Blogger otai - Terima kasih

Blogger Otai dan Rakan Blogger Malaysia, Terima Kasih

Post ini sebenarnya nak berterima kasih pada rakan blogger dan blogger otai blog Malaysia. Yang kesemuanya blogger Malaysia. Blogger otai banyak membantu saya dalam blogging tentang wordpress, SEO dan banyak lagi. Walaupun begitu, saya tetap beri penghargaan kepada blogger luar negara yang banyak membantu saya juga.


Terima kasih banyak blogger otai dan rakan blogger (blogger Malaysia), blogger luar negara.


Penulis pun dah lama tak update blog. Saya pun dah lama tak blogwalking. Sibuk penat lagi. Tapi tetap ada juga rakan blogger yang terus setia bersama blog picisan ini. Terima kasih. Untuk rakan blogger yang setia bersama blog Malaysia ini, saya cuma lihat dari jejak komen yang di berikan. Jika ada rakan blogger yang tidak disebutkan, saya mohon maaf sangat.

Rakan blogger Malaysia yang setia

Saya amat berterima kasih kepada rakan blogger yang setia bersama blog Malaysia yang picisan ini. Walaupun saya kurang tahu maksud picisan ni, tapi nak cakap juga. Hahaha. Walaupun tak macam dulu saya blogwalking blog dorang kalau di komen, tapi rakan blogger yang kacak dan comel ini tetap setia bersama. Terima kasih sekali lagi.

Jadi untuk membalas kesetiaan mereka, saya buat satu post penghargaan terima kasih. Jadi pembaca boleh la jenguk-jenguk juga blogger Malaysia yang kacak dan comel ini.

Jebengotai

Tentang Blog – Experimentasi Diri Lelaki Kacak

Jebengotai paling banyak komen di blog naziman.com sewaktu blog ni tak berupdate. Sekarang ni jebengotai tengah berusaha untuk contest lelaki kacak. Blog dia memang simple dan menarik. Semakin ramai pembaca setia di blog jebengotai. Lagi lama, blog jebengotai pasti akan jadi top blogger Malaysia juga. Boleh bha kan jebengotai?

Boni JLL3 – Hidup untuk Menghidupkan

Ini pun selalu juga jenguk blog naziman.com. Blog Malaysia yang ini best sebab post dia banyak mengarut juga. Jadi kalau nak baca post gila-gila boleh tengok blog boni.

Titan – EarnCent.com

Tentang Blog – Blog Buat Duit dari Planet Bumi | Affiliate Hunter | Hidup Berani Untuk Gagal.

Titan saya kenal sebab dia komen di blog ni. Sekali blogwalking blog earncent.com ketawa terbahak-bahak baca post dia. Bukan apa, penulisan dia terbaik. Ini king SEO juga ni. Peneraju contest SEO lelaki kacak yang semakin hangat tahun 2012 ini. Ramai blogger Malaysia menyahut cabaran SEO yang di lancarkan. Saya juga salah satu peserta tapi sekarang belum ada masa nak kacak kan post lelaki kacak.

Aishah Jahirah – bilA hAti bersoAl jAwAb

Saya pun lupa amacam saya boleh kenal aishah Jahirah ni. Yang penting Aishah juga selalu jenguk blog picisan ni. Blog dia lebih kepada personal. Tapi tetap menarik.

Jena – Uh! BUDAk gik.. :)

Tentang Blog – Blog ini menceritakan tentang diriku melalui hidup seharian. Berhasrat untuk melaluinya dengan gembira dan dapat mengimbas semula cerita-cerita gembira tu dgn tulisan-tulisan di blog ne! :)

Blogger Wanita Malaysia yang comel ni salah satu penulis di blog ni. Jadi tak hairan la dia selalu jenguk blog ni. Penulis Jena saja la yang selalu update blog ni sekarang. Walaupun saya kata Jena blogger wanita Malaysia yang comel, jangan nak mengayat ya. Untuk jena pula, jangan kembang. Haha

LangkawiHomestay

Blog LangkawiHomestay pun selalu juga komen di blog naziman.com sewaktu tak update blog. Tapi saya jarang la komen balik di blog LangkawiHomestay sebab blog tu lebih menceritakan percutian di langkawi, bahasa inggeris lagi. Jadi saya pun tak tahu nak komen apa. Saya kan suka komen biar berisi tak pun baca post yang di komen tu.

Segalabenda – segalabenda

Blog segalabenda pun sekarang dah naik pagerank 1. Terbaik la. Baru 3 bulan blogging. 6 bulan blogging pagerank 2. Haha. Tiada la, google kan ada jadual update pagerank. Yang penting blog segalabenda pun terbaik.

Blogger Otai Blog Malaysia

Kali ni pula saya nak berterima kasih kepada blogger otai blog Malaysia. Saya dah pernah buat post begini sebelum terpaksa bermula dari bawah semula. Jadi sekali berterima kasih pada rakan blogger dan blogger otai blog Malaysia ni, saya nak baiki link lama tu. Ini, saya nak berterima kasih kepada blogger-blogger otai blog Malaysia yang banyak membantu saya dalam dunia blog seperti tentang wordpress, SEO dan sebagainya.


