Tips berjaga daripada penipuan dan hack

Tips berjaga-jaga dengan penipuan dan hack

Selepas saya kongsikan tentang promosi celcom menipu tu. Saya tak sangka, ramai lagi yang tertipu. Dan lebih teruk di tipu oleh ejen celcom dari saya. Jadi kali ini saya tidak akan sambung part celcom menipu tapi memberikan peringatan dan nasihat berjaga-jaga. Ini untuk semua orang bagi semua jenis penipuan yang boleh berlaku.

Dalam dunia ni, kita patut berjaga-jaga dalam semua perkara. Ada juga baiknya tertipu sekali, itu pengalaman. Tanpa pengalaman, tak dewasa la kita. Tak maju pemikiran. Tak matang. Walaupun kita dah berjaga-jaga dari penipuan dan sebagainya, tapi itu tidak menentukan kita tidak akan tertipu. Tapi dengan adanya langkah berjaga-jaga, risiko kita tertipu tu semakin tipis. Sebaik-baiknya jangan la menipu ya, menipu ni serupa pencuri. Mula-mula menipu, lama-lama mencuri.

Tips berjaga-jaga dengan penipuan dan hack

Jadi saya akan berikan tips yang saya rasa penting dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri. Ini bukannya untuk penipuan dari celcom saja tapi untuk semua penipuan lain yang berlaku. Sebenarnya tips mengelak dari penipuan sangat banyak. Tips juga sepatutnya mengikut jenis penipuan. Tapi apa pun, jangan pisang berbuah dua kali. Ambil pengajaran dari pengalaman diri sendiri dan orang lain. Itu lebih penting.

Berhati-hati dengan salinan mykad anda

Ini la yang berlaku dalam proses penipuan Celcom memberikan simkad percuma tu. Dengan adanya salinan mykad, semua urusan mudah. Dan hampir semua urusan perlukan salinan mykad kita. Ada yang perlukan salinan mykad asal. Ada yang perlukan salinan mykad sekali dengan pengesahan.

Dengan adanya salinan mykad ni, orang mudah nak daftar atas nama kita. Dan kenapa Celcom boleh hubungi kita minta hutang, kenapa nama kita boleh di blacklist oleh semua rangkaian, sebab adanya salinan mykad. Adanya nombor IC. Semuanya mudah kan. Sekarang kan semua online. Sebab itu la dalam penipuan celcom part 2, dorang minta salinan mykad saya tak mahu bagi.

Saya bukan cakap kosong, selain daripada penipuan Celcom tu saya ada kena broadband Maxis. Itu tak tahu tiba-tiba mak saya telefon, kena suruh bayar. Rupanya-rupanya bapa saya daftar atas nama saya masa ambil plan internet broadband tu. Mati-mati saya di tanya, kau ada bagi salinan mykad mu dengan orang lain ka? Saya memang konfom sekali ja pernah. Itu pun urusan. Rupa-rupanya dorang lupa dorang yang daftar atas nama saya. Haha.

Berhati-hati dengan kad kredit/debit atau salinan kad kredit/debit

Banyak urusan menggunakan salinan kad debit atau kad kredit untuk berurusan. Contohnya, Airasia memerlukan salinan kad debit atau kad kredit kalau booking online. Dalam kad kredit atau kad debit ni paling penting kena jaga-jaga dengan expiry kad, tiga digit di belakang kad, nombor kad. Itu butir penting patut berhati-hati la.

Memang kita boleh buat dua kali password. Yang biasanya dia hantar satu password atau kod ke telefon, lepas tu kita masukan kod tu supaya transaksi boleh di teruskan. Tapi ini masih kurang relevan. Penipuan masih boleh berlaku. Kenapa? Saya akan berikan dalam point seterusnya.

Berhati-hati dengan butir-butir diri anda

Ini kesimpulan sebenarnya. Yang paling terbaik, berjaga-berjaga dengan butir-butir diri anda. Tidak kira yang salinan ka yang asal ka. Berhati-hati la. Hidup ini mesti ada juga rahsia. Bukan semua dengan mudah orang tahu. Kalau butir-butir diri anda semua di ketahui, mudah nak menyamar.

Ini pengalaman saya sendiri juga. Ibu bapa saya nak booking tiket online guna kad debit saya. Tapi ada beberapa butir kad tidak di ketahui, saya sendiri pun lupa. Haha. Jadi dorang telefon bank, tukar password dan butir-butir yang lain. Mudahkan? Senang ja dapat duit kalau mahu. Tapi itu takpa, saya sendiri bagi kebenaran. Tiada kredit waktu tu nak telefon bank.

Jadi bagi yang couple-couple tu, bercinta hangat tu, yang selalu bagi mykad la, salinan la. Jaga-jaga ya.

Tips saya berikan di atas tidak semestinya anda tidak akan tertipu lagi. Kalau dah nasib badan, kita nak di beri pengalaman dan pengajaran, tetap juga penipuan berlaku.

Kalau butir-butir online pula, saya cuma bagi satu tips saja yang penting untuk elak hack atau penipuan. Tips tentang username dan password. Selain dari tu, banyak lagi sebenarnya.

Penipuan melalui username dan password

Username dan password antara yang terpenting dalam semua website. Ini yang biasanya orang ambil mudah. Macam bagi username dan password kat kawan la awek la. Bahaya tu. Jadi macam mana nak jaga username dan password kita dari penipuan dan hack?

Pastikan website penting guna username dan password berlainan

Pastikan website penting macam urusniaga online macam paypal ka bank online ka, guna username dan password yang berlainan dari website lain. Contohnya macam sosial facebook, twitter ka, google+ ka. Yang terbaik, gunakan dua email. Satu emel untuk kerja atau penting. Satu lagi untuk sosial. Yang emel tak tengok pun tak apa. Emel yang penuh dengan spam dan notification dari laman sosial dan sebagainya. Kenapa?

Sebab kalau sama, orang senang nak agak apa username dan password anda yang lain.

Tukar password sekurang-kuranya dua minggu sekali

Ini pun penting, kena tukar password tu sekurang-kurang dua atau tiga minggu sekali. Kebiasaanya orang kata tukar tiga bulan sekali. Tapi saya kata tukar dua atau tiga minggu sekali. Ini juga tips dari bapa saya. Kenapa?

Dua tiga bulan tu rasanya agak lama. Kalau satu bulan income online 5 ribu. Tiga bulan sudah 15 ribu. Banyak rugi tu. Jadi sebaiknya tukar password dua atau tiga minggu sekali. Bapa saya dah kena sebenarnya. Itu la dia pesan password tu tukar dua minggu sekali.

Sebab yang bodoh-bodoh sikit. Contoh facebook, kalau tiga bulan baru tukar password. Banyak dah mesej-mesej, gambar-gambar tu dah kena baca dah kena tengok. Kalau kena sebar, tak ka malu.

Password biar pelik

Pelik ni maksud saya password tu jangan la orang senang nak teka. Macam nombor ic la, tarikh lahir ka. Itu semua mudah di agak. Apa password yang terbaik? Password yang terbaik kombinasi nombor,huruf dan tanda pelik macam dot, koma dan sebagainya. Tapi kebiasaanya tak semua website boleh letak tanda pelik tu. Kedua, password tu tidak menggunakan perkaataan. Contohnya password macam ni. jla475nvvu. Ketiga, password biar panjang.

Saya rasa cukup la tu tiga. Tapi semua tips di atas pasti menyusahkan kan? Banyak nak kena ingat la. Boleh guna password manager untuk simpan username dan password anda. Takpun simpan dalam notepad. Ini secara manual tapi selamat kalau anda pandai simpan dokumen tu.


Kalau la saya ada kuasa, semua penipu-penipu tu saya gari cukup-cukup. Jadi,cukup la tips dari saya mengenai penipuan ini. Ini perkongsian pertama saya setelah sekian lama tak berblog. Rasanya dah sebulan tak update blog. Ada pun dari penulis Jena. Wordless Wednesday tu sebenarnya saya auto publish. Saya tahu memang saya akan sibuk dan penat. Internet lagi lambat. Ada masa terluang pula nak selesaikan 5 masalah yang berlaku dulu tu.

Bah, itu saja. Saya harap perkongsian tips berjaga-jaga dengan penipuan dan hack dapat membantu anda semua.


[1] Photo credit : Passcoded door handle to the laundry room by rafael-castillo via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)

Kalau Bermanfaat, Tolong Share Yaa...
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

14 thoughts on “Tips berjaga-jaga dengan penipuan dan hack”

    1. memang betul juga tu, susah la. tapi kalau tak dapat pun. tukar password bagi website penting ja la. macam emel ka, paypal ka. itu pun dah memadai.

  1. Ramai yang buat kerja menipu ni. Memanipulasi maklumat juga sering berlaku. Bukan saja ejen celcom, tapi ejen insurans terutamanya. Jadi betul la tu.. simpan maklumat secukupnya. Supaya yang nak menipu dan memanipulasi gibab dan putus asa sebab tak berjaya memperdaya kita.
    Cikgu Hairul kongsi … Sunset Pantai Teluk Kemang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge