Tip blogging Terbaik
Kali ni nak bagi tip blogging terbaik dengan menunjukkan kesalahan blogger baru menceburi bidang blogging biasa buat termasuk diri saya sendiri. Siapa belum baca tip blogging rahsia menjadi top blogger Malaysia, boleh baca dulu mungkin dapat membantu. Kesalahan ini cuma pengalaman dari saya sendiri sewaktu baru menceburi bidang blogging, mungkin setiap orang ada pengalaman sendiri. Ada juga tip yang ditambah sendiri yang di rasa kesalahan blogger biasa buat.
Bagi blogger lama, saya rasa ramai kenal kata kunci ni kan tip blogging terbaik? sebenarnya masa nak cari gambar baru tahu ada contest SEO menggunakan kata kunci ni, masa tu saya belum blogging lagi. Saya ingat nak buat tajuk lain tapi nampak otai SEO pegang kata kunci ni, jadi nak cuba la juga tahap mana saya. ni. Ok, kita teruskan dengan tip blogging.
Tip blogging terbaik permulaan blog
Orang kata, nak capai sesuatu permulaan itu penting dan permulaan blogging itu juga boleh menentukan saat akhir walaupun tidak 100%. Sebagai contoh, acara balapan. Larian jarak jauh dan larian jarak dekat mempunyai strategi yang berbeza. Bagi larian 100m, kita tak boleh perlahan pada awalnya, wajib pecut dari bermula larian. Setiap langkah, dari susunan kaki, tolakan badan, semua tu boleh menentukan pemenang.
Bagi jarak jauh pula, kita boleh pecut dari awal kalau mampu contoh acara 200m atau 400m. Tapi kalau tak mampu, kena mulakan dengan perlahan tapi konsisten dan tidak ketinggalan jauh dengan pihak lawan. Beginilah blogging atau apa-apapun bidang yang kita ceburi. Mari baca apa kesalahan yang blogger biasa buat sewaktu bermula blogging.
Tiada matlamat jangka masa panjang
Ini paling penting tak kira apa pun kita buat untuk berjaya. Kita perlu matlamat jangka masa panjang seperti untuk menjadikan blog terkenal atau dapat jana pendapatan untuk sara hidup contohnya. Kenapa perlu matlamat? sebab dengan adanya matlamat dan impian kita sentiasa ingat kenapa kita blogging dan pembakar semangat kalau kita tiba-tiba rasa malas atau ingin berputus asa.
Ini yang berlaku pada saya sendiri, sebelum ni ada matlamat kurang berapa jelas. Sekejap nak begini, sekejap nak begitu. Lepas tu buat matlamat jangka masa pendek untuk tiga bulan tapi belum sampai tiga bulan, dah tercapai matlamat. Terus rasa malas nak blogging sebab tiada matlamat.
Tidak mengkaji dan belajar dulu
Sebelum buka perniagaan kita harus mengkaji juga, kaji tempat perniagaan, kaji pesaing, kaji permintaan. Begitu juga blogging, kita sepatutnya mengkaji dulu. Apa yang perlu di kaji dan di pelajari dalam blogging? Mula-mula kaji apa topik blogging yang sesuai untuk anda. Contoh kalau anda tiada topik yang tertentu sesuai untuk anda, buat blog peribadi topik bebas. Mengikut anda, apa yang sesuai.
Kalau dah kaji topik, belajar. Belajar domain, hosting, SEO, asas blogging. Kenapa perlu belajar dulu? Sebab ada beberapa perkara lepas buat susah nak patah balik, bukan tak boleh, tapi susah. Contoh pemilihan domain, struktur url atau permalink, banyak lagi. Kalau nak patah balik, atau baiki perlukan masa dan lebih banyak kerja. Ada bahagian yang boleh belajar waktu blogging juga, belajar dari pengalaman. Kalau nak masuk berperang, kena ada senjata dulu dari segi mental dan fizikal.
Bergantung hanya pada satu jenis trafik
Ada sesetengah bergantung pada trafik organik, ada yang bergantung pada referral traffic. Di sini ada satu kesilapan yang amat besar bagi saya. Sebelum ni saya sebenarnya jarang nak blogwalking sebab internet lambat, jadi terpaksa bergantung pada enjin carian. Trafik yang datang bagi saya memuaskan. Tapi bila kena penalti, dan kena buang blog kita jauh-jauh. Situ baru sedar keperluan referral trafik. Mungkin lain kali saya akan kongsikan pula tentang trafik ni dalam satu entri.
Blogger syok sendiri
Ada orang kata blogger syok sendiri ni blogger yang tak bergaul dengan komuniti blogger lain. Tapi bagi saya, macam mana pula kalau blogger tu menjaga privacy, malu atau pun blogger tu dapat trafik beribu-ribu setiap hari hanya dari enjin carian. Saya pun tak pasti blogger syok sendiri ni macam mana, tapi saya bagi saya blogger syok sendiri ni blogger yang asyik tengok blog dia sendiri.
Maksudnya, asyik fikir buat post ja, nak jaga blog, tapi hakikat tiada siapa yang datang. Contohnya kita buka kedai, hari-hari jual barang, bagi bersih kedai, tapi tak sedar sebenarnya tiada pelanggan. Saya tak tekan blogwalking dalam point ni sebab ada blogger yang hanya ingin jana trafik dari enjin carian. Walaupun sebenarnya banyak benda menarik blog commenting atau blogwalking ni.
Tidak konsisten
Konsisten ni penting macam saya bagi contoh lumba lari tadi. Tak mengapa kalau tertinggal di belakang, yang penting kita konsisten dan tidak ketinggalan jauh dengan pihak lawan. Tip blogging untuk konsisten ni mudah, cuba buat 1 post dalam dua hari atau tiga hari untuk mula-mula. Kenapa 2 3 hari? sebab anda kena bahagi masa untuk belajar blogging, sambil jana trafik dan mencari rakan blogging.
Teruskan begitu sampai rasa blog tiada yang perlu setting lagi, baru boleh fokus untuk buat post dengan jana trafik. Mula-mula saya fikir bagus buat banyak post jadi keberangkalian dapat trafik tu lagi banyak. Tapi sebenarnya, kualiti lagi penting dari kuantiti. Kalau kualiti bagus, enjin carian suka, pembaca pun suka.
*****
Penat dah menaip. haha. Sebenarnya banyak lagi kesalahan yang blogger biasa buat termasuk saya sendiri. Tapi apa pun, anggap la itu sebagai pengalaman untuk jadi lebih kuat kehadapan. Tak salah bermatlamat tinggi, bermatlamat nak jana pendapatan, atau nak trafik. Yang penting, blogging cara halal dan pastikan blogging dengan minat dan suka. Kalau kita kerja gaji tinggi pun, tiada minat atau tak suka takkan kekal lama. Tip blogging terbaik dan mudah, blogging la dalam setahun untuk suka-suka sambil belajar dan mencari rakan. Tahun kedua, baru mula gerakan menggapai matlamat.

