Tips jimat bateri smartphone

22 tips jimat bateri blackberry smartphone

Ok, sebelum ni saya pernah kongsi tentang blackberry. Tapi masa tu masih belum ada bb lagi. Jadi kali ni, saya nak kongsi tips jimat bateri dengan cara saya sendiri.

Sebenarnya nak jimat bateri smartphone ni mengikut jangka hayat dan kegunaan juga. Kalau bateri dah kembung tu atau baru 5 minit standby mode dah 30% peratus habis, ada masalah bateri la tu.

Jimat bateri blackberry

Pasti ramai yang tahu smartphone ni smart ja tapi bateri tak smart pun. Tips ni lebih untuk blackberry, tapi ada sesetengah tips tu sesuai juga di aplikasikan untuk jimat bateri smartphone lain seperti Iphone, Android dan Window phone.

Penjagaan bateri smartphone

  1. Pastikan caj telefon guna plug bukan USB laptop.
  2. Masa caj jangan guna secara maksimum seperti BBM, mesej, chat dan sebagainya. Cukup tengok notification, nanti baru balas kecuali penting.
  3. Jangan selalu kena panas.
  4. Jangan kena air.

Tips jimat bateri blackberry

  1. Kurangkan penggunaan RAM. Bagi yang kurang faham, cuba tengok bahagian Option > Device > Application management > Memory atau CPU > Matikan aplikasi yang berjalan atau padam aplikasi tersebut.
  2. Kurangkan brightness atau kecerahan skrin tahap minimum. Options > Display > Screen Display
  3. Matikan wifi atau internet kalau line lambat atau tak kuat.
  4. Laman sosial seperti twitter, facebook auto refresh bagi off atau auto refresh untuk 1 jam dan lebih.
  5. Matikan connection lain yang tak guna seperti wifi, bluetooth dan NFC.
  6. Connection guna 2G line dari 3G.
  7. Jangan pilih 2G & 3G. Option > Networks and Connections > Mobile Network > Network mode > Pilih salah satu saja connection antara 2G atau 3G.
  8. BBM > Profile > Matikan fungsi share music “Show what i’m listening to > Matikan “Show my location/timezone.
  9. Matikan fungsi headset music EQ kalau dengar lagu melalui headset. Media > Music > Options > Off Headset Music EQ.
  10. Jangan guna volume lagu paling kuat. Sederhana saja.
  11. Laman sosial yang auto check-in lokasi anda seperti twitter, matikan fungsi tersebut.
  12. Bagi yang ingin share location, pastikan jangan guna GPS. Guna cell tower.
  13. Periksa selalu aplikasi tengah berjalan, dan matikan yang tak guna. Sesetengah aplikasi keluar lepas tekan back tapi sesetengah aplikasi kena klik exit dari menu baru keluar sepenuhnya. Aplikasi Whatsapp, Viber, dan Opera mini kena exit dari menu. Jangan risau. Mesej tetap akan sampai.
  14. Matikan data services masa tak guna internet. Option > Networks and Connections > Mobile Network > Data Services
  15. Matikan blackberry masa tak guna. Contohnya masa tidur. Blackberry ada menyediakan fungsi auto turn off. Option > Device > Auto On/Off
  16. Log-out aplikasi yang tak guna seperti twitter, facebook, dan foursquare.
  17. Profile jangan guna yang loud. Maksima guna normal atau medium. Option > Sounds and Ring Tones
  18. Notification guna LED, dan matikan fungsi vibrate.
  19. Bandingkan sendiri aplikasi mana yang banyak makan bateri. Contohnya antara twitter for blackberry dan ubersosial.
  20. Ada satu aplikasi asal tu, kalau tak guna baik padam. Minta maaf lupa nama. Aplikasi gabungan antara status bbm, twitter, facebook dan IM. Minta maaf sebab lupa.
  21. Periksa aplikasi automatic update seperti Blackberry protect automatic backup. Tukar daily jadi seminggu contohnya.
  22. Kamera dan video, matikan fungsi flash dan geo tagging.

Cara jimatkan bateri smartphone

Ini betul sebenarnya jimatkan bateri smartphone tapi tiada kaitan dengan fungsi smartphone.

  1. Kurangkan mesej, BBM, chat whatsapp, viber.
  2. Kurangkan call.
  3. Kurangkan bersosial.
  4. Guna smartphone untuk kegunaan penting dan kecemasan bukan untuk bersosial semata-mata.
  5. Gunakan notebook, durabook atau tablet untuk melayari internet.
  6. Guna smartphone waktu sesat dengan fungsi GPS.
  7. Kurangkan pegang atau on skrin smartphone.
  8. Beli bateri lagi satu.

Itu dia 4+22+8=34 berkaitan jimat bateri blacberry. Antara application untuk jimat bateri blackberry, Battery Saver Free-Battery Doctor!. Ada tips lain dari crackberry. How to Maximize Your BlackBerry Battery Life. Harap di manfaat.


[1] Photo credit : philips AA & C batteries by Clive Darra via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution-ShareAlike 2.0 Generic

16 thoughts on “22 tips jimat bateri blackberry smartphone”

    1. Memang kelebihan smartphone salah satunya sebab application, tapi application tu la juga yang kuat makan bateri. Ada satu lagi tu, saya tak tulis sebab lupa nama, charger yang macam cover tu. Ada kawan saya guna iphone guna tu juga.

  1. ha ha ha..mmg bnyk tips yg blh digunakan dan sememangnya bnyk jugak antara tips kat sini yg mak dah aplikasikan sblm nih.

    Kurangkan kecerahan,tutup wifi dan tutup semua aplikasi yg x digunakan tu mmg mampu memanjangkan tempoh bateri *untuk kegunaan harian le*

    1. Betul tu, kalau untuk kegunaan harian memang sesuai. Kalau nak mudah, boleh guna aplikasi baterry saver. Hampir 80% apliksi begitu boleh buat di atas tu semua.

  2. bagus tips ni.. lama aku spen time nak follow one by one hahaha
    bb ni mmg kuat makan betri.. hampeh betul
    ingt nak beli bendalah yg external charger tu.. mobile, blh stock chas betry.. kalau betri dan nak pitam cucuk je.. tengok apple banyak pakai, tapi tu smart fon yng lain pun ada jugak..
    btw, thank tips ni.. sgt membantu.. nak share dlm fb..:)

    1. Syukur kerana tip ni bermanfaat juga untuk bro. External charger tu pun saya tengah cari, kawan saya pengguna iPhone yang syorkan tu. Tapi untuk BB tak jumpa pula. huhu

  3. sangat bermanfaat! terima kasih atas info. sedang cuba memaksimumkan kuasa bateri agar tahan lama. ini pun boleh membantu untuk masalah bb yang cepat panas kan? tak tahu apa puncanya fon ni jadi cepat je panas. -,-

    1. Punca cepat panas tu tak pasti sebab apa. Kemungkinan la. Sebab bateri tu dah rosak tapi tak pasti juga. Sebab BB saya dulu cepat panas juga, sekarang tak sudah. Padahal tak buat apa pun. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *