Review The Little Nyonya

The Little Nyonya Drama Review

Saya baru sahaja balik dari Melaka untuk membuat kajian tentang Perkahwinan Baba dan Nyonya. Banyak tempat yang berkaitan tentang Baba dan Nyonya yang telah kami pergi. Antaranya, Muzium Baba Nyonya ( The Baba dan Nyonya Heritage Museum ) dan penempatan Baba Nyonya di Bukit Rambai. Hehe. Panjang pula cerita saya. Drama The Little Nyonya ini saya dapat tahu semasa melawat ke Muzium Baba Nyonya.

Review The Little Nyonya

Anyway, bagi sesiapa yang ingin menonton cerita The Little Nyonya ini, cerita ini banyak mengisahkan tentang kehidupan dan adat-adat Baba dan Nyonya suatu ketika dahulu. Drama The Little Nyonya ini mengandungi 34 episod yang dikeluarkan pada 25 November 2008 di siaran TV di Singapura. The Little Nyonya mengisahkan tentang keluarga peranakan di Singapura yang berlatarkan 1930-an sepanjang 70 tahun.

Saya pun belum habis menonton drama ini. Bagi yang ingin menonton, bolehlah menonton di dramafever.com atau download. Eh, jangan download secara pirate ok! Haha.

P/s: Sangat suka dengan kebaya nyonya moden. :)


[1] Photo credit : Little One by Pascal via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic (CC BY 2.0)

6 thoughts on “The Little Nyonya Drama Review”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *