit dengan blog..
Iya, blog yang ada niche lebih baik. Tapi itulah bukan mudah juga mahu konsisten dengan niche yang sama, tambah-tambah lagi seperti saya yang selalu tulis saja apa yang dalam kepala. hihih
Selama ini Blog saya hanya tempatan tulisan sahaja. tak ada ingin cari duit. tapi memang ada beberapa pemasukan, bukan adsense tapi endorse dan advetorial product lainya. Banyak manfaat dari menulis blog. dan dapat manfaat uang juga.
Point pentingnya adalah fokus pada maklumat(tujuan). namun sulit bagi blog seperti saya. tulisan saya masih macam banyak rasa, manis, asem, pahit saja.
Selain itu, perlu buat blog pemula untuk konsisten.
terimkasih. salam dari Indonesia
Saya baru baru belajar dunia blogging. Baca artikel ini bagi saya buat lebih tahu arah tujuan blog saya. Terima kasih tuan.
Sama-sama. Seronok dapat memberi manfaat kepada orang lain.
kalau takde target tu memang payah. so far setakat ni semua target untuk buat duit dengan blog dah tercapai..so maintain kan je.hehe
Alhamdulillah, target tuan sudah tercapai. Saya masih jauh lagi perjalanan. Busy memanjang. Doakan saya juga target tercapai maintain buat duit dengan blog ni.
Satu ulasan yang menarik tuan! terima kasih!. Saya sekadar dapat duit dari adsense saja setakat ini. Ada terfikir juga untuk tumpukan lebih perhatian untuk buat duit dari blog secara serius… tapi masih tak buat keputusan
Terima kasih tuan. Saya pun sama, ada terfikir untuk buat duit dari blog ini secara serius tapi perlu utamakan perkara lain dulu. Jadi keputusan tersebut terpaksa difikirkan lain kali bila bersesuaian.
Mendalam artikel ni sebab memang sama pandangan. Dulu buat blog untuk SUKA-suka walaupun impian nak lebih.
Blog ada niche lebih mudah untuk buat duit. Kerjanya juga lebih.
Guna affiliate lebih untung nak nampak professional kerana tak banyak ads SANA-sini