Tentang blog

Laman ini dalam proses suntingan. Segala kecacatan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Ini laman tentang blog Malaysia, naziman.com berkongsi tanpa batasan kepada anda. Laman ini berkisarkan tentang sejarah blog ini. Di samping, menceritakan serba sedikit tentang admin dan kenapa admin blogging. Anda juga akan mengetahui di sebalik tabir blog ini seperti hosting, pagerank dan alexa rank.

Tentang blog naziman.com

Kewujudan naziman.com sebenarnya untuk berkongsi dengan semua orang tentang isu semasa yang berlaku sekarang ini seperti blogging, isu semasa, ekonomi, pendidikan, gadget, teknologi dan banyak lagi perkongsian yang di kongsikan.

Kelahiran blog ini sebenarnya pada 30 Oktober 2011 tapi pada waktu itu blog ini belum dilancarkan sepenuhnya kerana nak menyesuaikan diri pada hosting, domain, wordpress. Maklumlah baru menjejak kaki dalam dunia blogging.

Sebelum ni pernah buka satu blog di blogspot. Ada dua post saja itupun copy paste. Lepas tu, ada buat satu blog peribadi. Jadi saya masih ada pengalaman sedikit dalam dunia blogging. Ada lebih kurang satu bulan lebih juga baru blog ni dilancarkan sepenuhnya.

Oleh kerana ada masalah besar berlaku, blog naziman.com hilang segalanya pada 19 Februari sehingga 3 Mac kerana masalah hosting. Blog ini hilang segala-segalanya. Saya terpaksa bermula dari bawah semula sebab semua post, page, kategori dan semuanya hilang tanpa backup.

Nama domain pada asalnya bukan naziman.com. Ini kerana bapa mendapat domain percuma sewaktu membeli hosting, berminat tapi lambat memberitahu nama domain yang baik, akhirnya nama domain dipilih oleh mereka sendiri.

Tentang admin blog

Pelajar di Utara Malaysia mengambil kursus Mekatronik berasal dari Negeri di bawah bayu. Lahir di dunia ni pada 3 Februari di Sabah juga. Banyak berjalan-jalan di Malaysia ni. Hampir semua negeri juga dah dijejaki seperti Sarawak, Kedah, Utara, Kelantan, Johor, Penang, KL, Negeri Sembilan dan Selangor. Anak sulung dari empat orang adik beradik dari keluarga yang sederhana.

Sebalik tabir blog naziman.com

Ini tentang di sebalik tabir blog naziman.com seperti hosting, penaja, pagerank dan alexa rank terkini, servis ping dan analytic digunakan

Hosting blog naziman.com

AvaHost Web Hosting (30/10/2011 hingga 22/10/2012)

ServerFreak (22/10/2012 hingga sekarang)