kredit to http://bloglistmalaysia.blogspot.com

Top blogger Malaysia yang serius

Dah lama tak berkongsi dalam blog ni. Tangan pun dah keras nak menaip. Banyak sebab juga saya tak aktif ni. Jadi untuk memulakan perkongsian blogging balik, saya nak berkongsi tentang apa yang penting kalau nak jadi top blogger Malaysia.

kredit to http://bloglistmalaysia.blogspot.com

Pandangan orang untuk jadi top blogger Malaysia

Nak jadi blogger Malaysia itu senang tapi nak jadi top blogger Malaysia tu yang susah. Jadi apa yang di perlukan? Orang akan fikir SEO, alexa, interaksi blogger, kelajuan blog, update blog, info blog, macam-macam lagi.

SEO
Penting ka? memang penting tapi bukan yang terpenting. SEO sangat penting untuk mendapat pembaca percuma dari enjin carian. Jadi bagi saya, ini cuma tambahan. Kalau ada, lagi bagus. Tak pandai main SEO, boleh teruskan blogging.

Alexa Rank
Alexa rank ni tak penting sebab kalau blog tu naik dan top serta merta juga rank alexa akan jadi lebih baik. Alexa rank cuma bahan pengukur untuk rank sebuah website atau blog.

Info blog
Tak semestinya kalau nak jadi top blogger kena ada info menarik. Info menarik cuma untuk menambahkan lagi pembaca. Banyak blogger Malaysia tetap jadi top hanya dengan blog peribadi. Cerita tentang diri sendiri, keluarga dan kawan.

Interaksi antara blogger
Macam SEO untuk mendapatkan pembaca. Tapi bezanya adanya interaksi antara blogger kita boleh mendapat pembaca setia. Memang penting tapi tak terlalu penting.

Banyak lagi sebab yang orang rasa penting untuk jadi top blogger Malaysia untuk bersaing dengan blogger otai dan top blogger yang lain macam blogger Denaihati, Ariff, Amanz, Hanis Zalikha. Tapi orang lupa apa yang lagi penting.

Pandangan saya sendiri

Bagi saya sebenarnya apa yang penting bukan itu semua. Itu semua cuma tambahan. Apa yang penting sabar dan usaha tanpa jemu. Kalau blogger tak bersabar, nak cepat naik rank, itulah penyebab banyak blogger kecundang.

Kedua masa. Kalau kita nak main SEO, nak update blog setiap hari, nak berinteraksi lagi antara blogger, ping dan macam-macam lagi. Itu semua perlu masa.

Sabar, usaha dan masa juga penting dalam kehidupan seharian kita. Kita nak berniaga pun kena ada sikap ni juga. Kalau nak menjana pendapatan dari internet juga perlukan sikap ni. Jadi anda dah bersedia jadi top blogger Malaysia?

14 thoughts on “Top blogger Malaysia yang serius”

  1. kan ? kebanyakan top blogger pun cerita pasal kehidupan dorang :)

    bersediakah saya ? haha . mampukah saya menjadi top blogger ? ceyt perasan :D

    cukup lah sekadar dapat kmpul ramai kenalan . hehe :)

    btw , nice entry weey :D

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>