Ini otai lain pula ni. hahaha.
Asal Gambar.

Denaihati | Hidupkan Untuk Memberi

Tentang Blog – Blog tentang kehidupan, blog tutorial, isusemasa dunia, trevalog, berita terkini Arsenal dan insentif duit online.

Denaihati salah satu blogger otai di Malaysia. Bukan saja terkenal sebagai blogger Malaysia malah terkenal di mata blogger Indonesia. Walaupun saya banyak belajar dari blog Denaihati tetapi kebanyakan entri yang saya baca untuk belajar tentang blog ni di tulis oleh bro Ariff Shah.

blog.ariff | Just another blog by Ariff Shah | Blogger Malaysia

Tentang Blog – Blogger Malaysia dengan pengalaman luas dalam SEO dan WordPress. Antara blog tutorial bahasa Malaysia yang terbaik dan mudah difahami.

Blog.ariff ni blog personal, penulisan dia pun best. Masa saya banyak blogwalking, blog.ariff salah satu blog Malaysia yang saya akan lawat. Walupun begitu, untuk belajar berkaitan blogging, saya banyak belajar dari penulisan ariff di blog Denaihati. Tapi baru-baru ni saya ada baca berkenaan blogging SEO di blog ariff shah, memang best. Simple tapi Padat. Mudah di fahami. Nanti bila ada masa, saya nak gali berkenaan blogging di blog ariff. Kalau ada duit lebih, nak beli ebook SEO untuk semua yang di tulis oleh bro Ariff.

Kujie | Hidup Biar Sedap

Tentang Blog – Tips rumahtangga, motivasi pagi, blog tutorial, isu semasa dan pengetahuan am.

Blogger otai yang memang tidak asing lagi dengan tagline Hidup biar sedap. Saya kenal blog Malaysia ini dari blog denaihati sebenarnya. Dalam setiap entri denaihati banyak menyebut blogger otai ini. Usha-usha sikit, memang menarik tutorial yang di beri. Berkenaan blogspot atau blogger pun banyak.

Azuan Razi — Blogging, Opinion, Personal, and SEO

Tentang Blog – Just another DWI-Bahasa blog by Azuan Razi. Blogging to share my opinion, blogging tips, SEO, Google Pagerank, personal, and experience.

Blog Azuan Razi saya baru kenal selepas mengikut contest SEO lelaki kacak. Tips dan tutorial yang di ajar oleh blogger otai blog Malaysia ini memang best. Mudah di fahami juga. Saya pun belum habis gali lagi dalam blog Azuan tentang SEO.

Blogger Otai Blog Luar Negara

Yoast • Tweaking Websites

Tentang Blog – Joost de Valk, developer of many WordPress plugins and an authority on WordPress & website optimization provides SEO tips, WordPress tweaks and more!

Berkenaan SEO dan google saya banyak belajar dari blog ni sebenarnya. Siapa lagi tak kenal blog luar negara ni. Bagi blogger platform WordPress, Yoast ada buat satu plugin SEO, WordPress SEO by Yoast. Plugin ni yang saya tengah guna sekarang.

WPBeginner – Beginner’s Guide for WordPress

Tentang Blog – WPBeginner is a perfect guide for WordPress Beginners. Our articles offer a wide variety of WordPress tips, tools, themes, and other WordPress resources.

Berkenaan WordPress pula, blog luar negara ini la yang menjadi pilihan saya untuk belajar tentang wordpress. Mudah di fahami juga. Senang mahu ikut.

Saya rasa itu saja la. Sebenarnya untuk blog saya nak berterima kasih sangat banyak sebab saya bukan baca melalui satu post saja. Saya akan banding dengan penulisan lain. Kemudian saya akan gabungkan isi-isi dan pilih yang terbaik dan mudah untuk di ikuti tutorial dorang. Baru saya aplikasikan. Tapi untuk blogger luar negara, dua blog ni la yang selalu saya lawat untuk belajar.

Untuk pengetahuan anda semua, blog ini mungkin akan aktif kembali bermula hari ini. Mungkin tak seaktif dulu. Mungkin tak banyak blogwalking seperti dulu. Tapi dari update post, mungkin akan aktif kembali. Kemungkinan besar juga, bermula minggu ini akan ada penulis baru di blog Malaysia naziman.com ini. Kemungkinan la. Kalau mak saya tak sibuk, dia pun akan jadi blogger Malaysia juga di blog ini dan berkongsi dari sudut lain.


[1] Photo credit : Thank you by Lachlan Hardy via flickr.com under a standard Creative Commons License – Attribution 2.0 Generic

13 thoughts on “Blogger Otai dan Rakan Blogger Malaysia, Terima Kasih”

    1. boleh tu walaupun jauh. saya yang sepatutnya segan, tak jenguk-jenguk blog jebeng. Memang sibuk sekarang ni, kena lagi internet lambat, macam sudah jatuh di timpa tangga pula. hahaha

Add Comment Register



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>